* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*
Showing posts with label i my me mine. Show all posts
Showing posts with label i my me mine. Show all posts

Tuesday, 1 January 2013

Selamat Tahun Baru 2013!!




Selamat Tahun Baru 2013! 
Cepat betul masa berlalukan..macam2 yang kita dah lalui suka duka pahit manis sepanjang tahun 2012..
Umur saya juga sudah masuk 3 series tahun ni..huhu..
Tahun lepas pun ada azam jugak, ada yang tercapai, ada jugak tak capai ..kuikui..;p
Tapi takpe biarlah yang lepas berlalu..yang tak tercapai tahun lepas saya carry forward tahun ni..aci tak??hehe
 Sekarang kita tumpuankan 2013..segala planning, impian perlu diatur dengan strategi yang mantap supaya azam dan impian tahun ini akan tercapai juga..
InsyaAllah..Semoga Allah S.W.T. mempermudahkan segalanya urusan..

Diharapkan pada tahun ini akan  membawa rezeki yang melimpah-limpah dari Illahi dan diberi kesihatan yang baik dan ceria selalu, lebih banyak rahmat dan sejahtera dalam hidup kita dan keluarga kita.Amin.

Alhamdulillah..tahun 2013 adalah ulangtahun tahun kedua saya bersama Shaklee..syukur kerana masih lagi dipanjangkan nyawa dan diberi kesihatan yang baik..Seluruh famili saya dan famili mertua tak lupa jiran tetangga sudah berjaya saya 'shakleekan'..hehe..Saya juga akan kongsikan segala kebaikan supplement Shaklee ini bersama anda semua.
Jom kawan-kawan kita pastikan tahun 2013 kita mendapat tubuh yang sihat, hidup yang lebih ceria disamping keluarga tersayang! peace! ;)
 

Wednesday, 4 January 2012

Selamat Tahun Baru 2012!!


Arini dah masuk 4 hb Januari 2012..Rasanya masih belum terlambat lagi untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2012..Terasa segar dengan aura tahun baru ni..Macam2 plan dalam kepala yang saya akan aturkan sepanjang tahun..Rasa tak sabar lak..hahaha...Azam tahun ini saya nak pastikan akan tercapai..permudahkanlah Ya Allah..
Diharapkan pada tahun ini akan  membawa rezeki yang melimpah-limpah dari Illahi dan diberi kesihatan yang baik dan ceria selalu, lebih banyak rahmat dan sejahtera dalam hidup kita dan keluarga kita.Amin.

Alhamdulillah..tahun 2012 adalah ulangtahun tahun pertama saya bersama Shaklee..syukur kerana masih lagi dipanjangkan nyawa dan diberi kesihatan yang baik..Rezeki saya bersama Shaklee alhamdulillah semakin berkembang..Saya akan kongsi segala kebaikan supplement Shaklee ini bersama kawan2..
Jom kawan-kawan kita pastikan tahun 2012 kita mendapat tubuh yang sihat, hidup yang lebih ceria disamping keluarga tersayang!

Tuesday, 20 December 2011

Off To Bandung Indonesia ( 20hb Disember - 24 Disember 2011)

Salam semua..

Kepada semua customer EkinaTa.blogspot.com, saya ingin memaklumkan segala urusan jualbeli vitamin dan konsultasi akan berhenti sementara selama 4 hari mulai hari ini.. Ini kerana saya sekeluarga akan ke Bandung, Indonesia..tak lama pun..

Kepada customer yang saya hargai, saya kan berbiz seperti biasa semula pada 24hb Disember 2011 nanti.
Segala pesanan dan emel akan saya jawab ya dari sana.. insyaAllah..
Penghantaran order akan berjalan seperi biasa selepas sekembalinya saya ke Malaysia..
Doakan keselamatan perjalanan kami pergi dan balik ya.. 

Jika ada pesanan urgent, boleh hubungi mana2 wakil Euphoria yang lain ya..
TQ :)




Tuesday, 6 September 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir Batin

Salam..sekarang saya masih lagi dalam mood raya..hihi..masih berada di kampung halaman tercinta di Teluk Intan..insyaAllah lusa baru saya pulang ke Penang..memang raya sakan saya tahun ni dapat berkunjung ke rumah sanak saudara sebelah suami dan sebelah saya.. :)

Arini sudah seminggu umat islam berhari raya..dan hampir 2 minggu gak la blog saya ni bersawang..ehe..maaf kepada pengunjung EkiNaTa.blogspot.com atas kesulitan ini..mood hari raya terlalu tebal..dan tangan ni agak malashhh gak la nak update..walaubagimanapun bisnes online masih lagi berjalan seperti biasa..seronok rasanya raya kali ini..berhari raya 'bertiga'..kali ni pakai sedondon baju raya warna merah..hihi

Ok lah..di kesempatan ini, saya ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir Batin kepada customer2 EkiNaTa.blogspot.com. dan pembaca dan pengunjung blog ini..harapnya masih belum terlambat..rayakan sebulan :)


 

Thursday, 21 April 2011

Harith Hakim Jalan2 Bersama Pak Long & Mak Long

18hb April lepas, pak long n mak long Harith ( Along n Kak Ila) datang Penang tdo sini 2 malam..sj2 datang sini jalan2..Isnin tengahari tu kitorang kuar g jalan2 sekitar sini..bukan kat pulau ye..kami kuar guna kete merc Along sebab besar sikit..siap kena bawak stroller, baby carrier n beg baby..tiga benda tu musti dibawak skali tiap kali kalo kuar g jenjalan..kuar rumah dalam kul 12 lebih ..sambil2 tu hasben saye ajar along guna gps dia..hehe..mula2 g kedai henfon..pak long g borong henfon sampai 7 bijik!! maklum la dia bisnesman..dia nak wat bisnes henfon kat Raub tu..hehe..pastu g lak jalan2 lak kat sunway carnival..along nak cari pomen kot2 leh repair dia punya henpon nokia C601 tu..baru beli dah xleh on lak..pastu terus g Tesco Seberang Jaya.kitorang yapo giloss!!
masa tu dah pukul 4 lebih..mahunye tak yapo!!
jom kite layan gambar2.. :)

Mak long dukung Harith..mak long ni tak penah nak pandang kamera..hehe

..sempat posing sementara tunggu makanan yg diorder siap..

saya pun nak bergambar ngan Harith gak..hehe

pak long n ayah..2 beradik muka sama..
sorang saiz S, sorang saiz L..opppss..sori..hihi

kemain lagi kaki kiri dia landing kat situ..
kaki kanan dia ayah dah turunkan..hehe

pak long & mak long selalu mengagah2 Harith..

saya Harith Hakim..
saya pun nak order gak..hmm..yg mana sedap?

makan time!! sume ni mak long blanje..
masa ni kitorang tgh lapar sgt..hehe

ready to eat! pak long bz ngan henfon dia..
kringg!! krongg!!
saya n kak ila tak tunggu dah..
terus jer kunyah2 telan masuk pewot..

Harith jadi pemerhati jer kat tepi..

haha..akhirnye..dia dah berbunyi..nak syusyu..
punggung dah penuh poo poo..
tengok cuba muka cembeng dia tuu..
perot dia pun nampak..muncit lerr..hehe

pastu terus g nursing room tukar diapers dia yang dah penuh tu dan susukan Harith..siap tukar suar lagi sebab terkena lak poo poo kat suar dia..
pastu jalan2 dalam Tesco ni..
dekat kul 7 baru kitorg balik..
sebelum tu singah mekdi dulu for dinner..
makan lagi..pak long & mak long blanje lagi..
nasib bek Harith tak meragam..
besh besh beshhh..!!

Saturday, 16 April 2011

Awet Muda Dengan Air Kosong?

Boleh awet muda dengan minum air kosong jer? biar betik?? tak percaya ke? saya percaya..sebab pernah tengok sendiri orang yang amalkan..ade kenalan saya, kire pangkat kakak la..dah 30an pun still nampak cam muda remaja walaupun dah anak 3 orang..memang nampak cam student je..! bila saya tanya ape rahsianye? dia cakap minum air kosong tiap2 pagi lepas bagun tido tanpa gosok gigi..tu la rahsianye..ia menjadi amalannya sejak remaja lagi..dah lama la dia amalkan..
saya masih ingat lagi masa saya belajar kat UiTM dulu..ade salah seorang roommate saya selalu buat amalan yang sama..masa tu saya tak boleh terima tau!! tiap hari dia bangun dari tido mesti dia minum dulu..memang botol air sentiasa ade atas meja stadinya..saya yang menengok ni rasa nak termuntah!! hehe..yela baru bangun tido dengan air liur yang masam dalam mulut..tiba2 minum lak..eee ntah la..tapi tu dulu..sekarang tak lagi..sekarang saya pun dah minum air kosong lepas bangun dari tido..tapi kadang2 jer..nak awet muda gak? hahaha..kalau minum air kosong ni amalan yang baik untuk kesihatan, pesalahnye saya buatkan..bukan sebab nak awet muda tau..sebab saya still muda..hihi..lagipun bukan kena bayar pun..free je minum kat rumah..
ade sedikit info tentang amalan minum air kosong selepas bangun dari tidur..


credit to sihat dan cergas


Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat. 

Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius. 

Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing. 


Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapaperaturan untuk memastikan keberkesanannya. 


• Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi. 

• Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit. 

• Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa. 

• Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam. 

• Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari. 

• Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu. 


1. Tekanan darah tinggi – 30 hari 
2. Gastrik - 10 hari 
3. Diabetes – 30 hari 
4. Sembelit – 10 hari 
5. Kanser – 180 hari 
6. Tibi – 90 hari. 


Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil. 


so, tak salah kita cuba sesuatu yang baikkan..cubalah!! :) mana la tau..nampak muda cam budak umur 10 tahun lak..hahaha..gurau jer..

Wednesday, 13 April 2011

Harith kembung perut @ colic?

Baru2 ni saya n hasben mengalami pengalaman baru di mana baby Harith asyik menangis jer dalam tempoh yang lama..kebetulan masa tu kami ade kat kampung sebelah saya kat Teluk Intan..panik gak kami dibuatnye..tak penah2 jadi camtu sejak Harith dilahirkan..sampai merah2 muka n serak2 suara dia menangis..
kesiannye saya tengok baby kesayangan saya tu..rasa nak menangis pun ade..menyusu pun dia tanak..itu yang buat saya takut..sebelum ni bila Harith menangis, saya suakan breast dengan mudahnye dia menyusu..
puas saya dan hasben pujuk..dukung dia..peluk dia..masih lagi tak berhenti dia menangis..segala surah ayatul Qursi..3 Qul..Al-Fatihah..dibacakandan ditiupkan pada ubun2 Harith..mana la tahu ade gangguan sesuatu..aircond dan kipas kat ruang tamu memang tak dapat sejukkan dia..alahai..opah (mak saye) yang tengah sibuk memasak di dapur masa tu terus datang kepada Harith cuba untuk pujuk dia..tapi masih tak berhenti..mak saye kata Harith kembung perut..opah terus cuba mententeramkan Harith dengan cara menuam perut dan menyapu minyak telon ke perut Harith..memang itu amalan saya setiap kali lepas mandikan Harith..tp masih lagi tak mahu berhenti menangis..opah cuba dengan mengambil air yang sudah dibacakan surah Yassin..air tu memang sentiasa ade di rumah di mana telah dibacakan oleh opah surah Yassin berkali2..memang tu menjadi amalan opah tiap kali membaca Yassin, air akan ditadahkan..air itu disapukan di seluruh badan dengan harapan dan izinNya Harith akan berhenti menangis dan akhirnya Harith mahu menyusu..itupun dengan cara posisi duduk!..sebabnye Harith tak boleh langsung dibaringkan..mesti dia menjerit lebih kuat lagi..caranya dia didudukkan menghadap breast saya..kakinya dikangkangkan seperti memeluk pinggang saya..tak kisah la posisi cam mana pun..asalkan Harith mahu menyusu..Harith kelihatan letih dan berpeluh2..kesian anak mama..terus Harith tertidur..alhamdulillah..berjaya juga memujuknye..

Masa kami sekeluarga makan tengahari..tanya gak pada mak ape sebab jadi camtu..memang biasa ke baby kena kembung..mak kata baby yang minum susu botol slalu senang kena kembung..nyusu badan jarang tapi kena sendawakan baby bila lepas nyusu..tu memang saya slalu buat..mak n ayah kata mungkin berpunca dari pemakanan saya..masa tu baru saya teringat..sehari sebelum hari mengamuk2..saya memang ade makan kacang panjang..durian..bila dah lama kite tak balik kampung, mak mesti la masak yang besh2..masa tu mak masak lemak kerang ngan kacang panjang..masakan tu memang saya suka sejak dulu lagi..ade pulak sambal tempoyak dan ulam2an termasuk la kacang panjang yang mentah..adei..patut laa..pastu ayah lak beli durian kampung..pergghhh dah lama tak makan..pe lagi bantai la makan banyak..sodappp!!..masa dalam pantang dulu telan air liur jela bila tengok orang lain makan..saya memang tahu kacang panjang tu sayuran berangin tapi saya makan jugak..selepas bersalin saya memang kuat berpantang..lepas abis pantang pun saya masih jaga pemakanan saya..makanan sejuk dan berangin saya masih dikurangkan makan..kadang2 ade gak terbabas makan hehe..minum minuman berais pun tak..tapi bila dah lebih sebulan tak balik kampung dan mak masak yang lazat2..saya jadi tak leh kontrol nafsu makan..makan je sume..hehe..memang mak ade tegur masa makan tu..takut nanti anak saya dapat efeknye sebab dia menyusu badan..tengok2 memang betoi..Harith kena colic, kembung perut..kesian anak mama..maafkan mama ye sayang..nak tambah perisa lagi..saya try minum teh cina lak petang tu..adoi..kebetulan famili saya baru balik melancong ke Beijing..ayah ade beli teh dari sana..ayah memang dah ketagih minum teh cina tu..hehe..tapi memang tak nafikan memang lain teh tu..sedap walaupun tak tambah gula..ade la dalam secawan gak saya minum..hahaha..lepas kejadian tu saya tak mahu lagi makan ikut nafsu..akan lebih berhati2 lagi dalam pemilihan makanan..adoyaii..

Kita difahamkan segala sayuran menjalar, sayuran dan buahan yg jenis berongga kat tengah memang berangin, teh & kopi juga dikatakan berangin..bergantung juga kepada ketahanan tubuh badan seseorang tu juga..ade juga saya makan sayuran dan buahan yang dikatakan berangin tapi alhamdulillah Harith okey jer..kena trial and error dulu.. :)

 my Harith Hakim.. :)

Monday, 11 April 2011

1st time jadi blogger?

akhirnye..

dapat gak buat blog..haha..
tapi banyak lagi yang sy kena blajar..
blaja sedikit demi sedikit..
ni pun blaja basic jer dengan sifu..hehe

sekarang sy seorang blogger? betoi ke ni??
hehe..alhamdulillah..
walaupan rasanye cam dah terlambat..umur 28 tahun ni baru ade..ehe
zaman sekarang ni budak sekolah rendah pun dh ade blog sendiri..
hehe..

ni lah permata hati saye yang tembam..hehe

...Saya Suka Cantik & Sihat...