* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Saturday 31 December 2011

Apa Perbezaan Antara Vitamin Semulajadi dengan Sintetik?


Ada yang bertanya, kenapa vitamin Shaklee nie mahal berbanding vitamin yang berlambak di pasaran? Nak kata dari segi kuantiti, kadang-kadang yang di jual di pasaran tue nampak lebih berbaloi, dah lah harganya murah...

Sejujurnya, saya akui bahwa vitamin Shaklee nie memanglah vitamin mewah, namun ianya tidak semahal yang anda sangka, dan sesiapa jua mampu memlikinya!

Keduanya, vitamin Shaklee ialah vitamin natural/ semulajadi, asli tanpa pewarna tambahan, pengawet, perasa dan yang pasti, tanpa silika gel dan BUKAN vitamin sintetik.

Jom kita ikuti perbezaan di antara vitamin semulajadi & vitamin sintetik:

1. Penghasilan

-Vitamin natural dihasilkan dari ekstrak bahan2 semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan vitamin C natural diperolehi dari mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan serat2nya.

-Vitamin sintetik dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri2 seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. COntohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari molekul2 karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa2 bahan bagi menghasilkan asid askorbik.

2.Keserasian dengan badan

-Vitamin natural dihasilkan dari bahan2 makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan, dan memberi kesan yang lebih baik.

-Vitamin sintetik, walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan vitamin natural, apa lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan. Jangan terkejut kalau saya katakan tar yang digunakan untuk menurap jalan raya adalah salah satu bahan untuk menghasilkan vitamin B complex pada vitamin sintetik.

3. Harga

-Vitamin natural tentunya lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan2 semulajadi memerlukan kos bahan yang lebih tinggi.

-Vitamin sintetik biasanya lebih murah dan adakalanya diberi percuma saja.

4. Kesan kepada tubuh badan

-Vitamin natural mengambil intipati dari bahan2 semulajadi, jadi ia tidak meninggalkan bahan2 yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dlam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang atau batu buah pinggang.

-Vitamin sintetik, oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, makan kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk ’solo’, misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita kena amik magnesium dan vitamin D dari sumber lain. Begitu juga dengan vitamin2 lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan sempurna, tapi tidak ada dalam vitamin sintetik.

5. Kesan jangka panjang

-Vitamin natural tidak mendatangkan kesan sampingankerana penghasilan dari bahan2 seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).

-Vitamin sintetik mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan2 yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya.

*Kredit kepada Vitamin Semulajadi.

Di sebabkan inilah kami sekeluarga memilih vitamin natural Shaklee sebagai pemakanan tambahan kami sekeluarga. (^_-)

Friday 30 December 2011

Supplement Boleh Memudaratkan???


Satu artikel pendek ini telah memenuhkan email inbox saya...mereka terutama customer saya jadi risau tak tentu pasal. Mana taknya, meraka pengamal tegar supplement dan bila membaca penulisan ini menjadikan mereka terkedu sebantar dan meminta penjelasan lanjut dari saya.



Masih saya ingat satu video yang pernah saya tonton...dalam video tersebut dinyatakan bermula 2011 seterusnya manusia lebih banyak hidup dalam tekanan, maka pengambilan supplement adalah salah satu cara yang disarankan untuk mengatasinya selain memastikan keperluan rohani dipertingkatkan.

Maka bagi mereka yang oppurtunist, pastinya mengambil ini satu peluang perniagaan dengan menghasilkan supplement mereka sendiri. Maka sampai satu peringkat kita dapati lambakan supplement dalam pasaran sehingga membuatkan manusia keliru untuk memilihnya.

Tidak perlu pergi jauh, memadai kita melangkah masuk satu farmasi....dan kita mula bertanya, saya perlukan vitamin C...pasti kita ditunjukkan dengan pelbagai jenama vitamin C. Bagi penjual yang pentingkan keuntungan, pasti mengesyorkan vitamin c yang mahal yang kononnya setanding dengan kualiti. Namun tidak dijelaskan mengapa dengan lebih lanjut. Sedangkan vitamin c yang bagus adalah jenis pelepasan masa kerana ia adalah vitamin larut air.

Pernahkah anda terlintas....Apakah sebenarnya vitamin yang selamat di ambil?


Sebagai pengamal tegar supplement selama 12 tahun , saya memilih Shaklee kerana :

Dr Forest C Shaklee adalah orang pertama yang menghasilkan Vitalized Mineral yang kini digelar VITAMIN.

Vitamin Shaklee adalah asli, tiada pewarna, pengawet malah perasa tambahan.

Vitamin Shaklee tiada silika gel dengan ini membantu penyerapan dengan lebih baik.


UJI Vitamin Anda!

Cuba anda ambil sebiji multivitamin yang sedang anda amalkan....genggam selama 5 minit, jika anda dapati tangan anda melekit serta warnanya melekat dengan tangan anda, maka saya sarankan anda memilih vitamin yang lebih baik.

Vitamin yang sintetik biasanya mengandungi silika gel, pewarna, perasa dan pengawet tambahan....bahan-bahan ini boleh memudaratkan kesihatan kerana tubuh kita hanya perlukan yang asli.

Hakikatnya pewarna, pengawet dan perasa tambahan ini tidak diperlukan oleh badan dan jika diambil secara berterusan dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan.

Kesihatan itu sangat mahal...maka amalkan pengambilan supplement dengan ilmu dan  bukan kerana trend semata-mata.


 Dapatkan promosi Disember dari saya sekarang!
*********************************
Berminat mendapatkannya? Sila email saya di syikin.nazri@yahoo.com untuk dapatkan tawaran hebat daripada saya!! Atau PM saya di FB Kikin Nazri dan boleh juga sms kepada saya di 019-5257274 untuk mendapatkannya.

Thursday 29 December 2011

Testimonial~Cara Iffa Menangani Masalah Ekzema Faheem

Anak anda ekzema?Dah pakai macam-macam cream tapi masih juga sama?

Apakah itu Ekzema? 
Biasanya bayi ekzema mempunyai dermatitis (kemerahan, kupingan dan bengkak) pada muka, tangan dan kaki dan badan. Pelipat kelopak mata, leher, siku, lutut atau pergelangan kaki mungkin terjejas dengan lebih teruk. Keadaan ini menyebabkan rasa sangat gatal.

Pelbagai alternatif rawatan yang ada tetapi rata-rata mengatakan ianya bertindak sementara dan mempunyai kesan sampingan yang memudaratkan. Jadi, saya di sini ingin berkongsi pengalaman saya merawat masalah eczema yang dihidap oleh Faheem sejak lahir lagi.

Peringkat Awal Kemunculan Eczema Faheem Shaklee Meal Shakes

Sejak dilahirkan lagi, Faheem telah mengambil steroid (dalam bentuk cecair) kerana dari dalam rahim Faheem telah mendapat bekalan steroid dari saya(Steroid tidak boleh dihentikan pengambilan serta merta). Akibatnya, timbullah ruam-ruam kecil, merah dan gatal-gatal pada pipi dan leher Faheem. Keadaan bertambah teruk apabila saya diserang SLE yang aktif pada minggu kedua berpantang mengakibatkan dosage steroid di tambah dan eczema Faheem mengganas. Ruam Eczema semakin banyak, dan jelas kelihatan dan akibat di garu ia menanah.

Antara serangan Eczema yang teruk_Shaklee_Faheem

Pelbagai rawatan dah saya cuba. Pergi berjumpa pakar kanak-kanak, pakar sakit kulit… tapi kesannya hanya sementara. Bila disapu cream ia berkurang apabila tidak ia kembali. Hampir setahun saya mencuba akhirnya saya melihat perubahan setelah saya mengambil breastfeeding Set Shaklee ( Set Basic, OsteMatrix dan Energizing Soy Protein(ESP)) atau lebih popular dengan nama Set 3M dan bagi luaran saya mandikan Faheem dengan Basic H2 Shaklee.

Selepas pengambilan 3M Breastfeeding_Shaklee Meal Shakes_Basic H2_Herbal Blend

Anda boleh lihat selepas 5 bulan, kulit Faheem menjadi sangat halus dan tiada lagi parut atau kesan eczemanya. Senang hati saya. Selepas berhenti menyusu, saya berikan Faheem 3 perkara WAJIB bagi memastikan sistem pertahanan tubuh Faheem di paras optimum bagi melindungi Faheem dari masalah kulit dan masalah kesihatan yang lain. Apakah 3 item WAJIB itu??



Sudah semestinya:
  1. Shaklee Meal Shakes perisa Vanilla yang sangat lazat!
  2. Basic H2, Magic Liquid yang sangat marvellous dan
  3. Herbal Blend, super-moist cream yang mengikat kelembapan kulit dan diperkaya dengan sari tumbuhan yang sangat bagus untuk kulit.
 Dapatkan promosi Disember dari saya sekarang!
*********************************
Berminat mendapatkannya? Sila email saya di syikin.nazri@yahoo.com untuk dapatkan tawaran hebat daripada saya!! Atau PM saya di FB Kikin Nazri dan boleh juga sms kepada saya di 019-5257274 untuk mendapatkannya.

Monday 26 December 2011

Sambungan Kisah GLA Complex..Cyst Semakin Mengecut hingga 1.4cm! Alhamdulllah..

Alhamdulillah..Dengan izinNya apa saja penyakit dapat diubati dengan usaha, berdoa dan bertawakal..Setiap penyakit ada ubatnya..Ingat lagi tak kisah sahabat saya yang menggunakan GLA untuk kecutkan cystnya? Jika tak ingat takpe, boleh refer sini ya..

Ikuti apa kata Puan Dila:

Petang tadi pegi klinik untuk scan cyst ovariku...kali terakhir scan pada julai lalu, 2.73cm...dan hari ini, 1.4cm!...Syukur Alhamdulillah.....

Doc : Bagus ye, cyst dah kecut...Mcm mana tu? memang xde ubat utk kecutkan cyst ni...
Saya : Err...saya cuma amalkan makan supplement...Shaklee GLA..
Doc : Bagus! Tak payah operate...tak elok pun operate-operate ni...

Alhamdulillah, sesungguhnya Allah jugalah yang berkuasa mencipta dan menghilangkan sesuatu...

Memang betul kita hanya berusaha..Dia yang menentukannya. Tapi tidak salah mencuba kerana ianya sangat dituntut, bukannya kita menyerah bulat-bulat ketentuan dariNya.

Inilah dia rupa GLA:







Ini apa yang Puan Dila Roslan di blognya kat sini
Jom kita baca sebahagian apa pengalamannya sebelum ini yang saya ambil dari blognya.. 
_____________________________________________
So, apa yang saya amalkan selama 2 bulan ni?
1) Mengambil vitamin Shaklee GLA Complex
GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel. GLA (Asid Linolenik Gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan.
GLA atau nama penuhnya Gama Linolenik Asid berfungsi menstabilkan hormon di dalam badan kita. Boleh diambil oleh lelaki dan wanita. Ia sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis.
Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli.
2) Memakai Pad Herba Avail
3) Mengamalkan baca doa untuk mengecilkan bengkak:
      " Wahai Allah yang maha mengecilkan benda yang besar dan maha membesarkan benda yang kecil, kecilkanlah pada dia (sebut nama pesakit). Ya Allah wahai  yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani...."
- Doa ini dibaca pada segelas air lalu diminum 2 kali sehari
Alhamdulillah, lepas je jumpa doktor, saya terus ke surau untuk sujud syukur....Sesungguhnya tiada yg lebih berharga daripada anugerah kesihatan yang baik....Syukur alhamdulillah....
 Dapatkan promosi Disember dari saya sekarang!
*********************************
Berminat mendapatkannya? Sila email saya di syikin.nazri@yahoo.com untuk dapatkan tawaran hebat daripada saya!! Atau PM saya di FB Kikin Nazri dan boleh juga sms kepada saya di 019-5257274 untuk mendapatkannya.
 

Sunday 25 December 2011

Testimonial~'Miss N' Melecet? Aduhh..Jom Kita Merawatnya!

Bagi ibu2 yang meyusukan, pernah tak anda mengalami puting melecet? Saya juga pernah mengalaminya. Adeii..sakitnya!! Lebih2 lagi bila nak menyusukan Harith..pedihnya..tapi demi anak tersayang, tahankan saja..Tambahan pula sekarang Harith sudah ada 6 batang gigi, 4 di atas, 2 di bawah..kadang2 Harith gigit sampai terkesan luka dan berdarah di miss N..Mengikut petua orang lama, sapukan luka dengan air susu dan itulah yang saya lakukan masa tu..

Namun ada juga cara-cara yang lain jika sapuan air susu tidak menjadi tau.. Jum baca kisah Ila pula.


Apa yg menyebabkan miss N saya melecet kali ni?

Anieq Sufi seorang bayi lelaki. Memang berbeza dgn Kaklongnya Aien, Anieq menyusu tersangatlah kerap dan hisapannya tersangatlah kuat dengan gusinya yg tersangatlah keras macam dah ada gigi je rasanya. Hari2 pertama ok lagi, saya takde rasa sakit pun. Masuk malam ke-4 miss N saya dah start melecet & ada luka serta berdarah sikit. Walaupun tak menjejaskan kualiti air susu saya tapi luka tu memang tersangatlah pedih! Terasa macam kena hiris dengan pisau je sakitnya!!

Bila dah tak tahan, saya pun kenalah cari penyelesaian utk legakan kepedihan tu. Mulanya saya cuma sapukan minyak pelalih (dlm family saya memang glamer minyak ni). tapi sebab minyak ni warna dia hitam & ada bau 'wangi' sikit, so saya malas2 je nak guna. Nanti kena baju kaler dia tak hilang (kata malas kan... nak menyental bagai...)

Bila dah malas2 dgn minyak pelalih, & tak tahan nak menanggung kepedihan kena toreh dgn pisau tu, saya pun tiba2 teringat dgn Herbal Blend Shaklee ni...



Inilah krim magic yg melega & merawat miss N saya yg melecet...


Selalunya, saya gunakan Herbal Blend ni kat tumit kaki sebab kat situ selalunya kulit saya kering. Tapi bila dah sakit ni tiba2 idea datang utk try sapukan kat miss N saya. Tak sangka pulak, lepas dua mlm saya sapukan (saya sapu malam je, lepas Anieq nenen sebab malas nak basuh banyak kali) macam magic luka saya sembuh sepenuhnya! Alhamdulillah!!! Lepas tu dah takde lagi melecet kat dua2 miss N saya tu :)

Mungkin juga pengambilan vitamin2 lain mcm zinc & vitamin E jadi faktor yg membantu mempercepatkan pemulihan luka miss N saya :) Dah tak perlu lagi krim mahal2 di luar sana yg kita tak pasti apa kandungan di dalamnya...

Macam mana saya gunakan Herbal Blend ni utk merawat luka tu?
Saya buat mcm ni:
* sediakan masa yg free (lepas bf baby)
* buka bra menyusu di bhgn depan je, mcm kita nak susukan baby
* sapukan sikit krim herbal Blend ni kat nipple yg luka. kalau rasa nak lebih lega, sapukan kat sekeliling bahagian aerola sekali.

Herbal Blend ni menyejukkan sebab tu bestttt & lega je lepas sapu kat bahagian yg terlibat ;)

* anginkan bahagian yg terlibat hingga kering. Boleh ulangi langkah di atas sampai kita rasa puas. Kadang2 saya buat sampai 3x sebab memang lega sangat2!
* jika tiba2 baby menangis nak menyusu, boleh lapkan dgn tuala lembab di nipple tu atau basuh sikit dgn air. Saya pernah terlupa nak lap & terus bg kat Anieq... alhamdulillah dia tak apa2 :)

Insya Allah dgn rasa yakin & mengharap cepat baik, luka & melecet tu akan sembuh segera. Saya cuma amik masa 2 mlm je tau utk recover balik masalah ni :) Syukur... lepas tu saya boleh menyusukan Anieq bila2 masa dgn bahagianya.....

Jadi bagi anda yang sering terjadi miss N melecet, bolehlah cuba Herbal Blend Shaklee, pasti anda berpuas hati! Sekarang saya sentiasa akan pastikan Herbal Blend Shaklee ada stok di rumah.

Dapatkan promosi Disember dari saya sekarang!


*********************************

Berminat mendapatkannya? Sila email saya di syikin.nazri@yahoo.com untuk dapatkan tawaran hebat daripada saya!! Atau PM saya di FB Kikin Nazri dan boleh juga sms kepada saya di 019-5257274 untuk mendapatkannya.

Tuesday 20 December 2011

Off To Bandung Indonesia ( 20hb Disember - 24 Disember 2011)

Salam semua..

Kepada semua customer EkinaTa.blogspot.com, saya ingin memaklumkan segala urusan jualbeli vitamin dan konsultasi akan berhenti sementara selama 4 hari mulai hari ini.. Ini kerana saya sekeluarga akan ke Bandung, Indonesia..tak lama pun..

Kepada customer yang saya hargai, saya kan berbiz seperti biasa semula pada 24hb Disember 2011 nanti.
Segala pesanan dan emel akan saya jawab ya dari sana.. insyaAllah..
Penghantaran order akan berjalan seperi biasa selepas sekembalinya saya ke Malaysia..
Doakan keselamatan perjalanan kami pergi dan balik ya.. 

Jika ada pesanan urgent, boleh hubungi mana2 wakil Euphoria yang lain ya..
TQ :)




Saturday 17 December 2011

Supplement Untuk Perokok

Kali ni saya nak share pasal vitamin untuk para perokok di luar sana tu ye..

credit to http://www.dazzlingmoms.com/

Jika anda seorang perokok, adalah PERLU untuk melindungi badan anda sebanyak mungkin daripada kesan-kesan negative akibat merokok. Vitamin-vitamin penting seperti vitamin B, vitamin C, D dan E akan ’hilang’ dengan merokok. Vitamin ini mengawal fungsi badan yang penting dan membantu mencegah perkembangan penyakit.

 

Kenapa perlunya Vitamin C untuk perokok?
 
Oksida di dalam asap rokok mempercepatkan metabolisme vitamin C, menyebabkan bekalan vitamin ini menjadi berkurangan. Pengambilan tambahan Vitamin C boleh mengembalikan tahap Vitamin C pada darah perokok kepada normal. Penyelidik di Hospital Veterans Pentadbiran di Pennsylvania mendapati bahawa tahap normal vitamin C boleh melindungi perokok tegar dari keracunan darah. Kerana vitamin C juga membantu mengawal jumlah kolesterol  di dalam darah, kekurangan Vitamin C boleh merosakkan keupayaan badan untuk menukar kolesterol ke hempedu. Kolesterol kemudian berkumpul dalam aliran darah, ’berkumpul’ di dalam arteri dan boleh menyebabkan aterosklerosis. Pengambilan tambahan Vitamin C juga membantu melindungi tahap plasma darah dan fungsi vitamin E, antioksidan kepada badan. Bruce Ames, Ph.D., pengarah Institut Alam Sekitar Pusat Sains Kesihatan Kebangsaan di Universiti California, Berkeley mendapati bahawa perokok tidak makan makanan yang cukup kaya dengan vitamin C. Menurut Dr. Ames, perokok perlu menelan dua atau tiga kali dos harian vitamin C yang disyorkan untuk bukan perokok.

Kenapa perlunya Vitamin E untuk perokok?
Pada tahun 2005, kajian oleh Institut Linus Pauling yang disiarkan dalam "American Journal of Clinical Nutrition," menunjukkan bahawa tahap Vitamin E pada plasma darah  berkurangan dan hilang dengan lebih cepat dalam perokok berbanding bukan perokok. Kerana tahap vitamin E yang rendah, ia tidak memberi perlindungan yang mencukupi terhadap radikal bebas, ini mungkin salah satu sebab-sebab mengapa orang yang merokok boleh  mendapat kanser.

Kenapa perlunya Vitamin D untuk perokok?
Kajian menunjukkan bahawa orang yang merokok boleh menjejaskan metabolisme vitamin D dan kalsium seterusnya meningkatkan risiko osteoporosis.Vitamin D membantu untuk mengawal kalsium dalam badan anda dan membantu mengekalkan kepadatan tulang. Vitamin D boleh membantu perokok melambatkan kadar kehilangan kepadatan tulang.

Kenapa perlunya Vitamin B untuk perokok?
Perokok mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapat kanser paru-paru dan pankreas berbanding dengan bukan perokok, namun risiko ini boleh dikurangkan dengan mendapat vitamin B yang mencukupi. Rachael Stolzenberg-Solomon, Ph.D., di Institut Kanser Kebangsaan di Bethesda, Maryland, mendapati bahawa tahap vitamin B folat adalah lebih rendah pada pesakit yang menghidap barah pankreas. Asid folik, amat penting untuk paru-paru, juga boleh membantu mengurangkan simptom bronkitis pada perokok.  
Jadi, jika anda seorang perokok tegar, apa kata anda ambil vitamin? Sekurang-kurangnya dapat jugak lindungi diri dari kesan negatif dan penyakit akibat merokok. 
Dapatkan promosi Disember dari saya sekarang!

*********************************
Berminat mendapatkannya? Sila email saya di syikin.nazri@yahoo.com untuk dapatkan tawaran hebat daripada saya!! Atau PM saya di FB Kikin Nazri dan boleh juga sms kepada saya di 019-5257274 untuk mendapatkannya.
 

Friday 16 December 2011

Testimonial~Berbaloi Berpantang dengan Vitamin Shaklee

Masih mencari-cari set bersalin yang sesuai dengan anda?Tak mahu makan jamu yang pahit-pahit?Atau risau set bersalin 'panas' yang boleh menyebabkan baby cirit birit atau ruam-ruam? Jum cuba Set Bersalin berasaskan supplement. Dijamin tidak 'panas'.


Apa kata Shima Samat  yang berpantang sendiri menggunakan Set Bersalin Shaklee..


memang berbaloi bila berpantang dengan vitamin shaklee...
 
Shima Samat Badan sangat selesa. Lepas operation dah cergas. Susu sangat meriah. Sekali pump boleh dpt 14 oz. 1 hari boleh simpan 24oz. Deep frezer dah nak penuh walaupun br 29 hari.
  • Azrin Mohd Alhamdulillah..mmg berbeza kan?kakak ipar sy baru2 ni bersalin anak ke 3 dan sy pun bg dia set bersalin.tau dia ckp apa?mcm x dlm pantang pon..bdn cergas je..rs nk g shopping..hehhe...
    December 10 at 12:01am via mobile · 

  • Shima Samat Memang mcm bkn dlm pantang. Saya ni jaga diri sendiri, baby, ank2 n hubby. Blk dr hospital hari ketiga dah masak sendiri. Mengemas rumah sendiri. Alhamdulillah.




Apakah yang terkandung dalam set C atau set Bersalin sebenarnya? Set berpantang ini mengandungi 4 jenis vitamin iaitu


  • Vitalea with iron formula
  • Vitamin C 500mg sustained release.
  • B complex with Folic Acid
  • Zinc



Vitalea with iron formula
Memandangkan ibu2 kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan maka ibu2 perlulah memastikan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar dapat menggantikan semula darah yang keluar semasa proses melahirkan. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, letih , lesu dan tak bermaya. Bagi ibu yang mempunyai niat menyusukan anak perlulah memastikan pengambilan zat besi dititikberatkan agar pertumbuhan dan pembesaran anak adalah sangat baik.

B complex
Ia juga perlu dalam penghasilan sel darah merah di samping ia membantu menstabilkan hormon badan manusia. Kekurangan  B complex boleh menyebabkan ibu yang di dalam pantang mengalami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan. B complex sangat penting membantu kita menjadi bertenaga dan emosi turut lebih seimbang.

Vitamin C 500mg sustained release 
Vitamin C Shaklee adalah berkonsepkan pelepasan masa. Ia akan melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Memandangkan vitamin C adalah jenis vitamin larut air maka konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara berterusan. Vitamin C sangat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.

Zinc
Ianya adalah antara galian yang sangat penting dalam membantu proses pemulihan. Zinc membantu mempercepatkan proses baik luka dalam badan kita. Ikan haruan antara makanan yang kaya dengan zinc. Pengambilan zinc bagi ibu yang menyusu turut memberi kesan pada bayi di mana ia membantu anak yang disusukan membesar dengan baik dan mengikut graf pembesaran bayi.

Masih berfikir-fikir mahu set bersalin yang mana? Anda boleh PM saya untuk ketahui lebih lanjut tentang Set Bersalin ini. Harganya? Tentulah setanding dengan hasilnya.

Dapatkan promosi Disember dari saya sekarang!

*********************************
Berminat mendapatkannya? Sila email saya di syikin.nazri@yahoo.com untuk dapatkan tawaran hebat daripada saya!! Atau PM saya di FB Kikin Nazri dan boleh juga sms kepada saya di 019-5257274 untuk mendapatkannya.


Friday 9 December 2011

Testimonial~Alhamdulillah..36oz sehari dengan Set B

Baru-baru ini, ex-ofismate (senior) masa saya kerja di TM dulu telah mencuba Set B..Alhamdulillah nampaknya ada impak yang positif dalam masa yang singkat sejak kak Ima consume set ini. Gembira rasanya bila dapat tahu hasil yang diperolehi setelah konsisten mengambil vitamin ni selama 5 hari.

Jom kita baca apa kata kak Ima.. :)


Nak tahu apa rahsianya? Beliau patuhi dan konsisten membuat 3 rules, alhamdulillah membuahkan hasil. Set vitamin yang kami cadangkan untuk ibu menyusu ni, bukan sekadar untuk memperbanyakkan susu sahaja. Malah, ianya tergolong dalam kumpulan pemakanan tambahan, dan mempunyai banyak lagi khasiat lain terutama kepada kesihatan si ibu secara menyeluruh.


Anda perlu patuhi konsep SUPPLY Vs DEMAND ini dengan sesempurna yang mungkin. Bagi yang mula rasa susu mula merudum, cepat2 amalkan Power Pumping di samping mematuhi 3 perkara penting ini.

1. Pam/ perah susu setiap 2, 3 jam sekali semasa di ofis. Atau diringkaskan minimum 6 kali sehari tidak termasuk sessi direct feeding bersama bayi. Bagi ibu2 EP (Exclusive Pumping), pastikan anda pam dalam jumlah 8 - 12 kali sehari.

2. Minum air tidak kurang 3 liter sehari.

3. Doa yang berterusan. Samada anda Muslim atau Non-Muslim, yakinlah dan positif selalu dengan diri sendiri.

Apa yang ada dalam set B ni ya?

Vita-lea Iron Formula (lengkap dengan Iron)  
Multivitamin dan multimineral bagi membekalkan keperluan vitamin dan mineral keperluan harian tubuh.

Vita-C (500mg)
Penting untuk kesegahan sel, mempertingkatkan imuniti tubuh, mencantikkan kulit dan antioksidan.

B Complex (lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B)
Mengurangkan stress, mengimbangi hormon, membakar makanan menjadi tenaga, asid folik penting dalam penyusuan ibu.

Alfalfa (1001 khasiat)
Digunakan zaman-berzaman sebagai penambah susu di negara Barat. Malah, Alfalfa turut mempunyai 1001 kelebihan seperti melancarkan haid bulanan, merawat athma & alergik, resdung, keputihan di kalangan wanita, melawaskan sistem perkumuhan, dan banyak lagi. Boleh baca lanjut di "Alfalfa"

Dapatkan promosi Disember dari saya sekarang!

*********************************
Berminat mendapatkannya? Sila email saya di syikin.nazri@yahoo.com untuk dapatkan tawaran hebat daripada saya!! Atau PM saya di FB Kikin Nazri dan boleh juga sms kepada saya di 019-5257274 untuk mendapatkannya.

Thursday 8 December 2011

Atasi Masalah Anak Sering Demam

Anak sering demam? Sakit demam lumrah kehidupan, tapi menjadi masalah untuk ibu bapa berkerjaya bila anak sering demam dan tak sihat.
Salah satu penyebab anak sering demam ialah berkait dengan sistem imunitinya.
Sistem imun merupakan salah satu sistem paling sensitif dan kompleks dalam tubuh badan kita. Ia bekerja untuk menghapuskan bahan asing dan merbahaya dalam tubuh kita.


Senang kata, sistem imun akan mengenalpasti bahan yang sememangnya ada dalam tubuh badan secara semula jadi dan bahan-bahan asing atau memudaratkan…. kemudian menghapuskan atau meneutralkan bahan asing itu. Semua perkara daripada pemulihan kepada kemerosotan yang disebabkan proses penuaan, hinggalah proses pemulihan daripada sesuatu penyakit, (walaupun cuma luka kecil), adalah bergantung kepada kecekapan sistem imun.
Sistem imun ni umpama tentera yang menjaga tubuh kita dari dirosakkan oleh elemen luar yang boleh menjadikan kita sakit.

Apakah vitamin untuk tingkatkan imuniti terutama untuk atasi masalah anak sering demam ni?

UNTUK KANAK-KANAK 1-3 TAHUN -> Mealshake & Omega Guard
UNTUK KANAK-KANAK 4-12 TAHUN -> Vita C Chewable, Vitalea for Children, Mealshake, Omega, Nutriferon
12 TAHUN KE ATAS -> Nutriferon, B-Complex, Carotomax, Vita-C, Vita-E, Vitalea

Set nutrisi ini memastikan anak-anak kita menerima jumlah vitamin yang mencukupi untuk memelihara kesihatan selular, fungsi organ utama yang normal dan pengeluaran tenaga yang mencukupi agar tubuh badan dapat mengekalkan kesihatan optimum.

Ia juga untuk menguatkan lagi mekanisma pertahanan tubuh badan terhadap bakteria, virus dan kulat, dengan kombinasi minyak ikan, b complex, dan antioksidan seperti Beta-Karotena, Vitamin C, Vitamin E serta juga selenium bagi membantu menguatkan lagi sistem imun tubuh badan anda dengan mengawal aktiviti radikal bebas yang merosakkan tubuh.
Bagi anak-anak yang kurang selera makan, mengalami sembelit, sering mengantuk juga sesuai untuk mengambil set ini.

Ibu bapa yang prihatin tentunya mahukan yang terbaik untuk anak-anak.
Jangan sembarangan memberikan mereka makanan tambahan. Pastikan ianya dari sumber semulajadi yang tidak memberi kesan jangka panjang kepada kesihatan mereka.


Dapatkan promosi Disember dari saya sekarang!

*********************************
Berminat mendapatkannya? Sila email saya di syikin.nazri@yahoo.com untuk dapatkan tawaran hebat daripada saya!! Atau PM saya di FB Kikin Nazri dan boleh juga sms kepada saya di 019-5257274 untuk mendapatkannya.

Tuesday 6 December 2011

Jangan Bimbang Sebab Shaklee (M) Adalah Halal




Memandangkan masih ada customer saya yang masih ragu-ragu dengan kehalalan produk Shaklee..Ok lah entry kali ini saya ambil dari sini cerita mengenai kehalalan Shaklee.. Jom kita baca kaji selidik oleh salah seorang yang bernama Hanis Amin..Cayalah!

_______________________________________________


Baru-baru ni bila saya baca tulisan pada botol OmegaGuard, dan perasan ianya ditulis
Manufactured by : Banner Pharmacaps (Canada) Ltd., 5807 47th Ave, Olds, Alberta, T4H1S7,Canada.
Manufactured for : Shaklee Corporation, Pleasonton, CA 9588 USA

Lantas saya terus teringat, suatu ketika dulu timbul isu tentang Halal-Haram bovine gelatine Shaklee bila ada seorang sahabat menjumpai satu blog yg mengandungi surat ditulis kepada Shaklee Canada tentang kehalalan bovine gelatine Shaklee. Pada masa tu, saya terfikir ‘Kenapa la orang itu pergi jauh-jauh bertanya pada Shaklee Canda sedangkan dia boleh bertanya pada Shaklee Malaysia’. Bila nampak tulisan di atas terus terfikir, mungkin ini penyebabnya, kerana tulisan di botol Shaklee bahawa ianya dibuat di Kanada. Kandungan blog tersebut menyatakan, Shaklee Canada tidak menjamin bovine gelatinenya halal tanpa mengetahui penghasilan vitamin Shaklee bagi setiap negara adalah berbeza.
Ketika itu, saya benar-benar yakin dengan kehalalan Shaklee kerana salah seorang upline saya pernah pergi ke kilang Shaklee di US dan melihat sendiri cara penghasilannya. Tetapi bila menjumpai OmegaGuard dihasilkan di Kanada, terus saya tersentak. Saya periksa kembali semua produk Shaklee saya. Semua produk yang dari softgel seperti Lecithin, OmegaGuard dan Vitamin E dihasilkan dari Kanada. Manakala, produk yang lain dihasilkan dari US. Walau bagaimanapun, capsul dari bovine gelatine ini tidak dihasilkan oleh Shaklee Canada tetapi oleh Banner Pharmacaps (Canada) Ltd.
Lalu, saya pun terus mencari tentang syarikat Banner Pharmacaps. Rupanya ia adalah syarikat penghasilan barangan pharmaceutical dan nutrition terbesar di dunia. Masih tidak berpuas hati, saya mencari lagi dan menjumpai no telefon Banner Pharmacaps Canada. Saya cuba telefon tetapi talian ditutup. Bila check waktu dunia, rupanya di Kanada jam menunjukkan pukul 6 pagi. Manalah ada customer service yang nak layan.
Pencarian diteruskan dan menemukan saya dengan Halal Consumer Magazine, A Publication of Islamic Food and Nutritional Council of America (IFANCA). Dan menemui hasil di bawah.
Alhamdulillah, Banner Pharmacaps, Canada disahkan halal oleh IFANCA. Saya tak pasti tentang cawangan Banner Pharmacaps yang lain, yang penting Banner Pharmacaps Canada yang menghasilkan Shaklee disahkan HALAL. Pencarian diteruskan dengan hasil di bawah
Apa pula kata Presiden Banner Pharmacaps US, Dr. Roger Gordon?
Manufacturers are also becoming more sensitive to consumer needs by providing a wider selection of capsule choices that meet specific dietary requirements. Due to the global nature of the marketplace it has become increasingly important to understand the special needs of consumers. For example, the Halal two-piece capsules made by Capsugel meet the specific dietary needs of its Muslim customers and the capsules are certified as Halal by the Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA). Further, capsules meeting Kosher needs are also available.
* source


_____________________________________________________



Itu dia hasil penyelidikan rakan saya.

Sekarang saya lebih yakin bahawa yang produk Shaklee Malaysia adalah HALAL. Seperti saya nyatakan di atas, produk untuk setiap negara adalah berbeza. Mari lihat contoh-contoh produk Shaklee yang dipasarkan di beberapa negara. Kita lihat untuk SOY LECITHIN.

Inilah bukti walaupun di bawah satu jenama SHAKLEE tapi produk yang dipasarkan berbeza mengikut negara itu. Contohnya, Shaklee Malaysia tidak tahu produk yang dipasarkan di Jepun, begitu juga Shaklee Jepun tidak tahu pasaran Shaklee Malaysia.
Jika anda berkesempatan melawati laman web Shaklee bagi setiap Negara di atas, senarai produk yang dipasarkan juga berbeza. Tidak semua produk di US akan dipasarkan di Malaysia. Ini menunjukkan Shaklee hanya memastikan barang yang halal untuk pasaran Malaysia.
Oleh itu, janganlah berasa was-was dengan status produk Shaklee ya..Jika anda ingin melihat sijil Halal Shaklee yang dikeluarkan oleh JAKIM..klik sini ya.. :) Mulai sekarang..Enjoy with Shaklee..yeayy!!

Monday 5 December 2011

Testimonial~ Hanya 2 Minggu Bacaan Gula Dalam Darah Ayah Berkurangan Ke Paras Normal

Alhamdulillah..dah lama nak tulis entry ni, baru sekarang diberi kesempatan.. baru2 ni, eh takde la baru sangat, ehe..saya mendengar khabar berita yang hepi dari ayah..Bacaan diabetesnya dah berkurangan ke paras normal, 5++ je..Syukur ke hadrat Illahi.. :)

Pada mulanya ni saya diberitahu oleh mak tentang kesihatan ayah yang baru disahkan mengidap kencing manis pada paras yang tinggi oleh doktor..tinggi tau, 21..lepas tu konon2nya kawal la pemakanan dan pengambilan gula selama 7 hari lepas dapat tahu akan bacaannya yang tinggi tu..pergi la jumpa doktor semula..tengok2 naik jadi 23 pulak!  Alamak..!! Jadi semakin tinggi..Doktor ada bagi bekalan ubat bagi mengawal paras gula dalam darahnya.. 

Ayah saya memang tak pernah buat fully medical check up sejak dah berumur ni walaupun dah berkali-kali mak suruh..tapi selalu lengah-lengah..macam2 alasan..ayah tetap menyatakan bahawa dia sihat tanpa penyakit..kawan ayah yang paksa buat pemeriksaan yang kebetulan ayah temankan kawannya mengambil bekalan ubat kat Hospita Pantai Ipoh..kawan ayah tak percaya ayah takde penyakit..skali check memang dah ada kencing manis..Nasib baik check..kalu tak sampai bila pun tak tahu..Terima kasih kepada Pakcik Ghani.. :)

Masa saya balik raya haji lepas saya bertanya khabarnya..ayah kata masih tinggi walaupun dah makan ubat yg doktor bagi dan kawal pemakanan seharian..Saya terfikir mahu bagikan supplement Shaklee untuk turunkan bacaan gulanya tu..Hmm..Saya nak bagi ayah Fiber Plan Unflavored dan Zinc Complex  .Supplement lain seperti b-complex dan multivitamin tak perlu sebab boleh berkongsi dengan mak..Mak saya pun sudah amik Shaklee juga tau sejak saya menjadi pengedar. Ayah setuju, nampaknya ayah risau benar akan kesihatannya, sentiasa kawal pemakanannya..nasi pun makan nasi tanpa kanji..Saya order 2 jenis supplement ini dan hantar ke kampung halaman Teluk Intan..

________________________________________
Mengapa Zinc Complex? Zinc membantu pankreas mengeluarkan insulin. Insulin penting dalam mengawal kandungan gula dalam darah. Zinc memang penting dalam kebanyakkan proses dalam tubuh kita.

Minuman Fiber Plan pula merupakan serbuk serat semulajadi yang tidak berperisa dan kaya dengan Vitamin C. Setiap hidangan Fiber Plan ini mengandungi 4g serat larut air. Fiber penting untuk menyerap semula lebihan gula dan lemak dalam LDL dalam tubuh untuk disingkirkan dalam proses perkumuhan. Ianya dipercayai dapat mengawal kandungan gula dalam darah dan paras kolestrol serta dapat memperbaiki kesihatan jantung. 
___________________________________________


Saya tak lupa follow up dengan ayah melalui telefon, alhamdulillah semakin menurun bacaan kencing manisnya.. Farmasi kini tempat ayah sering dikunjungi untuk membuat pemeriksaan. Tak lama lepas tu saya balik kampung dan bertaya lagi..hanya 'two thumbs up' ditunjukkan pada saya dengan senyuman..hehe..Alhamdulillah..katanya dalam masa 2 minggu dengan pengambilan yang konsisten, bacaan diabetesnya dah turun ke paras normal..
Kini, ayah menjadi pengamal tegar Shaklee selain mengawal pemakanan sehariannya.. Kawan ayah Pakcik Ghani yang juga ada diabetes bakal menjadi pengamal Shaklee juga sebab ayah yang rekomen! hehe..

 
2 thumbs up for Shaklee!!

Anda yang masih tercari-cari sesuatu untuk ibupaba anda yang mengidap diabetes, bolehlah hadiahkan supplement Shaklee ini untuk mereka..

Dapatkan promosi Disember dari saya sekarang!

*********************************
Berminat mendapatkannya? Sila email saya di syikin.nazri@yahoo.com untuk dapatkan tawaran hebat daripada saya!! Atau PM saya di FB Kikin Nazri dan boleh juga sms kepada saya di 019-5257274 untuk mendapatkannya.

Sunday 4 December 2011

Testimonial~ Parut di Muka Semakin Pudar dengan Set D + GLA

Teruja lagi! Mula-mula entry Testimonial~Baru 2 Minggu Consume Vitamin E dan GLa.


Apa kata Fiza pula.


"Assalamualaikum.. Kak Yati.. Hari ni fiza nk bg testimoni..ehehe..

Alhamdulillah dh 25 hari Fiza mkn Set D + GLA ni.. Bersyukur sgt2.. Sebelum ni asyik jaga luaran je..Fiza mengalami parut pembawakan baby yang sangat teruk.. Muka jadi gatal2 dan meninggalkan parut yang sangat hodoh.. :(..Sebelum ni dh macam2 produk kecantikan dr yg murah sehinggakan
 yang mahal tapi takde perubahan pun.. Segala treatment la apa la semua dah try tp x de perubahan yg habis duit je..

Fiza sangat2 bersyukur kepada Allah S.W.T kerana membuka pintu hati Fiza untuk mencuba vitamin Shaklee ni di saat Fiza hampir2 tak percaya pada segala macam produk kecantikan ni..Sebelum ni fiza ada jugak ambik Tab X..

Seminggu je makan SET D ni dh ada orang tanya Fiza.."Eh,pakai produk apa sekarang??" Nampak sgt kan muka Fiza sebelum ni sgt2 teruk.. Sedih sgt tau bila orang tanya mcm tu.. huhu..Raya Haji lepas family Fiza datang beraya di rumah Fiza.. Mak dan kakak pun tanya benda yang sama.. Ye la sebelum ni asyik tukar produk je.. Hubby pun cakap lps ni jangan tukar2 produk dh.. Makan vitamin je.. =) Sangat2 gembira dan bersyukur sangat2 kerana mendapat sokongan dari suami..

Alhamdulillah dgn disiplin dan minum air yang banyak Fiza dh nampak perubahan pada wajah Fiza.. suka sangat2.."






Apa yang ada dalam Set D:

Vitamin C~membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit.


Vitamin E~nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan. Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat.Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.

Vitalea~mengandungi 12 vitamin 7 galian yang diperlukan oleh tubuh badan manusia, formula lengkap dengan zat besi.


B Complex~membantu meninggikan sistem pertahanan badan,membantu mengurangkan stress dan bertindak sebagai penenang.Bila hati tenang, memanglah nampak muda :) B is for Beauty...

Apa fungsi GLA pula?


Apakah kelebihan dan khasiat Shaklee GLA Complex ni

    • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
    • Membantu meningkatkan kesuburan
    • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
    • Membantu dalam menangani menopus
    • Menguatkan kuku dan rambut
    • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
    • Membantu menangai ekzema
    • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
    • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
    • Menguatkan imuniti tubuh
    • Memperlahankan proses penuaan
    • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
    • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
    • Mengawal kolesterol
    • Untuk fungsi saraf

  • Dapakan promosi Disember dari saya sekarang!

    *********************************
    Berminat mendapatkannya? Sila email saya di syikin.nazri@yahoo.com untuk dapatkan tawaran hebat daripada saya!! Atau PM saya di FB Kikin Nazri dan boleh juga sms kepada saya di 019-5257274 untuk mendapatkannya.


...Saya Suka Cantik & Sihat...