* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*
Showing posts with label Anak Bijak. Show all posts
Showing posts with label Anak Bijak. Show all posts

Monday, 9 September 2013

Set untuk Anak Cergas & Bijak SHAKLEE


Asyik bercerita tentang kecantikan dan kesihatan kita sahaja kan, jadi entry kali ni khas untuk ibu bapa yang inginkan anak-anak membesar dengan sihat, sentiasa cergas dan aktif serta mudah fokus dalam pembelajaran. Saya pasti, sebagai ibu bapa, sudah semestinya kita ingin berikan yang terbaik untuk anak-anak kan.

Kanak-kanak juga perlukan supplement, untuk memastikan perkembangan fizikal dan mental mereka di tahap optimum, terutamanya yang mempunyai masalah seperti .....
  • kurang selera makan atau memilih makan/picky eaters
  • kerap demam, batuk dan selsema
  • kerap sembelit
  • berlebihan berat badan/obes
  • mengalami masalah eczema
  • mempunyai penyakit asthma
Ibu mana yang tak risau bila anak-anak kerap sakit, makan pun 2 atau 3 suap jer, sayur dan buah tak nak makan, asyik sembelit sampai pedih-pedih bila nak cuci, masalah eczema atau ada asthma sehingga membataskan pergerakannya.

Gabungan dua produk dari Shaklee iaitu Mealshake dan Omega Guard amat sesuai untuk perkembangan fizikal dan minda kanak-kanak terutamanya yang mempunyai masalah seperti di atas. Banyak feedback positif dari ibu-ibu yang telah mencuba produk ini dan berpuas hati dengan kesan ke atas anak-anak mereka.

♥ HANYA YANG TERBAIK UNTUK ANAK KESAYANGAN ANDA ♥

 

Mealshakes

Supplement ala multivitamin dalam bentuk serbuk yang amat sesuai untuk kanak-kanak dan rasanya yang sedap. Cara minumnya, boleh dibancuh dengan susu atau minuman kegemaran anak anak seperti milo atau jus:)
Satu canister ni tahan selama 2 - 3 bulan

Nutrien yang lengkap - Memberikan 24 jenis vitamin A-Z yang penting, mineral dan mineral yang dikesan. Kekurangan mineral surih akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi lesitin soya yang bertindak secara sinergi dengan vitamin larut lemak. Bekalan nutrien utama untuk sel-sel - Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam pembentukan kulit, kuku, rambut, organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.

Membantu tumbesaran - Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.

• Anti-oksida - Mengandungi vitamin A, C, E, zink, selenium yang komponen anti-oksida untuk anti-penuaan.

• Memulihkan kulit - Mengandungi besi vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel-sel darah merah yang sihat, sekali gus memperbaiki kulit.

• Detoksifikasi - Kaya dengan serat larut yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk mengeluarkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.

• Rasa yang sedap untuk tua dan muda - minuman yang sedap dengan fruktosa semulajadi ; mempercepat pengisian semula nutrien yang perlu untuk badan; tidak mengandungi pewarna tiruan dan gula tiruan.
 

Omega Guard 


Mengandungi DHA dan EPA serta asid lemak lain yang penting untuk pertumbuhan otak dan mata, serta peredaran darah dan aktiviti sel bagi memastikan keseluruhan tubuh mendapat kekuatan bagi melawan jangkitan yang berbahaya.

Omega Guard yang bersifat anti-inflammatory, selain membantu masalah keradangan@inflammation, juga bantu memanaskan dada dan memudahkan kahak mencair dan senang dibuang oleh kanak-kanak.
  • Merupakan minyak ikan terbaik
  • Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dll
  • EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak dan meningkatkan daya ingatan
Yang paling penting, produk Shaklee yang dihasilkan dari bahan semulajadi tanpa perasa, pemanis atau pengawet tambahan terbukti selamat dan amat sesuai untuk anak-anak anda.

credit

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.







*******************************************

Untuk konsultasi dan segala pertanyaan, anda boleh:

1. LIKE facebook fanpage  Cantik & Sihat (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)
2. PM saya di fb,  Kikin Nazri
3. Emel  syikin.nazri@yahoo.com
4. SMS/ WhatsApp saya di 019-5257274.

Thursday, 7 February 2013

Mahu Anak Jadi Bijak? Mulakan dari dalam kandungan dengan Omega Guard



Tahukah anda bahawa Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan terbaik dunia. Asid lemak Omega-3 tidak boleh dihasilkan oleh badan kita maka kita perlu mengambilnya dalam diet seharian kita. Ia adalah makanan untuk otak, sangat baik diambil oleh kanak2 seawal umur 1 tahun ke atas dan ibu hamil untuk meransang perkembangan otak janin dari dalam perut lagi..

Omega 3 Dalam Diet Amat Membantu Perkembangan Janin
DHA adalah asid lemak perlu yang dijumpai dalam badan kita terutamapada otak. DHA adalah sangat penting dalam perkembangan otak, serta aspek-aspek lain perkembangan janin. DHA juga asid lemak utama yang ditemui dalam retina mata, serta organ-organ badan yang lain.

DHA Kaya Dalam Susu Ibu.
Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri, mereka memperoleh DHA daripada susu ibu. Sebelum mereka dilahirkan, DHA didapati dari ibu melalui plasenta. Dengan itu, ibu akan mengalami kekurangan DHA. Atas sebab ini pakar mencadangkan supliment Omega 3 kepada ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusu. 

Ini adalah untuk menambah DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri. Selain itu, suplemen lain yang disyorkan untuk ibu mengandung atau menyusu, seperti asid folik, tetapi Omega 3 lemak tidak terkecuali untuk penbangunan otak janin, pembangunan mata, dan lain-lain aspek perkembangan janin.

KAJIAN 1

The Lancet pada tahun 2007, 11,000 wanita diuji.
Kesan tahap pengambilan makanan laut yang rendah (kurang daripada 340 gram) terhadap pembangunan kanak-kanak.Anak-anak wanita yang terlibat dalam kajian ini telah diuji dari umur 6 hingga 8 bulan. Dan didapati bahawa tahap pengambilan makanan laut yang rendah semasa mengandung melahirkan kanak-kanak yang mempamerkan tahap IQ yang lebih rendah berbanding daripada mereka yang mempunyai tahap pengambilan makanan laut yang tinggi semasa mengandung.
Bukan itu sahaja malah, ia juga menunjukkan bahawa anak-anak wanita dengan tahap pengambilan makanan laut yang lebih rendah mempunyai masalah-masalah lain seperti kurang kemahiran komunikasi dan kurang kemahiran motor halus serta beberapa isu-isu tingkah laku sosial.

KAJIAN 2

American Journal of Clinical Nutrition, 2007
Kesan daripada suplemen DHA pada wanita hamil. Suplemen yang telah dimakan dari bar bijirin yang ditambah dengan DHA. Suplemen bermula pada 24 minggu kehamilan sehingga kelahiran.
Dapati bahawa bayi wanita yang telah ditambah diet mereka dengan DHA semasa hamil menyelesaikan masalah dengan lebih baik berbanding daripada kumpulan ibu yang tidak menerima makanan diperkaya DHA.Banyak lagi kajian demi kajian dilakukan. Keputusan masih membawa kepada kesimpulan bahawa pengambil minyak ikan, dan khusus DHA, semasa mengandung boleh memberi bayi anda suatu permulaan yang baik dalam kehidupan.



Cadangan Kuantiti Pengambilan DHA  
Sekitar 200 hingga 300 mg DHA sehari dicadangkan bagi ibu-ibu yang mengandung dan menyusu. Dengan corak pemakanan harian moden kini, kita tidak mungkin akan mendapat DHA yang cukup di dalam makanan kita. DHA didapati terutamanya dalam minyak ikan, bersama-sama dengan asid faty Omega 3 lain seperti EPA.

Terdapat piawaian antarabangsa yang ketat untuk memantau tahap pencemaran yang terdapat dalam suplimen Omega 3. Suplimen Omega 3 yang terbaik mesti bebas daripada sebarang bentuk pencemaran kimia. Oleh itu mereka menggunakan ikan yang didapati di bahagian yang paling bersih lautan dunia, mereka memproses ikan dengan cara yang tertentu supaya pencemaran sama skali dihapuskan.

Ibu-ibu mesti berhati-hati dalam memilih suplemen Omega 3. Harga dan jenama tidak menjamin ia adalah minyak ikan yang bagus. Ikan boleh mengumpul toksin laut dalam sistem mereka, seperti PCB dan merkuri. Tambahan pula rantaian makanan ikan menjadikan lebih tinggi kepekatan toksin jahat yang kita mesti jauhi.Atas sebab ini suplement Omega 3 mesti dihasilkan dengan teknologi yang tinggi dan melalui saringan yang ketat bagi memastikan ia benar-benar bebas daripada mana-mana bahan cemar.
Sekarang anda sudah tahu.. jika ingin membeli suplemen Omega, haruslah menitik beratkan ciri2 di atas. Kenapa saya pilih Omega dari jenama Shaklee?
Kerana
  • OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.*
  • Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi *
credit to  www.mamafaiz.com

Bulan Februari 2013 ini adalah bulan promosi Omega Guard. Beli 6 botol dapat free 1 botol. Anda juga boleh beli kongsi2 dengan kawan, kan lebih jimat tuu..Berapa harga sebotol Omega Guard..
Hubungi saya kalau nak tahu lebih lanjut ya.. (",)

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.







*******************************************




Untuk konsultasi dan segala pertanyaan, anda boleh:

1. LIKE facebook fanpage  Cantik & Sihat (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)
2. PM saya di fb,  Kikin Nazri
3. Emel  syikin.nazri@yahoo.com
4. SMS/ WhatsApp saya di 019-5257274.  

...Saya Suka Cantik & Sihat...