* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Saturday 31 March 2012

Jaga-jaga....Vitamin Boleh Rosakkan Buah Pinggang



Saya nak kongsikan satu info penting bagi pengamal vitamin. Saya cedok dari sini ye..Thank Kak N..!

Ramai yang takut untuk makan vitamin kerana dikhuatiri ia akan merosakkan buah pinggang. Ayat ini yang menjadikan pengamal tidak konsisten bila consume vitamin....dengan alasan " makan sekali sekali pun dah ok sebab kalau makan selalu nanti rosak kidney" jawab salah seorang kawan saya.

Vitamin boleh memberi kesan yang buruk dalam badan apabila

1. Kurang minum air, ini kerana air diperlukan untuk penyerapan secara optimum.

2. Pengambilan melebihi dos yang disarankan....terutama untuk vitamin yang bukan larut air. Pengambilan vitamin A yang berlebihan akan membuatkan toksik dalam badan dan ia boleh dilihat pada tapak tangan kelihatan kuning-kuningan.

3. Pengambilan yang banyak dalam satu satu masa....ini kerana ia boleh membebankan fungsi buah pinggang.

Maka jika anda seorang pengamal vitamin tegar....elakkan 3 perkara ini demi menjaga kesihatan yang optimum terutama untuk kebaikan buah pinggang kita. Sebelum membeli, pastikan anda mendapat konsultasi dari pengedar.

Saya juga ingin kongsikan bahawa ubat sangat berbeza dengan vitamin.

Perbezaan Pertama

SUPPLEMENT : Bahan berkhasiat semuanya semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan sengsara akibat kelemahan ogran berfungsi dengan baik.

UBAT : sama sekali ganjil dengan tubuh badan. Mereka tidak menjadi sebahagian dari tisu2 kita. Tidak juga menyumbang bahan2 berkhasiat.


Perbezaan Kedua

SUPPLEMENT : Membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.

UBAT : ianya adalah ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi2 secara mengganggu tindakan bahan biokimia dan proses2 enzim.


Perbezaan Ketiga

SUPPLEMENT : Tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya terganggu sementara. Oleh kerana badan membina sistem2 enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan.

UBAT : boleh menyebabkan kesan sampingan , kebanyakan boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan gangguan dalam perut, pendarahan dalam perut, loya, gannguan penglihatan, gangguan mental, bintik2 merah, telinga berdengung, gangguan penghadaman dan akhirnya kematian.


Perbezaan Keempat

SUPPLEMENT : bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain , ianya ibarat rantai. Kesemuanya bergabung menghasilkan kesan yang lebih baik.

UBAT : bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh terganggu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan2 sampingan.


Walau bagaimanapun Vitamin dalam pasaran ada banyak jenis.Vitamin sintetik dan Vitamin Asli. Bagaimana untuk mengetahui perbezaan kedua dua ini? Cuba amik dan belek, untuk mengetahui yang Vitamin Asli biasanya


  • tidak terdapat silika gel di dalam botol vitamin
  • vitamin itu tidak mempunyai perasa 
  • vitamin itu tiada dengan pewarna tambahan. Apabila digenggam melebihi 5 minit, tangan tidak melekit dengan pewarna.
  • vitamin itu tidak mempunyai pengawet tambahan 

Namun benarkah pengambilan vitamin baik asli atau sintetik merosakkan buah pinggang? Jika ubat mungkin benarlah sebab kandungan ubat itu tidak dapat diserap oleh badan dan menjadi sebahagian dari tisu sel. Tetapi bagaimana pula dengan vitamin?


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



*******************************************
Untuk konsultasi dan segala pertanyaan, anda boleh:

1. LIKE facebook fanpage Cantik & Sihat (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)
2. PM saya di fb, Kikin Nazri
3. Emel syikin.nazri@yahoo.com
4. SMS saya di 019-5257274. 

Thursday 29 March 2012

Omega 3 Bagus Untuk Minda, Jantung Dan Kesihatan Kita

Khasiat Omega-3 kepada Kesihatan

 



Pada tahun 1970an, para saintis mendapati orang Eskimo di Greenland adalah antara manusia yang paling sihat di dunia. Walaupun diet mereka mengandungi kandungan lemak yang tinggi yang diperolehi daripada ikan paus, salmon dan seal, tetapi mereka jarang mendapat penyakit kronik seperti sakit jantung, arthritis, kencing manis dan sebagainya. Para saintis membuat kesimpulan bahawa Omega-3 lah yang menjadi punca utama kepada kesihatan orang Eskimo ini.

Kajian membuktikan bahawa Omega-3 mempunya banyak khasiat kepada kesihatan, dari fungsi otak sehinggalah kesihatan jantung.

FUNGI OTAK


Mengapa Omega-3 dikatakan 'Brain-booster'?

Sebahagian besar otak manusia terdiri daripada lemak 'baik' atau dikenali sebagai asid lemak. Dan kebanyakan lemak baik adalah Omega-3. Kajian telah membuktikan yang diet yang kaya dengan Omega-3 dapat meningkatkan  keupayan belajar, kemahiran menyelesaikan masalah, daya tumpuan, daya ingatan dan kemahiran berkomunikasi. Omega-3 juga terbukti mampu memberikan mood positif dan keseimbangan emosi, dan dapat mengekalkan kesihatan mental semakin kita berumur.



Bagaimana Omega-3 Membantu Fungsi Otak?

Di dalam otak kita terdapat banyak neuron (sel yang menghantar mesej dari otak ke bahagian tubuh lain). Dinding neuron inilah yang terdiri daripada lemak 'baik' ini. Bagi memastikan neuron-neuron ini dapat berkomunikasi dengan baik, dinding neuron mestilah cukup fleksibel untuk membenarkan molekul-molekul penting menembusinya. Faktor-faktor seperti penuaan, diet yang tinggi kolestrol dan lemak tepu akan menjadikan dinding neuron ini mengeras. Ini mengakibatkan molekul-molekul penting tidak dapat menembusi dinding neuron dengan baik dan akibatnya berlakulah ketidakseimbangan emosi, kesukaran untuk belajar, daya ingatan menjadi tumpul, dan pelbagai kemerunduman fungsi otak.

Dengan menambah Omega-3 dalam diet harian, kita dapat memulihkan sifat lentur dan fleksibel dinding neuron dalam otak, seterusnya meningkatkan komunikasi sel dan fungsi otak.

Selain itu, khasiat Omega-3 juga adalah mencairkan darah di mana lebih banyak oksigen dapat disalurkan kepada otak dengan lebih baik, seterusnya meningkatkan fungsi otak itu sendiri.


KESIHATAN JANTUNG


Pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa Omega-3 mempunyai kesan positif 
terhadap kesihatan jantung. Pengambilan EPA dan DHA asid lemak Omega-3 membantu mengurangkan risiko penyakit koronari jantung

Omega-3 menggalak sistem kardiovaskular yang sihat, termasuk arteri yang sihat. Ia juga membantu sel darah merah mengekalkan keanjalannya, seterusnya dapat mengalir dengan lebih lancar.

KEBAIKAN LAIN OMEGA-3

Omega-3 membantu memperbaiki:
  • Sendi dan pergerakan
  • Kesihatan kulit
  • Sistem imun
  • Penglihatan
  • Pernafasan
  • Tingkahlaku positif di kalangan kanak-kanak
  • Fungsi sistem saraf
  • Spatial function dan spatial memory
  • Komunikasi Selular
  • Pengurusan berat badan
 
*******************************************
Untuk konsultasi dan segala pertanyaan, anda boleh:

1. LIKE facebook fanpage Cantik & Sihat (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)
2. PM saya di fb, Kikin Nazri
3. Emel syikin.nazri@yahoo.com
4. SMS saya di 019-5257274. 
 

Friday 23 March 2012

Tanda-Tanda Tubuh Kekurangan Vitamin

source: Mingguan Wanita | Mac 2010

KUKU MUDAH PATAH
Bila kuku mudah patah, ia mungkin disebabkan kekurangan zat besi, zink dan asid lemak pati atau essential. Sebaik-baiknya, cuba ambil lebih banyak makanan daripada sumber daripada daging, kekacang dan ikan. Jangan anggap remeh jika kuku sering patah. Biasanya ia disebabkan kuku berada dalam keadaan kering. Elakkan membiarkan keadaan ini berterusan kerana ia menunjukkan keadaan bahawa anda terkena penyakit tiroid
MATA TERASA KERING
Sering kita terasa mata pedih atau kering. Sebenarnya, keadaaan ini disebabkan oleh persekitaran kita dan air mata tidak dapat meliputi mata dengan baik. Atasi keadaan ini dengan mengambil vitamin A dan asid lemak pati. Ambil lebih banyak sayuran atau buah-buahan yang berwarna hijau, kuning atau oren.
PECAH-PECAH DI BAHAGIAN HUJUNG MULUT
Kekurangan zat besi, vitamin B12, B6 dan asid folat menyebabkan pecah-pecah di bahagian hujung mulut. Sebaik-baiknya anda mengambil banyak daging, kekacang dan sayuran berwarna hijau.
BIBIR PECAH-PECAH
Bibir pecah-pecah sering dianggap sebagai tanda bahawa tubuh mengalami panas dalam. Selain itu, ia disebabkan kerana kekurangan vitamin B2. Sebaik-baiknya ambil banyak daging dan produk susu.
KULIT MEMERAH & BERMINYAK
Kemungkinan, anda mengalami keadaan ini disebabkan oleh kekurangan vitamin B2, B6, zink atau asid lemak pati. Cuba ambil lebih banyak daging ikan dan kerang.
JERAWAT
Timbul jerawat pada bahagian wajah bukan sahaja disebabkan oleh kotoran yang menghalang dan menutup pori-pori kulit muka, tetapi ia juga berkemungkinan anda kekurangan vitamin B Complex, vitamin E dan asid lemak pati. Untuk mengatasinya, ambil lebih banyak produk haiwan, makanan berbentuk bijirin dan makanan laut.
RAMBUT NIPIS
Kekurangan zat besi atau zink boleh menyebabkan rambut menipis. Ambil lebih banyak daging, kekacang, produk susu dan kerang.
KELEMUMUR
Kulit kepala berminyak serta himpunan kotoran yang melekat pada rambut boleh menyebabkan kotoran. Selain itu, kekurangan vitamin C, zink dan asid lemak essential juga boleh menyebabkan kepala dipenuhi kelemumur. Cuba ambil lebih banyak buah-buahan seperti limau/ oren, daging, ikan dan produk susu.
MATA MERAH
Mata yang merah sering dianggap mata yang letih atau akibat debu atau habuk yang masuk ke dalam mata. Namun, mata yang merah juga menandakan bahawa anda kekurangan vitamin A dan B2. Sebaik-baiknya ambil produk susu, daging, buah atau sayuran berwarna oren dan hijau.
LUKA LAMBAT SEMBUH
Kemungkinan, anda kekurangan zink. Lebih baik anda mengamalkan pemakanan bersumberkan susu dan kerang untuk mengatasi masalah ini.
Sekiranya kawan-kawan ingin mengalami simptom-simptom di atas dan merasakan tidak mampu mengadakan kesemua nutrien yang diperlukan dalam diet harian kawan-kawan, boleh hubungi saya untuk mendapatkan panduan suplemen yang bersesuai.



*******************************************
Untuk konsultasi dan segala pertanyaan, anda boleh:

1. LIKE facebook fanpage Cantik & Sihat (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)
2. PM saya di fb, Kikin Nazri
3. Emel syikin.nazri@yahoo.com
4. SMS saya di 019-5257274. 

Friday 9 March 2012

Boleh Ke Ambil Pelbagai Vitamin?

"Kau makan vitamin? Kau tak takut overdose ke? Bahaya tau" kata Nora kepada Bedah.



Benarkah pengambilan suplemen boleh menyebabkan overdose yang memudaratkan kesihatan?

OK mula2 kita kenali dulu apakah itu RDI. RDI adalah Reference Daily Intake sebagai guideline untuk pengambilan makanan harian kita. Dalam RDI ada pelbagai elemen, dan untuk benchmark orang sihat, RDA (Recommended Dietary Allowance) digunakan sebagai penanda aras agar kita tidak malnutrisi - tidak terlalu kurang atau terlalu lebih.



Rajah di atas menunjukkan RDA yang berada pada paras terendah dalam julat nutrisi optimum. Diet orang biasa kebanyakannya berada dalam julat 'marginal' dan pengambilan suplemen membantu tubuh untuk mendapatkan nutrisi ke peringkat RDA.

UL atau Tolerable Upper Limit adalah jumlah nutrisi yang boleh diterima tubuh sebelum ia mengalami overdose yang menyebabkan toksik.

Jadi dengan pengambilan vitamin dan mineral mengikut saranan tidak akan menjadikannya toksik. Kecuali bila badan mempunyai masalah untuk menggunakan vitamin atau mineral tersebut, ia mungkin memberi kesan yang tidak elok.

Hakikatnya zaman ini memerlukan sokongan dari suplemen memandangkan produk makanan mengalami kehilangan nutrisi dan pencemaran alam merosakkan tubuh kita dengan bertambahnya radikal bebas.

Sebenarnya suplemen kini bukan lagi pilihan tapi keperluan.

*******************************************
Untuk konsultasi dan segala pertanyaan, anda boleh:

1. LIKE facebook fanpage Cantik & Sihat (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)
2. PM saya di fb, Kikin Nazri
3. Emel syikin.nazri@yahoo.com
4. SMS saya di 019-5257274. 

...Saya Suka Cantik & Sihat...