* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*
Showing posts with label Rehatkan Minda. Show all posts
Showing posts with label Rehatkan Minda. Show all posts

Tuesday, 29 January 2013

20 Amalan Murah Rezeki

Semua orang kalau boleh nak jadi  orang yang ada duit ada harta , kaya raya, nak jadi millionaire , hartawan , betul tak?

Paling tidak pun hidup sentiasa dilimpahi dengan rezeki yang datang dalam pelbagai rupa dan sumber. Even pisang sesikat pemberian dari jiran juga adalah rezeki. Sedikit atau banyak , tidak kira dalam bentuk wang ringgit , makanan atau peluang itu semua adalah rezeki.

Kekadang kita minta, berdoa dengan Allah agar dikurniakan dengan kerja yang bergaji banyak di bandar besar, tapi Allah aturkan kita mendapat pekerjaan di kawasan luar bandar dengan gaji yang sedikit.

Kita kecewa!

TAPI...

Tanpa kita sedari ada rezeki lain yang Allah nak kita merasa, mungkin di tempat itu ada kejiranan yang baik yang rajin membantu bila kita kesusahan, peniaga makanan di situ  ikhlas dalam berniaga pendek kata nasi lemak RM1.00 bila dimakan kenyang sampai ke tengah hari, nak menggambarkan banyaknya nasi yg diletak untuk nilai RM1.00 plus sedapnya sambal dan cukup rasa nasi lemak yang dimasak oleh peniaga tersebut.

Dengan tiadanya kesesakan jalan kita bebas dan sentiasa tenang untuk ke tempat kerje. Itu juga rezeki bukan?

Tidak semestinya bergaji banyak, menang hadiah berupa wang ratusan atau ribuan ringgit baru kita merasa bahawa Allah telah memberi rezeki. Definasi rezeki itu luas. Buka mata buka hati pasti kita akan nampak betapa banyaknya nikmat dan rezeki yang ada di atas muka bumi ini.

20 amalan untuk dipraktikkan agar di murahkan rezeki

Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Allah SWT juga memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antara amalan yang boleh dipraktikkan agar di murahkan rezeki ialah:

1. Beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyakkan Istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.

Sabda Nabi s.a.w.:

"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad,Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Menjauhi Dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki.

Sabda Nabi s.a.w.:

"... dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)

4. Mengingati Allah

Mengingati Allah membuatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd: 28)

5. Berbakti Dan Mendoakan Ibu Bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.

6. Berbuat Baik Dan Menolong Orang Yang Lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:

"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan Hajat Orang Lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya..." (Riwayat Muslim)

8. Berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.

9. Amal Kebajikan

Ibnu Abbas berkata:

"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."

10. Bangun seawal Pagi

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Mengeratkan Silaturrahim

Nabi s.a.w. bersabda:

"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi Kekal Berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:

"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi Solat Malam (Tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah

15. Melazimi Solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:

"... dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 145)

17. Zikir Dan Bacaan Ayat Quran Tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan fahaman tentang agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu,bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim." Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan.

18. Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar

Siapa berusaha, dia akan berjaya. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

20. Bertawakal


Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Nabi s.a.w. bersabda:

"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattabr.a.)

Dengan takwa, Allah akan beri "jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
Sumber : jais

Sunday, 26 June 2011

8 Jenis Makanan Terbaik Dunia

1. Delima



Fiman Allah: " Dan (Kami jadikan) kebun - kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima yang sama dan yang tidak sama (bentuknya), Perhatikanlah kamu pada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya.." Surah Al- An'am ayat 99



2. Kismis



Dalam Tibb An-Nabawi menyebut hadis yang bermaksud: " Sebaik - baik makanan ialah buah zabib (kismis). Ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut"



3. Kurma



Firman Allah swt dalam surah Maryam: Ayat 25-26. "Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu"



4. Habbatus Sauda'



Sabda Rasulullah: "Tetaplah kamu dengan Habbatus sauda' ini, kerana padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as - saam (mati)" Hadith Riwayat Hadith dan Muslim



5. Za'faran



Sayidina Ali pernah menyatakan: " Sesiapa mengambil sebahagian za'faran dan su' di satu bahagian dicampur dengan madu, diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari, maka ia dikagumi tentang ingatannya, sehingga dituduh melakukan sihir "



6. Madu



Firman Allah: " Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam - macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia" Surah An - Nahl ayat 68 - 69



7. Zaitun



Firman Allah: " Dari pohon itu (zaitun) yang berasal dari Bukit Sinai mengeluarkan minyak dan makanan" Surah Al Mukminin ayat 20



8. Buah Tiin



Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin.Lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan.Nabi pun turut sama makan.Kemudian baginda SAW bersabda :”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”

Monday, 30 May 2011

Berapa Sukatan Air Yang Diperlukan Setiap Hari?


"Berapa sukatan air yang anda perlukan setiap hari?"

Soalan yang mudah namun agak sukar untuk mencari jawapannya. Semua orang tahu bahawa air sangat penting untuk kesihatan namun keperluannya berbeza-beza bergantung kepada tahap kesihatan, tahap kecergasan dan kawasan tempat tinggal masing-masing. Sebagai contohnya mereka yang tinggal di kawasan yang beriklim panas (seperti Malaysia) sudah tentu memerlukan lebih banyak air sehari berbanding mereka yang di kawasan beriklim sejuk. Ini adalah kerana air dalam badan mereka lebih banyak hilang melalui peluh selain dari pernafasan.

Jadi bagaimana kita nak tau berapakah sukatan sebenar yang badan kita perlukan demi memastikan badan sentiasa dapat bekalan air yang secukupnya. Terutamanya bagi ibu-ibu yang menyusukan anak. Untuk mendapatkan hasil 'susu' yang banyak, maka kita perlulah minum air yang banyak untuk menghasilkan dan menggantikan susu yang keluar.


Adakah 2 liter air mencukupi untuk saya?

Secara umumnya kita perlu minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas atau 2 liter sehari. Namun, berapa ramaikah individu yang benar-benar mengamalkan pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari?

Namun, bukan setakat kurang minum air akan memudaratkan badan (dehidrasi dan lain-lain), terlebih minum air (over-hydrated) juga tidak elok untuk sistem dalaman kita. Jadi, bagi anda yang ingin mengetahui secara tepat berapakah jumlah air yang patut kita minum seharian, kami ada jawapannya.

Formulanya ialah: 

2/3 daripada berat badan anda dalam unit Pounds (lb) = berapa jumlah air yang perlu di minum, dalam unit Ounce (oz)

Di Malaysia, kita biasa guna unit kilogram (kg) dan Liter (L). Maka, saya buatkan contoh seperti di bawah. Andaikan berat anda ialah 55kg.

(1) Tukarkan unit kg kepada pounds → 55kg = 121.25 lb
(2) Darabkan jumlah pounds tersebut dengan 2/3 → 121.25 x 2/3 = 80.83 oz
(3) Tukarkan unit oz tersebut kepada liter → 80.83 oz = 2.3 L

Jadi, buat anda yang mempunyai berat badan 55kg, anda perlu minum sekurang-kurangnya 2.3L air sehari, ya!


Bagaimana nak sukat jumlah pengambilan air harian?

(1) Di rumah :
- Bagi yang berada di rumah (surirumah ke WAHM ke...), bolehlah guna bekas air yang ada sukatan. Saya guna bekas air yang saya beli di kedai 100 yen..:D..sukatan bekas ni ialah 2 liter..jadi senanglah saya nak monitor berapa banyak air kosong yang saya dah minum setiap hari. (Ini bekas air saya. Untuk anak-anak dan suami, saya isi air dalam bekas lain.) Saya akan pastikan tiap-tiap hari air dalam bekas tu habis...esok pagi saya akan isi dengan air yang baru. Beginilah cara saya!!

(2) Di pejabat/tempat kerja :
- Bagi yang bekerja, bolehlah bawa air kosong dalam bekas air..tak perlulah bawak bekas gedabak 2 liter ke pejabat..memadai bawa bekas 1 liter..pastikan air dalam bekas dihabiskan sebelum waktu tengahari. Kemudian isilah air yang baru untuk sesi petang pula...

Sebaiknya letak bekas air tu di tempat yang senang nampaklah..contohnya sebelah laptop ker..so memang kita akan selalu nampak bekas tu dan takde alasan untuk tidak minum..haa...sebelum habis waktu kerja dah boleh habis 2 liter air!!!

Credit image to : En. Gugle

Kadang-kadang alasan utama yang membuatkan seseorang individu tu MALAS nak minum air banyak ialah MALAS nak berulang alik ke toilet. Bila banyak air yang kita minum, dah tentulah akan banyak juga urin yang akan keluar. Saya selalu dengar alasan sebegini. "Malaslah nak minum air banyak2 ni..nanti asyik nak ke toilet jer..."

Memang secara fizikalnya nampak agak menyusahkan untuk kita asyik berulang-alik ke toilet jer. Tapi bukankah semua ni untuk kesihatan badan kita juga. Betul tak? Biar kita berulang alik ke toilet untuk buang air daripada berulang-alik ke hospital bila dah jatuh sakit.


Bagaimana Nak Tahu Pengambilan Air Sudah Mencukupi?

(1) Jarang merasa dahaga.
(2) Hasilkan 1.5 liter (6.3 gelas) atau lebih urin sehari.
(3) Warna urin ialah jernih, hampir tiada warna (colourless).

Awas jika warna urin anda ialah keruh dan kuning pekat!!!


* Source : GenkiMomma, ehow , Mayo Clinic.&PetiteShop

Sunday, 29 May 2011

Maharaja Lawak Episod Kesembilan




Pengacara:
AC Mizal

Juri:
Mamat Khalid, Ahmad Idham & Saiful Apek

Peserta - Peserta:
Rujuk Sini

Penyingkiran:
Balas

Ulasan Hans:
Pada episod kali ini, tema yang diberi adalah persembahan bersama pelawak terkenal yang dipilih oleh juri sendiri untuk dipadankan dengan setiap peserta. Persembahan kebanyakan para peserta pada minggu kesembilan ini bagi aku lebih menarik dan menghiburkan kerana masing - masing kini bersaing hebat sesama sendiri untuk mendapatkan undian sms daripada penonton. Jadi, aku akan memberi komen ringkas kepada semua aksi peserta maharaja lawak mengikut urutan persembahan mereka pada episod ke-9 ini.


Kumpulan R2


Persembahan pembukaan pada kali ini dimulakan oleh kumpulan R2 yang berpasangan dengan pelawak terkenal iaitu Sathiya atau Baby Face dengan mempertaruhkan lawak persis program Bang Bang Boom atau Wakenabeb dan persembahan mereka malam ini banyak diselamatkan oleh Sathiya yang menggunakan sepenuhnya pengalaman yang beliau ada untuk membantu memantapkan persembahan kumpulan ini. Menarik dan lucu cuma unsur humor itu lebih banyak disumbangkan oleh si abang berbanding si adik. Apa - apapun, satu persembahan yang masih menarik dengan idea yang lucu. Tahniah kumpulan R2 atas persembahan kalian yang menghiburkan dan tahniah juga kepada Sathiya atas lawaknya yang begitu selamba.

Kumpulan Balas

Persembahan kumpulan Balas pada minggu ini pula sangat mengecewakan tidak seperti minggu - minggu yang lain. Dibantu oleh pelakon yang juga terkenal dengan aksi komedinya iaitu Ngasrizal Ngasri namun tidak ada banyak yang dapat dibantu olehnya. Permulaan persembahan mereka teramatlah mendatar dan tepukan daripada penonton itu mungkin disebabkan 'paksaan' oleh floor manager untuk memeriahkan suasana. Kemasukan Syukri membawa sedikit jenaka tetapi ia tidak lama kerana kemudiannya persembahan mereka kembali suram seperti permulaan sehingga membawa ke akhir persembahan mereka. Jalan cerita untuk persembahan mereka kali ini sangat kosong hingga menyebabkan aku berkata,"Apa sebenarnya mereka cuba buat nih?". Tidak ada rehearsal kah? Kebuntuan idea? Bertahan selama 9 minggu dengan hampir 2 atau 3 persembahan sebelum ini mempertaruhkan kekuatan kisah Makcik Karipap tetapi akhirnya 'kekuatan' ini jugalah yang memusnahkan persembahan mereka pada minggu ini.

Kumpulan Sepah

Persembahan kumpulan Sepah pada minggu ini yang bertemakan tentang adat merisik sangat menarik dan terbaik dengan nilai - nilai kemelayuan yang ditonjolkan serta mesej yang pelbagai dan sememangnya bijak disampaikan oleh mereka di dalam versi komedi. Dibantu oleh pelawak veteran yang terkenal iaitu A.R. Badul memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa ini merupakan satu kombinasi yang bijak dan cukup mantap. Gandingan mereka berempat membuatkan aku ketawa seorang diri dan kelihatannya mereka memang membantu antara satu sama lain dan cukup serasi. Tahniah kumpulan Sepah. Persembahan kalian tidak pernah mengecewakan. Semoga mampu menjadi juara Maharaja Lawak. Tahniah sekali lagi dan tidak lupa juga kepada A.R Badul kerana masih mampu memberi yang terbaik sekali gus menjadikan persembahan kumpulan Sepah tidak jemu untuk ditonton berulang kali.


 Nabil
 
Persembahan Nabil pada minggu kesembilan ini bagi aku seperti suam - suam sahaja. Bukannya maksud aku tidak wujud rasa lucu itu tetapi lawak beliau kali ini yang dibantu oleh pelakon wanita komedi tanah air iaitu Sharifah Shahira lambat panas dan apabila panas cepat pula menjadi suam dan kemudian sejuk sebelum kembali semula ke tahap yang 'suam' sahaja. Mungkin Nabil terlalu paranoid pada penyingkiran minggu lepas sehingga terlalu kerap menjadikan isu itu sebagai 'bahan penyelamat' dalam persembahannya pada kali ini namun jenakanya minggu ini kurang menyengat. Sesekali melawak dengan mengambil isu pada minggu lepas iaitu tentang penyingkiran tidak ada masalah tetapi apabila terlalu kerap digunakan ia akan mengundang kebosanan pada yang menonton. Diharap Nabil kembali dengan persembahan yang memukau seperti sebelum ini pada minggu hadapan.

Kumpulan Jambu

Persembahan kumpulan Jambu pada minggu ini bagi aku sangat unik dan begitu lucu. Senang cakap bahasa bukanlah ukuran untuk membuatkan orang ketawa. Memang menarik dan menghiburkan untuk ditonton. Aku suka mendengar bahasa rekaan mereka ini kerana walaupun aku tahu mereka pun sebenarnya tak tahu pun apa yang mereka cakap(maksud aku disini bahasa perantaraan yang kononnya berasal dari Sungai Amazon) tetapi ia kelihatan seperti betul - betul wujud. Dibantu oleh Acong Sweetchild yang selain dari menyanyi juga terkenal sebagai pelakon komedi sememangnya amat mengagumkan aku kerana beliau mampu berlakon seperti biasa tanpa ketawa walaupun Yus banyak kali juga tidak mampu menahan tawa akibat bahasa - bahasa yang terhasil dari mulut mereka beliau dan Acong. Tahniah kumpulan Jambu! Sangat menghiburkan!


Kumpulan Jozan


Persembahan terakhir pada minggu ini berjaya dipersembahkan dengan begitu jayanya oleh kumpulan Jozan yang bergandingan dengan pelakon Kenchana Dewi. Johan yang memang hebat di dalam meniru gaya sebahagian artis atau insan popular nampaknya sekali lagi berjaya meniru perwatakan Mamat Khalid dengan begitu bagus sekali dan Zizan sekali lagi tampil dengan karakter paling terkenal dan menjadi kekuatan Zizan di dalam Maharaja Lawak iaitu Mail Lambung yang memang cukup menyakinkan. Sungguh menarik melihat aksi mereka bertiga cuma aku sedikit terganggu dengan aksi Kenchana Dewi yang kadang - kadang membuatkan Johan kelihatan kurang selesa sewaktu berlawak. Apa - apapun, memang menarik dan menghiburkan. Tahniah kumpulan Jozan!

Peserta Pilihan Untuk Minggu Kesembilan :
  1. Sepah, Jambu & Jozan


  2. R2
  3. Nabil
  4. Balas
P/S : Masing - Masing Ada Citarasa Tersendiri.

Monday, 9 May 2011

Kuasa Seorang Ibu~Mesti Baca!!

oleh Ustaz Abdullah Mahmud.

Assalamualaikum Semua,

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu
* Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik

*Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah

*** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak
 
* Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya

* Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka
Ø Melihat kaabah sehingga menitis air mata
Ø Membaca quran sehingga menitis air mata
Ø Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata
 
* 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!
Ø Anak
Ø Ibu
Ø Suami

Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk laa muka bila dia tidor kalau masih terbit perasan kasih, saying, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah J
 
* Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira tak menangis teruk laa..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu

* Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu pada ibu

* Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan takut

* Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai
 
*** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kitadi tempat yang terbaik

* Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal”
Ø “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”
Ø *** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita
Ø Tapi geng kalau sedekah RM1 takkan nak tuntutkan J

*Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah
 
* Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, then cakap dengan Allah
Ø “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini”
Ø “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini”
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.

*** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhakawalaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

* Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita telah tiada!

*** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup
Ø Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia engok cucu mak kawinkan” atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana.

* Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam next time

* Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan

* Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

* Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untukkita dapatkan pahala!

*** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana.

* Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah

*** Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyukuntuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

* Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita

Selalu Bergaduh Dengan Ibu

* Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka
Ø Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar
Ø Saka dipindahkan melalui Kasih saying/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan
Ø Symptom dah terkena saka
v Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena
v Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar
v Susah nak dapat anak, senang gugur
v Ada rasa kelibat orang lalu
v Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak berintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam
Ø Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan

* Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.

* 3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia. Kalau dapat ni pi laa perawatan cara islam jugak.

* Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan

* Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari
Anak Lari Dari Rumah
* Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari

* Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya

Anak Degil
*** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
Ø Ni seram sket masa nak buat hehehe..mula2 je lepas tu ok..e.g. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia
Nasha dah try buat kat anak and Kak Has pun dah try ngan anak dia, setakat ni alhamdullilah menjadi. You can ask anything! Nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.

P/s: So info dah disampaikan, marilah kita sama2 praktikan mana yang bolehkan. 


SAYA SAYANG MAK SAYA!! TERIMA KASIH KERANA MENJADI MAK YANG TERBAIK UNTUK SAYA..

7 Perkara Jangan Lakukan Selepas Makan


1. Merokok– Kepada perokok² sekalian, kajian membuktikan bahawa menghisap rokok selepas makan bersamaan dengan mengambil sepuluh batang rokok di mana ris
iko mendapat penyakit kanser adalah tinggi..

Korg rase betul ker?? Entahlaa kan, aku sendiri pun tak buat kajian ni so aku tak tau la.. yg penting, lu pikir la sendiri!


2. Makan Buah
– Buah apa yang paling sedap wahai jejaka sekalian?? Jawab dalam hati je tau..harharhar Mengambil buah-buahan sejurus selepas makan akan menyebabkan perut menjadi kembung dengan angin..

Mak aku pun selalu cakap benda ni.. So memang betulla kot ni..huhu Oleh itu, ambil buah satu hingga dua jam selepas atau sebelum makan.. Lamanya la kan.. Kalau lepak restoran masa rehat ni mana sempat nak masuk keje ni.. Rehat waktu kerja pun sejam jer..uhu


3. Minum Teh – Daun teh mengandungi kandungan asid tinggi yang boleh menyebabkan protien dalam makanan yang korang ambil sukar untuk dihadamkan..

Hmm..Betul ke ni?? Setahu aku la, air teh ni sedap jer.. Elok pulak tu untuk mereka yang mengalami cirit-birit.. Maknanya makan tu elok jela dihadamkan.. kn?kn?


4. Longgarkan Tali Pinggang – Kes sebegini kerap dilakukan kerana korang rasa terlalu kenyang, bukan?? Melonggarkan tali pinggang selepas makan secara tiba² akan memudahkan usus korang terbelit ataupun tersekat.. hehe



5. Mandi– Mandi boleh menyebabkan aliran darah mengalir banyak ke tangan dan badan lantas jumlah darah berkurangan di bahagian perut.. Ini akan menyebabkan sistem penghadaman dalam perut menjadi lemah..

Perkara ni juga selalu dipesan-pesankan oleh rakan² aku dan kata mereka ni mandi selepas makan xelok. Nnt peyot tu muncit


6. Berjalan – Adalah tidak benar bahawa kenyataan berjalan 100 langkah selepas makan membolehkan korang hidup sehingga 99 tahun.. Sebenarnya berjalan menyebabkan sistem penghadaman sukar menyerap nutrisi² dalam makanan yang diambil.. Oleh itu, bagi mereka yang ingin kembali ke tempat kerja selepas makan tengah hari tu sila la membawa kenderaan yer.. Dan pastikan korang tak berjalan lebih 100 langkah selepas makan..


7. Tidur – Macam yang korang tau la, lepas makan mesti mata rasa macam nak tidur je kan.. So kalau korang tidur selepas makan, makanan yang korang ambil tu tidak akan dapat dihadamkan dengan sempurna.. Ini akan menyebabkan korang mudah diserang penyakit gastrik dan jangkitan dalam usus dan yang paling ketara korang akan mengalami kebuncitan perut dengan cepat..

7 Bahan Makanan Untuk Awet Muda

Hidup sehat adalah salah satu kunci dari panjang umur. Untuk hidup sehat, kita tentu memerlukan nutrisi yang baik dan sehat pula. Inilah beberapa jenis makanan yang diklaim berkhasiat membuat awet muda dan tetap sehat.

1. Minyak Zaitun
Empat dekad lalu, para peneliti dari Seven Coutries Study menyimpulkan bahwa lemak tak jenuh dengan rantai tunggal (monounsaturated) dalam minyak zaitun secara luas bermanfaat untuk menekan risiko penyakit jantung dan kanker di Kepulauan Crete di Yunani. Kini masyarakat juga sudah banyak tahu bahawa minyak zaitun mengandung folifenol, antioksidan kuat yang bisa mencegah jenis penyakit akibat penuaan.

2. Yogurt
Pada era 1970an, wilayah Georgia dikabarkan memiliki jumlah penduduk yang berusia rata-rata di atas 100 tahun yang lebih banyak ketimbang negara lain. Laporan pada saat itu membuktikan bahwa rahasia dari umur yang panjang tersebut adalah yogurt.
Meskipun kekuatan yogurt dalam memperpanjang usia belum pernah terbukti secara langsung, yogurt adalah makanan yang kaya kalsium yang dapat mencegah osteoporosis. Selain itu, yogurt juga mengandung bakteria baik yang mempertahankan kesehatan pencernaan serta mengurangi risiko mengidap penyakit usus yang berkaitan dengan usia

3. Ikan
Tiga puluh tahun lalu, para ahli mulai meneliti mengapa penduduk asli Alaska (inuit) bisa terbebas dari penyakit jantung. Alasannya, menurut perkiraan para ahli, adalah tingkat konsumsi ikan yang luar biasa. Ikan memang mengandung banyak lemak omega-3, yang bisa membantu menurunkan kolesterol dan penyumbatan dalam pembuluh darah serta mencegah ritme jantung abnormal.

4. Cokelat kokoa
Masyarakat Kuna di Kepulauan San Blas, Panama, tercatat memiliki risiko penyakit jantung lebih rendah hingga sembilan kali lipat di banding penduduk lainnya yang tinggal di Panama. Alasannya? Warga Kuna rajin sekali meminum kokoa yang kaya flavanols, antioksidan yang dapat membantu memperlancar peredaran darah. Menjaga kesehatan pembuluh darah berarti menekan risiko tekanan darah tinggi, diabetes tipe 2, penyakit ginjal dan demensia.

5. Kacang
Riset yang dilakukan kelompok Seventh-Day Adventists (aliran Kristiani yang menerapkan hidup sehat dan diet vegetarian) menunjukkan bahwa seseorang yang makan kacang rata-rata memiliki umur panjang dua setengah tahun. Kacang dikenal kaya akan lemak tidak jenuh, sehingga makanan ini menawarkan manfaat serupa dengan minyak zaitun. Kacang juga mengandung beragam vitamin, mineral dan zat phytochemical termasuk antioksidan.

6. Anggur
Minum alkohol dalam jumlah moderat diklaim dapat melindungi dari penyakit jantung, diabetes dan kepikunan. Banyak jenis minuman beralkohol yang bisa mendatangkan manfaat tersebut, tetapi banyak penelitian yang memfokuskanya pada anggur merah. Anggur merah mengandung resveratrol, zat yang diperkirakan mendatangkan berbagai manfaat tersebut.

7. Blueberry
Dalam sebuah riset yang dipublikasikan pada 1999, peneliti dari Jean Mayer Human Nutrition Research Center memberikan ekstrak blueberry pada tikus. Pemberian ekstrak ini diberikan selama periode kehidupan tikus yang setara dengan 10 tahun kehidupan manusia.
Tikus yang diberi ekstrak ini menunjukkan keunggulannya ketimbang tikus biasa saat uji keseimbangan dan koordinasi ketika mereka mencapai usia lanjut. Kandungan dalam blueberry (dan berry lainnya) diduga dapat mengurangi peradangan (inflamasi) dan kerusahan bersifat oksidatif, yang mana ini berhubungan dengan penurunan daya ingat dan kemampuan motorik saat lanjut usia.

Friday, 29 April 2011

Gaji Kakitangan Awam Naik Tahun Ni?



Betul ke? banyak khabar angin dan desas desus mengatakan ianya akan dilaksanakan dalam tahun ni jugak..kalau kita punch kat encik google berlambak membincangkan pasal topik ni,yela gaji naik maunye tak menarik,hehe..mungkin sebab slogan negara berpendapatan tinggi kot,takpun sebab harga barangan dan minyak yang semakin meningkat..walaubagaimanapun, kalaupun ianya menjadi kenyataan, haraplah ianya memberi kebaikan kepada banyak pihak. Maksud saya, pihak pertama yang mendapat faedah tentulah kakitangan kerajaan sebab pendapatan mereka bertambah dan sekaligus dapatlah menggerakkan aliran tunai dalam negara kita dalam proses mereka membelanjakan wang pendapatan mereka. Ini tentulah memberi kebaikan dan menyuntik sedikit prestasi ekonomi negara Malaysia ini. Seterusnya diharapkan dengan kenaikan gaji ini ( jika menjadi kenyataan ), rakan-rakan kita yang bekerja di sektor swasta tidak mendapat tempias yang negatif. Maknanye, secara tradisi sekiranya gaji kakitangan kerajaan dinaikkan ( selain harga minyak yang naik ), pasti harga barangan juga akan mengikut sama tanpa sebarang sebab yang munasabah. Perkara ini juga pernah dilihat terjadi semasa kenaikan gaji pada tahun 2007 dulu. Keadaan ini pastinya akan membebankan rakan-rakan kita yang bekerja di sektor swasta yang berpendapatan sederhana. Kerajaan diharapkan supaya memantau dengan lebih tegas harga barangan sekiranya perkara ini berlaku. Jangan lah hendaknya satu pihak menerima kebaikan, pihak yang lain pula mendapat kesan yang tak baik. Semoga semua pihak mendapat faedah dan manfaat yang adil daripada hasil negara kita yang melimpah ruah ini...
-PEACE-
 

Wednesday, 20 April 2011

8 Tips Bagaimana Untuk Menjaga Solat


 

Ada seorang rakan meminta nasihat dan panduan bagaimana untuk menjaga SOLAT. Dia mengatakan bahawa dia agak malas untuk solat. Dia solat ikut mood. Kalau mood OK dia solat. Kalau dia letih atau sibuk sikit, maka dia liat nak solat.
Namun, dia ada kesedaran tentang pentingnya solat. Dia nak berubah dan mahu menjaga solat, katanya. Setakat ini, dia masih berusaha untuk menjaga solat, setidak-tidaknya 5 kali sehari. Tapi dia masih gagal. Walaupun ada kemahuan, namun tak cukup kuat. Dia selalu kalah dengan nafsunya. Keadaan ini membuatkan dia rasa agak tidak tenang dan serba salah.



Berikut saya kongsikan beberapa perkara yang mungkin kita boleh amalkan supaya diri kita menjadi lebih berdisiplin dalam melaksanakan solat yang diperintahkan.
1. Tingkatkan kesedaran tentang peri pentingnya solat itu sendiri
Perkara paling asas supaya dapat menjaga solat adalah datangnya dari kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan solat. Ketahuilah bahawa solat merupakan ibadah pertama sekali dikira pada hari pembalasan. Jika diterima maka amalan lain akan dihitung, jika tidak maka sia-sialah amalan kita yang lain.
Bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga solat, saya sarankan untuk beli Kitab Fadhilatl Amal (Harga RM35 sebuah). Dalam kitab tersebut ada 1 bab khusus yang menerangkan tentang fadhilat-fadhilat solat. Antara yang diterangkan dalam Bab Fadhilat Solat ialah mengenai ;
  • Kepentingan solat
  • Kelebihan solat
  • Amaran dan celaan ke atas mereka yang meninggalkan solat
  • Kepentingan dan kelebihan solat berjemaah
  • Amaran kerana meninggalkan solat jemaah
  • Penerangan tentang khusyuk dan khudu’ dalam solat
  • Menyenaraikan hadith-hadith tentang khusyuk solat
  • Menceritakan mengenai solat yang dilakukan para sahabat

Kitab Fadhilat Amal

Belilah Kitab Fadhilat Amal tu dan bacalah setiap hari. Tetapkan 1 masa yang tetap contohnya sebelum tidur, dan bacalah sekurang-kurangnya 1 hadith yang terdapat dapat kitab tersebut. Bacalah dengan istiqamah setiap hari.
Moga-moga dengan keberkatan dan nur-nur hadith/quran yang anda baca tu, ditambah dengan keinginan serta usaha untuk berubah, Allah akan berikan kekuatan pada kita untuk menjaga solat, insyaAllah.

 

2. Berkawanlah dengan rakan-rakan yang sentiasa jaga solat
Kita kena cari kawan-kawan yang menjaga solat mereka. Kawan-kawan sebegini boleh saling ingat mengingati dalam melakukan perkara ibadah. Rakan-rakan kita tu setidak-tidaknya boleh memberikan kita motivasi untuk melaksanakan perintah Allah. Jadi, carilah dan dampingilah rakan-rakan yang baik dan menjaga solat mereka.


3. Cuba lawan nafsu sedaya mungkin
Kadang-kadang nafsu malas solat memang datang juga kepada kita. Jangan sesekali tewas dan mengikut rasa hati untuk tidak mendirikan solat. Lawan perasaan tersebut, jangan biarkan kita tewas. Setiap kali kita menang, ia akan berikan kekuatan tambahan bagi mendirikan solat pada waktu seterusnya.


4. Ingat ganjaran dan pahala bagi orang yang menjaga solat
Cuba ingat dan fikirkan ganjaran bagi orang yang bersusah payah menjaga solat. Pahala yang melimpah ruah yang boleh berganda sehingga 700 kali ganda, apatah lagi jika dilakukan pula secara berjemaah.
Ini belum dikira penghapusan dosa bagi mereka yang melakukan solat secara konsisten. Ingatlah dari satu solat ke satu solat yang lain dapat menghapuskan dosa-dosa yang dibuat di antara kedua solat tersebut.


5. Jangan tidur lewat. Pastikan anda dapat tidur yang mencukupi
Ini terutamanya memberikan kesan pada solat subuh. Kalau kita tidur lewat dan tidur tak cukup, bagaimana untuk solat subuh? Memang liat laa jawabnya.
Jadi, pastikan kita dapat tidur yang mencukupi. Ini akan dapat membantu kita lebih mudah untuk bangkit bagi mendirikan solat.


6. ‘Set’ kan minda bawah sedar dan niat dalam hati

Peranan minda bawah sedar sebenarnya sangat penting. Sebenarnya minda bawah sedar ni adalah sangat berkait rapat dengan niat di dalam hati. Saya sarankan sebelum kita masuk tidur, cuba cakap pada diri kita, samaada cakap dalam hati atau cakap bisik pada diri sendiri, contohnya ‘Esok, aku mesti bangun pukul 6 pagi untuk solat subuh’.
Ia mungkin nampak kecil saja perkara ini, tetapi sebenarnya ia memberikan pengaruh yang besar pada minda dan tubuh badan kita.
Pernahkah kita ada pengalaman seperti ini. Contohnya bila kita kena jumpa seseorang (awek ker, pakwe ker) atau ada meeting penting pada esok pagi pukul 7 pagi. Jadi kita kena bangun awal untuk mandi dan bersiap-siap. Apa kita buat sebelum kita tidur? Bukankah kita akan set kan minda kita, atau niat dalam hati bahawa, ‘Besok pagi, aku kena bangun awal sebab nak jumpa awek/pakwe atau nak kena hadiri meeting penting’.
Kalau kita memang dah set kan minda dan niat dalam hati macam tu, kita mesti boleh bangun punya walaupun tidur baru 2-3 jam!


7. Ingat mati
Bayangkan jika kita mati sebentar lagi atau esok. Di mana kita akan ditempatkan? Apa nasib di kubur nanti? Bagaimana pula pada hari akhirat kelak?


8. Doa pada Allah mohon hidayah dan kekuatan

Sentiasalah pinta pertolongan dari Allah. Perbanyakkanlah doa. Pohonlah pada Allah, “Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah pertolongan bagi diriku untuk berzikir mengingati-Mu, memanjat syukur pada nikmat-Mu dan memperbaiki ibadahku kepada-Mu”


Sekian, begitulah 8 tips yang sempat saya coretkan untuk kita sama-sama amal dalam usaha kita menjaga solat/ibadah kepada Allah. Pastikan juga agar kita dapat khusyu’ semasa solat.
 


Tuesday, 19 April 2011

50 Fakta Menarik Lelaki Dan Perempuan



1. Rata-rata wanita tidur lebih lama 1 jam daripada lelaki pada waktu malam.

2. Sperma laki-laki yang menentukan jenis kelamin bayi.


3. Bayi perempuan cenderung lebih cepat berjalan dan berbicara, bayi laki-laki 2 bulan lebih lambat.


4. Lebih banyak kehamilan dan kelahiran dengan komplikasi saat mengandung bayi laki-laki daripada bayi perempuan.


5. Wanita mempunyai sel darah 1 juta lebih sedikit daripada laki-laki dan rata-rata berat otak laki-laki + 1,4 Kg, wanita kurang dari itu.


6. Pergantian kelamin lebih banyak dilakukan lelaki.


7. Basikal laki-laki mempunyai setang/palang di tengah basikal.


8. Wanita sangat menimbang-nimbang masalah dan perubahan sehari-hari 
( misal : penggunaan alat baru ).

9. Pada tulang punggung manusia, wanita lebih lebar dan besar, mengikuti perkembangan tulang panggul untuk proses persalinan. Lebih banyak timbunan lemak pada punggong, Laki-laki lebih banyak timbunan lemak pada perut.


10. Wanita kurang mampu menahan dingin disebabkan permukaan kulit yang lebih besar, sehingga lebih suka pada suhu ruang yang lebih hangat.


11. Laki-laki lebih suka bicara langsung sesuai tujuannya, sementara pembicaraan wanita terputus-putus dengan keraguan dan perasaan. Disebabkan serabut penghubung antara belahan otak kanan ( intuisi ) dan kiri 
( logika ) lebih sedikit pada wanita. Sehingga ekspresi perasaan lebih mudah terjadi pada wanita.

12. Wanita lebih baik indra penciumannya disebabkan tingginya hormon estrogen yang diketahui sebagai aktivator reseptor penciuman.


13. Wanita mempunyai 75 % lebih banyak kelenjar keringat/peluh ( yang menghasilkan bau badan ) daripada laki-laki.


14. Kemampuan indra lelaki untuk mengecap rasa masam, manis dan masin lebih rendah pada wanita.


15. Hubungan yang rapat/intim diluar pernikahan, laki-laki dua kali lebih banyak.


16. Lebih dari dua kali pada wanita cenderung homoseksual pada usia 45 tahun daripada laki-laki.


17. Pada saat usia tua wanita mengalami kerontokan rambut, pada usia yang sama sebagian besar laki-laki mengalami kebotakan. Kebotakan disebabkan produksi berlebihan dari hormon androgen ( hormon laki- laki ).


18. Mata laki-laki rata-rata lebih besar daripada wanita, mata wanita lebih banyak bahagian yang berwarna putih.


19. Lebih banyak wanita menggunakan kacamata dan lensa kontak, antara usia 16 - 44 tahun.


20. Secara umum hidung laki-laki lebih besar daripada wanita. Sedangkan wanita rata-rata mempunyai bibir lebih besar dibanding laki-laki.


21. Rata-rata pendengaran laki-laki menurun sekitar usia 32, wanita usia 37.


22. Lebih banyak wanita dapat bernyanyi tanpa suara sumbang dibanding laki-laki. Pita suara laki-laki lebih panjang dan saluran napasnya 30 % lebih besar.


23. Bagi Lelaki, jika berkomunikasi dengan sesama jenis saling berjauhan dengan ada ruang antara diantara mereka dan bereaksi negatif jika seseorang masuk di antara ruang jarak pembicaraan. Laki-laki lebih mudah tertekan pada kerumunan yang membatasi ruang geraknya.


24. Berpapasan dengan wanita pada jalanan ramai, laki-laki menghadapkan tubuhnya menghadap wanita yang dilewatinya. Wanita cenderung membalikkan badan, sering secara tidak sadar menempatkan tangan di depan badannya untuk melindungi dada.


25. Wanita memproduk dua juta sel telur selama hidupnya mulai usia 4 bulan ketika masih dikandung, laki-laki terus memproduksi sperma hingga usia tua.


26. Kekuatan meramas tangan laki-laki dua kali lebih kuat daripada wanita.


27. Kira-kira 48 % laki-laki mendengkur ketika tidur, hanya 22 % pada wanita.


28. Wanita rata-rata 153 detik berada di toilet, laki-laki 113 detik.


29. Hubungan keluarga yang baik meninggikan kualiti hidup: 62 % wanita, 49 % lelaki.


30. Satu berbanding empat, wanita dibanding laki-laki yang berbicara gagap.


31. 30 % wanita secara sexual lebih aktif pada saat bulan purnama.


32. Lebih banyak wanita menggunakan cincin kawin.


33. Ketika terjadi ketidak-sesuaian/tidak bertegur-sapa antara sesama jenis, laki-laki langsung menemui, wanita menjauhi.


34. Rata-rata laki-laki membaca lebih lama daripada wanita, tetapi lebih banyak dua kali wanita yang membaca daripada laki-laki.


35. Lebih dari dua kali ganda wanita yang hidup sendiri dibanding laki-laki setelah usia 65 tahun.


36. Memilih warna Merah atau Biru: Lelaki lebih banyak memilih merah, wanita warna biru.


37. Semua rekod Olimpik untuk kecepatan berenang, lari, lompat tinggi, lompat jauh dipegang atlet laki-laki.


38. Wanita lebih banyak menggunakan kataganti diri "Saya" dibanding laki-laki.


39. Laki-laki lebih baik dalam membaca peta dan dalam keahlian ukur ruang. Laki-laki cenderung lebih mudah melakukan dua pekerjaan (abstrak dan logika ) pada waktu bersamaan.


40. Dalam 99 % pereputan tulang terjadi pada wanita setelah menopause, setelah hormon estrogen menurun. Tetapi wanita lebih sedikit mengalami pengerasan pembuluh darah, karena estrogen menjaga pembuluh darah lebih lentur dan menolong mencegah naiknya kholestrerol.


41. Penelitian di Amerika, wanita menggunakan waktu hampir dua kali lebih banyak untuk berbelanja dibanding lelaki.


42. Perkawinan yang memuaskan lebih banyak terjadi pada lelaki dengan usia lebih tua, dibanding pada wanita pada usia sama.


43. Lebih banyak wanita yang menyatakan dirinya sakit kronik daripada lelaki.


44. Penelitan di Australia, tiga kali ganda laki-laki dibanding wanita yang meninggal karena kanker paru-paru dan penyakit jantung.


45. Tetapi 2446 wanita berbanding 16 lelaki yang meninggal karena kanser payudara pada tahun 1990.


46. Dalam status perkawinan, lelaki meningkatkan usia harapan hidup. Tetapi bagi wanita pula, usia harapan hidup lebih tinggi jika hidup sendiri.


47. Penelitian di Australia, pembunuhan dilakukan 86 % oleh laki-laki, 95 % penghuni penjara adalah pria.


48. Penelitian di England, anak laki-laki lebih mudah dibohongi /dipedaya daripada anak perempuan.


49. Wanita lebih berani, lebih dari 55 % wanita memeriksakan giginya secara rutin dibanding 40 % pada lelaki.


50. Wanita secara umum yang lebih menentukan corak dan gaya pakaian yang dipakai. 

 

Bahaya Minum Teh Ais? Biar Betik??


Siapa tak suka minum teh ais? Rasanya yang manis,membuatkan teh ais menjadi minuman kegemaran orang ramai.

Populariti teh ais terbukti dengan kehadirannya di hampir semua tempat makan dari warung hinggalah restoran mahal.


Tapi tahukah korang, di balik kenikmatannya, teh ais menyimpan potensi merbahaya bagi kesihatan. Kajian di Loyola University Chicago Stritch School of Medicine mengungkap bahawa minum teh ais berlebihan dapat meningkatkan risiko sakit
Batu Karang!



Teh ais mengandungi salah satu bahan kimia yang memacu pembentukan batu karang di dalam badan kita.


"Bagi mereka yang memiliki kecenderungan sakit batu karang,teh ais jelas menjadi minuman terburuk," kata Dr John Milner, asisten professor Departmen Urologi.


Secara teorinya,Batu Karang adalah batu kristal kecil yang terbentuk dari mineral dan garam yang biasanya ditemui dalam air seni, ginjal atau saluran kencing.Mineral tak terpakai itu umumnya akan keluar dari tubuh bersama urin, tapi dalam kondisi tertentu akan mengendap dan membatu di dalam saluran kencing.


Kajian juga mengungkap sejumlah makanan lain yang berpotensi menyimpan kesan buruk. Mereka menyebut antara lainnya bayam, cokelat, kacang, garam, dan daging.


Sebaiknya,pengambilan teh ais dan makanan-makanan itu haruslah secara terancang demi kesihatan ginjal.Makanan yang tinggi kalsium adalah sangat baik sekali untuk kesihatan kita.Dan yang paling penting,perbanyakkan lah minum air putih (air suam)..


Fesyen Bertudung Zaman Sekarang..

Hari ini saye nak bercakap tentang fashion tudung zaman sekarang. Kalau korang korang semua dapat tengok dan lihat, sekarang ni pelbagai jenis tudung dapat digayakan mengikut kesukaan citarasa masing-masing kan? But mostly gaya yang akan gadis-gadis kat luar tu pakai biasanya akan mengikut fashion ARTIS ! Kenapa? Sebab bila nampak artis tu pakai, fulamak! Melecun cun cun la kan kan? Betul tak?

Meh kite tengok since bila fashion tudung ini berleluasa.. Jenis yang macam mana yang korang ikut-ikut and sanggup bergadai nyawa! haha! gurau je. takde-takde! Takde la sampai bergadai nyawa okeyh! Sampai sanggup berhabis duit! Itu sudah pasti! Yeahh! 


 Tudung Bawal !
Tudung jenis ni muncul awal-awal dulu. Lama gak la fenomena tudung bawal ni..tapi sekarang semakin berkurang setelah pelbagai jenis tudung muncul di pasaran..

  
Tudung Wardina !
Masa ni kita boleh nampak tudung macam ni agak labuh. So tak berapa ramai yang ikut style ni tapi still nice and cantik! Tudung selalunya kain lembut, agak susah nak dibetulkan terutama di bahagian muka..




 Tudung Ekin !
Lepas tudung itu, tudung ini pulak. Tudung yang kali ini adalah tudung ekin! Since meletup-letup cinta nya dengan Mawi AF tu haa. Pelbagai jenis tudung dah keluar kat pasaran ! Mencetus fenomena gaya tudung terbaru selepas tudung bawal. Tudung ni senang dipakai sebab ada awning. Bila dipakai terus elok kat muka.. i loike!!



Tudung Heliza !
Sejak dua menjak tiga menjak, selepas kita lihat agak ramai artis-artis yang menyanyi and berlakon terdiri daripada artis-artis bertudung. Macam-macam style yang dorang gayakan! Agree?


 Tudung Yuna !
Haa. ni lagi satu. Sejak nama Yunalis meletup dalam kategori band, ramai orang yang try style ini. Simple and ranggi ! Agree! Sesuai dengan mukanya.



  
Tudung Syria !
Tudung yang digayakan oleh Anne HOT.FM! Tahniah buat Kak Anne sebab dah pakai tudung. Sweet sangat! Ini nama nya TUDUNG SYRIA! Ramai pulak aku tengok artis-artis dah pakai tudung! Alhamdulillah. Amin. Syukur nikmat!


 Tudung Selendang @ Shawl !
Hah! Tudung yang kali ini saya tak tahu siapa yang start dulu. Selendang panjang dililit kat kepala.. Cantik tak?? Cute kan?? Siap riben!


Tudung CT !
Tudung style yang ini Dato' Siti yang mulakan. Lebih kepada gaya mak2 datin laa.. Ada keluar jambul kat depan. Menjadi ikutan gak tau. Ada yang digayakan dengan tudung Ekin bersama so tade la nampak jambul di depan..ehe!



Tudung Hana Tajima !
TERBARU DAN TERKINI !!! Tudung style Hana Tajima ! Pergh! Bukan main lagi! Macam-macam style dah orang sekarang nak pakai tudung. Bukan macam zaman dulu-dulu di mana, orang pakai tudung sebab kewajipan.

...Saya Suka Cantik & Sihat...