* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Wednesday, 7 September 2011

Masalah dan Cara Mengatasi dalam Penyusuan

Sesetengah ibu tidak lari daripada mempunyai masalah ketika menyusukan bayi. Kedudukan bayi yang betul adalah penting kerana selalunya masalah mungkin timbul disebabkan kedudukan bayi yang salah. Ibu-ibu yang menghadapi masalah ketika menyusukan menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk memberi susu formula kepada bayi. Sebenarnya, masalah yang timbul boleh diatasi.


Antara masalah yang mungkin timbul ketika menyusu

1. Puting terasa sakit

Ibu akan terasa sakit pada bahagian puting pada beberapa minggu pertama penyusuan. Puncanya mungkin dari kedudukan bayi yang tak betul ketika menyusu ataupun bayi menghisap puting payudara sebelum susu mula keluar.

Cara mengatasi :
  • Teruskan menyusu. Jangan sekali-kali berhenti.
  • Minum air panas dan berehat sebentar bersama kit kat. Jika lebih relaks, susu akan lebih mudah mengalir keluar.
  • Susukan bayi dengan lebih kerap supaya dapat meransang pengaliran susu.
  • Perah sedikit susu mengunakan tangan untuk memulakan aliran susu.
  • Keringkan puting dengan mendedahkannya pada udara (Awas : jangan lakukan ini di tempat awam...ekeke).
  • Hentikan hisapan bayi terlebih dahulu sebelum menarik payudara.


2. Puting luka

Macam masalah puting sakit juga, selalunya terjadi bila kedudukan bayi tak betul. Bila bayi tak dapat susu dengan sebetulnya, bayi akan terus menghisap dengan kuat dan menyebabkan puting menjadi sakit dan luka. Bayi sepatutnya perlu latch pada aerola dan bukan pada puting payudara.

Cara mengatasi :

  • Jangan sekali kali menyapu sebarang antiseptik, iodin atau sabun di sekitar puting kerana ini akan menyebabkan puting jadi kering dan mengeras.
  • Sapukan susu ibu pada puting dan biarkan terdedah di udara.
  • Ibu boleh tukar posisi penyusuan (cradle, cross cradle ect) mengikut keselesaan.
  • Pakai 'breast shell' sebelum memakai bra supaya puting tak bergesel dengan bra tersebut.
  • Perah sedikit susu untuk mendapatkan 'let down' supaya bayi tak perlu menghisap dengan kuat.

3.Puting susu tersumbat
Ia berlaku apabila terdapat sumbatan susu yang menebal menghalang salah satu duktus di dalampayudara. Kawasan itu mungkin mengeras, berketul dan menyakitkan. Antara faktor terjadinya sebegini termasuklah bayi kurang kerap menyusu dan juga memakai bra yang ketat.

Cara mengatasi :

  • Tuam breast.
  • Usap atau urut perlahan-lahan kawasan payudara ke bahagian puting. Boleh juga guna sikat rambut dan sikat payudara menghala kepada puting.
  • Elakkan memakai baju atau bra yang ketat.
  • Kerapkan menyusu bayi (sekurang-kurangnya 2jam sekali) untuk meransang susu.

  • Minum banyak air putih dan banyakkan berehat bersama bayi
4. Breast membengkak
Selalunya terjadi bila bayi kerap tidur dan kurang menyusu. Susu yang terkumpul akan menyebabkan breast membengkak, berketul, mengeras dan menyakitkan. Pernah terjadi pada saya dulu, bengkak sampa ke ketiak. Saya dah risau ingatkan ada penyakit ape ke..hihi. Breast bengkak juga boleh membuat kan ibu rasa rak sedap badan, terasa panas dan kadangkala demam

Cara mengatasi :
  • Tuam breast.
  • Sebelum menyusukan, tekan puting perlahan-lahan untuk keluarkan susu dan melembutkan breast untuk memudahkan bayi menghisap.
  • Susui bayi seberapa kerap yang mungkin. Kejutkan bayi jika bayi tidur terlalu lama.

  • Perah susu samada menggunakan tangan atau pun alat mengepam.
  • Jangan beri bayi minum susu botol sebab ini akan mengurangkan bayi direct feeding dan tidak menghisap secukupnya dari breast.

5. Puting leper/termasuk kedalam

Ada sesetengah ibu mempunyai puting yang kecil dan leper. Ini menyukarkan bayi untuk menyusu.


Cara mengatasi :
  • Bantu bayi menyusu dengan memegang puting dan aerola dan menyuapkan ke mulut bayi

  • Boleh juga pakai "breast shield" untuk membolehkan puting terjulur keluar.
  • Pam susu.
  • Pastikan kedudukan bayi menyusu adalah betul.


6. Susu terlalu banyak.

Ianya bagus dan menggembirakan hati ibu.Tapi susu yang terlalu banyak dan mengalir cepat boleh membuat bayi tersedak.

Cara mengatasi :
  • Cuba susukan secara baring(lying down).

  • Ibu boleh tidur telentang dan letakkan bayi di atas perut dan biarkan bayi menghisap dari atas.
  • Tinggikan kepala bayi dari kedudukan biasa
  • Tekan payudara semasa menyusukan bayi untuk mengelak dari pengaliran yang deras.



7. Susu meleleh


Bila susu banyak, selalunya susu akan meleleh dengan sendiri dan menyebabkan baju basah dan tidak selesa

Cara mengatasi :
  • Pakai pelapik bra (disposable atau reusable) yang boleh dibeli atau pun boleh guna tuala kecil atau sapu tangan.
  • Kerapkan mengepam dan mengosongkan breast
  • Tekan breast dengan pergelangan tangan dikatakan boleh menghentikan lelehan. Saya belum pernah cuba :)

8. Tiada susu
Ini adalah perkara biasa terutamanya pada hari-hari pertama selepas bersalin. Mungkin kedudukan penyusuan tidak betul atau disebabkan bayi tidak latch sempurna untuk mengeluarkan susu dengan berkesan. Ibu yang asik risau dan stress dengan hal ini juga antara salah satu faktor "tiada susu".


Cara mengatasi :


  • Tenangkan fikiran ibu. Relaks dan minum air masak dengan kerap.
  • Pastikan bayi menghisap dengan kerap (10 - 12 kali sehari).
  • Urut breast guna tangan atau sikap sambil niat dan berselawat.
  • Ibu perlu makan makanan berkhasiat dan minum minuman panas untuk membantu penyusuan.

9. Bayi tak mahu menghisap

Ianya selalu terjadi bila kedudukan bayi tidak betul semasa menyusu. Mungkin juga bayi telah diberi minum menggunakan botol terlebih dahulu. Adakalanya juga bayi tidak berasa selesa seperti mana dia pernah selesa berada di dalam perut ibu :)



  • Jangan sekali kali perkenalkan botol ataupun puting tiruan (pacifier) pada bayi. Jelaskan pada doktor dan misi di hospital yang mahu menyusukan sendiri bayi anda.
  • Jika bayi terus tidak mahu direct feeding, ibu boleh menyuap susu kepada bayi menggunakan sudu, cup kecil atau pun shringe sebagai alternative lain.
  • Sentiasa bersama bayi untuk bayi kenal bau ibunya.
  • Dakap bayi supaya bayi selesa dan hangat semasa menyusu.
Source: http://myangels-love.blogspot.com/2010/07/sesetengah-ibu-tidak-lari-daripada.html
So mommies, tak ada masalah tak dapat diatasi...Good Luck

2 comments:

  1. tumpang tanya..kalau breast berketul dan pam pun tak ilang.. baby tak direct feed..tuam panas atau tuam sejuk?thanks

    ReplyDelete
  2. Sampai skrg after 2 mggu bersalin puting kiri tetap sakit. Mungkin jugak baby x btul latch, tp tatau mcm mana nk btulkan position baby. Skrg guna position cradle jer. Position lain x pandai la nk try. Hospital pun x tunjuk the right way untuk menyusukan lepas bersalin aritu. :-(

    ReplyDelete

...Saya Suka Cantik & Sihat...