* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Monday 23 July 2012

Perbezaan Vitamin C Shaklee Dengan Vitamin C di Pasaran



Sejak kecil lagi saya sudah kenal vitamin C.. Mana tidaknya, vitamin  C yang selalu mak belikan tu sedap rasanya..macam gula-gula oren..sehari berbiji-biji saya telan..hehe..tapi tak tahu apa kepentingannya.

Bila sudah dewasa dan mengenali Shaklee, saya lebih teruja untuk mengetahui khasiat vitamin c terutamanya vitamin C Shaklee kerana ada perbezaannya berbanding Vitamin C lain.

Apakah keistemewaan dan perbezaan Vitamin C Shaklee berbanding Vitamin C di pasaran?


1. Vitamin C Shaklee didatangkan dalam bentuk sustained release iaitu dilepaskan dalam badan secara perlahan-lahan untuk membolehkan vitamin c sentiasa berada dalam badan kita. Memandangkan vitamin c adalah mudah musnah dan tidak dapat disimpan lama dalam badan, maka teknologi sustained release adalah sangat diperlukan.

2. Satu tablet vitamin C Shaklee adalah bersamaan dengan 7 setengah biji oren. Di mana ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam badan sebanyak 100mg setiap jam untuk satu tablet.

3. Vitamin C Shaklee didatangkan bersama-sama dengan bioflavonoid iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan vitamin c dengan lebih baik.

Kebaikan Vitamin C

Imuniti

- dengan pengambilan vitamin c secara teratur dapat melindungi badan dari infeksi dan juga akan menguatkan tulang dan gigi kita termasuk mempercepatkan penyembuhan luka. Sebab itu jugalah wanita dalam pantang digalakkan untuk mengambil oren sebagai bahan untuk mempercepatkan penyembuhan luka.

Antioksidan

- ia berfungsi sebagai antioksidan yang menghalang serangan radikal bebas di sekeliling kita. Apabila badan terhindar dari risiko serangan radikal, maka sudah tentu peluang untuk kita dijauhkan dari penyakit yang disebabkan oleh sistem imun badan dapat dielakkan.

Hypertension

- ia juga dapat menurunkan kadar tekanan darah, dengan itu dapat mengurangkan risiko darah tinggi.

Kecantikan kulit

- banyak kebaikan vitamin c dalam mengekalkan kulit yang cantik. Ia merangsang pengeluaran kolagen. Kolagen adalah sangat perlu kerana ia umpama gam yang mengikat sel-sel kulit kita untuk sentiasa tegang. jika kehilangan kolagen, kulit akan nampak berkedut dan tidak tegang.
- mengurangkan garis-garis halus yang tidak diingini.
- memutihkan dan memulihkan keadaan kulit yang kusam.

credit

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

*******************************************
Untuk konsultasi dan segala pertanyaan, anda boleh:

1. LIKE facebook fanpage Cantik & Sihat (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)
2. PM saya di fb, Kikin Nazri
3. Emel syikin.nazri@yahoo.com
4. SMS saya di 019-5257274.   

Sunday 22 July 2012

Tips Berpuasa Untuk Ibu Menyusu dan Mengandung

Salam.. Amacam hari ini? Puasa tak? Bagi ibu2 menyusu dan sedang hamil, saya nak share tips untuk anda..Seperti saya juga pasti akan risau mampukah kita berpuasa sepanjang Ramadhan sambil mengusukan anak? Jom baca sama2 ya..

Saya share info ini daripada sini .. TQ sis..


Puasa sebenarnya tidak memberi kesan negatif pada penyusuan. Malah terdapat teori yang mengatakan dengan berpuasa, air susu akan menjadi lebih banyak/tidak berkurang kerana kurangnya kita kehilangan air badan melaui kencing, jadi air dalam badan akan dibekalkan kepada kilang susu.
Sebenarnya, seorang ibu menyusu tetap boleh menyusukan seperti biasa, selagi dia tidak mengalami dehidrasi. Kerana itu, amatlah disarankan ibu menyusu dan mengandung agar mengambil air yang cukup pada sebelah malam (dan waktu sahur) untuk memastikan keperluan cecair badan dipenuhi, dan menggantikan air yang sudah hilang semasa berpuasa.
Amat penting untuk menjaga dan mengawal dehidrasi daripada berlaku. Tanda-tanda berlakunya dehidrasi yang teruk:-
  • Berasa hendak pitam terutama selepas mengepam dan menyusukan bayi.
  • Berasa sakit kepala dan seperti hendak demam.
  • Air kencing menjadi pekat dan berbau kuat.
  • Terasa loya dan ingin muntah.
  • Rasa menggigil.
  • Berasa lemah dan sakit otot.
  • Mudah marah dan emosi yang tidak stabil.
Bagi ibu mengandung pula, selain di atas:
  • Pergerakan bayi yang tidak normal.
  • Berlakunya kontraksi.
Untuk mengelakkan dehidrasi yang teruk, amatlah penting untuk kita mengambil makanan/minuman yang mengandungi jumlah cecair yang banyak. Bagi ibu menyusu dan mengandung, sekurang-kurangnya 2liter air sehari diperlukan bagi menjaga keseimbangan bendalir badan.
Antara langkah untuk mengelakkan dehidrasi:-

  • Banyakkan pengambilan cecair.
  • Makan buah-buahan, bubur, sup dan makanan yang berkuah dan mengandungi air.
  • Kurangkan mengambil terlalu banyak gula dan garam kerana ia boleh menarik keluar air dari sel.
  • Mengambil vitamin C.
  • Berehat secukupnya.
  • Mengambil minuman Isotonic seperti Performance Drink.
Kenapa saya mencadangkan Performance Drink selain minuman isotonik lain? Kerana ia mengandungi kuantiti gula yang rendah berbanding minuman isotonik di pasaran, dan tidak berkarbonat.
Walau bagaimanapun, seorang ibu yang menyusu atau mengandung mesti sedar akan keistimewaan yang diberikan oleh Yang Maha Esa dalam menjalani ibadah puasa, yakni rukhsah atau keringanan sekiranya menghadapi kesulitan. Bukanlah satu benda yang baik untuk meneruskan puasa hingga menjejaskan kesihatan terutama anak yang disusui dan dikandung, kerana ‘hadiah’ dari-Nya sudah disediakan, dan anak itu lebih diutamakan haknya.



Kelonggaran meninggalkan puasa bagi wanita menyusukan anak
  • Daripada Anas bin Malik Al-Ka’bi, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT telah meringankan bagi musafir dalam ibadat puasa dan separuh dari solat dan bagi wanita hamil dan menyusui (ia meringankan) puasa”.
  • Sekiranya ibu berbuka puasa kerana takut berlaku kemudaratan pada dirinya disebabkan puasanya itu, maka wajib bagi ibu untuk qadha’ puasanya sahaja.
  • Sekiranya ibu berbuka puasa kerana takut susunya akan berkurangan dan membahayakan anaknya, maka wajib bagi ibu untuk qadha’ puasanya dan dikenakan fidyah iaitu bersedekah satu cupak dari makanan asasi bagi hari yang dia berbuka.
  • Firman Allah: “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.”  [Al-Baqarah : 184]
Antara petua dan tips lain bagi ibu menyusu di bulan puasa:
  1. Perbaharui niat untuk menyusui anak kerana Allah.  YAKIN Allah yang beri susu. Bukan susu untuk ibu menyusu jenama ABC, XYZ atau sebarang produk lain.
  2. Berdoa : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”.
  3. Menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur. Nabi saw bersabda: “Umatku tetap berada di dalam kebaikan, selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur”
  4. Jangan skip sahur (lagipun sahur tu sunat).
  5. Fokus pada KUALITI, bukan KUANTITI.
  6. Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair.
  7. Banyakkan memakan kurma dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau, buah-buahan, oat, dan sebagainya.
  8. Minum cukup cecair. Elakkan minuman berkafein dan minuman gas.
  9. Makan makanan berkarbohidrat dan kaya dengan serat.
  10. Pastikan teknik penyusuan yang betul, kerapkan menyusui bayi.
  11. Pastikan teknik mengepam dan menggunakan pam yang betul. 
  12. Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam. Pam dan menyusu terus secara serentak.
  13. Pam susu sebelum sahur.
  14. Sediakan kurma dan botol air di dalam beg tangan. Mungkin anda akan mengalami kesesakan jalan raya dan terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan. Setibanya di rumah, pastikan anda berbuka puasa dahulu sebelum menyusu bayi anda (jika keadaan mengizinkan).
  15. Sediakan lebih stok perahan susu ibu (EBM) sebagai persediaan menghadapi Ramadhan.
  16. Ambil milk booster jika perlu.
  17. Elakkan terlalu penat.
  18. Jauhi stress dengan sentiasa berfikiran positif dan sentiasa ceria
  19. Berjumpa dengan mereka yang pakar dalam bidang penyusuan sekiranya menghadapi masalah.
Jangan berasa gusar atau bersalah bila terpaksa berbuka (dengan sebab2 yang kukuh, bukan sengaja berbuka dengan menjadikan alasan mengandung/menyusu) kerana kemuliaan seorang ibu yang diberi oleh-Nya, hak anak lebih diutamakan. Tidak ada faedah kalau ibu tega untuk berpuasa, sedangkan anak kehausan dan kelaparan. Walau bagaimanapun, lakukan semuanya untuk mendapat keredhaan Allah semata-mata, bukan untuk nampak mulia di mata manusia.
Selamat berpuasa dan berbahagia bersama anak tercinta!



Saturday 21 July 2012

Salam Ramadhan



Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan,

Kepada semua kengkawan yang disayangi,

SALAM RAMADHAN.. semoga dibulan yang penuh barakah ini segala amalan kita diterima oleh Allah dan mendapat manafaat dariNya..
Perbanyakkanlah amalan dan mudah2an semua amalam kita itu akan diterima dan beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat.. amiiinnnnn..

“Ya Allah selamatkanlah kami hingga bulan Ramadhan ke depan, dan pertemukan untuk bulan Ramadhan dan terimalah seluruh amal kami pada bulan Ramadhan.”
 
Jangan lupa bersahur dan berbuka dengan Mighty 3 Gems 
(ESP+Mealshake+Performance Drink) untuk badan yang cergas dan lebih bertenaga ya..
 
Selamat menjalani ibadah berpuasa semua!


Thursday 19 July 2012

Performance Drink Minuman Kegemaran Di Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan bakal menjelma..Saya nak share sesuatu mengenai produk yang laris di kala bulan Ramadhan..Kenapa? Jom kita baca sama-sama..

Pengambilan minuman yang berbentuk shake atau minum yang kaya dengan berbagai vitamin, protein dan karbohidrat adalah antara minuman yang sesuai untuk diminum semasa berbuka atau bersahur. Gabungan ini melengkapkan keperluan vitamin harian dan juga keperluan air, dalam 1 bancuhan sahaja. Saya syorkan Tripple GEM kerana ia adalah gabungan terbaik sepanjang bulan Ramadhan ini..


Apa sebenarnya Tripple GEM ini adalah:-
Mealshakes - Membekalkan Vitamin harian dan membuat rasa kenyang
ESP - Energizing Soy Protein, Memberi tenaga dan membuat rasa kenyang
Performance Drink - membantu mengekalkan bendalir dalam tubuh badan agar tidak mengalami hidrasi

Sekiranya anda tidak mempunyai budget untuk ketiga-tiga produk ini, maka memadaii untuk mengambil Meal Shake atau ESP dengan Performance Drink. Jika anda ibu yang menyusukan anakESP dengan Performance drink amat digalakkan.

Namun antara ketiga-tiga tersebut, Performance drink adalah yang utama. Kenapa?? Saya bagi contoh seorang ibu menyusukan anak ya.. Telah terdapat kajian yang dilakukan bahawa sekiranya seorang ibu tidak makan selama 23 jam tetapi minum air sahaja, penghasilan susuibunya didapati tidak terjejas. Sebab itulah saya katakan Performance Drink sangat penting.


Penyahhidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air.  Tambahan pula, Performance Drink mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.

Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari   dengan campuran unik karbohidrat dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Terbukti secara klinikal
Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:
•    Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan
      hidrasi
•    Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk
      kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
•    Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan
      keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.


Jaminan Ketulenan Shaklee
Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

(sumber: Shaklee Malaysia)

credit

*******************************************
Untuk konsultasi dan segala pertanyaan, anda boleh:

1. LIKE facebook fanpage Cantik & Sihat (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)
2. PM saya di fb, Kikin Nazri
3. Emel syikin.nazri@yahoo.com
4. SMS saya di 019-5257274.   

Tuesday 3 July 2012

Produk Baru : JOINT HEALTH TABLET ~ Menyokong Kesihatan Sendi Berpanjangan


Berita Baik!
Anda boleh mengekalkan sendi2 yang kuat, fleksibel dan mudah bergerak dengan Joint Health Tablet.


Advance Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ektrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zinc, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan - bahan berasaskan mineral, Shaklee Advance Joint Health tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.

Bagaimana Ia Berkesan?
Shaklee Advanced Joint Health Tablet memberikan manfaat kepada sendi - sendi sihat dalam 3 cara :


1) Menyokong Keselesaan Sendi
- Ekstar Boswellia : menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan.


Ekstrak Boswellia adalah gum resin dari pokok Boswellia serrate. Ekstark Boswellia digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk menyokong kesihatan sendi sejal berkurun lamanya. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi. AKBA menyokong kesihatan sendi dengan menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi.

2) Bertindak Sebagai Kusyen
- Ekstrak jagung : membantu mengekalkan tulang rawan.

Ekstrak jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan. Glukosamina adalah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melicinkan sendi. Glukosamina juga ditemui dalam tendon dan ligamen. Namun, semakin tubuh menua, jumlah glukosamina yang dihasilkan oleh tubuh semakin merosot. Banyak kajian yang diterbitkan menunjukkan yang suplemen ekstrak jagung dapat menggalakkan kelenturan, pergerakan bebas dan menjadikan sendi lebih fleksibel. Dan lagi, kajian bertahun - tahun juga mengesyorkan yang suplemen ekstrak jagung dapat menyumbang kepada kesihatan sendi dalam jangkamasa panjang.
 
3) Memelihara Tisu Penyambung Yang Sihat
- Zink, tembaga, managan & vitamin c : Nutrien penting dalam kesihatan sendi.
Membekalkan sokongan nutrien unutk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yang memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.
Keistimewaan Shaklee
Sentiasa Berkesan
Ekstrak proprietari Boswellia yang digunakan bukan sahaja mengandungi asid Boswellia AKBA yang pekat bagi penyokong keselesaan sendi, tetapi juga mengandungi dahan semulajadi lain daripada resin Boswellia yang mempunyai bioativiti yang lebih baik bila bergabung berbanding AKBA sahaja.
100% bebas konroitin bagi penyerapan ekstrak jagung yang lebih baik. (Penyelidikan baru - baru ini menunjukkan yang sulfat kondroitin juga boleh menggangu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamina)
Sentiasa Selamat
100% berasaskan sayur - sayuran
Kaplet mudah telan
Bebas gluten
Sentiasa Mesra Alam
Botol yang dikitar semula
Pembukusan yang bebas bisfenol-A (BPA)
 
*******************************************
Untuk konsultasi dan segala pertanyaan, anda boleh:

1. LIKE facebook fanpage Cantik & Sihat (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)
2. PM saya di fb, Kikin Nazri
3. Emel syikin.nazri@yahoo.com
4. SMS saya di 019-5257274.   

...Saya Suka Cantik & Sihat...