* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Tuesday 28 February 2012

Apa Fungsi Antioksidan? Perlukah Pengambilannya?

Dengan setiap nafas yang diambil, anda sebenarnya menghasilkan radikal bebas – Oksidan tidak terkawal yang merosakkan sel!
Semakin anda berusia (tua), semakin berkuranganlah antioksidan semulajadi yang dihasilkan oleh badan anda untuk mengawal molekul-molekul pemusnah ini. Apabila semakin banyak radikal bebas terkumpul di dalam badan, kesihatan menjadi makin merosot, proses penuaan menjadi lebih pantas, menyebabkan anda mudah terdedah kepada pelbagai penyakit – daripada masalah kulit berkedut di usia muda, sehinggalah kepada penyakit-penyakit yang lebih kronik.
Maka, jawapannya ialah, “YA, anda perlukan AntiOksidan!!!”

Walaupun kita boleh mendapatkan sumber antioksidan daripada pemakanan harian, kebanyakan dari kita sebenarnya memerlukan lebih dari jumlah antioksidan yang kita perolehi hanya dari diet harian. Contohnya, perokok memerlukan 2 atau 3 kali ganda Vitamin C untuk mendapatkan paras darah berantioksidan yang sama seperti orang yang tidak merokok!
Selain itu, perkara-perkara yang menambahkan kuantiti radikal bebas di dalam badan ialah:
(1) Pencemaran udara
(2) Penyakit kronik
(3) Penyakit berjangkit
(4) Perokok sekunder
(5) Menopause
(6) Tekanan perasaan
(7) Pendedahan kepada cahaya matahari
(8) Sinaran X-ray
(9) Diet carcinogens (Pengambilan makanan yang digoreng pada suhu tinggi, dibakar dengan arang, atau daging yang dirawat).
(10) Cara penyediaan makanan yang salah
(Contohnya: Lobak yang dimasak membekalkan lebih bio-tersedia Beta-Carotene, berbanding Lobak yang belum di masak. Haa, bukan semua makanan yang tidak di masak itu baik, ya!)
dan lain-lain lagi.
Apakah yang AntiOksidan boleh lakukan untuk anda?
(1) Melambatkan proses penuaan.
(2) Merendahkan paras kolesterol.
(3) Mengurangkan risiko atherosclerosis.
(4) Membantu melindungi daripada penyakit jantung dan strok.
(5) Mengurangkan risiko segala jenis kanser.
(6) Bantu mengurangkan progres penyakit Alzheimer.
(7) Melambatkan pertumbuhan tumor.
(8) Bantu badan untuk detox carcinogens.
(9) Bantu kesihatan mata, elak masalah penglihatan.
(10) Melindungi badan dari kerosakan yang berpunca dari hisapan rokok.
(11) Melindungi badan daripada Chronic Obstructive Pulmonary Piseases(COPDs) - athma, bronchitis, dan emphysema.
(12) Melindungi badan dari pencemaran alam sekitar.
Apakah suplemen antioksidan Shaklee yang dicadangkan?
(1) Pastinya gabungan terbaik ACE – CarotoMax, Vitamin C dan Vitamin E!
(2) Ataupun, Vivix, yang kaya dengan kandungan Resveratrol yang tinggi!
*Note: Vivix TIDAK BOLEH diambil oleh ibu mengandung dan menyusu!
TAHUKAH ANDA?
Suplemen antioksidan TIDAK BOLEH diambil oleh orang yang sedang menjalani kemoterapi atau rawatan radiasi. Ini kerana, rawatan-rawatan ini berfungsi dengan menghasilkan radikal bebas untuk memusnahkan sel kanser. Maka, suplemen antioksidan hanya akan mengurangkan dan menggangu ‘radikal bebas ini’ berfungsi dengan efektif!
Terima kasih kepada GenkiMomma yang berkongsi ilmu..
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


*******************************************
Untuk konsultasi dan segala pertanyaan, anda boleh:

1. LIKE facebook fanpage Cantik & Sihat (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)
2. PM saya di fb, Kikin Nazri
3. Emel syikin.nazri@yahoo.com
4. SMS saya di 019-5257274.  

Monday 27 February 2012

Cerita Saya Nak Kurus Dengan Omega



Beshh lak baca kisah kak n nak kurus bersama Omega. Jom baca.. hihi :)


Ramai yang call tidak kurang yang email/ pm bertanya pasal Omega. Mungkin sebelum ini jarang saya menulis tentang Omega, tapi personally saya pastikan Omega memang sentiasa di rumah kerana ia adalah kegemaran anak-anak saya. Saya bekalkan suami saya Omega supaya ia membantu meningkatkan HDL dalam tubuh.
Seorang customer saya ini tidak menyusukan anak. So pada beliau Lecithin tak membantu seperti yang diharapkan. Saya suggestkan Omega ini kerana Omega juga bagus untuk rendahkan kolestrol dan bakar lemak.

Sebelum ini, masa berat dan bentuk badan saya berubah, saya memang fokus nak kurus dengan Lecithin selain Alfalfa sebab satu sebagai pembakar lemak dan satu yang perlu angkut keluar lemak iaitu serat.

Tapi selepas customer saya sorang ni fokus dengan Omega, saya sendiri baru mencuba dengan pengambilan seperti yang disarankan. Kata customer saya, bila makan Omega, memang tak rasa lapar. Hmm saya jadi teruja. Sebelum ini saya memang makan Omega tapi sebiji aje, sebab saya tak fokus untuk bakar lemak melalui Omega.

Saya cuba amalkan Omega 3 bj sehari as customer saya buat. Dia tak bf so Lecithin slow pada dia. Dia makan Omega 3 biji sehari pagi atau tengahari. Omega tak digalakan amik malam, kalau kurang air boleh buat kita demam.

Pengambilan perlukan alfalfa atau buah 2-3 potong sehari. Alfalfa hanya 1-2 biji sahaja. Banyak alfalfa akan perlu banyak air atau kita akan sembelit.

Herb Lax amik hujung minggu sahaja, iaitu sabtu malam ahad. Amik 4-5 biji. Kalau badan besar 5 bj. Bagus amik sebelum tidur sebab Herb Lax bertindak selama 6 jam dan kalau kurang air, perut memulas mcm nak terbalik. Saya pernah makan jam 9mlm, jam 3 pagi saya bangun ke toilet. So kalau nak makan waktu siang, pastikan 6 jam selepas itu kita di rumah.
Apa yang boleh saya kongsikan bila saya mula fokus dengan Omega....

Hari pertama saya amik 3 biji selepas lunch....sepanjang petang sehingga malam saya merasa sangat dahaga , hanya ALLAH sahaja yang tahu. Saya tak de rasa lapar tetapi saya rasa sangat dahaga. Air botol 1.5Liter peneman ke mana saya pergi. Dah minum 3 botol, tekak masih dahaga. Malam pun sama. Hmm  memang pelik. Hari pertama lupa makan buah....so tak best ke toilet.

Hari kedua, saya cuba makan pagi pula, unik, sebab tengari saya cuma makan nasi 3 suap dah rasa kenyang tapi saya rasa sangat dahaga. So saya banyak minum air. Saya bancuh ESP, Meal Shake dan PD supaya saya lebih kenyang pada waktu tengahari. Malam memang tak berapa makan sebab dah kenyang dengan air.

Hari ketiga, makan waktu pagi juga dan lebih kurang dengan hari sebelum ini. So saya dapati saya perlukan buah yang banyak supaya tak mudah sembelit ke tandas nanti. Apa yang best, perut senang kenyang.

Berbanding saya amik lecithin dulu, saya mudah rasa lapar bila lambat makan. Mungkin sebab ia bakar lemak jadi badan perlu kalori untuk menggantikan yang telah dibakar. Beza amik Omega, mungkin sebab pengambilan 3 biji sehari buat badan panas, tekak juga beri signal dahaga agar minum lebih air. Bila kenyang air, kita tak berapa nak makan.

Namun saya masih amalkan lecithin sebab ia bagus untuk elakkan bloated....kembung perut atau senak.

Bagi yang takut gemuk kerana air, saya sarankan seminggu atau 2 kali sebulan pergi berurut. Ia sangat membantu selain bersenam setiap hari.
Mungkin ada sesetengah orang boleh kurus sebab senam setiap hari dan amalkan cara hidup sihat terutama mereka yang mempunyai metabolisme yang sangat tinggi, tapi bagi saya, saya tetap perlukan ejen pembakar lemak ini iaitu Omega dan Lecithin. Bagi yang serius nak slim, sila dapatkan allfalfa dan herb lax untuk proses detox yang best!

Namun apa pun perlu ingat, nak kurus, slim TAK BOLEH hanya bergantung pada supplement semata-mata , kita perlu amalkan cara hidup yang sihat, makanan yang sihat, serat yang banyak serta air yang mencukupi barulah semuanya seimbang. 


*******************************************
Untuk konsultasi dan segala pertanyaan, anda boleh:


1. LIKE facebook fanpage Cantik & Sihat (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)
2. PM saya di fb, Kikin Nazri
3. Emel syikin.nazri@yahoo.com
4. SMS saya di 019-5257274. 

Saturday 25 February 2012

Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati : Tekanan Darah Tinggi



Bila kita tengok pada keratan akhbar di atas, bil hospital kini menjadi beban pula pd kita ni. apatah lagi zaman sekarang ni mcm2 penyakit dengan mudah menghinggap. Malah banyak pula penyakit baru yang baru dikenal pasti.
Pasti ramai yang berkata…takpe…aku ada simpanan…ada kad kredit…lagipun kos perubatan aku dicover oleh syarikat…small matter la…..lagi2 sekarang ni banyak syarikat takaful yang menawarkan pakej yang menarik dengan bayaran premium yang berpatutan….
Sememangnya kita wajib bersiap sedia dengan sumber kewangan yang mencukupi apatah lagi yang perlu digunakan untuk kecemasan. Namun adakah ia mencukupi? tepuk dada tanya selera (sebenarnya tepuk poket…cek kembung ke kempis…heheheh)

Persediaan kewangan jika kecemasan / ditimpa penyakit memang perlu…namun kita sering terlupa yang MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI..PREVENTION BETTER THAN CURE kata omputih la kan…
Jadi apa yang kita dah buat untuk memastikan kita telah mengambil langkah pencegahan yang mencukupi. Saya tak nafikan dulu2 pun saya anggap benda nak mencegah ni benda enteng sehingga la bila kita sering dikejutkan dengan berita artis/selebriti/ org awam yang masih muda 30an diserang dengan sakit jantung, kencing manis, darah tinggi….
apatah lagi kini ada juga kanak-kanak yg turut menghidapi trio penyakit tersebut…
saya petik sebahagian kata2 Irfan Khairi (jutawan online tu)..

Kekayaan atau kesihatan yang penting? Pastinya ramai akan kata, kesihatan lagi penting. Tapi sering kali, kita hanya mengambil berat tentang kesihatan kita apabila kita jatuh sakit. Bila tak sakit, mungkin berbagai aktiviti gaya hidup yang kurang sihat kita amalkan- seperti merokok, makan berlebihan, minum minuman yang manis dan sebagainya. Apabila jatuh sakit, baru lah kita akan tersedar dan pantang untuk menjaga kesihatan.Menjaga kesihatan harus bermula daripada awal sebelum terlewat. Dengan kesihatan yang terjaga, kita juga dapat menjaga kewangan kita pada kos-kos perubatan yang sering menelan beribu ringgit. 
 
 Fastfood yg menjadi kegemaran masakini
 
Tahukah anda, kebanyakan penyakit bermula dari makanan?
APA YANG KITA MAKAN SEKARANG MENGGAMBARKAN TARAF KESIHATAN KITA 10 TAHUN AKAN DATANG…
hmmm…memandangkan kita sekarang ni senang dgn fast food maka risiko lebih tinggi…
Namun ia boleh dicegah dengan pengambilan makanan tambahan yang berupaya meneutralkan semula makanan yang kita ambil…..
contohnya…bila kita amik makanan yang high kolesterol; dengan pengambilan lecithin dan fiber, lemak dan kolesterol dapat dipecahkan/ diuraikan serta disingkirkan….Neutralisasi….
Lagipun, sebenarnya bukan mahal mana pun makanan tambahan ni, jika dibandingkan dengan kos perubatan yang bakal menjelma.

Untuk set kesihatan yang asas,anda semua boleh mendapatkannya di bawah kos RM200 dan ini bertahan untuk 4 bulan. maka sebulan hanya RM50…murahkan….Kami kongsikan sedikit pengalaman seorang rakan.


update terbaru tentang rakan ini…
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
 
*******************************************
Untuk konsultasi dan segala pertanyaan, anda boleh:

1. LIKE facebook fanpage Cantik & Sihat (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)
2. PM saya di fb, Kikin Nazri
3. Emel syikin.nazri@yahoo.com
4. SMS saya di 019-5257274. 
 

Monday 20 February 2012

Dilema Ibu Berpantang, Antara Jamu Dan Vitamin, Mana Lebih Sesuai ?

Credit to anakkuwiraku.com

Semenjak awal tahun 2012 saya menerima banyak panggilan dari bakal ibu khususnya yang sedang mencari makanan kesihatan bagi menampung keperluan tubuh mereka semasa dalam pantang lagi. Alhamdulillah, last month sahaja ada 3-4 orang customer saya yang melahirkan anak kembar. Saya yakin ramai ibu diluar sana juga yang sedang mencari makanan tambahan semasa dalam pantang akan memikirkan beberapa perkara sebelum membeli.


Antaranya ialah

1. Adakah ia selamat uuntuk penyusuan?

2. Adakah ia bagus untuk atasi pemulihan kesihatan ibu yang baru melahirkan?


3. Berapa kos yang perlu dibayar?


4. Sejauh mana kebaikan mengamalkan produk tersebut?



Apakah sebenarnya perbezaan mengamalkan jamu atau vitamin semasa dalam pantang?

Sebenarnya jamu juga dikategorikan sebagai makanan tambahan. Namun badan kita mengambil masa yang lama untuk menguraikan jamu tersebut untuk mendapatkan vitamin dan khasiat yang terdapat di dalamnya ditambah kandungan jamu tidak dapat diketahui dengan lebih lengkap.

Berbeza dengan vitamin. Badan kita sangat mudah mengenali vitamin. Pengambilan vitamin membuatkan badan kita menerima dengan cepat serta pengambilan air yang mencukupi akan menyebabkan penyerapan berlaku dengan sangat baik.

Ibu di dalam pantang di galakkan mendapat makanan yang kaya dengan khasiat folik asid, zat besi, zink dan bebera vitamin lain supaya cepat pulih dari sakit melahirkan. Selain itu vitamin juga sangat perlu agar ibu itu tidak mudah mendapat meroyan dikala ia berada dalam pantang.

Bagi ibu yang hendak menyusukan bayi dengan susuibu sepenuhnya, disarankan agar ibu itu tidak mengambil apa-apa jamu kerana dikhuatiri ia akan memberi kesan yang tidak elok untuk hati bayi dan mempunyai risiko bayi mendapat sakit demam kuning atau nama popular disebut jaundice.

Saya sendiri tidak mengamalkan apa-apa jamu kerana saya percaya badan saya memerlukan vitamin untuk cepat recover dari sakit pembedahan melahirkan Addin dan Nasa. Alhamdulilah, badan ibu yang cepat recover sesungguhnya memberi impak kepada dunia penyusuan. Ibu yang sihat, cergas, mood yang baik sangat mempengaruhi penghasilan dan kelancaran pengeluaran susuibu disamping ibu itu menyusukan anaknya dengan kerap.

Ibu yang dalam pantang hanya memerlukan multivitamin yang lengkap dengan zat besi kerana zat besi diperlukan untuk pembinaan sel darah merah ditambah ibu banyak kehilangan darah semasa haid dan nifas. B complex dan vitamin C penting dalam membantu si ibu mendapat khasiat secukupnya dan mampu mengawal sebarang bentuk tekanan serta vitamin ini membantu mengelakkan si ibu mendapat risiko meroyan. Manakala zinc sangat perlu untuk aturan 100 jenis enzim dalam tubuh. Ia juga membantu mempercepatkan proses pembaikan luka luar dan dalam. Tidak kurang juga keperluan kalsium sangat dititikberatkan kerana ibu yang menyusu memerlukan tambahan kalsium dari wanita biasa kerana ia akan disalurkan kepada bayi untuk perkembangan dan pembesaran si anak.



Vitamin mana yang sesuai untuk ibu yang berpantang ye..? Jom kita baca bawah ni


Vitalea with iron formula
Memandangkan ibu2 kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan maka ibu2 perlulah memastikan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar dapat menggantikan semula darah yang keluar semasa proses melahirkan. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, letih , lesu dan tak bermaya. Bagi ibu yang mempunyai niat menyusukan anak perlulah memastikan pengambilan zat besi dititikberatkan agar pertumbuhan dan pembesaran anak adalah sangat baik.


B complex
Ia juga perlu dalam penghasilan sel darah merah di samping ia membantu menstabilkan hormon badan manusia. Kekurangan  B complex boleh menyebabkan ibu yang di dalam pantang mengalami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan. B complex sangat penting membantu kita menjadi bertenaga dan emosi turut lebih seimbang.


Vitamin C 500mg sustained release
Vitamin C Shaklee adalah berkonsepkan pelepasan masa. Ia akan melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Memandangkan vitamin C adalah jenis vitamin larut air maka konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara berterusan. Vitamin C sangat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.


Zinc

Ianya adalah antara galian yang sangat penting dalam membantu proses pemulihan. Zinc membantu mempercepatkan proses baik luka dalam badan kita. Ikan haruan antara makanan yang kaya dengan zinc. Pengambilan zinc bagi ibu yang menyusu turut memberi kesan pada bayi di mana ia membantu anak yang disusukan membesar dengan baik dan mengikut graf pembesaran bayi.


*******************************************
Untuk konsultasi dan segala pertanyaan, anda boleh:

1. LIKE facebook fanpage Cantik & Sihat (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)
2. PM saya di fb, Kikin Nazri
3. Emel syikin.nazri@yahoo.com
4. SMS saya di 019-5257274.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Thursday 16 February 2012

Kenapa Susu Saya Cair?

Pendapat mengatakan susu perahan yang cair merupakan petanda susu semakin berkurangan adalah tidak benar sama sekali. Hakikatnya, susu ibu tidak sama dengan susu formula. Susu ibu memang kelihatan agak cair. Namun, tidak bermakna susu yang cair itu tidak baik. Sebenarnya, ia cukup sempurna!

Jika mengepam payu dara untuk tempoh yang lama berbanding biasa atau dilanjutkan dengan sesi penyusuan, susu yang diperah itu kelihatan lebih pekat. Sepanjang sesi penyusuan atau pengepaman berlangsung, susu akan sedikit demi sedikit berubah daripada foremilk (kelihatan cair) kepada hindmilk (lebih berlemak).
Salah satu keunikan susu ibu yang mungkin tidak diketahui ramai adalah ia berubah mengikut cuaca. Sekiranya hari panas, susu yang dihasilkan lebih cair daripada biasa supaya bayi mendapatkan lebih banyak air. Jika cuaca sejuk pula, susu menjadi lebih pekat dan berlemak berbanding biasa.

Malah, jika meninggalkan susu perahan di dalam bekas buat seketika, didapati dua lapisan terbentuk iaitu berlemak (hindmilk) dan cair (foremilk). Kandungan susu ibu adalah 88% air! Jadi, tidak hairanlah mengapa lapisan yang cair itu lebih banyak daripada yang pekat.
Ini merupakan sebab utama mengapa bayi kurang daripada enam bulan tidak perlu diberikan sebarang tambahan air. Dia hanya perlu minum susu ibu semata-mata!

Sebagai panduan untuk memastikan bayi membesar dengan normal, purata pertambahan berat badan bagi bayi yang menyusu secara esklusif dalam tempoh 0 hingga 4 bulan adalah 142g hingga 198g seminggu.
Secara amnya, bayi yang menyusu susu ibu akan menggandakan berat badannya ketika lahir setelah mencecah 3 atau 4 bulan. Apabila mencecah 1 tahun, berat badannya adalah 2.5 atau 3 kali berat ketika lahir.
Kajian (Kent 2006) ke atas ibu dan bayi(1-6 bulan) yang mengamalkan penyusuan susu ibu di Australia mendapati:
  • 28% bayi menyusu dari sebelah payudara untuk setiap sesi penyusuan.
  • 14% bayi menyusu dari kedua-dua belah payudara untuk setiap sesi penyusuan.
  • 58% bayi menyusu sama ada dari sebelah payudara untuk setiap sesi penyusuan.
  • Kebanyakkan bayi bangun malam untuk menyusu sehingga 6 bulan.
  • Purata jumlah sesi penyusuan dalam sehari adalah 6-18 kali.
  • Jumlah susu yang diminum untuk setiap sesi penyusuan adalah dalam lingkungan 30-135 ml (1-4.6 oz)
  • Ibu yang menyusukan secara esklusif menghasilkan susu antara 500-1350 ml (17 oz – 44 oz sehari)
  • Pengambilan susu harian bayi yang menyusu susu ibu tidak berubah dan stablil dari 1 hingga 6 bulan
(Kesemua fakta yang disenaraikan dianggap normal untuk bayi yang menyusu badan).
Ibu yang bekerja mungkin menghadapi masalah untuk mengepam dengan lebih efektif dan sukar mendapatkan milk ejection reflex.
  1. Faktor kurang masa atau tempat yang tidak sesuai serta terbuka menyebabkan ibu sukar bertenang ketika mengepam.
  2. Jika tidak berupaya mengumpul susu perahan yang mencukupi ketika bekerja, pam di waktu lain sebagai tambahan kepada sesi pengepaman yang dilakukan di waktu pejabat.
  3. Jangan sesekali mengenepikan sesi penyusuan terus kepada bayi.
  4. Kebanyakan ibu menyusukan mendapati lebih mudah untuk mengepam di waktu pagi ketika susu masih banyak.
  5. Pam sama ada sejam sebelum menyusukan bayi atau sejam selepas menyusukan bayi untuk sesi penyusuannya yang pertamaa untuk hari itu.
  6. Pilihan pengepaman lain yang boleh dicuba ialah pam terlebih dahulu kemudian terus susukan bayi atau pam sebelah payudara sambil menyusukan bayi menggunakan sebelam payu dara lagi (tandem nursing)
  7. Memerah menggunakan tangan (marmet) selepas sesi penyusuan turut membantu mengosongkan payu dara dengan lebih baik.
Dalam memastikan bekalan susu berkekalan, susukan bayi atau pam sekerap yang boleh. Apabila berada di rumah, susukan bayi dengan kerap di waktu malam. Semoga berjaya!
credit : sayamahusihat.com

*******************************************
Untuk konsultasi dan segala pertanyaan, anda boleh:

1. LIKE facebook fanpage Cantik & Sihat (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)
2. PM saya di fb, Kikin Nazri
3. Emel syikin.nazri@yahoo.com
4. SMS saya di 019-5257274.

Tuesday 14 February 2012

Alzheimer Cegah Melalui Supplement



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*
 
Alzheimer atau nyanyuk sudah tidak lagi dikaitkan dengan proses penuaan. Tambahan pula sejak munculnya formula-formula anti-penuaan (anti-aging) yang menyifatkan penuaan bukan sebab usia, tapi kerana wujudnya radikal2 bebas dalam tubuh kita. Sejajar dengan itu, Alzheimer kini dikenali sebagai penyakit progresif yang berlaku akibat kehilangan sel saraf otak. Ia disebabkan oleh ‘kehilangan’ sel otak secara sedikit demi sedikit, yang menyebabkan pesakit mengalami kekurangan fungsi mental dan akhirnya fungsi fizikal.

Ia adalah kerana fiber-fiber saraf di sekitar hippocampus, yakni pusat ingatan dalam otak menjadi ‘tersimpul’. Kekusutan yang berlaku terhadap saraf2 itu menyebabkan ia tidak dapat menyimpan dan menterjemah sebarang maklumat. Dengan kata lain, mereka ni mengalami ‘litar pintas’ dalam otaknya.
Alzheimer sebenarnya bukan perkara normal pada orang tua. Ini kerana ia telah dikelaskan sebagai sejenis penyakit, bukan sebahagian dari peningkatan usia. Ada sesuatu yang tidak kena pada pengidap Alzheimer. Ramai orang yang menghampiri usia 90 tahun masih lagi dapat berfikir dengan sihat dan bijak, contohnya Tun Mahathir.
Menurut kajian, otak penghidap Alzheimer didapati mengandungi kandungan kalsium, silikon, sulfur dan aluminium yang tinggi. Protein dalam darah juga boleh menyumbang kepada terjadinya penyakit ini.
Setakat ini tiada rawatan untuk pesakit Alzheimer, oleh kerana ia adalah penyakit progresif. Namun, terdapat terapi bagi meringankan masalah yang dihidapi oleh pesakit Alzheimer.

Bagaimana mengawal diri agar jauh dari Alzheimer?
Menurut orang-orang tua, cara untuk mengelakkn dari terkena penyakit Alzheimer ialah dengan memperbanyakkan membaca & mengkali al-Quran, zikrullah serta banyak membaca buku. Nabi SAW juga ada memberi petua bahawa untuk menjauhi nyanyuk ialah dengan melazimkan istighfar 70 kali sehari.
Selain dari itu, penyakit Alzheimer boleh dihindari dengan penjagaan kesihatan, termasuk pemakanan.Berikut adalah cadangan yang boleh diamalkan bagi mengelakkan penyakit Alzheimer:

Vita-E Complex – Vitamin E membantu dalam pengangkutan oksigen kepada sel-sel otak.
B Complex – Vitamin B12 mengelakkan ‘hilang ingatan’ dalam diri kita.
Lecithin – meningkatkan fungsi dan potensi otak.
Omega Guard - dengan DHA untuk meningkatkan daya ingatan.
Supplement bagi membantu pesakit Alzheimer:
Energizing Soy Protein - Mengandungi asid amino yang membekalkan tenaga kepada otak, jantung dan otot rangka dengan menyalurkan asid lemak kepada sel-sel tersebut. Cartinine (sejenis asid amino) membantu melambatkan proses ‘penurunan’ mental pada pesakit Alzheimer.
Garlic Complex -membantu melambatkan proses penyusutan otak.
Omega Guard - memperbaikkan fungsi kognitif.
Sekiranya anda mendapati ahli keluarga mengalami masalah seperti mudah lupa, cepat moody, short-tem memory loss, bingung, dan sebagainya – segeralah berjumpa doktor. Pesakit yang melibatkan perkara sebegini perlu mendapat pengesahan doktor kerana dikhuatiri simptom2 tersebut bukan sekadar nyanyuk, tapi ada masalah otak yang lain.
Credit 

*******************************************
Untuk konsultasi dan segala pertanyaan, anda boleh:

1. LIKE facebook fanpage Cantik & Sihat (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)
2. PM saya di fb, Kikin Nazri
3. Emel syikin.nazri@yahoo.com
4. SMS saya di 019-5257274.

Sunday 12 February 2012

Period Pain..No More Pain Killer..Only Supplement

Period pain atau sakit perut ketika haid biasanya disebabkan jumlah hormon estrogen dan progestron yang tidak seimbang di dalam badan. Ketika datang haid biasanya hormon estrogen akan menjadi lebih banyak daripada hormon progestron.

Fungsi 2 hormon kat atas adalah dalam sistem reproduksi wanita.

Apabila 2 hormon ini tidak seimbang jumlahnya, berlaku lah cramp perut atau period pain. Ada yang cramp saje..Ada yang sampai berguling-guling…Ada juga yang sampai pengsan! Tapi ada juga yang rilek-rilek sajer….

Di bawah adalah cara-cara yang boleh mengurangkan period pain.

1) Ambil satu botol yang panas/suam, letak di bahagian yang kram(perut, pinggang atau bahagian belakang).

2) Gunakan air yang panas/suam ketika mandi.

3) Minum susu suam (sebab susu mengandungi kalsium yang tinggi dan boleh menggantikan plasma darah yang hilang ketika haid). Kalau malas nak buat susu, minum je air suam.

4) Urut atau gosok di bahagian yang kram dengan minyak angin.

5) Kalau sakit sangat, duduk dalam posisi menungging supaya rahim tergantung ke bawah (seperti kedudukan ketika sujud dalam solat).

6) Ambil supplement B-Complex dan Ostematrix
Kenapa B-Complex & OsteMatrix membantu mengurangkan sakit semasa haid (period pain)?
  • B-Complex - membantu mengurangkan tekanan emosi dan kelesuan, bertindak seperti ‘spark plug’ untuk memberi tenaga.
  • OsteMatrix (CalciumMagnesium) - berfungsi untuk melancarkan sistem jantung dan aliran darah. Jantung adalah nadi kehidupan manusia. Otot jantung bergerak apabila menerima arahan daripada kalsium. Dikatakan kalsium mengaktifkan sejenis protein yang bertindak menggerakkan otot jantung dan mengalirkan darah. Apabila darah dapat mengalir dengan lancar, maka period pain pun hilanglah.

Apa kata yang telah mencubanya?


Jum, NO MORE PAIN KILLER! CHOOSE SUPPLEMENT!!!
 
credit to Dazzlingmoms.com
*******************************************
Untuk konsultasi dan segala pertanyaan, anda boleh:

1. LIKE facebook fanpage Cantik & Sihat (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)
2. PM saya di fb, Kikin Nazri
3. Emel syikin.nazri@yahoo.com
4. SMS saya di 019-5257274.

Saturday 11 February 2012

Supplement? Perlu Ambil Ke?

Adakah anda tinggal di kawasan yang ideal, bebas dari pencemaran?


Adakah anda makan makanan yang seimbang, segar, tidak menggunakan racun serangga dan bukan diproses?



Adakah anda konsisten melakukan aktiviti fizikal?




Adakah anda mengamalkan gaya hidup sihat?



Adakah anda tidak terdedah kepada toksin?


Jika anda menjawab TIDAK bagi salah satu soalan di atas, anda mungkin perlukan suplemen!

Nak cuba? 

credit to bigsmilezone

Dapatkan promosi Januari dari saya sekarang!

*********************************
Berminat mendapatkannya? Sila email saya di syikin.nazri@yahoo.com untuk dapatkan tawaran hebat daripada saya!! Atau PM saya di FB Kikin Nazri dan boleh juga sms kepada saya di 019-5257274 untuk mendapatkannya.

Sijil Halal Terbaru Shaklee 2012

Alhamdulillah, versi terkini Sijil HALAL untuk produk Shaklee yang telah dikeluarkan oleh ISA (Islamic Services of America) yang bertarikh 06 Februari 2012, kini boleh didapati di lama web rasmi Shaklee Malaysia. Dan ISA itu sendiri telah diiktiraf oleh JAKIM

* Sila klik DI SINI untuk download sijil HALAL terbaru ini.

(Date Issued : 06-Feb-2012)

Buat pengetahuan anda, produk yang tersenarai di dalam sijil HALAL ini ialah produk yang dipasarkan oleh Shaklee (M) sahaja, dan tidak semua produk Shaklee worldwide ada dijual di Malaysia, meskipun anda boleh menjumpainya di negara jiran, Singapura.

Islamic Services of America (ISA) adalah satu badan Islam di Amerika Syarikat yang diiktiraf oleh JAKIM.

Boleh lihat di laman web JAKIM untuk meyakinkan diri anda lagi. Lihat mukasurat 33. Senarai ini adalah yang telah dikemaskini pada 31 July 2011.



Jika anda masih meragui tentang ke'HALAL'an Shaklee, silalah rujuk kepada pengedar Shaklee yang sah, dan menjual produk Shaklee dengan ilmu. InsyaAllah, kami boleh jelaskan kekeliruan anda.

*Rujuk: http://www.rahsiavitamin.com/search/label/Shaklee%20HALAL
credit to RahsiaVitamin
*******************************************
Untuk konsultasi dan segala pertanyaan, anda boleh:

1. LIKE facebook fanpage Cantik & Sihat (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)
2. PM saya di fb, Kikin Nazri
3. Emel syikin.nazri@yahoo.com
4. SMS saya di 019-5257274.

Thursday 2 February 2012

Supplement Untuk Pesakit Kencing Manis/Diabetes

Dalam badan, gula ditukar pada glukos. Glukos masuk ke dalam saluran darah dan dalam sel badan untuk ditukar kepada tenaga.

Insulin merupakan hormon tunggal untuk menukarkan gula ke glukos. Biasanya pankreas akan bertindak merembeskan insulin dengan sendirinya mengikut keadaan.


1. Apabila paras gula tinggi- insulin dikeluarkan

2. Apabila paras gula rendah - insulin tidak dikeluarkan.

Namun, diabetis berlaku apabila insulin tidak melakukan tugasnya.


Diabetis type 1:

Imun sistem menyerang pankreas dan memusnahkan kebolehan untuk menghasilkan insulin. Pesakit akan bergantung pada suntikan insulin.

Diabetis type 2:

Pesakit tidak boleh menggunakan semua insulin yang dihasilkan. Bagi wanita, penghasilan hormon testosteron yang berlebihan mungkin menjadi faktornya.

Kadar metabolisma dan diabetis

Diabetis menyebabkan kita berasa lapar walaupun sebenarnya kita sudah kenyang.

Selalunya bile kita makan, insulin akan menukarkan gula menjadi glukos dan masuk ke dalam sel dan kita bertenaga. Jika kekurangan insulin, otot dan muscle gagal mendapat gluskos ini. Kita penat dan lapar.


Cut the risk:

1. Buat pemeriksaan kesihatan.

2. Turunkn berat badan ke berat ideal.


3. Kurangkan lemak dalam diet harian.


4. Bersenam.


Supplement yang boleh membantu pesakit diabetis


Vitamin C :
Meningkatkan penghasilan insulin
Zinc : Memperkuatkan insulin
Fiber Unfloured: Mengawal paras gula dan kolestrol dalam darah







credit to Ida Khairani 

Dapatkan promosi Januari dari saya sekarang!

*********************************
Berminat mendapatkannya? Sila email saya di syikin.nazri@yahoo.com untuk dapatkan tawaran hebat daripada saya!! Atau PM saya di FB Kikin Nazri dan boleh juga sms kepada saya di 019-5257274 untuk mendapatkannya.

...Saya Suka Cantik & Sihat...