* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Monday, 30 May 2011

Berapa Sukatan Air Yang Diperlukan Setiap Hari?


"Berapa sukatan air yang anda perlukan setiap hari?"

Soalan yang mudah namun agak sukar untuk mencari jawapannya. Semua orang tahu bahawa air sangat penting untuk kesihatan namun keperluannya berbeza-beza bergantung kepada tahap kesihatan, tahap kecergasan dan kawasan tempat tinggal masing-masing. Sebagai contohnya mereka yang tinggal di kawasan yang beriklim panas (seperti Malaysia) sudah tentu memerlukan lebih banyak air sehari berbanding mereka yang di kawasan beriklim sejuk. Ini adalah kerana air dalam badan mereka lebih banyak hilang melalui peluh selain dari pernafasan.

Jadi bagaimana kita nak tau berapakah sukatan sebenar yang badan kita perlukan demi memastikan badan sentiasa dapat bekalan air yang secukupnya. Terutamanya bagi ibu-ibu yang menyusukan anak. Untuk mendapatkan hasil 'susu' yang banyak, maka kita perlulah minum air yang banyak untuk menghasilkan dan menggantikan susu yang keluar.


Adakah 2 liter air mencukupi untuk saya?

Secara umumnya kita perlu minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas atau 2 liter sehari. Namun, berapa ramaikah individu yang benar-benar mengamalkan pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari?

Namun, bukan setakat kurang minum air akan memudaratkan badan (dehidrasi dan lain-lain), terlebih minum air (over-hydrated) juga tidak elok untuk sistem dalaman kita. Jadi, bagi anda yang ingin mengetahui secara tepat berapakah jumlah air yang patut kita minum seharian, kami ada jawapannya.

Formulanya ialah: 

2/3 daripada berat badan anda dalam unit Pounds (lb) = berapa jumlah air yang perlu di minum, dalam unit Ounce (oz)

Di Malaysia, kita biasa guna unit kilogram (kg) dan Liter (L). Maka, saya buatkan contoh seperti di bawah. Andaikan berat anda ialah 55kg.

(1) Tukarkan unit kg kepada pounds → 55kg = 121.25 lb
(2) Darabkan jumlah pounds tersebut dengan 2/3 → 121.25 x 2/3 = 80.83 oz
(3) Tukarkan unit oz tersebut kepada liter → 80.83 oz = 2.3 L

Jadi, buat anda yang mempunyai berat badan 55kg, anda perlu minum sekurang-kurangnya 2.3L air sehari, ya!


Bagaimana nak sukat jumlah pengambilan air harian?

(1) Di rumah :
- Bagi yang berada di rumah (surirumah ke WAHM ke...), bolehlah guna bekas air yang ada sukatan. Saya guna bekas air yang saya beli di kedai 100 yen..:D..sukatan bekas ni ialah 2 liter..jadi senanglah saya nak monitor berapa banyak air kosong yang saya dah minum setiap hari. (Ini bekas air saya. Untuk anak-anak dan suami, saya isi air dalam bekas lain.) Saya akan pastikan tiap-tiap hari air dalam bekas tu habis...esok pagi saya akan isi dengan air yang baru. Beginilah cara saya!!

(2) Di pejabat/tempat kerja :
- Bagi yang bekerja, bolehlah bawa air kosong dalam bekas air..tak perlulah bawak bekas gedabak 2 liter ke pejabat..memadai bawa bekas 1 liter..pastikan air dalam bekas dihabiskan sebelum waktu tengahari. Kemudian isilah air yang baru untuk sesi petang pula...

Sebaiknya letak bekas air tu di tempat yang senang nampaklah..contohnya sebelah laptop ker..so memang kita akan selalu nampak bekas tu dan takde alasan untuk tidak minum..haa...sebelum habis waktu kerja dah boleh habis 2 liter air!!!

Credit image to : En. Gugle

Kadang-kadang alasan utama yang membuatkan seseorang individu tu MALAS nak minum air banyak ialah MALAS nak berulang alik ke toilet. Bila banyak air yang kita minum, dah tentulah akan banyak juga urin yang akan keluar. Saya selalu dengar alasan sebegini. "Malaslah nak minum air banyak2 ni..nanti asyik nak ke toilet jer..."

Memang secara fizikalnya nampak agak menyusahkan untuk kita asyik berulang-alik ke toilet jer. Tapi bukankah semua ni untuk kesihatan badan kita juga. Betul tak? Biar kita berulang alik ke toilet untuk buang air daripada berulang-alik ke hospital bila dah jatuh sakit.


Bagaimana Nak Tahu Pengambilan Air Sudah Mencukupi?

(1) Jarang merasa dahaga.
(2) Hasilkan 1.5 liter (6.3 gelas) atau lebih urin sehari.
(3) Warna urin ialah jernih, hampir tiada warna (colourless).

Awas jika warna urin anda ialah keruh dan kuning pekat!!!


* Source : GenkiMomma, ehow , Mayo Clinic.&PetiteShop

No comments:

Post a Comment

...Saya Suka Cantik & Sihat...