* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Friday, 28 September 2012

Pentingnya pengambilan vitamin bagi wanita hamil

Bagi wanita hamil amatlah penting untuk anda mengambil vitamin kerana tubuh badan kita sendiri sangat kritikal pada waktu itu kerana kita memerlukan banyak makanan tambahan (vitamin) untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan bayi di dalam kandungan di samping memberikan nutrisi kepada ibu yang mengandung. Pada zaman yang serba moden ini teramatlah sukar untuk memenuhi atau mendapatkan pemakanan yang seimbang dan pengambilan vitamin boleh mengurangkan kecacatan kepada bayi, mengurangkan risiko kelahiran pramatang, risiko bayi dilahirkan terlalu kecil disamping ia membantu menjaga kesihatan si ibu.

Di antara fungsi vitamin ialah:
B Complex - mengandung asid folic di mana ia sangat penting untuk perkembangan fizikal dan saraf bayi. Kesan kekurangan asid folic boleh menyebabkan kecacatan spina bifida, bayi dilahirkan tanpa tempurung otak (anencephaly) ataupun bibir sumbing 

 

Vitamin C - meninggikan antibodi si ibu. Ketika hamil antibodi ibu menjadi rendah. Bila ibu sering sakit ditakuti memberi kesan kepada janin. Ibu hamil juga harus berhati-hati dengan kandungan ibu yang diberi kerana ditakuti boleh menyebabkan keguguran janin terutama di awal kehamilan


Vitalea (Iron Formula) - ia kaya dengan zat besi di mana ia membantu ibu hamil yang kerap mengalami bacaan HB yang rendah dan juga membantu di dalam tumbesaran bayi di dalam kandungan 


Ostematrix (kalsium magnesium) - sangat penting di dalam pembentukan tulang dan gigi. Ramai ibu hamil mudah merasa loya dan mual dengan pengambilan susu maka Ostematrix adalah alternatifnya. Ia juga membantu mengurangkan preeclampsia ataupun darah tinggi ketika hamil. Lagi satu, ramai yang tidak tahu bahawa morning sickness berlaku kerana kita kekurangan kalsium dan Insyaallah jika ibu mengamalkannya konsisten, masalah morning sickness akan berkurangan 


Omega Guard - ibu boleh mulakan ketika kandungan berusia 6 bulan. Ia sangat bagus perkembangan otak, perkembangan saraf dan juga penglihatan yang baik bagi bayi 


Energizing Soy Protein -  Sangat bagus untuk diamalkan bukan sahaja semasa kehamilan bahkan teruskan semasa berpantang, menyusu dan seterusnya. Protein adalah makanan SEL, jika SEL rosak/mati dan tidak dirawat maka ia akan terserlah dari wajah atau tubuh badan kita yang lesu dan kusam. Protein akan memperbaharui/memperbaiki sel-sel di dalam tubuh badan kita. Ia juga sangat bagus diambil untuk perkembangan fizikal bayi dan Insyaallah anda akan perasan yang wajah anda juga tidak kusam sewaktu kehamilan. Oh iya, ibu hamil tidak boleh mengambil vitamin E so boleh digantikan dengan ESP ya.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.   



*******************************************
Untuk konsultasi dan segala pertanyaan, anda boleh:

1. LIKE facebook fanpage  Cantik & Sihat (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)
2. PM saya di fb,  Kikin Nazri
3. Emel  syikin.nazri@yahoo.com
4. SMS saya di 019-5257274.    

Saturday, 15 October 2011

Masalah Hemoglobin Rendah (HB Low) Di Kalangan Ibu Hamil

Di Malaysia, antara masalah yang dihadapi ibu hamil selain masalah diabetes atau tekanan darah tinggi adalah masalah hemoglobin rendah (HB low).



Paras normal hemoglobin bagi wanita adalah di antara 11.5 hinga 16.5g/dL manakala lelaki adalah 12.5 hingga 18.5g/dL. Apabila paras hemoglobin tidak mencukupi, seseorang itu berisiko untuk mendapat anemia. Secara umumnya, hemoglobin ialah protein yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tisu badan. Apabila sel darah merah yang matang dan membawa oksigen ini semakin berkurangan, di sinilah serangan anemia bermula.

Simptom awal anemia
  1. Sentiasa letih
  2. Pening kepala atau pitam
  3. Apabila melakukan aktiviti fizikal, mudah mendapat sesak nafas
  4. Warna kulit bertukar menjadi pucat
  5. Penurunan berat badan
  6. Kadar denyutan jantung yang cepat
  7. Lemah daya ingatan
Antara punca masalah HB low
  1. Kekurangan faktor penting seperti zat besi, vitamin B12, folat dan ‘erythropoitein’
  2. Kekurangan hormon : Paras hormon tiriod yang rendah
  3. Gangguan pembentukan sel darah merah seperti talasemia
Risiko anemia di kalangan ibu hamil
  1. Peratusan tinggi untuk melahirkan anak pramatang
  2. Pertumbuhan janin yang terencat semasa di dalam kandungan
Supplement yang dicadangkan

Vitalea iron formula:
Mengandungi zat bei yang membantu pembentukan sel darah merah dan menghasilkan sel darah yang sihat. Zat besi menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel

Vitamin C
Membantu penyerapan vitamin b12 dan zat besi. Vitamin C juga membantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan pertahanan badan

B-complex
Meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin. Shaklee B-complex adalah lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B termasuk B12 dan folat.

Awas!!
  1. Elakkan minum kopi, teh atau minuman bergas selepas makan kerana minuman itu menyukarkan tubuh untuk menyerap zat besi
  2. Elakkan mengambil vitalea bersama-sama dengan kalsium kerana kalsium akan melemahkan penyerapan zat besi.
  3. Elakkan mengambil vitalea bersama segelas susu kerana susu adalah kalsium.
  4. Pesakit talasemia tidak boleh mengambil Vitalea kerana mengandungi iron.
Set yang boleh diambil untuk masalah HB low
  1. Euphoria Optimum Health - Set A mengandungi Vitalea, B-complex dan Vitamin C
  2. Euphoria Pregnancy Set - Gabungan Set A dan Ostematrix@calcium
  3. Energizing Soy Protein – Untuk kritikal anemia di paras 6-7 g/dL
Apa kata ibu-ibu yang mengambil produk ini?

1. Puan Ila

" Hb sy dah naik ke 10.3 time checkup hr rabu lps. Hopefully lg 2 minggu checkup semakin naik"

Sebelum ini, bacaan Hb Puan Ila berada di paras 9++ sahaja. Setelah 2 minggu mengamalkan set A, telah naik ke 10.3

2. Pelanggan Pn Aini


"Terasa sangat bahagia bila ofismate yg pregnant, sekian lama mengalami masalah low hb. Dari bulan ke bulan hb asyik 9+ gitu. Akhirnya saya cadangkan mkn vitalea iron formula menggantikan pil iron yg klinik bagi. Syukur alhamdulillah, dlm tempoh seminggu lebih je hb dan naik 11+. Pagi tadi dia punyalah risau nak gi cek up. Tak sangka hb dia naik akhirnya :) "

3. Pelanggan Puan Salmiah


"Kawan saya ada masalah low hb gak..tp dia nak cuba esp je..lepas 2 minggu dia punyala excited gtaw saya dia kata hb dia dan naik sebab makan esp"

Saya??
Saya pun mengalami masalah yang sama semasa mengandung.Dibekalkan dengan pil iron daripada klinik dan saya ikut nasihat untuk ambil double dos..2 biji sehari dan makan makanan seperti kerang untuk naikkan HB.Malangya, hb saya masih rendah lingkungan 10 walaupun sudah 2 botol pil iron saya telan. Saya diperkenalkan dengan set A dan alhamdulillah Hb saya naik ke 11++ selepas hanya 2 minggu mengambilnya.

Supplement adalah pemakanan tambahan yea..Bukannya ubat. Jadi perlukan masa untuk diserap ke dalam badan.
 
************************************
Sila email saya di syikin.nazri@yahoo.com untuk dapatkan tawaran hebat daripada saya!! Atau PM saya di FB Kikin Nazri dan boleh juga sms kepada saya di 019-5257274 untuk mendapatkannya.
 

Tuesday, 11 October 2011

Pregnant?? Anda Perlukan Vitamin??

Dalam kehidupan seorang wanita biasa, walau bagaimana sekali pun cara hidupnya, saya yakin, sekurang-kurangnya sekali dalam hidupnya beliau akan mengambil supplements. Bilakah waktu tersebut? Anda boleh agak jawapannya?



credit by: google

Ya, waktu mengandung.
Sebab apa? Tidak dinafikan, kita pasti risau akan kesihatan & perkembangan bayi di dalam perut. Di peringkat awal terutama trimester 1, vitamin yang tak boleh tinggal dan sangat-sangat penting ialah asid folik. Bila masuk trimester 2, fokus pada kalsium pulak. Bila masuk trimester 3, sibuk tambah Omega (Fish Oil) supaya otak bayi dapat terbentuk dengan baik (dengan kata lain, nak anak jadi bijak!), sesambil kawal kolesterol dalam badan sendiri.

Saya sendiri mengambil asid folik sebelum cuba untuk mengandung. Seelok-eloknya 3 bulan sebelum cuba untuk mengandung, tapi, saya ambil sebulan sebelum sahaja. Boleh dapatkan di klinik, rm10 untuk kegunaan 30 hari. Owh, ini cerita sebelum saya mengenal Shaklee. Hmmm, rm10 untuk khasiat asid folik sahaja, ya. Walhal, tambah lagi rm33, boleh dapat sebotol B-Complex Shaklee yang bukan sahaja lengkap dengan 8 kumpulan B, malah, boleh tahan 4 bulan! Owh, rugi pula tak kenal Shaklee awal-awal…



Inilah dia B-Complex Shaklee


Ahhh, bila dah mula kira mengira nie, mengingatkan saya yang dahulu saya spend rm100++ untuk vitamin sahaja setiap bulan. Tak termasuk lagi kos khidmat gynae, ya. Setiap bulan akan dapat 3 jenis vitamin, iaitu Obimin, NeuroGain (Fish Oil) laa nie, dan lagi satu lupa lah. Kalsium, kot?
NeuroGain nie Gynae bagi bila kandungan dah 6 bulan ke atas. Setiap kali lepas habis check up saya akan cakap, “Doktor jangan lupa bagi NeuroGain, ya?”. Biasalah, excited mahukan khasiat Fish Oil tue sampai pada baby di dalam perut…

Penting sangat ker Fish Oil tue waktu mengandung? Ehh, pada saya penting sangat, terutama sebab saya memang kurang suka makan ikan. Kalau makan pun memilih, nak ikan yang sedap-sedap ajer (ikan mahal laa tue!). Jadi, saya memang suka sangat bila dalam pantang, sebab berpeluang makan ikan parang, jenahak & merah almost every alternate day! Hehehe…



Ini Omega Guard Shaklee

Untuk maklumat lanjut tentang khasiat Fish Oil semasa mengandung, and aboleh cuba Google, ya.
Jadi, perlukah makan supplements sewaktu mengandung?
Sejujurnya, pada saya, perlu sangat. Terutama kalau diet harian tidak lengkap. Apatah lagi kalau asyik muntah-muntah tak lalu nak makan, minum susu tak boleh sebab tekak loya sangat, dan kalau berselera makan pun, akan makan lauk yang sedap di tekak sahaja, walaupun makanan tersebut tidak seimbang/ mencukupi khasiatnya. Di sinilah peranan pemakanan tambahan (supplements).
Supplements yang penting sepanjang mengandungkan bayi ialah:


  • Vita-Lea Iron Formula (Shaklee Multi Vitamin)
  • B-Complex (Lengkap dengan 8 kumpulan B, termasuk Asid Folik)
  • Vitamin-C (kandungan vit C bagi setiap biji ialah 500mg)
  • OsteMatrix (Shaklee Calcium-Magnesium)
Apabila kandungan anda, sudah masuk trimester kedua, terutama selepas masuk 5-6 bulan, boleh tambah dengan,
  • OmegaGuard
Supplements lain yang mungkin anda boleh amalkan terutama jika selalu lemah dan tidak bertenaga ialah,
  • Energizing Soy Protein
credit by: kak

 ****************************************
Sila email saya di syikin.nazri@yahoo.com untuk dapatkan tawaran harga yang menarik.. Atau PM saya di FB Kikin Nazri dan boleh juga sms kepada saya di 019-5257274 untuk mendapat mendapatkannya..!!

Friday, 26 August 2011

Low Hb Semasa Mengandung? Cuba Vitalea...

Seringkali kita dengar ibu yang mengandung mengalami masalah low HB (hemoglobin). Ada yang dah cuba macam-macam tapi masih rendah tahap HB. Vitamin Shaklee yang manakah membantu dalam memulihkan semula paras hemoglobin dalam darah khususnya utk ibu hamil?


JAWAPAN : Pengambilan Vitalea Shaklee (multivitamin lengkap zat besi) amat membantu. Berikut kata Mommy Icha dalam entry di blognya mengenai kepentingan zat besi dan pengalamannya mengambil supplemen Shaklee:

"...Semasa mengandungkan Icha, anak pertama, Hb saya paling tinggi pun 12 sahaja. Tetapi, selepas lebih setahun mengamalkan suplemen Shaklee secara teratur, Hb saya 13++, dan saya bukan setakat hamil, malah masih menyusukan Icha!

dan ini lagi pengalaman beliau yg sedang hamilkan adik Icha

"......Berat terakhir saya sebelum lahirkan Icha ialah 52 kg. Lepas bersalin aje, terus jadi 45 kg balik. Hehe. Yelah .. berat Icha je dah dekat 4 kg. Plus berat uri dia yang besar. Air ketuban lagi. Memang berat saya sebenarnya tak bertambah mana pun.Now ni, mengandungkan adik si Icha. Pun nampak ada tanda-tanda macam tu. Lagi-lagi kali ni saya masih breastfeed si Icha dan saya berpuasa pula tahun ni. Risau tau ... tapi, sebab semalam masa scan baby nampak baby bersaiz sepadan usia dan aktif aje. Hilang risau saya.Kali ini saya berazam mahu makan suplemen Shaklee secara konsisten. Untuk kesihatan saya dan baby. Untuk tenaga saya dan baby. Kali ni juga saya akan sungguh-sungguh berlatih lahirkan baby. Taknak dah vacuum. InshaALLAH. Saya akan cuba...."

dan ini lagi pengalaman2 ibu hamil lain yg gembira dgn kesan Vitalea Shaklee (multivit lengkap dgn zat besi )





Fungsi Utama Iron (zat besi) - Untuk darah yang sihat

MAKLUMAT PENTING 
· Lebih daripada 200 billion sel darah merah di hasilkan setiap hari 
· Setiap saat 2.5 juta sel DARAH BARU di keluarkan ke dalam sistem darah
 · Iron menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksgen ke tisu dan sel TANDA-TANDA KEKURANGAN IRON

· Pucat, tercunggap-cunggap
· Keletihan & kelesuan luar biasa
· Pergerakan yang perlahan
· Anemia ( Penyakit Kurang Darah)
- masalah sembelit
- tidak bermaya
- kuku pecah (retak)
berat bayi tidak naik walau menyusu susu ibu


SIAPA YANG PERLUKAN IRON
· Wanita -- mengandung, menyusu, yang belum menopaus
· Bayi, kanak-kanak, remaja ( gemarkan makanan ringan)
· Mereka yang suka gunakan ubat-ubatan ( pendarahan usus ) contoh asprin
· Penderma darah
· Semua orang


FUNGSI LAIN
· Bantu tukar beta carotene vitamin A
· Bantu buat kolagen ( pelekat/simen pada sel )
· Bantu pengeluaran antibodi
· Bantu buang lemak dalam darah
· Bantu pembuangan toksin dalam hati


BERAPA BANYAK IRON
· 18 –mg @hari
· Kita hanya mendapat 9-mg @ hari
· Problem terbesar adalah iron susah di serap daripada makanan. Hanya 10% iron yang dapat daripada makanan.
· Jika banyak minuman kopi, tea, dan minuman bergas penyerapan juga susah kerana ia menghalang penyerapan


PERBEZAAN SHAKLEE
· Iron + C Kejayaan Shaklee dalam pemakanan tambahan.
· Perbezaan Shaklee ada tambahan vitamin C 
· Vitamin C membantu iron diserap dengan lebih baik


Credit to mamafaiz.com. arissazoela.blogspot.com & YourSuperMom.com

Boleh email kepada saya di syikin.nazri@yahoo.com atau sms/whatsapp di 019-5257274 untuk mendapatkan HARGA ISTIMEWA dan konsultasi percuma.

Thursday, 30 June 2011

Testimoni~Euphoria Preggy Set: No More Sembelit dengan Ostematrix

Alfalfa : salah satu kebaikan mereka yg amik alfalfa ialah tiada lagi masalah sembelit atau masalah sukar ke tandas.. rata² berpuashati apabila dapat 'melabur' hari² pada 'cik tan'.. hehe

tapi macamaner pula dengan ibu hamil yg tidak boleh amik alfalfa.. jangan risau.. Shaklee sesuai untuk semua.. walaupun alfalfa tidak sesuai utk ibu hamil, mereka boleh amik ostematrix.. ostematrix juga membantu dalam mengatasi masalah sembelit..

moh kiter baca sat sedikit komen dari ibu hamil (pn.shaz) yg baru saje sebulan mencuba EUPHORIA PREGGY SET (^_^)

Klik pada gambar untuk lebih jelas.





semalam saya dapat berborak bersama shaz nie.. dan kebetulan ari ini, seorang lg ibu hamil iaitu Pn.Hadha memberikan komen yg sama.. (^_^)





selain melawaskan dan memberikan tenaga pada shaz, ade lagi yg beliau perasan setelah sebulan makan supplemen Shaklee .. Jom baca :




lagi cerita tentang kehamilan dan supplemen di sini - SET J

apa yg ader dalam EUPHORIA PREGGY SET : 

SET J-1 (Trimester I )
  • Vita-Lea
  • B Complex
  • Vitamin C
  • Ostematrix

SET J-2 ( Trimester II dan III)
  • Vita-Lea
  • B Complex
  • Vitamin C
  • Ostematrix
  • Omega Guard


ape yg lagi ISTIMEWA, ada diantara supplemen shaklee ini anda bleh amik dari ketika hamil, kemudian ketika berpantang dan seterusnya membantu ada dalam menjayakan penyusuan susu ibu.. tiada istilah membazir.. cuma perlu ditambah atau diganti dengan vitamin yg lain mengikut keperluan anda.. menarikkan!.. 

Saya menyediakan pek mini kepada mereka yang mempunyai kekangan untuk membeli vitamin. Boleh sms di 019-5257274 atau emailkan saya di syikin.nazri@yahoo.com atau pm saya di Facebook Kikin Nazri untuk mendapatkannya!

Wednesday, 1 June 2011

Kalsium Bantu Kurangkan Komplikasi Semasa Meneran

Ada seorang ibu bertanyakan samada tidak mengapakah sekiranya dia tidak minum susu sepanjang kehamilan kerana dia tidak suka minum susu (atau mungkin alahan). Jawapannya ialah TIDAK MENGAPA @ BOLEH. Namun demikian, adalah wajib bagi ibu tersebut untuk menggantikan sumber kalsium yang dia tidak mampu perolehi daripada susu dengan cara lain. Samada dia kerap mengambil makanan yang kaya dengan kalsium atau melalui pengambilan pil kalsium (yang seharusnya perlu lengkap magnesium dan vitamin D untuk penyerapan optimum).
Apapun, ibu-ibu sekelian, kehamilan bukanlah tentang diri anda seorang, tetapi juga bayi yang anda kandungkan. Fikirkan tentang si kecil. Kemungkinan sikap ‘tidak mahu’ kita kini akan membawa kesan negatif kepada si kecil dewasa kelak.
(credit to mamafaiz.com atas perkongsian ini)

Kurangkan komplikasi semasa meneran


APABILA bercakap mengenai kepentingan kalsium, kebanyakan daripada kita sering kali merujuk zat itu hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang.
Bagi orang tua pula, ia penting bagi mengelakkan pereputan tulang. Jarang sekali orang muda atau yang berada di usia pertengahan mengambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam struktur diet harian mereka.
Selain diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah anda bahawa kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil? Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.
“Saya terkejut apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan. Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain,” kata pembuka Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad.
Beliau yang mahu semua ibu hamil tidak memandang remeh keperluan kalsium juga berharap agar golongan suami turut mengambil peranan mengingatkan pasangannya.
Apabila berjumpa doktor dalam sesi pemeriksaan, pasangan dinasihatkan agar jangan segan untuk meminta pil kalsium di samping mengamalkan diet tinggi zat kalsium.
“Sebanyak 75 peratus ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat melahirkan anak,” kata beliau.
Jelas Delilah, ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa.

IBU hamil perlu sentiasa memastikan kesihatan tulang.

Ia bermakna seseorang itu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak satu liter setiap hari. Delilah yakin, ibu-ibu sekarang kurang mengamalkan pengambilan susu, sama ada tidak meminatinya atau ada pula yang mempunyai masalah tidak boleh bertoleransi dengan laktosa.
“Jika ibu-ibu hamil ini tidak suka mengambil susu, saya percaya terdapat banyak susu berperisa di pasaran khas untuk mereka. Pengambilan keju, dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga boleh diamalkan bagi menggantikan susu.
“Selain produk tenusu, ibu-ibu hamil boleh mengambil makanan pejal yang tinggi zat kalsium termasuk sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis, salah satu makanan yang mempunyai kandungan kalsium paling tinggi,” katanya.
Diet sumber asli
Kata Delilah, walaupun ibu-ibu itu dibekalkan dengan pil kalsium, mereka tetap perlu mengamalkan diet sumber asli seperti yang di senaraikan itu.
Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal.
Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.
“Banyak penyelidikan dan kajian, atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi,” terang Delilah.

PARA ibu yang tidak boleh bertoleransi dengan laktosa disaran mengambil suplemen kalsium sebagai ganti.

Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan juga pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi.
Secara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan.
Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis.
“Mereka yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar mengidap osteoporosis dan pada kadar lebih cepat.
Untuk mengesan jisim dan densiti tulang, mereka boleh membuat pemeriksaan di hampir semua klinik umum,” katanya yang turut mencadangkan agar pemeriksaan itu dilakukan sebagai langkah memahami lebih lanjut keadaan tulang badan.
Kehilangan kalsium
Kehilangan kalsium dalam kalangan ibu hamil secara relatif lebih banyak iaitu sekitar tiga hingga 10 peratus berbanding wanita menopaus yang kehilangan satu hingga tiga peratus.
“Itupun sudah dikira banyak. Bayangkan dengan kehilangan lebih tujuh peratus? Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi,” terang Delilah.
Jika ada orang yang berpendapat pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas beranak, itu juga satu tindakan yang salah.

IKAN bilis adalah sumber kalsium paling utama, mudah didapatkan dan senang diintegrasi dalam sajian seharian.

Sebenarnya, ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid.
“Selian itu, pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.
“Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kak. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri,” kata beliau merujuk kepada komplikasi yang paling digeruni ibu-ibu hamil.
Oleh yang demikian, Delilah menasihati ibu-ibu yang merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah melahirkan anak supaya mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk suplemen mahupun daripada sumber semula jadi.




Sekiranya anda adalah daripada kalangan mereka yang alah dengan susu, saya sarankan pengambilan Ostematrix daripada SHAKLEE, gabungan lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D, serta mudah larut. Harga sebotol Ostematrix (120 biji) cumalah RM49 (Semenanjung)/ RM52 (Sabah dan Sarawak) tidak termasuk cas penghantaran.
Sila hubungi saya di syikin.nazri@yahoo.com atau sms 019-5257274 untuk info dan pesanan.

Monday, 25 April 2011

Mahu Baby Dalam Perut Jadi Genius?


Saya pasti setiap ibu yang mengandung pasti akan menjaga makan..rajin mengambil supplemen dan menjaga diet seharian…kan. Kan..kalo biasa ngelat mkn vitamin..tp kalo prgnnt..terus jadi baik..hihi... Jom kita baca apa yg kaum ibu/makbuyung perlu makan

  • Produk tenusu + ikan sardin dalam tin = kuatkan tulang
  • Ayam + yogurt + kekacang = Pertumbuhan dan pembaikan sel tubuh
  • Ikan + minyak zaitun + avokado = Merangsang otak bayi
  • Kekacang lentil + makanan berbijirin penuh = Bantu cegah kecacatan saraf otak sewaktu kelahiran
  • Strawberi + lada benggala = Langkah pencegahan pra-matang
  • Telur + kekacang + daging tanpa lemak = Untuk pertumbuhan otot dan organ dalaman
Semua makanan diatas boleh didapati dalam pemakanan seharian kita..TAPI adakah kita mampu untuk makan semua itu semata-mata..adakah kita mampu hendak makan strawberi, brokoli, oren, plum, beri, mangga dan tomato setiap hari? Kekadang kita terliur gak tengok KFC, PIZZA, BURGER KING dan McD kan? Sudah tentulah diet kita telah tersasar..Haa, kat sini la perlunya vitamin-vitamin bagi menyokong dan menampung ketidakstabilan pemakanan seharian kita..menampung mana-mana ruang-ruang nutrisi yang tidak terdapat dalam pemakanan kita..Hasilnya untuk jangka masa panjang, untuk diri sendiri dan bayi yang dikandung..mesti kita hendak yang TERBAIK untuk bayi kita kan..Vitamin-vitamin yang disyorkan untuk kehamilan adalah..jeng jeng jeng..ini dia TERBAIK DARI LADANG…hihi

OsteMatrix(calcium magnesium) - 4 biji sehari
Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

Energizing Soy Protein - minum sehari sekali
Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

Omega 3 (Omega Guard) - 1 biji sehari
Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan

Vitamin B Compleks - 1 biji sehari
B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

Vitamin C - 1 biji sehari
Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

Vita-Lea Iron Formula -1 biji sehari
Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.
 
Penjagaan pemakanan amat penting ketika mengandung ni kerana banyak zat-zat dan nutrisi telah 'ditarik' oleh anak yang dikandung bagi pertumbuhan dan pembesaran di alam rahim. Masa mengandung ni pula memang ibu akan mengalami keletihan, lesu, penat, lenguh-lenguh sendi, sentiasa mengantuk dan seangkatan denganya..Ibu juga tidak mampu bergerak cergas dengan muatan yang lebih..Oleh itu, pertumbuhan baby yg dikandung bergantung kepada pemakanan ibu yang sempurna..Peliharalah kesihatan anak anda sejak dari alam rahim lagi..Semua di atas adalah mengikut kemampuan ibu semua. Jilkalau ibu tidak mampu nak beli semuanya..hanya memadai amik yang asas iaitu Set A yang mengandungi Vitamin C, B Kompleks dan VitaLea (multivitamin)..dan add on setin ESP… Trial Pack Shaklee serendah rm80..tak rugi cuba…dan rasai kehebatannya..

credit to azrin n mamafaiz

...Saya Suka Cantik & Sihat...