* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*
Showing posts with label Vitamin C. Show all posts
Showing posts with label Vitamin C. Show all posts

Thursday, 29 November 2012

Vitamin C Organik 500mg hanya 50sen sebiji!

Benarkah Vitamin C Organik 500mg cuma 50sen sebiji?
 
Ramai teruja bila saya katakan vitamin C organik 500mg cuma 50 sen! Murah kan? Ye lah, vitamin C ni kan amat-amat perlu untuk wanita-wanita yang ingin cantik, mahu nampak muda dengan kulit berseri. Penting untuk menggalakkan pengeluaran kolagen lagi tu. Dengan adanya kolagen, makin teganglah kulit. Silap-silap orang ingat masih muda remaja :), walhal anak dah dua tiga.

Vitamin C organik yang saya mahu kenalkan ini memang menjadi pilihan ramai dek kerana kebaikannya. Antara kelebihan yang sering disebut-sebut:

>>  Sebiji vitamin C organik 500mg bersamaan dengan 7 1/2 biji oren! Bandingkan harga sebiji vitamin C dengan 7 biji oren, memang jimat banyak.

>> Bersifat 'sustained release'. Ada ditulis terang-terang kat botol nya. Maknanya, walaupun vitamin C ni termasuk dalam vitamin yang cepat hilang dari badan, faktor pelepasan masa membuatkan ia tahan lebih lama dalam badan. 500mg vitamin C, cuma dilepaskan 100mg setiap sejam. Jadi, vitamin C akan bertahan selama 5 jam dalam badan anda. Berbeza dengan vitamin C biasa, ia biasanya akan luput selepas 2-3 jam. Untuk kesan vitamin C lebih lama, bolehlah kita ambil 2 biji sehari, dengan selang waktu antara 5-6 jam.

>> Dilengkapi dengan Bioflavonoid yang melengkapkan fungsi vitamin C. Bioflavonoid mula ditemui oleh seorang saintis bernama Albert Szent-Gyorgi (orang yang sama yang menemui Vitamin C). Albert pernah memberikan Vitamin C mentah (crude) dari buah lemon untuk kawannya yang berdarah gusi. Darah berhenti serta merta! Pada ketika yang lain, Albert memberikan Vitamin C yang telah diekstrak sepenuhnya. Maknanya kali ni, Vitamin C semata-mata. Hmmm, tidak ada keajaiban berlaku kali ini, darah di gusi tetap tak berhenti. Rupanya, dalam proses mengekstrak Vitamin C, dia telah membuang BIOFLAVONOID yang jadi pelengkap pada vitamin C. Jadi, Vitamin C tanpa bioflavonoid ni kurang nilainya, melainkan kita mempunyai falvonoid dari sumber lain. Kebiasaanya, flavoid terdapat pada kulit buah-buahan/sayuran. [Biasanya kita kupas buang je kulit epal, oren kan?]

>> Diiktiraf HALAL oleh ISA (Islamic Services of America). ISA diiktiraf oleh JAKIM. Jadi, walaupun tidak ada logo HALAL JAKIM terpampang pada botol, ini hanya kerana proses certification dilakukan oleh badan HALAL luar negara yang diperaku oleh JAKIM.

>> Paling penting, ia murah dengan harga wajib beli!
 
Bagaimana rupa vitamin C organik yang digembar-gemburkan itu? Sama seperti yang anda bayangkan tak, yang mana harganya mungkin jauh lebih tinggi di pasaran luar.
Macam ni lah rupa vitamin C organik terbaik itu. Sama seperti yang anda lihat dalam bentuk 'loose' yang sudah dipakej semula.

Rupanya, ia produk Shaklee. Patutlah saya tau banyak pasal vitamin C organik yang disebut-sebut orang tu. Hehe. Kenapa saya kata 50sen je sebiji? Kalau tengok pada botol, ada 180 biji, dan harga pasaran RM92.50. Kalau dibahagikan 92.50/180 haruslah 50 sen je kan. Nak makan 2 biji sehari, kurang-kurang tahan 3 bulan. Jimat dan berbaloi!
Tips:
  1. Jika anda mengalami resdung, amalkan vitamin C bersama B complex, alfafa dan zink. Insyaallah sangat membantu.
  2. Jika anda mengambil vitamin untuk mendapat kulit yang cantik, amalkan bersama B-complex, Vitamin E, dan Energy Soy Protien (ESP).
  3. Untuk masalah jerawat degil, tambahkan Zink Complex pada tips no.2.
  4. Ibu mengandung tidak sepatutnya mengabaikan pengambilan vitamin C bagi mengelak pre-enclampsia sepanjang kehamilan.
  5. Nak tahu apa perbezaan Vita C Shaklee dengan ada di pasaran di sini.
Jadi, pastikan anda dapatkan kepastian sumber vitamin C organik yang anda beli. Pastikan dari pengedar Shaklee yang sah sahaja supaya anda mendapat harga terbaik, produk tulen dan nasihat sepatutnya bagi memenuhi keperluan anda.
 
Segala info yang bagus ni saya ambil 100% dari sini Tq sebab sharing info ini..

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.




*******************************************


Untuk konsultasi dan segala pertanyaan, anda boleh:

1. LIKE facebook fanpage  Cantik & Sihat (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)
2. PM saya di fb,  Kikin Nazri
3. Emel  syikin.nazri@yahoo.com
4. SMS/ WhatsApp saya di 019-5257274.  

Friday, 28 September 2012

Pentingnya pengambilan vitamin bagi wanita hamil

Bagi wanita hamil amatlah penting untuk anda mengambil vitamin kerana tubuh badan kita sendiri sangat kritikal pada waktu itu kerana kita memerlukan banyak makanan tambahan (vitamin) untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan bayi di dalam kandungan di samping memberikan nutrisi kepada ibu yang mengandung. Pada zaman yang serba moden ini teramatlah sukar untuk memenuhi atau mendapatkan pemakanan yang seimbang dan pengambilan vitamin boleh mengurangkan kecacatan kepada bayi, mengurangkan risiko kelahiran pramatang, risiko bayi dilahirkan terlalu kecil disamping ia membantu menjaga kesihatan si ibu.

Di antara fungsi vitamin ialah:
B Complex - mengandung asid folic di mana ia sangat penting untuk perkembangan fizikal dan saraf bayi. Kesan kekurangan asid folic boleh menyebabkan kecacatan spina bifida, bayi dilahirkan tanpa tempurung otak (anencephaly) ataupun bibir sumbing 

 

Vitamin C - meninggikan antibodi si ibu. Ketika hamil antibodi ibu menjadi rendah. Bila ibu sering sakit ditakuti memberi kesan kepada janin. Ibu hamil juga harus berhati-hati dengan kandungan ibu yang diberi kerana ditakuti boleh menyebabkan keguguran janin terutama di awal kehamilan


Vitalea (Iron Formula) - ia kaya dengan zat besi di mana ia membantu ibu hamil yang kerap mengalami bacaan HB yang rendah dan juga membantu di dalam tumbesaran bayi di dalam kandungan 


Ostematrix (kalsium magnesium) - sangat penting di dalam pembentukan tulang dan gigi. Ramai ibu hamil mudah merasa loya dan mual dengan pengambilan susu maka Ostematrix adalah alternatifnya. Ia juga membantu mengurangkan preeclampsia ataupun darah tinggi ketika hamil. Lagi satu, ramai yang tidak tahu bahawa morning sickness berlaku kerana kita kekurangan kalsium dan Insyaallah jika ibu mengamalkannya konsisten, masalah morning sickness akan berkurangan 


Omega Guard - ibu boleh mulakan ketika kandungan berusia 6 bulan. Ia sangat bagus perkembangan otak, perkembangan saraf dan juga penglihatan yang baik bagi bayi 


Energizing Soy Protein -  Sangat bagus untuk diamalkan bukan sahaja semasa kehamilan bahkan teruskan semasa berpantang, menyusu dan seterusnya. Protein adalah makanan SEL, jika SEL rosak/mati dan tidak dirawat maka ia akan terserlah dari wajah atau tubuh badan kita yang lesu dan kusam. Protein akan memperbaharui/memperbaiki sel-sel di dalam tubuh badan kita. Ia juga sangat bagus diambil untuk perkembangan fizikal bayi dan Insyaallah anda akan perasan yang wajah anda juga tidak kusam sewaktu kehamilan. Oh iya, ibu hamil tidak boleh mengambil vitamin E so boleh digantikan dengan ESP ya.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.   



*******************************************
Untuk konsultasi dan segala pertanyaan, anda boleh:

1. LIKE facebook fanpage  Cantik & Sihat (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)
2. PM saya di fb,  Kikin Nazri
3. Emel  syikin.nazri@yahoo.com
4. SMS saya di 019-5257274.    

Thursday, 27 September 2012

Set Family Wellness Shaklee ~ Untuk Semua

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.   



Set Family Wellness Shaklee ~ yea memang sesuai utk seisi keluarga.. semua org bleh ambil.. 

Apa kandungan vitamin dalam set Family Wellness ni?


# B complex



B yang Lengkap dan Seimbang


B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi  membantu memelihara kesihatan yang baik.

•    B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.*
•    Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.*


Sustained Release Vita-CTM500 mg Vitamin C



Sumber Vitamin C Semulajadi yang Disalurkan Jam demi Jam

Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.  Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh.  Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.*


# Vitalea





Multi vitamin & Multi mineral

Multi yang Hebat.. Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli.  Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. 






ESP - Soy Protein Isolate Powder



Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.


Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.




Anda ibu yang menyusukan anak.. set ini sesuai untuk anda.. hanya perlu tambahan alfalfa dan ostematrix

Anda sedang hamil.. set ini juga untuk anda.. tambahan ostematrix dan omega guard.. * (mengikut usia kandungan anda)

Anda sedang berpantang.. ini setnya.. tambahan zinc utk mengubati luka bersalin.. juga sesuai untuk mereka yang baru lepas pembdahan

Anda mencari set untuk kulit yang sihat, penjagaan muka.. mmg inilah setnya.. tambahan vitamin lain mengikut keadaan anda.. seperti gla complex / vitamin e / zinc

siapa pun anda.. ape pun keperluan anda.. set family wellness adalah set yg sesuai untuk semua.. anda boleh memilih untuk membuat tambahan vitamin lain mengikut keperluan anda.. 

credit to nur salwa









*******************************************
Untuk konsultasi dan segala pertanyaan, anda boleh:

1. LIKE facebook fanpage Cantik & Sihat (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)
2. PM saya di fb, Kikin Nazri
3. Emel syikin.nazri@yahoo.com
4. SMS saya di 019-5257274.   

Monday, 23 July 2012

Perbezaan Vitamin C Shaklee Dengan Vitamin C di Pasaran



Sejak kecil lagi saya sudah kenal vitamin C.. Mana tidaknya, vitamin  C yang selalu mak belikan tu sedap rasanya..macam gula-gula oren..sehari berbiji-biji saya telan..hehe..tapi tak tahu apa kepentingannya.

Bila sudah dewasa dan mengenali Shaklee, saya lebih teruja untuk mengetahui khasiat vitamin c terutamanya vitamin C Shaklee kerana ada perbezaannya berbanding Vitamin C lain.

Apakah keistemewaan dan perbezaan Vitamin C Shaklee berbanding Vitamin C di pasaran?


1. Vitamin C Shaklee didatangkan dalam bentuk sustained release iaitu dilepaskan dalam badan secara perlahan-lahan untuk membolehkan vitamin c sentiasa berada dalam badan kita. Memandangkan vitamin c adalah mudah musnah dan tidak dapat disimpan lama dalam badan, maka teknologi sustained release adalah sangat diperlukan.

2. Satu tablet vitamin C Shaklee adalah bersamaan dengan 7 setengah biji oren. Di mana ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam badan sebanyak 100mg setiap jam untuk satu tablet.

3. Vitamin C Shaklee didatangkan bersama-sama dengan bioflavonoid iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan vitamin c dengan lebih baik.

Kebaikan Vitamin C

Imuniti

- dengan pengambilan vitamin c secara teratur dapat melindungi badan dari infeksi dan juga akan menguatkan tulang dan gigi kita termasuk mempercepatkan penyembuhan luka. Sebab itu jugalah wanita dalam pantang digalakkan untuk mengambil oren sebagai bahan untuk mempercepatkan penyembuhan luka.

Antioksidan

- ia berfungsi sebagai antioksidan yang menghalang serangan radikal bebas di sekeliling kita. Apabila badan terhindar dari risiko serangan radikal, maka sudah tentu peluang untuk kita dijauhkan dari penyakit yang disebabkan oleh sistem imun badan dapat dielakkan.

Hypertension

- ia juga dapat menurunkan kadar tekanan darah, dengan itu dapat mengurangkan risiko darah tinggi.

Kecantikan kulit

- banyak kebaikan vitamin c dalam mengekalkan kulit yang cantik. Ia merangsang pengeluaran kolagen. Kolagen adalah sangat perlu kerana ia umpama gam yang mengikat sel-sel kulit kita untuk sentiasa tegang. jika kehilangan kolagen, kulit akan nampak berkedut dan tidak tegang.
- mengurangkan garis-garis halus yang tidak diingini.
- memutihkan dan memulihkan keadaan kulit yang kusam.

credit

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

*******************************************
Untuk konsultasi dan segala pertanyaan, anda boleh:

1. LIKE facebook fanpage Cantik & Sihat (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)
2. PM saya di fb, Kikin Nazri
3. Emel syikin.nazri@yahoo.com
4. SMS saya di 019-5257274.   

Friday, 29 June 2012

Kaitan Diabetes (Kencing Manis) dengan Sakit Jantung & Darah Tinggi

Kita biasa degar tentang penyakit 3 serangkai ni kan terutama kepada golongan berusia. Kalau ada kencing manis biasanya didatangkan sekali pakej dengan darah tinggi dan sakit jantung.
Tahukah anda bahawa kencing manis sebenarnya tak menjadikan seseorang menghidap darah tinggi dan sakit jantung, sebaliknya ia adalah kesan sampingan daripada ubat kencing manis.
Ini kerana ubat adalah jenis drug (dadah) yang bukan komponen tubuh. Ia mengurangkan simptom sesuatu penyakit tapi mempunyai kesan sampingan.

Antaranya ubat jenis metformin yang digunakan untuk meningkatkan fungsi insulin sekaligus menurunkan paras gula. Namun kesan sampingan ubat ini adalah ia menjadikan tubuh kehilangan/kekurangan vitamin B dan antioksidan serta perlindungan kardiovaskular semulajadi tubuh iitu Co-Q10.
Kehilangan antioksidan dan pelindung kardiovaskular menjadikan seseorang pesakit diabetes terdedah kepada sakit jantung. Begitu juga ubat jenis Sulfonylures yang memberi kesan sama.
Pesakit kencing manis yang mengambil ubat jenis Thiazolidinediones terdedah kepada masalah yang lebih besar, iaitu masalah jantung.

Diabetes atau kencing manis adalah penyakit berkaitan diet yang agak popular. Malah zaman sekarang budak2 muda pun dah kena diabetes. Jadi untuk mencegahnya ialah dengan mengamalkan cara hidup sihat, pemakanan seimbang, aktiviti yang menyihatkan dan sebagainya.

Untuk pesakit diabetes pula bagaimana? Ya, jika baru kena diabetes sebaiknya bermulalah dengan penukaran cara hidup terlebih dahulu sebelum mengambil ubat.
Pengambilan vitamin? Ya, tentu terutama bagi mereka yang mengambil ubat kencing manis kerana ia merosakkan vitamin dalam badan.

Vitamin untk diabetes:
B COMPLEX
VITA-C
VITALEA
VITA – E (antikoksida)
Bulan ini(Jun 2012) ada tawaran istimewa untuk Vitamin E, jadi jom dapatkan sekarang sebelum tawara berakhir!
PERHATIAN : Sekiranya doktor telah pun memberikan ubat, sila teruskan pengambilan ubat dan jangan berhenti sehingga diminta berbuat demikian. Walau bagaimanapun, pengambilan supplemen mungkin dapat membantu menangani masalah yang timbul akibat kesan sampingan ubat.

sumber


*******************************************
Untuk konsultasi dan segala pertanyaan, anda boleh:

1. LIKE facebook fanpage Cantik & Sihat (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)
2. PM saya di fb, Kikin Nazri
3. Emel syikin.nazri@yahoo.com
4. SMS saya di 019-5257274.  



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Tuesday, 28 February 2012

Apa Fungsi Antioksidan? Perlukah Pengambilannya?

Dengan setiap nafas yang diambil, anda sebenarnya menghasilkan radikal bebas – Oksidan tidak terkawal yang merosakkan sel!
Semakin anda berusia (tua), semakin berkuranganlah antioksidan semulajadi yang dihasilkan oleh badan anda untuk mengawal molekul-molekul pemusnah ini. Apabila semakin banyak radikal bebas terkumpul di dalam badan, kesihatan menjadi makin merosot, proses penuaan menjadi lebih pantas, menyebabkan anda mudah terdedah kepada pelbagai penyakit – daripada masalah kulit berkedut di usia muda, sehinggalah kepada penyakit-penyakit yang lebih kronik.
Maka, jawapannya ialah, “YA, anda perlukan AntiOksidan!!!”

Walaupun kita boleh mendapatkan sumber antioksidan daripada pemakanan harian, kebanyakan dari kita sebenarnya memerlukan lebih dari jumlah antioksidan yang kita perolehi hanya dari diet harian. Contohnya, perokok memerlukan 2 atau 3 kali ganda Vitamin C untuk mendapatkan paras darah berantioksidan yang sama seperti orang yang tidak merokok!
Selain itu, perkara-perkara yang menambahkan kuantiti radikal bebas di dalam badan ialah:
(1) Pencemaran udara
(2) Penyakit kronik
(3) Penyakit berjangkit
(4) Perokok sekunder
(5) Menopause
(6) Tekanan perasaan
(7) Pendedahan kepada cahaya matahari
(8) Sinaran X-ray
(9) Diet carcinogens (Pengambilan makanan yang digoreng pada suhu tinggi, dibakar dengan arang, atau daging yang dirawat).
(10) Cara penyediaan makanan yang salah
(Contohnya: Lobak yang dimasak membekalkan lebih bio-tersedia Beta-Carotene, berbanding Lobak yang belum di masak. Haa, bukan semua makanan yang tidak di masak itu baik, ya!)
dan lain-lain lagi.
Apakah yang AntiOksidan boleh lakukan untuk anda?
(1) Melambatkan proses penuaan.
(2) Merendahkan paras kolesterol.
(3) Mengurangkan risiko atherosclerosis.
(4) Membantu melindungi daripada penyakit jantung dan strok.
(5) Mengurangkan risiko segala jenis kanser.
(6) Bantu mengurangkan progres penyakit Alzheimer.
(7) Melambatkan pertumbuhan tumor.
(8) Bantu badan untuk detox carcinogens.
(9) Bantu kesihatan mata, elak masalah penglihatan.
(10) Melindungi badan dari kerosakan yang berpunca dari hisapan rokok.
(11) Melindungi badan daripada Chronic Obstructive Pulmonary Piseases(COPDs) - athma, bronchitis, dan emphysema.
(12) Melindungi badan dari pencemaran alam sekitar.
Apakah suplemen antioksidan Shaklee yang dicadangkan?
(1) Pastinya gabungan terbaik ACE – CarotoMax, Vitamin C dan Vitamin E!
(2) Ataupun, Vivix, yang kaya dengan kandungan Resveratrol yang tinggi!
*Note: Vivix TIDAK BOLEH diambil oleh ibu mengandung dan menyusu!
TAHUKAH ANDA?
Suplemen antioksidan TIDAK BOLEH diambil oleh orang yang sedang menjalani kemoterapi atau rawatan radiasi. Ini kerana, rawatan-rawatan ini berfungsi dengan menghasilkan radikal bebas untuk memusnahkan sel kanser. Maka, suplemen antioksidan hanya akan mengurangkan dan menggangu ‘radikal bebas ini’ berfungsi dengan efektif!
Terima kasih kepada GenkiMomma yang berkongsi ilmu..
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


*******************************************
Untuk konsultasi dan segala pertanyaan, anda boleh:

1. LIKE facebook fanpage Cantik & Sihat (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)
2. PM saya di fb, Kikin Nazri
3. Emel syikin.nazri@yahoo.com
4. SMS saya di 019-5257274.  

Thursday, 2 February 2012

Supplement Untuk Pesakit Kencing Manis/Diabetes

Dalam badan, gula ditukar pada glukos. Glukos masuk ke dalam saluran darah dan dalam sel badan untuk ditukar kepada tenaga.

Insulin merupakan hormon tunggal untuk menukarkan gula ke glukos. Biasanya pankreas akan bertindak merembeskan insulin dengan sendirinya mengikut keadaan.


1. Apabila paras gula tinggi- insulin dikeluarkan

2. Apabila paras gula rendah - insulin tidak dikeluarkan.

Namun, diabetis berlaku apabila insulin tidak melakukan tugasnya.


Diabetis type 1:

Imun sistem menyerang pankreas dan memusnahkan kebolehan untuk menghasilkan insulin. Pesakit akan bergantung pada suntikan insulin.

Diabetis type 2:

Pesakit tidak boleh menggunakan semua insulin yang dihasilkan. Bagi wanita, penghasilan hormon testosteron yang berlebihan mungkin menjadi faktornya.

Kadar metabolisma dan diabetis

Diabetis menyebabkan kita berasa lapar walaupun sebenarnya kita sudah kenyang.

Selalunya bile kita makan, insulin akan menukarkan gula menjadi glukos dan masuk ke dalam sel dan kita bertenaga. Jika kekurangan insulin, otot dan muscle gagal mendapat gluskos ini. Kita penat dan lapar.


Cut the risk:

1. Buat pemeriksaan kesihatan.

2. Turunkn berat badan ke berat ideal.


3. Kurangkan lemak dalam diet harian.


4. Bersenam.


Supplement yang boleh membantu pesakit diabetis


Vitamin C :
Meningkatkan penghasilan insulin
Zinc : Memperkuatkan insulin
Fiber Unfloured: Mengawal paras gula dan kolestrol dalam darah







credit to Ida Khairani 

Dapatkan promosi Januari dari saya sekarang!

*********************************
Berminat mendapatkannya? Sila email saya di syikin.nazri@yahoo.com untuk dapatkan tawaran hebat daripada saya!! Atau PM saya di FB Kikin Nazri dan boleh juga sms kepada saya di 019-5257274 untuk mendapatkannya.

Saturday, 17 December 2011

Supplement Untuk Perokok

Kali ni saya nak share pasal vitamin untuk para perokok di luar sana tu ye..

credit to http://www.dazzlingmoms.com/

Jika anda seorang perokok, adalah PERLU untuk melindungi badan anda sebanyak mungkin daripada kesan-kesan negative akibat merokok. Vitamin-vitamin penting seperti vitamin B, vitamin C, D dan E akan ’hilang’ dengan merokok. Vitamin ini mengawal fungsi badan yang penting dan membantu mencegah perkembangan penyakit.

 

Kenapa perlunya Vitamin C untuk perokok?
 
Oksida di dalam asap rokok mempercepatkan metabolisme vitamin C, menyebabkan bekalan vitamin ini menjadi berkurangan. Pengambilan tambahan Vitamin C boleh mengembalikan tahap Vitamin C pada darah perokok kepada normal. Penyelidik di Hospital Veterans Pentadbiran di Pennsylvania mendapati bahawa tahap normal vitamin C boleh melindungi perokok tegar dari keracunan darah. Kerana vitamin C juga membantu mengawal jumlah kolesterol  di dalam darah, kekurangan Vitamin C boleh merosakkan keupayaan badan untuk menukar kolesterol ke hempedu. Kolesterol kemudian berkumpul dalam aliran darah, ’berkumpul’ di dalam arteri dan boleh menyebabkan aterosklerosis. Pengambilan tambahan Vitamin C juga membantu melindungi tahap plasma darah dan fungsi vitamin E, antioksidan kepada badan. Bruce Ames, Ph.D., pengarah Institut Alam Sekitar Pusat Sains Kesihatan Kebangsaan di Universiti California, Berkeley mendapati bahawa perokok tidak makan makanan yang cukup kaya dengan vitamin C. Menurut Dr. Ames, perokok perlu menelan dua atau tiga kali dos harian vitamin C yang disyorkan untuk bukan perokok.

Kenapa perlunya Vitamin E untuk perokok?
Pada tahun 2005, kajian oleh Institut Linus Pauling yang disiarkan dalam "American Journal of Clinical Nutrition," menunjukkan bahawa tahap Vitamin E pada plasma darah  berkurangan dan hilang dengan lebih cepat dalam perokok berbanding bukan perokok. Kerana tahap vitamin E yang rendah, ia tidak memberi perlindungan yang mencukupi terhadap radikal bebas, ini mungkin salah satu sebab-sebab mengapa orang yang merokok boleh  mendapat kanser.

Kenapa perlunya Vitamin D untuk perokok?
Kajian menunjukkan bahawa orang yang merokok boleh menjejaskan metabolisme vitamin D dan kalsium seterusnya meningkatkan risiko osteoporosis.Vitamin D membantu untuk mengawal kalsium dalam badan anda dan membantu mengekalkan kepadatan tulang. Vitamin D boleh membantu perokok melambatkan kadar kehilangan kepadatan tulang.

Kenapa perlunya Vitamin B untuk perokok?
Perokok mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapat kanser paru-paru dan pankreas berbanding dengan bukan perokok, namun risiko ini boleh dikurangkan dengan mendapat vitamin B yang mencukupi. Rachael Stolzenberg-Solomon, Ph.D., di Institut Kanser Kebangsaan di Bethesda, Maryland, mendapati bahawa tahap vitamin B folat adalah lebih rendah pada pesakit yang menghidap barah pankreas. Asid folik, amat penting untuk paru-paru, juga boleh membantu mengurangkan simptom bronkitis pada perokok.  
Jadi, jika anda seorang perokok tegar, apa kata anda ambil vitamin? Sekurang-kurangnya dapat jugak lindungi diri dari kesan negatif dan penyakit akibat merokok. 
Dapatkan promosi Disember dari saya sekarang!

*********************************
Berminat mendapatkannya? Sila email saya di syikin.nazri@yahoo.com untuk dapatkan tawaran hebat daripada saya!! Atau PM saya di FB Kikin Nazri dan boleh juga sms kepada saya di 019-5257274 untuk mendapatkannya.
 

Friday, 21 October 2011

Testimonial~Jari Hampir Putus?? Tak Sampai Sebulan Dah Cover Dan Tidak Perlu Implan..

Ngeri saya tengok gambar jari kawan Adaa ni...Kalau jari tersepit pintu pun dah rasa sakit yang amat, apa lagi yang hampir terputus...Jum baca bagaimana jari Sarah boleh sembuh dengan supplement Shaklee..Syukur...


Ya Allah..mula2 Adaa dapat gambar jari Sarah, naik bulu roma ni, meremang! Sarah ni junior Adaa masa di Sekolah Tun Fatimah (nama penuh tau hehe) dulu..bulan lepas dia ada msg Adaa tanye tentang supplement yang sesuai untuk ibu jari tngan kiri dia yang hampir putus dek kes memotong ayam..(rajin masak nih). Ini gambar selepas 3 jam accident..ngerriiii



after 3 hrs
Disebabkan teruk kecederaan tu, so Dr buang lah kuku tu n sambung balik jari yang hampir putus tuh..dan disbbkan terbalut kuat sangat, maka jadilah mcm ni..


selepas balutan dibuka
Mengikut kata Sarah, doctor pun tak sure jari tuh boleh hidup ke tak dan kene consider untuk buat implant lah kalo gagal berfungsi semula kan..sian dia..n doctor cuma bg ubat tahan sakit dan antibiotik..so apa yang Adaa suggest? Adaa bagi Sarah try ESP+VIT E+VIT C+ZINC+VITALEA untuk mempercepatkan process baik luka, pertumbuhan sel baru then add lagi basic H untuk cuci2 luka  semua..dan after about 2 weeks gitu Sarah MMS gambar terbaru..


dah elok!
Percaya tak, belum pun sampai sebulan, jari cik adik ni dah jadi mcm ni..dan yang paling best..tak perlu buat implant!! Doctor sendiri pun terkejut tgk healing process yang sgt cepat ni hihi Sekarang Sarah masih meneruskan pengambilan Shaklee dan harapnya jari tu akan cantek seperti sebelum accident ye cik Sarah =)


**********************************
Berminat dengan Shaklee? Sila email saya di syikin.nazri@yahoo.com untuk dapatkan tawaran hebat daripada saya!! Atau PM saya di FB Kikin Nazri dan boleh juga sms kepada saya di 019-5257274 untuk mendapatkannya.

Monday, 10 October 2011

Kehebatan Vitamin C



Apakah ia vitamin c? Vitamin C adalah sejenis vitamin larut air yang boleh didapati dalam buah atau sayuran bercitrus contohnya oren. Pelbagai jenis vitamin C di pasaran tapi tahukah anda kelebihan vitamin C Shaklee?

Antara kelebihan Vitamin C Shaklee:

1. Satu tablet vitamin C shaklee bersamaan dengan 7 setengah biji oren. Adakah anda yakin dan mampu untuk makan sebanyak itu sehari secara konsisten? Jika ya, anda tidak memerlukan vitamin c sebagai supplement tambahan.

2.Vitamin C Shaklee berbentuk sustained release. Sustained release bermaksud vitamin C dilepaskan perlahan-lahan dalam badan yang mana ia menjamin vitamin c sentiasa ada dan kekal dalam badan.Ianya bersamaan dengan 1 setengah biji oren dilepaskan setiap jam selama 5 jam. Perlu diingat badan kita tidak berupaya menyimpan vitamin dalam badan dan inilah perlunya sustained release vitamin C.

Kepentingan Vitamin C pada manusia:

1. antioksidan yang sangat bagus.

2. Adalah salah satu komponen penting sistem imun,dan juga komponen penting kolagen yang sangat perlu untuk tisu yang sihat.

3. Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi, otot dan salur darah.

4. Bagus untuk menghindarkan katarak, sakit batu karang,karies gigi, asma, sakit belakang.

5. Mengurangkan kedutan kulit yang disebabkan pendedahan kepada matahari.

6. Pengambilan Vitamin C bersama dengan Vitamin E dapat menghalang 'sun burn'. Vitamin C sahaja tidak berupaya menghalang dari 'sun burn'.

7. Mengurangkan protein dalam urin sesorang yang menhidap diabetes. Secara tidak langsung menghalang dari sakit buah pinggang.

Terdapat banyak lagi kelebihan Vitamin C. Apa yang penting, pengambilannya dalam diet harian adalah yang terbaik boleh diamalkan. Pilihanan terbaik di tangan anda!


*******************************
Sila email saya di syikin.nazri@yahoo.com untuk dapatkannya!! Atau PM saya di FB Kikin Nazri dan boleh juga sms kepada saya di 019-5257274 untuk mendapatkannya.

Wednesday, 5 October 2011

Cyst Dan Fibroid.. Agar Tidak Berulang..

Bagi yang mengikuti kisah penulisan blog saya dari awal, pasti pernah terbaca kisah saya yang mengalami ketumbuhan di ovari yang lebih spesifik kes saya ialah twisted cyst. Masa tu saya mengandungkan Addin 2 bulan. Terpaksa juga melalui operation sebab cyst tu berpintal dengan ovari. Alhamdulillah kandungan pun selamat dan Addin selamat dilahirkan secara c-section.

Apa yang saya belajar tentang cyst ni ialah ianya adalah salah satu ketumbuhan abnormal sel dalam badan yang disebabkan oleh faktor radikal bebas. Sama juga dengan fibroid.Ia boleh tumbuh semula jika radikal bebas tidak dikawal baik oleh antioksidan. Masih ingat lagi dengan seorang kawan yang melalui 3 kali operation membuang cyst. Ianya boleh recurrent jika antioksidan dalam badan kita tidak mencukupi.

Apa dia radikal bebas?
Radikal bebas adalah molekul yang kekurangan satu elektron, dan membuat molekul tersebut menjadi tidak stabil dan selalu berusaha mengambil elektron dari molekul atau sel lain. Radikal bebas dapat dihasilkan dari hasil metabolisme tubuh dan faktor luaran seperti asap rokok, hasil penyinaran ultra ungu, zat kimia dalam makanan dan bahan pencemar lain. Penyakit yang disebabkan oleh radikal bebas bersifat kronis, iaitu diperlukan masa waktu bertahun-tahun untuk penyakit tersebut menjadi nyata. Contoh penyakit yang sering dihubungkan dengan radikal bebas adalah serangan jantung dan barah. Untuk mencegah atau mengurangi penyakit kronik karena radikal bebas diperlukan antioksidan.




Untuk bahasa mudah yang saya fahami, pertumbuhan sel yang tidak normal boleh mengakibatkan ketumbuhan atau lebih teruk dikenali sebaga kanser kerana ianya merebak dengan sangat cepat.

Bagaimana nak kawal radikal bebas ini? Ianya boleh dikawal melalui pengambilan antioksidan yang boleh didapati dalam makanan harian kita. Antara makanan yang kaya dengan antioksidan ialah anggur hitam, vitamin C, buah beri, strawberi dan banyak lagi. Namun kandungan antioksidan dalam setiap buah adalah berbeza antara setiap satunya.




Apabila saya ditemukan ALLAH dengan seorang wanita yang melalui pembedahan sebanyak 3 kali untuk membuang cyst, maka saya mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengamalkan pengambilan supplement yang tinggi antioksidan. Apakah vitamin yang kaya dengan antioksidan? Saya gunakan formula ACE iaitu vitamin A, Vitamin C dan Vitamin E. Selain itu pengambilan GLA juga sangat membantu.


Seorang ibu yang menyusu yang pernah mengalami Mastitis juga saya saya nasihatkan mengambil vitamin yang kaya dengan antioksidan agar perkara yang sama tidak berulang. Adakah benar ibu yang menyusu yang mengambil vitamin E tidak mudah mendapat Mastitis? Ianya hanya sebagai langkah berjaga-jaga kerana penyakit itu datangnya dari ALLAH jua.


Seorang ibu yang juga menyusu pernah meminta saya memberikan panduan untuk mengurangkan bengkak ( ketumbuhan kecil) di bahagian alat sulitnya kerana tidak mahu menjalani pembedahan, alhamdulillah atas sifat istiqamah dan yakin dengan pertolongan Allah, beliau tidak perlu menjalani pembedahan untk membuang ketumbuhan di bahagian alat sulitnya. Syukur sangat.


Sselama 11 tahun bersama Shaklee saya dah jumpa ramai pesakit kanser dan ianya buat saya insaf dan istiqamah dengan pengambilan antioksidan. Pemakanan kita mempengaruhi kesihatan kita. Sebab tu kena berjaga-jaga dan pastikan pengambilan vitamin dan zat galian dititikberatkan. Penyakit sebenarnya tidak datang serta merta, ianya berada dalam tubuh cuma ianya tidak aktif. Untuk pastikan ia tidak aktif, pastikan antioksidan kita mencukupi.
 

Credit

atau boleh baca ini "Cyst tak jadi di bedah selepas makan Shaklee".

Sila email saya di syikin.nazri@yahoo.com untuk dapatkan tawaran hebat daripada saya!! Atau PM saya di FB Kikin Nazri dan boleh juga sms kepada saya di 019-5257274 untuk mendapatkannya..

...Saya Suka Cantik & Sihat...