* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Friday 29 April 2011

Testimoni ~ Susu Lebih Banyak 50% Dengan Shaklee!

Puan Lydzar adalah pengguna Shaklee sejak dulu. Beliau pernah memberitahu bahawa sejak mengambil Shaklee, badannya tidak lagi kelesuan memandu kereta dari Kajang ke Damansara. Jauh tuuu!
Sekarang Puan Lydzar sedang cuti bersalin anak ketiganya. Beliau menggunakan set bersalin Shaklee. Sebagai pelanggan saya, Puan Lydzar berhak untuk mendapat tips-tips dari saya, terutama tips penyusuan. Kita tengok apa katanya… 

testimonial shaklee

Sekiranya anda nak merasai apa yang dialami oleh Puan Lydzar, dapatkan tips eksklusif menambahkan susu ibu, hanya dengan setiap pembelian di ekinata.blogspot.com

credit to MommyLyna

Berat Badan Turun 20kg Sebulan Dengan Lecithin, Alfalfa & Herb Lax

Wah, ni berita baik untuk anda yang mengalami masalah berat badan..jom kita tengok ape yang menarik tuu..

~* credit to
kak arnie


nah! macam mana? teruja tak? supplement yang diambil oleh pengguna tersebut ialah :-
- Alfalfa (small 330 tabs)
- Lecithin (180 tabs)
- Herb lax (120 tabs)

boleh refer entry sebelum ni untuk cadangan suplemen yang bersesuaian mengikut tahap kesihatan dan keperluan tubuh.

klik sini -->
weight management

credit to kak hadha

Berminat nak cuba? Boleh hubungi saya melalui email syikin.nazri@yahoo.com atau sms 019-5257274, ok!


Kepentingan B Complex Kepada Tubuh Manusia



B Complex adalah vitamin wajib saya setiap hari. dalam pillbox SHAKLEE tu, bekalan B Complex mesti ada. kalau nak tahu kenapa, mari kita baca artikel kat bawah ni betul-betul ye... seronok saya baca, sangat bermanfaat, padat informasi. rasa macam nak highlight each and every word aje. harap-harapnya lepas baca ni, kawan-kawan pun dah tak ngelat makan B Complex k?

credit to Along Azrinna~*
Salah satu fungsi B-Compleks yang kita kena tahu ialah menukarkan gula (makanan) menjadi tenaga (energy). Sekiranya kita tidak bergerak banyak, maklumlah duk dalam pejabat je kan, tenaga ini akan menghasilkan tenaga haba (ingat tak belajar fizik dulu, tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan tetapi akan bertukar dari satu bentuk tenaga lain ke bentuk yang lain). Jadi tenaga kinetik yang tidak digunakan ni (maklumlah duduk diam2 je) akan ditukar kepada tenaga haba, lalu menjadikan badan kita panas dan berpeluh.

Vitamin B-compleks juga melancarkan pengedaran oksigen ke seluruh tubuh, lalu menstabilkan hormon, sekaligus membaik pulih sistem pencernaan kita. Bila sistem pencernaan kita lancar, kita akan cepat rasa lapar. Ia juga mengandungi niasin yang membantu menaikkan selera makan. Akan tetapi seperti yang saya katakan tadi, B complex berfungsi menukarkan makanan menjadi tenaga, jadi kita takkan obes walaupun makan banyak kerana makanan tu tak tersimpan macam tu je.. tapi berpada2 lah. Makan ikut keperluan, bukan ikut nafsu. Kalau main hantam saja, makanla vitamin apa pun kan?

Ibu mengandung dan menyusu amat2 lah di'tuntut' untuk mengambil B compleks. Selain dari ia mengandungi asid folik, B complex yang boleh mengalir ke dalam susu badan ini juga membantu anak2 yang menyusu menambahkan daya fokus mereka, kerana pengaliran oksigen dalam badan mereka disokong dengan pengambilan B-compleks oleh ibu.

Bagi mereka yang sering berhadapan dengan tekanan, B-compleks adalah penyelesaian terbaik, kerana selain dari melancarkan pengaliran oksigen, ia juga membantu merendahkan kadar asid amino di dalam darah yang boleh menyebabkan perasaan gementar dan tertekan.

Pengambilan B-compleks akan menyebabkan urin menjadi kekuningan, sebagai indikasi bahawa badan memerlukan lebih banyak air, dan memekatkan warna susu badan.
Fungsi B Compleks ialah:-
- menukarkan gula dalam makanan kepada tenaga
- meningkatkan fokus dan tumpuan berfikir
- mengelakkan penyakit beri2 akibat kekurangan vitamin B
- menggalakkan pertumbuhan
- penting untuk sistem saraf
- anti stress dan tekanan
- meningkatkan antibodi tubuh
- penting untuk sintesis dan aktiviti sel
- diperlukan untuk penghasilan hemoglobin (sel darah merah)
- mencegah anemia
- memberikan tenaga
- penting untuk metabolisma lemak,protin dan karbohidrat
- amat2 penting untuk pengidap kencing manis/diabetes untuk membantu penukaran gula kepada tenaga
- mengelakkan kecacatan pada bayi dalam kandungan (terutama spina bifida)
- mengurangkan kolesterol
- meningkatkan selera makan

Sumber semulajadi vitamin B-complex ialah sayuran hijau, kekacang.
credit to kak hadha



Gaji Kakitangan Awam Naik Tahun Ni?



Betul ke? banyak khabar angin dan desas desus mengatakan ianya akan dilaksanakan dalam tahun ni jugak..kalau kita punch kat encik google berlambak membincangkan pasal topik ni,yela gaji naik maunye tak menarik,hehe..mungkin sebab slogan negara berpendapatan tinggi kot,takpun sebab harga barangan dan minyak yang semakin meningkat..walaubagaimanapun, kalaupun ianya menjadi kenyataan, haraplah ianya memberi kebaikan kepada banyak pihak. Maksud saya, pihak pertama yang mendapat faedah tentulah kakitangan kerajaan sebab pendapatan mereka bertambah dan sekaligus dapatlah menggerakkan aliran tunai dalam negara kita dalam proses mereka membelanjakan wang pendapatan mereka. Ini tentulah memberi kebaikan dan menyuntik sedikit prestasi ekonomi negara Malaysia ini. Seterusnya diharapkan dengan kenaikan gaji ini ( jika menjadi kenyataan ), rakan-rakan kita yang bekerja di sektor swasta tidak mendapat tempias yang negatif. Maknanye, secara tradisi sekiranya gaji kakitangan kerajaan dinaikkan ( selain harga minyak yang naik ), pasti harga barangan juga akan mengikut sama tanpa sebarang sebab yang munasabah. Perkara ini juga pernah dilihat terjadi semasa kenaikan gaji pada tahun 2007 dulu. Keadaan ini pastinya akan membebankan rakan-rakan kita yang bekerja di sektor swasta yang berpendapatan sederhana. Kerajaan diharapkan supaya memantau dengan lebih tegas harga barangan sekiranya perkara ini berlaku. Jangan lah hendaknya satu pihak menerima kebaikan, pihak yang lain pula mendapat kesan yang tak baik. Semoga semua pihak mendapat faedah dan manfaat yang adil daripada hasil negara kita yang melimpah ruah ini...
-PEACE-
 

Thursday 28 April 2011

Ibu Hamil Nak Makan Vitamin SHAKLEE Yang Mana?

Jom tengok cadangan vitamin SHAKLEE untuk ibu hamil.

OsteMatrix(calcium magnesium) - 4 biji sehari

Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.


Energizing Soy Protein - minum sehari sekali

Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.


Omega 3 (Omega Guard) - 1 biji sehari

Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan


Vitamin B Compleks - 1 biji sehari

B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.


Vitamin C - 1 biji sehari

Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.


Vita-Lea Iron Formula -1 biji sehari

Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.

untuk memudahkan kawan-kawan, kami telah menyediakan set untuk preggy momma yang terdiri daripada :

SET 1- utk 1st trimester
  • Multivitamin (LENGKAP DGN IRON)
  • B complex (LENGKAP DENGAN ACID FOLIC)
  • Vitamin C
  • Ostematrix
SET 2 - utk 2nd & 3rd
  • Multivitamin (LENGKAP DGN IRON) ,
  • B complex (LENGKAP DENGAN ACID FOLIC),
  • Vitamin C
  • Ostematrix
  • OmegaGuard (MINYAK IKAN, DHA) 
credit

berminat? boleh hubungi saya melalui email syikin.nazri@yahoo.com atau sms 019-5257274.

Asid Folik dan Kehamilan

Mengapa asid folik diperlukan

 
Apakah asid folik?
 
Asid folik adalah salah satu vitamin kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu.

Kenapakah saya perlukan asid folik?

 

Asid folik menolong mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida. Spina bifida terjadi apabila pelindung yang menutupi korda spina bayi tidak menutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Pada 12 minggu yang pertama dalam kehamilan anda, otak dan sistem saraf bayi anda sedang membentuk dan berkembang pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan anda, anda boleh menghentikan asid folik. Namun begitu, jika anda mengambil asid folik sepanjang kehamilan anda, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda atau bayi anda.

Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan?

 

Sebelum anda hamil, anda dinasihatkan supaya mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Adalah baik jika anda makan makanan yang kaya dengan folat.

Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub saraf mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi.

Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.

Apakah sumber makanan yang terbaik?

 

Makanan yang kaya folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan kaya folat:

Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • bayam, 1 cawan;
  • kacang bendi, setengah cawan;
  • asparagus, setengah cawan;
  • lentil, setengah cawan;
  • hati, 1 keping;
  • 11 kubis brussels;
  • kacang black-eyed beans, 4 sudu makan;
  • emping bran, 7 sudu makan;
  • germa gandum, 25g / 1 aun;
  • betik sederhana besar.
Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • brokoli kukus, 2 pucuk;
  • buah oren saiz besar;
  • nasi putih, setengah cawan;
  • oat, setengah cawan;
  • kacang merah, setengah cawan;
  • jagung saiz besar, 1;
  • biji bunga matahari, 1 aun.
Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit.

Sila maklum: Asid folik dalam makanan akan dimusnahkan jika ia terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan jumlah air mendidih yang minima. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mentah.


Bagi yang mahu mencuba set kehamilan SHAKLEE, kami ada menyediakan 2 jenis set iaitu :
 
SET 1- utk 1st trimester (RM130)
 
  • 30's Multivitamin (LENGKAP DGN IRON)
  • 30's B complex (LENGKAP DENGAN ACID FOLIC)
  • 30's vitamin C
  • 1 bottle of calcium (120 caplets)
SET 2 - utk 2nd & 3rd trimester (RM170)
  • 30's Multivitamin (LENGKAP DGN IRON) ,
  • 30's B complex (LENGKAP DENGAN ACID FOLIC),
  • 30's vitamin C
  • 1 bottle of calcium (120 caplets)
  • 30's capsule OMEGA GUARD (MINYAK IKAN, DHA)

Cukupkah keperluan asid folik dalam set kehamilan ini? Jawapannya YA. Kerana kandungan folate (dalam bentuk asid folik) di dalam Vitalea ialah 200 mcg dan di dalam B Complex ialah 200 mcg. Nah! Lengkap kan? Anda juga mendapat vitamin C yang membantu penyerapan iron (dalam Vitalea), yang membantu untuk menyeimbangkan Hb anda. Kehadiran kalsium dan DHA yang juga amat penting sepanjang tempoh kehamilan.


Boleh hubungi saya 019-5257274atau emel saya syikin.nazri@yahoo.com untuk info lanjut dan membuat pesanan.

Wednesday 27 April 2011

Testimoni ~ Set Berpantang SHAKLEE

Saya tahu masih ramai yang meragui keberkesanan Set Berpantang SHAKLEE (SET C). yelah.. makan vitamin aje dalam pantang. boleh ke bantu pulihkan badan yang bekerja teruk semasa proses bersalin tu? boleh ke makan vitamin ni betulkan urat-urat badan? boleh ke makan vitamin ni pulihkan luka-luka dalaman kita? boleh ke makan vitamin ni segarkan badan kita semula?

jawapannya ia BOLEH..!

Saya nak share satu lagi testimoni ringkas  SET C oleh Dr Sarah.
" Waalaikumussalam. better dari confinement dulu. Cepat sihat. Oh Ya, dulu ade sort of baby blues, yang ni tak de "
credit to kak cery dan iffa ~*

Dr Sarah ni consume SET C bersama Alfalfa. SET C ni terdiri daripada :-
  • Vita-Lea - bersama Iron formula yang sgt penting utk tubuh selepas bersalin
  • B Complex - elak kemurungan, anti-stress, stabilkan hormon
  • Vita-C - membantu memperbaiki tisu sel, mempercepatkan penyembuhan luka
  • Zinc - membantu luka (terutama luka dalaman) cepat sembuh DAN
  • boleh add-on Alfalfa sebagai milk booster
So, kalau berminat nak cuba S SHAKLEE  boleh emailkan request kepada syikin.nazri@yahoo.com atau SMS 019-5257274.

Testimoni ~ dari 10oz ke 30oz dengan tips istimewa!


"Thanks kak N. selama ni pam cuma dapat 10-12 oz sehari tapi kini 30 oz sehari dengan tips cara makan vitamin yang betul dan amalkan apa yang akak ajar tu!!!!!!!!!! Seronok sangat"
APAKAH RAHSIA IMA? :)

Secara asasnya, kita mengetahui bahawa konsep asas penyusuan susu ibu ialah 'SUPPLY & DEMAND". Lebih kerap bayi menyusu @ kita mengepam susu @ mengosongkan payudara, menyebabkan hormon oksitosin akan dirembeskan secara berterusan. Hormon oksitosin penting kerana ia berfungsi menghantar isyarat kepada otak agar memberi arahan kepada badan untuk menghasilkan (supply) lebih banyak susu dengan permintaan (demand) yang meningkat.

Namun, dengan SHAKLEE, anda boleh hasilkan lebih lagi inshaALLAH, iaitu melalui pengambilan vitamin yang betul pada masa yang betul. Sangat membantu. Walaubagaimanapun, TIGA KUNCI UTAMA ini harus anda patuhi :

1. Kekerapan mengosongkan payudara . Pam @ susukan bayi sekerap mungkin secara konsisten. Bagi yang mengepam, pastikan pam setiap 2 - 3 jam sekali. Jangan tunggu sehingga payudara bengkak baru nak pam. Ini sangat penting.

2. Pengambilan air putih tidak kurang 3 L sehari. Ini juga penting.

3. Doa yang berterusan supaya kita sentiasa positif dengan ALLAH dan diri kita sendiri. Amalan kerohanian juga membantu kejayaan anda.

Dengan mengamalkan TIGA KUNCI UTAMA ini secara konsisten, insyaALLAH TIPS ISTIMEWA ini sangat membuahkan hasil!  
Dengan pengambilan tiga vitamin asas iaitu Vitalea, B Complex dan Vitamin C;  bersama Alfalfa, ESP dan Ostematrix ; 
pada masa yang betul dan cara yang betul adalah 
SANGAT MEMBANTU.

Kepada yang mahu mendapatkan TIPS ISTIMEWA ini, jangan lupa dapatkan  SHAKLEE daripada saya. Tips ini khusus untuk pelanggan SHAKLEE saya sahaja! (^_^)

credit to kak N dan Hadha

Anda berminat? Boleh hubungi saya di syikin.nazri@yahoo.com atau sms 019-5257274 ya!

Tuesday 26 April 2011

Cara untuk Kurus Tanpa Ubat Ubatan

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini
menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI

Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS

Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.


10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.


11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.


12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.


13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.


14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet


15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.


16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan

Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari

Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada
keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda
dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus

Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit

minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!


21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan

santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan

segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.


24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.


25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing

i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

Maharaja Lawak Episod Keempat



Pengacara:
AC Mizal


Juri:
Mamat Khalid, Ahmad Idham & Saiful Apek


Peserta - Peserta:


Penyingkiran:
Alex


Ulasan Hans:

Pada episod ke-4, kebanyakkan peserta memberikan aksi yang kurang bertenaga tidak seperti pada minggu lepas. Persembahan minggu ini kebanyakkannya di selamatkan oleh peserta berkumpulan yang nyata memberikan persembahan yang sangat menarik dan segar. Jadi, aku akan memberi komen ringkas kepada semua aksi peserta maharaja lawak mengikut urutan persembahan mereka pada episod ke-4 ini.


Amir

Persembahan Amir pada minggu ini nampaknya ada banyak peningkatan. Akhirnya, dia telah menerima nasihat - nasihat juri dan mungkin juga orang - orang di luar sana dimana akhirnya persembahannya sudah tidak terkejar - kejar lagi dan setiap patah perkataan yang dituturkannya mampu ditangkap dan didengar oleh penonton. Walaupun, lawaknya tentang superhero kali ini ada yang menarik dan ada yang pernah didengar namun ini adalah salah satu proses peningkatan yang baiklah untuk Amir. Moga minggu depan persembahan beliau semakin meningkat. Dibandingkan persembahan minggu ini berbanding 3 minggu sebelumnya maka aku boleh katakan persembahan ini sebagai WOW tetapi masih belum cukup lagi. Teruskan usaha anda!


Kumpulan Jozan

Persembahan Jozan pada minggu ini adalah persembahan yang aku sangat nanti - nantikan. Mereka berani untuk mengetengahkan isu agama di dalam lawak mereka dan aku gembira kerana lawak mereka penuh dengan isi tersurat dan tersirat berbanding lawak peserta lain. Baru - baru ini ada juga segelintir manusia yang bising dengan lawak mereka pada minggu ini tetapi bagi aku itu adalah realiti manusia beragama Islam di Malaysia sekarang. Kadang - kadang solat kita tidak khusyuk oleh sebab - sebab seperti yang mereka tunjukkan di dalam lawak mereka kali ini. Dan di mana - mana sahaja kita boleh lihat atau dengar tentang kes kecurian tabung masjid, selipar dan sebagainya. Jadi, aku mengucapkan tahniah kepada kumpulan Jozan kerana lawak mereka kali ini bukan sekadar lawak kosong tetapi lawak yang mempunyai mesej dan sangat sinis. Tahniah sekali lagi untuk anda! Jozan terbaikkkk minggu nih!


Man

Persembahan Man pada minggu ini pula bagi aku kurang menarik. Memang ada juga lucunya tetapi aku rasa lawaknya seperti biasa sahaja pada minggu ini. Man perlu sedar dia kini sedang bertarung di dalam Maharaja Lawak dan bukannya Raja Lawak jadi idea yang lebih segar dan menarik perlu dipersembahkan kepada penonton. Apa - apapun, teruskan usaha anda Man! Moga berjaya pada minggu hadapan.


Jihan

Persembahan Jihan pada minggu ini juga kurang menyerlah. Persembahannya juga seperti Man di mana aku biasa dengar atau mampu di agak. Jihan perlu tampil dengan persembahan yang lebih segar dan memukau jika mahu bersaing lebih lama di dalam Maharaja Lawak ini. Teruskan usaha anda Jihan.


Kumpulan Sepah

Persembahan kumpulan Sepah pada minggu ini masih lucu dan tidak mengecewakan walaupun tidak setanding dengan persembahan mereka pada minggu lepas. Mungkin kerana genre yang berlainan namun setiap ahli kumpulan Sepah memang mempunyai kombinasi yang baik kerana masing - masing saling membantu antara satu sama lain yang menjadikan persembahan mereka mampu untuk menggeletek hati penonton - penonton di studio mahu pun di rumah. Tahniah kumpulan Sepah.


Alex

Persembahan Alex pada minggu ini tidak berseri pada pandangan aku. Aku tidak pasti sama ada ia tidak lucu atau Alex yang tidak memberikan sepenuh tenaga terhadap persembahannya seperti mana pada minggu lepas. Nampaknya rezeki Alex hanya setakat minggu ke empat ini sahaja. Apa - apapun, tahniah Alex kerana memang susah untuk membuat orang lain ketawa. Semoga berjaya di masa hadapan.


Nabil

Persembahan Nabil pada minggu ini seperti biasa memang menarik dan segar dengan idea - idea baru yang membuatkan aku tidak kering gusi kerana tidak henti - henti ketawa. Menjadikan mesin masa sebagai subjek lucu pada minggu ini serta mewujudkan watak seorang Pak Cik yang digelar budak Practical berwajah seperti orang Putus Haid memang menimbulkan suasana komedi yang bukannya sedidkit - sedikit. Seperti yang kita tahu, jika budak itu sedang menjalani latihan praktikal di mana - mana organisasi semestinya mereka dari kalangan pelajar universiti mahu pun kolej yang boleh dikategorikan sebagai golongan muda jadi apabila Nabil memanipulasikan budak praktikal itu kepada orang yang sudah pun tua maka memang ia telah mengubah hal tersebut menjadi cukup lucu. Tahniah Nabil! Imaginasi anda cukup kreatif! Tidak sabar menanti lawak anda pada minggu hadapan.


Kumpulan Balas

Persembahan Balas pada minggu ini biasa - biasa sahaja. Kumpulan ini memang gemar menggunakan lawak yang 'double meaning' tetapi jika ia sering kali digunakan sudah semestinya akan membuatkan penonton terasa bosan melihat persembahan mereka dan aku adalah salah seorang daripada penonton yang mengalami perasaan bosan tersebut. Persembahan mereka masih lucu tetapi aku harap mereka akan tampil dengan lawak yang lebih bermakna pada minggu hadapan. Moga persembahan kalian pada minggu hadapan lebih bernyawa dan ada identiti sendiri.


Kumpulan Jambu

Persembahan Kumpulan Jambu pada minggu ini memang menarik. Aku suka kumpulan ini kerana setiap minggu mereka akan tampil dengan lawak yang berlainan daripada kumpulan lain dan yang menariknya lawak mereka tidak tergolong dalam kategori 'Syok Sendiri' kerana persembahan mereka pada minggu ini memang betul - betul menghiburkan. Kali ini mereka memang beraksi hebat dengan menggunakan banyak tenaga untuk bergerak ke sana dan ke sini. Cuma sayangnya pada pengakhiran lawak ini di mana Yus mengangkat kaki berkali - kali seolah - olah mahu menendang mahu pun menyepak orang di sekelilingnya. Jika sekali dua sahaja tidak apa tetapi apabila ia dilakukan berkali - kali memang nampak kurang baik pada pandangan orang lain. Apa - apapun, tahniah kumpulan Jambu. Persembahan anda minggu ini memang menarik dan terbaik! Tahniah!


Peserta Pilihan Hans Untuk Minggu Keempat :

  1. Jozan
  2. Jambu
  3. Nabil
  4. Sepah
  5. Amir
  6. Man
  7. Balas
  8. Jihan
  9. Alex

P/S : Masing - Masing Ada Citarasa Tersendiri.
credit to hans

Kenali Buah Pinggang Anda

1) Fungsi Buah Pinggang:-
  • menuras toksik dan cecair berlebihan (membersih darah)
  • membantu membina sel-sel darah merah
  • mengawal atur tekanan darah
  • memelihara kekuatan tulang

2) Faktor-faktor risiko kegagalan buah pinggang:-
  • kencing manis
  • tekanan darah tinggi
  • batu karang
  • nefritis (radang buah pinggang)
  • sejarah keluarga
  • ubat

3) Tanda dan simptom-simptom berkaitan jika ia wujud:-
  • keletihan
  • kurang selera makan
  • bengkak pada bahagian kaki dan muka
  • rasa loya dan muntah
  • masalah kulit (pigmentasi, kegatalan)
  • sesak nafas ketika menggunakan tenaga yang berlebihan
  • amenia (kekurangan sel darah merah)

4) Pencegahan awal untuk melambatkan kerosakan buah pinggang dengan TERAPI NUTRISI:-
  • mengawal aras urea dalam darah (ketoksikan uremik)
  • mengelakkan malnutrisi
  • melambatkan kerosakan buah pinggang tahap akhir

5) Apakah Terapi Nutrisi (KETO ACIDS THERAPY)?
  • proses melibatkan pengawalan pengambilan protein dalam diet dengan atau tanpa KETO ACIDS

6) Kawal pengambilan protein anda:-
  • akan mencegah pengumpulan bahan buangan di dalam badan
  • dengan mengurangkan pengambilan protein daripada makanan, beban buah pinggang dapat dikurangkan dan dengan itu kadar kerosakan buah pinggang dapat dilambatkan
  • pengurangan pengambilan yang tinggi adalah berkaitan dengan pengurangan fosfat, yang mana kemudiannya dapat membantu mengekalkan komposisi tulang

7) Tambahkan KETO ACIDS (KAs) dalam Diet Rendah Protein:-
  • terdapat banyak jenis asid amino di dalam makanan kita yang diperolehi daripada protein. Sesetengah daripada asid amino ini dikenali sebagai Essential Amino Acids (EAAs)
  • EAAs tersebut hanya diperolehi daripada makanan dan akan digunakan oleh badan kita dalam pembentukan protein harian. (Contoh: darah, antibodi dan otot-otot)
  • dalam CKD, kita hendaklah mengurangkan pengambilan protein untuk mengelakkan pengumpulan bahan buangan yang berlebihan dalam badan.Walau bagaimanapun dengan berbuat demikian, risiko kekurangan EAAs berkemungkinan akan berlaku. Oleh itu, KETO ACIDS diberikan untuk memastikan tubuh badan kita mengambil zat makanan yang mencukupi dan bukan di dalam keadaan malnutrisi (kekurangan zat makanan)
sama-samalah kita menjaga buah pinggang kita...dengan mengamalkan gaya hidup sihat.. 

Apa Itu Lecithin Dan Untuk Siapa?







Apa itu Lecithin, faedah makan Lecithin dan untuk siapa?

Kepentingan Lecithin:-


Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.
Kandungan Lecithin:-
  • Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
  • Kolin – satu komponen neurotransmitter
  • Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf
  • Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan

Kegunaan Lecithin :-
 
PALING UTAMA

  1. Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids)
  2. Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol
  3. Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL)
  4. Membantu kawal paras triglycerides
  5. Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
  6. Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol

PENTING UNTUK FUNGSI OTAK

  1. Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb
  2. Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecitin
  3. Lecitin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecitin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.

UNTUK KAUM TUA

  1. Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua
  2. Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb

UNTUK PENGHADAMAN

  • Lecitin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman

UNTUK SEL

  1. Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel
  2. Choline & lecitin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita

UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)

  • Fungsi utama lecitin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.

Kepada mereka yang nak kuruskan badan, atau kepada mereka yang banyak menggunakan otak (student contohnya), amatlah digalakkan mengambil Lecithin ni sebagai makanan tambahan.

 
credit

Monday 25 April 2011

Apa Itu Energy Soy Protein (ESP) ?





Energizing Soy Protein atau ringkasannya ESP adalah supplement terlaris di kalangan BF mommies, selain daripada Alfalfa. Saya juga mengambil ESP ini selepas mencuba Set B.. entry kali ni saya nak share dengan kawan-kawan fakta tentang ESP ni. yelah, dah kita ramai-ramai makan, harus ambil tau juga apa bendanya ..


Kita adalah protein, asas kepada sel ialah protein.


TAHUKAH ANDA ?

Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.

PENTINGKAH PROTEIN?

Our body need protein to grow BIG & Strong! It’s a basic material of all living cells and organ-building block of the body. Stuktur asas badan manusia adalah sel. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang LEMAH & KURANG SIHAT. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protien diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter.

25% daripada badan kita berasal (diperbuat?) daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein.

Protein berasal dari perkataan Greek (PROTOS) bermaksud – ‘the first’ dan badan kita terdiri daripada :-

1. 66% Water
2. 25% Protein
3. 8% Fats
4. 1% Combination of Minerals & Vitamins 100%

SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN

Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY!

Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):


1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)

2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

credit to kak hadha n Salwa

Vitamin Glamor Yang Ibu-ibu Add-on

Ni senarai vitamin2 GLEMER yang di add on apabila ibu2 diluar sana membeli Set Breastfeeding set



kenapa lecithin?
  • lecithin can help improve brain power.
  • Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids)
  • Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL)
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
kenapa vitamin E?



  • Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan
  • Vitamin E mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser
  • Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburan.
  • Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka.
  • Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar
  • pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula.
  • vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.


kenapa Omega?
Omega guard ialah minyak ikan terbaik dunia yang menggunakan penyulingan molekul 3 peringkat yang sangat eksklusif di bawah suhu rendah yang terjaga. Proses ini menumpukan kepada penghasilan asid lemak Omega-3 yang asli dan menghlangkan pencemaran termasuk logam berat, merkuri, kadmium dan sebagainya
  • kerana dapat meningkatkan kandungan DHA dalam susu badan kawan2 di samping membantu mempertingkatkan lagi kesihatan jantung dan memberi daya ingatan yang baik terhadap ibu dan anak. selain daripada itu, ia juga membantu memecahkan lemak di dalam tubuh kita....*Namun, kenapa kita masih perlu ambil fish oil dalam bentuk kapsul, dengan kata lain Omega Guard?
  1. Ikan2 laut mengandungi merkuri yang tinggi disebabkan oleh pencemaran. Jadi ia memberikan kesan yang tidak baik kepada kesihatan.
  2. Kita memasak ikan dalam suhu tinggi yang boleh merosakkan khasiat minyak ikan itu sendiri.
 
kenapa Nutriferon?
Nutriferon adalah suplemen yang berfungsi sebagai penggalak kepada sistem imun tubuh @ immune booster.siapa yang perlukannya?

- individu yang rendah sistem imun.
- individu yang mendapati pengambilan vitamin C (dos lebih) tidak memberi kesan ke atas  penyakit yang dihidapi.

- individu yang apabila sakit (demam), demamnya melarat melebihi seminggu.

- ibu menyusu, namun mendapati anaknya masih kerap demam, dan demam berpanjangan.


Berminat mahu mencuba? Boleh email pesanan dan pertanyaan di syikin.nazri@yahoo.com atau sms 019-5257274

...Saya Suka Cantik & Sihat...