* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*
Showing posts with label Healing Crisis. Show all posts
Showing posts with label Healing Crisis. Show all posts

Wednesday, 24 October 2012

Apa Itu Healing Crisis?

Entry kali ni sangat menarik tau.Saya ceduk dari blog di bawah,ianya info yang sangat berguna untuk kita semua terutama kepada customer2 kesayangan saya..

credit to this blog
http://supermomndaddy.blogspot.com/2012/05/anda-rasa-sakit-sakit-lepas-ambil.html

Jom kita baca sama-sama ye :)
************************************


Anda rasa semakin teruk setelah mengambil produk Shaklee kami?

Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan? 

A:Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.


Q:Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan? 

A:Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.

Q:Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik? 

A:Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.

Q:Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan? 

A:Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.

Q:Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?

A:Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.


Q:Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?

A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:

  1. Tidak mengamalkannya setiap hari
  2. Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
  3. Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
  4. Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
  5. Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
  6. Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
  7. Mengalami masalah emosi

Tanda-tanda & Penyebab Krisis Pemulihan
Memahami Krisis Penyembuhan dan Petanda serta Simptom:

Krisis Penyembuhan Penerangan / Penyebab


1) Krisis Penyembuhan Sakit kepala yang melampau - Penyebab Tekanan darah tinggi, petanda menyahtoksin

2) Krisis Penyembuhan Demam, tidak cukup rehat Penyebab Meningkatkan metabolisma, merangsang fungsi imunisasi badan
 
3) 
Krisis Penyembuhan Ciritbirit,meningkatkan pergerakan usus, najis berbau, air kencing berbau - Penyebab Petanda bagi menyahtoksin, menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa 
dalam usus besar  

 
4)
Krisis Penyembuhan Kembung perut Penyebab Sistem penghadaman yang lemah 

5)
Krisis Penyembuhan Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir Penyebab Fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat  

6) Krisis Penyembuhan Penghasilan lendir seperti selsema, kahak  Penyebab Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak juga adalah petanda bagi menyahtoksin
 

7) Krisis Penyembuhan Pendarahan Hidung - Penyebab Mungkin petanda bagi kekurangan darah  
8) Krisis Penyembuhan Rasa sakit pada otot dan sendi - Penyebab Badan berasid, toksin terkumpul dibahagian yang sakit  

9) Krisis Penyembuhan Peningkatan rasa sakit di sebahagian badan yang bermasalahPenyebab Mempercepatkan krisis penyembuhan 

10) Krisis Penyembuhan Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif - Penyebab  Sistem saraf yang lemah 
 

11) Krisis Penyembuhan Kitaran haid yang tidak menentu - Penyebab Hormon yang tidak seimbang/ penyakit buasir perubahan waktu kitaran haid, kegatalan pada alat sulit, penghasilan lendiran yang banyak
 

12) Krisis Penyembuhan Lapar, Pening - Penyebab Tekanan darah rendah, anaemia   

13) Krisis Penyembuhan Loya, sembelit, tersedu Penyebab Sistem hadaman yang lemah, masalah hati 

14) Krisis Penyembuhan Edema (membengkak)- Penyebab Masalah buah pinggang

Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity

Lagi entry mengenai Healing Crisis di sini



*******************************************
Untuk konsultasi dan segala pertanyaan, anda boleh:

1. LIKE facebook fanpage
 Cantik & Sihat (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)
2. PM saya di fb, 
Kikin Nazri
3. Emel 
syikin.nazri@yahoo.com
4. SMS/
WhatsApp saya di 019-5257274.   

Sunday, 29 January 2012

Healing Crisis : Pening, Loya, Sakit Kepala dsb..Sila Jangan Berhenti Makan Shaklee..!

Wokeh! Entry kali ni saya nak cerita pasal HEALING CRISIS. Apa itu HEALING CRISIS? Sebab ada yang tanya, apa kesan makan ubat ni? Oh ye! Sebelum tu, meh saya betulkan term ubat kepada vitamin/suplemen. Shaklee adalah suplemen, bukan ubat. Ubat adalah sangat berbeza dengan suplemen. Suplemen adalah makanan kepada tubuh yang membantu memulihkan sistem tubuh secara perlahan, manakala ubat adalah untuk menghilangkan kesan penyakit, dan kesannya pantas.

Antara tanda-tanda anda mengalami HEALING CRISIS.
  • penat melampau
  • mengantuk sokmo
  • cirit-birit
  • gatal-gatal
  • jerawat naik tiba-tiba
  • loya
  • sakit kepala
  • pening
HEALING CRISIS bukan bermakna tubuh anda tak serasi dengan suplemen Shaklee ni, tapi ia menandakan yang ada tindakbalas sedang berlaku dalam tubuh anda. Ia adalah positif, dan tak lama pun. Ibaratnya tubuh anda sedang dibersihkan dari segala junkies dan toksin yang bersarang dalam tubuh anda selama ni. Masa all those junkies and drugs tu nak hilang, tentulah melalui tubuh kita kan? Tu yang simptom-simptom kat atas tadi timbul. Apa yang kita perlu buat ialah, minumlah banyak plain water to help the body to flush out all of those junkies and toxins. Remember, sel-sel tubuh mengambil masa at least 90 days to change/ react.

*Bukan semua orang kena HEALING CRISIS ni. Bergantung pada tubuh seseorang.



Saya mengalami pening2 selepas mengambil vitamin ini, mengapa? Adakah tidak serasi?

Jawapan: Pengambilan vitamin memerlukan pengambilan air yang TIDAK kurang dari 2 liter. Ini kerana ia perlu agar vitamin dapat disalurkan ke seluruh tubuh dengan lancar. Rasa pening berlaku biasanya berpunca dari less water intake. Satu lagi adalah kerana, jika individu itu adalah pertama kali mengambil supplement, maka tubuh memerlukan 1-3 hari untuk menyesuaikan diri dengan zat yang diterima. (Ibaratkan seorang yang tidak punya perabot di dalam rumahnya dan tiba2 datang org menghantar perabot serta memenuhi ruang kosong dalam rumah..sure rumah tu “pening” terima perabot..hehe ). pastinya individu itu sendiri perlukan masa utk menyesuaikan diri.


Hakikatnya keserasian memerlukan masa.

Antara simptom2 dan punca2 HEALING CRISIS:
Healing Crisis
Kemungkinan Sebab / Punca
Keletihan, mengantuk
Badan berasid, fungsi hati yang lemah, lebih letih, memerlukan rehat yang lebih
Sakit kepala, berat kepala
Tekanan darah tinggi, tanda-tanda penyahtoksikan
Demam, keresahan
Peningkatan metabolisma tubuh, merangsang fungsi imun badan
Cirit-birit, najis gelap, najis air kencing bau busuk
Detoks sisa-sisa yang terkumpul di dalam kolon
Perut kembung, bergasSistem pencernaan yang lemah
Keluar ruam, kulit gatal, peluh buruk, rembesan mukus, kelemumur
Fungsi hati yang lemah, kolon dan sistem perkumuhan lemah
Pengeluaran lendir seperti kahak, hidung berair
Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak juga merupakan tanda-tanda penyahtoksikan
Pendarahan hidung
Mungkin tanda-tanda anemia
Sakit otot dan sakit sendi 
Badan berasid, toksin yang terkumpul di kawasan yang sakit
Semakin sakit badan di kawasan yang sedang sakit
Proses penyembuhan yang cepat
Insomnia atau hiperaktif
Lemah sistem saraf
Haid tidak tetap, gatal kemaluan, keputihan
Ketidakseimbangan hormon, dalam proses peraturan hormon
Pendarahan usus
Kemungkinan haemorrhoid
Pening, lapar
Hipoglisemia, anemia
Loya, sembelit, tersedu
Lemah sistem penghadaman, masalah hati
Sedikit edema (bengkak)
Masalah buah pinggang


InsyaAllah, nanti saya ceritakan lagi pasal HEALING CRISIS ni supaya anda lebih faham dan rasa seronok serta bersemangat nak makan Shaklee.
*credit to Hadha

Sila hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian dari saya sebagai Shaklee Independent Distributor anda.

Dapatkan promosi Januari dari saya sekarang!

*********************************
Berminat mendapatkannya? Sila email saya di syikin.nazri@yahoo.com untuk dapatkan tawaran hebat daripada saya!! Atau PM saya di FB Kikin Nazri dan boleh juga sms kepada saya di 019-5257274 untuk mendapatkannya.

Monday, 13 June 2011

Kenapa Perlu Minum Air Yang Banyak Apabila Makan Suplemen?

Seringkali saya tekankan kepada kawan-kawan yang makan suplemen SHAKLEE untuk minum sekurang-kurangnya 3 liter air (masak) sehari. Alamak! Banyaknya kan?

Setiap pesanan yang saya dan kawan-kawan saya beri kepada anda ada sebabnya, terutama kepada mereka yang mengambil SET B ( penyusuan ). So, meh kita terjah beberapa fakta berkaitan suplemen SHAKLEE dan AIR .
  1. Supplement semulajadi Shaklee membebaskan toksin dari tubuh, dan memperbaiki sel-sel yang rosak. Air amat diperlukan dalam proses ini, jika tidak anda akan mengalami keadaan yang dinamakan healing crisis.
  2. Pengambilan supplement adalah dalam bentuk concentrated iaitu kandungan yang sangat pekat. Kekurangan air akan menyebabkan darah menjadi pekat. Oleh itu perlu banyak minum air. Umpama mengacau sesudu gula dalam sebiji cawan dan sesenduk gula. Satu senduk gula pasti tidak sesuai dilarutkan dalam sebiji cawan, jadi ia memerlukan bekas yang lebih besar iaitu jag.
  3. Berbeza dengan mengambil vitamin dari sumber organik semulajadi (buah-buahan asli), buah-buahan tidak memerlukan air yang banyak kerana ia sendiri sudah mengandungi air. Tahap kepekatan nutrient dalam sebiji buah jauh lebih rendah dari sebiji pil vitamin. Bayangkan sebiji pil Vita-C 500mg Sustained Released sama dengan 7 biji oren. Berapa banyak air dalam 7 biji oren tu?
Jadi, saya amat berharap kawan-kawan dah clear sekarang kenapa perlu minum air sehingga 3 liter sehari, apabila mengambil suplemen SHAKLEE.

Monday, 23 May 2011

Kesan Pemulihan @ Healing Crisis (Tindakbalas)

Anda baru mula mengamalkan pemakanan tambahan bagi menjaga kesihatan atau merawat penyakit yang anda alami. Walaubagaimanapun, pada peringkat permulaan, anda merasakan letih atau mengalami ruam seluruh badan. Anda pasti berfikiran, "Keadaan saya semakin teruk..... Apa dah jadi?" Oleh itu ada baiknya jika anda mengetahui dan memahami perkara dan perubahan yang mungkin berlaku apabila anda memulakan pengambilan pemakanan kesihatan.


Menurut 'Hering's Law of Cure', semua proses penyembuhan bermula dari dalam ke luar, dari kepala ke badan yakni pada keadaan bertentangan sepertimana sesuatu penyakit itu menampakkan tanda-tandanya. Antara tanda yang mungkin dialami pada peringkat permulaan termasuklah :
  • sakit atau pening kepala
  • ruam kulit
  • bisul atau kudis
  • sembelit
  • cirit birit
  • perut berangin
  • letih atau kepenatan
  • berdebar
  • cepat marah
  • selsema atau batuk (kahak yang banyak)
  • demam
  • ataupun mengalami gejala penyakit yang sedia ada menjadi semakin ketara.
Sebenarnya tanda-tanda tersebut adalah perubahan yang di alami oleh badan di dalam proses penyembuhan yang di kenali sebagai krisis pemulihan ataupun kesan tindakbalas.
Ia lebih merupakan satu proses di mana segala kekotoran dan toksid dari usus dan organ penting dikeluarkan dari badan.
Sebenarnya, bahan toksid yang terhasil dari tindakbalas kimia dan metabolisme badan berkumpul di bahagian tisu konektif yang wujud di serata badan.
Tisu konektif merupakan seolah gam yang mengukuhkan sel-sel di dalam badan. Kebanyakan manusia dilahirkan dengan bahagian atau organ yang lemah dan mempunyai tahap pertahanan yang rendah. Di sinilah merupakan sasaran yang pertama bagi bahan toksid tadi berkumpul.
Ini juga menjelaskan mengapa sesetengah orang mengalami simptom yang ketara di bahagian yang lemah tersebut (samada di bahagian dada, usus, perut ataupun di bahagian otot dan sendi) yang mengandungi kebanyakan dari toksid yang terkumpul.
Dan kesan pemulihan juga semakin ketara apabila bahan bahan toksid yang dibebaskan itu mengalir secara rawak di dalam tubuh badan manusia.
Simptom kesan pemulihan ini selalunya muncul sebaik selepas mengamalkan permakanan kesihatan yang membantu mengeluarkan toksid daripada badan. Ia akan bertahan selalunya selama 3 ke 4 hari.
Walaubagaimanapun bagi badan yang mempunyai tahap toksid yang serius, kesan pemulihan ini mungkin berlaku berulang-ulang sehinggalah kesemua toksid dibersihkan dari badan. Proses ini amatlah diperlukan oleh badan untuk mengelak dari penyakit degeneratif yang mungkin akan di idapi di masa akan datang.
Apabila berlakunya simptom-simptom dari kesan pemulihan, janganlah sesekali mengambil ubat untuk meringankannya kerana ini bakal akan mengganggu proses pemulihan. Ubat-ubatan hanya akan membuat badan kita merasakan lega sementara tetapi ini juga akan membuatkan toksid tadi mendap kembali di bahagian tisu konektif.
Dan yang paling penting, janganlah memberhentikan pengambilan pemakanan kesihatan tersebut. Untuk membantu anda mengatasi simptom-simptom kesan pemulihan adalah dinasihatkan agar :
  1. Mendapat rehat yang mencukupi. Badan kita berada dalam keadaan tertekan di kala pembersihan toksid maka rehat yang mencukupi adalah amat penting untuk membantu badan mengeluarkan toksid tersebut.
  2. Minum air dengan banyak. Ini kerana air merupakan bendalir yang akan membawa toksid-toksid keluar dari badan melalui perpeluhan, air kencing atau pun najis.
  3. Elakkan makanan yang mempunyai protein dan lemak yang tinggi. Ini kerana ketika proses pembersihan toksid, ianya memerlukan paras tenaga badan yang optima. Protein dan lemak pula memerlukan tenaga yang lebih bagi menghadamkannya dan secara tidak langsung akan mengganggu keperluan tenaga yang digunakan untuk pengeluaran toksid.
  4. Makan makanan yang segar, berzat dan mudah hadam. Ini membantu badan bagi keperluan terhadap nutrisi untuk membantu memproses bahan toksid dan mengeluarkannya.
  5. Lebihkan juga memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mempunyai nutriens yang amat di perlukan badan.
  6. Elakkan dari memakan makanan yang mempunyai bahan kimia spt bahan pengawet, pewarna dan perisa tiruan.
  7. Kekalkan kebersihan kulit yang sempurna. Ini akan memudahkan toksid keluar dari liang perpeluhan.
  8. Berus kulit badan dengan berus badan yang lembut. Ini sebenarnya merangsang sistem limfatik dan pengaliran darah di bahagian kulit.
  9. Mandi dengan air suam. Ini menggalakkan pembukaan pori-pori kulit bagi mengeluarkan toksid yang perlu di bebaskan.
Sebagai kesimpulan, bolehlah kita rumuskan bahawa krisis pemulihan sebenarnya merupakan suatu fenomena yang berfaedah kepada badan kerana ianya merupakan petanda pembersihan badan dari toksid yang terkumpul. 
Jangan sesekali menghentikan pemakanan tambahan yang di ambil atau mengambil ubat-ubatan kimia bagi meringankan kesan tindakbalas ini. Badan yang bersih dari toksid akan berfungsi dengan lebih optima dan seterusnya akan menjurus kepada keadaan kesihatan yang kita impikan.
 
credit

Wednesday, 20 April 2011

Sembelit Selepas Makan Set B?

Ada beberapa orang customer saya mengalami apa yang kita namakan sebagai HEALING CRISIS. Mereka mengadu yang selepas consume suplemen SHAKLEE, ibu dan|atau baby tidak poo2 berhari-hari, anak muntah-muntah, anak demam dan letih yang teramat sangat. Semua ini kita adalah HEALING CRISIS di mana tubuh kita sedang mengalami fasa penyesuaian dengan suplemen yang diambil.

HEALING CRISIS juga berbeza dari seorang individu ke seorang individu yang lain.
The healing crisis is a process in which the body undergoes an intense period of cleansing and rebuilding. It is called a “healing” crisis because the body is healing itself and becoming stronger. It is referred to as a “crisis” because the symptoms can be dramatic and rather unpleasant during this time. Because the healing crisis is accompanied by unpleasant symptoms it is often mistaken as a sickness. In reality, it is just the opposite. It is a process in which the body is overcoming ill health and becoming healthier and stronger.
http://www.jctonic.com/include/healingcrisis/03healingcrisis.htm
Credit kepada Mommy Lyna untuk ringkasan di bawah ini. Kawan-kawan sila baca ye?


Apakah yang menyebabkan krisis pemulihan?
  1. Krisis pemulihan adalah petanda yang baik kerana ia menunjukkan tubuh badan anda bertindak ke atas vitamin yang anda ambil.
  2. Krisis pemulihan adalah tanda sel badan dan organ dalaman anda sedang dirawat.
  3. Ia adalah proses di mana badan kita menyahtoksin atau mengeluarkan toksin dan benda2 yang berbahaya dari dalam tubuh.(Jika perlu customer disarankan mengambil herb-Lax untuk penyingkiran toksik)
  4. Badan sedang menjalani proses pembiasaan dengan vitamin tersebut.
Biasanya yang mengalami krisis pemulihan adalah mereka yang tidak pernah mengambil sebarang vitamin sebelumnya, terdedah kepada pencemaran, kurang rehat, badan terlalu penat/lemah, stress dan mempunyai penyakit.

Usah dirisaukan sekiranya anda mengalami krisis pemulihan kerana ia adalah sementara dan satu petanda yang amat bagus. Cara untuk mengatasinya ialah dengan menambah kuantiti air yang diambil, dah berdoa sebanyak-banyaknya.
Vitamin tidak sesuai?

Ya, ada beberapa golongan yang tidak sesuai untuk mengambil sesetengah vitamin.
  • Mereka yang menghidap diabetes TIDAK SESUAI mengambil soy protein..
  • Mereka yang menghidap SLE (lupus)dan masalah buah pinggang. tidak sesuai mengambil alfalfa.
Sekiranya anda mengalami keadaan di mana rashes, atau sembab, atau gatal2 selepas mengambil alfalfa, saya sarankan anda terus berjumpa doktor dan minta dibuat ujian darah untuk SLE.
Lain-lain, yakin dengan apa yag kita ambil, dan lengkapkan pengetahuan seperti di atas, agar kita tidak terlepas dari mendapat kebaikan Shaklee. Jika anda berhenti selepas mengalami healing crisis (krisis pemulihan), anda telah melepaskan satu peluang untuk membekalkan tubuh badan sengan nutirisi yang lebih baik. Sebab tu saya tak bagi kawan-kawan BERHENTI jika mengalami keadaan2 ni..


Untuk lebih info, kawan-kawan boleh googled dengan keyword " healing crisis".

credit * kak hadha n salwa

Mahu mencuba vitamin Shaklee?  Boleh sms kan kepada saya 019-5257274

...Saya Suka Cantik & Sihat...