* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*
Showing posts with label Fullpack. Show all posts
Showing posts with label Fullpack. Show all posts

Saturday, 11 June 2011

Kelebihan Shaklee BreastFeeding Set (Set B)

Lumrah bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, pasti akan mencari jalan untuk menambah susu. Pelbagai cara dilakukan demi si manja tersayang, ada yang mengamalkan secara semula jadi, ada juga yang sanggup mengambil pil-pil hormon (walaupun tidak betul-betul memerlukan) semata-mata untuk memperbanyakkan susu badan.

Adakalanya pilihan yang diambil tidak begitu menjadi (seperti yang di dambakan), dan si ibu akan semakin stress dan tanpa disedari, stress juga merupakan salah satu faktor mengurangkan pengeluaran susu ibu. Lantas si ibu beralih arah untuk mengambil produk yang lain pula, sedangkan produk yang sedang di ambil belum pun sampai seminggu usianya.

Apa beza set penyusuan Shaklee dengan yang dah tersedia ada di pasaran?
Set breastfeeding Shaklee dipakej khas bagi memudahkan ibu-ibu menyusukan, supaya tak adalah tercari-cari “Apa supplement terbaik untuk ibu yang menyusukan bayi?” atau “Apa pil penambah susu terbaik?”. Jadi, kita cuma sebut set breastfeeding, satu set dah tersedia.
Set ini mengandungi 3 vitamin asas, dan 1 vitamin yang bertindak sebagai penggalak susu.

Harga Pakej Penuh (4 bulan): RM241 termasuk kos penghantaran.
Harga Pek Mini 30 hari: RM80 termasuk  kos PosLaju.

Vita-lea Iron Formula (lengkap dengan Iron) Multivitamin dan multimineral bagi membekalkan keperluan vitamin dan mineral keperluan harian tubuh.

Vita-C (500mg)
Penting untuk kesegahan sel, mempertingkatkan imuniti tubuh, mencantikkan kulit dan antioksidan.

B Complex (lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B)
Mengurangkan stress, mengimbangi hormon, membakar makanan menjadi tenaga, asid folik penting dalam penyusuan ibu.

Alfalfa (penggalak susu & 1001 khasiat)
Digunakan zaman-berzaman sebagai penambah susu di negara Barat. Malah, Alfalfa turut mempunyai 1001 kelebihan seperti melancarkan haid bulanan, merawat athma & alergik, resdung, keputihan di kalangan wanita, melawaskan sistem perkumuhan, dan banyak lagi. Boleh baca lanjut di "Alfalfa". Jadi, lelaki pon boleh ambil Alfalfa nie!
Kelebihan set penyusuan Shaklee berbanding dengan produk yang terdapat di pasaran ialah, vitamin ini bukan sekadar fokus untuk memperbanyakkan susu ibu. Malah ia sebenarnya membantu si ibu memperoleh zat & nutrisi yang secukupnya, meningkatkan taraf kesihatan si ibu yang seterusnya membantu ke arah memudahkan si ibu berjaya di dalam penyusuan - salah satu dari tafsiran berjaya di sini ialah kedua-dua ibu & baby gembira dengan hasil selepas si ibu mengambil vitamin set B ini.

Gembira ini juga subjektif = susu ibu bertambah dari segi kuantiti, baby lebih mudah kenyang dalam waktu penyususan yang singkat, baby tidur lebih lama, si ibu kurang stress dan sentiasa gembira walaupun penat kerja seharian sekaligus melancarkan work-and-pump setiap sessi, dan pelbagai lagi. Ibu-ibu yang pernah mengambil set breastfeeding ini mendapati badan mereka tambah bertenaga, susu badan kelihatan lebih pekat malah ada yang mendapati susu badan mereka bertambah banyak.

Namun, 3 PERKARA PENTING ini perlu diamalkan:
  1. Minum sekurang-kurangnya 3Liter air sehari
  2. Kosongkan payudara 3 jam sekali (direct feeding/ pumping)
  3. Doa & tawakal
Namun harus ingat, set ini bukan ubat magik, apa lagi berasaskan perangsang dan terus nampak perubahannya…Makan hari ini, esok susu terus jadi 20oz! Makanan tambahan semulajadi (natural supplements) bertindak begitu lembut dan selesa dengan tubuh kita.
Jadi, bersabarlah dan konsisten amalkan 3 perkara di atas!!!

Saturday, 14 May 2011

Menyusukan Hanya Dengan ALFALFA, Boleh Ker..?

Ada ramai ibu yang menyusukan anak mereka hari ini setelah kita didedahkan dengan kebaikan susuibu. Sudah pasti apa yang ditekankan tentang kebaikan susuibu adalah khasiatnya yang tinggi antioksidan, bagus untuk mencegah sakit dan ianya membantu mengeratkan lagi kasih sayang antara ibu dan anak.

Ramai ibu yang telah sedar kepentingan "life balance"... terutama mereka yang bekerjaya dan mereka yang tidak dapat memenuhi keperluan lengkap semua zat dan vitamin dalam makanan seharian. Sudah pasti mereka juga sedar tentang kepentingan vitamin kepada tubuh badan si ibu kerana ia membantu tubuh si ibu sihat dan dapat menghasilkan susuibu dengan lebih baik ditambah jika sesi perahan atau hisapan bayi yang konsisten.

Namun terdapat segelintir ibu yang hanya mahu mencuba ALFALFA Shaklee kerana menganggap mereka hanya memerlukan ALFALFA sahaja dalam menjayakan penyusuan. Persoalannya , bolehkah? dan
Adakah ia mempunyai kesan yang berbeza dibanding jika si ibu mengambil vitamin yang disyorkan iaitu Multivitamin@Vitalea, B complex dan Vitamin C?

Persoalan pertama , bolehkah jika si ibu hanya bergantung dengan ALFALFA sahaja?

Melalui pengalaman diri ibu sendiri menyusukan anak, jika hanya bergantung dengan alfalfa sahaja masih boleh menghasilkan susu dengan banyak kerana sifat ALFALFA itu sendiri iaitu sebagai agen yang membantu badan stimulate milk dengan lebih cepat. Sebab itu mereka yang mengambil 2 biji alfala pasti akan merasakan perbezaan ketara apabila pengambilan ditingkatkan kepada 6 biji sehari iaitu 2 selepas makan pagi , 2 selepas makan tengahari dan 2 selepas makan malam. Si ibu akan merasakan susunya cepat bengkak terutama apabila pengambilan air yang banyak serta sesi perahan yang konsisten setiap 2-3 jam sekali. NAMUN malangnya pada satu tahap si ibu itu akan merasa sangat letih dan mulalah datangnya sifat moody, mudah mengantuk bila pulang kerja(tidak mampu bertahan buat kerja rumah), kedinginan terhadap seks dek kerana mengantuk dan keletihan yang melampau. Ini kerana si ibu hanya tertumpu kepada pemakanan yang membanyakkan susu. Maka badan akan memaksa menghasilkan susu sebanyak mungkin tidak kira apa jua keadaan si ibu. Risikonya pula jika si ibu tidak membuat perahan sehingga mengosongkan payudara, susu tersumbat atau nama lain clog duct mudah berlaku.

Berbeza pula jika si ibu itu mengambil vitamin secara lengkap...iaitu memenuhi keperluan tubuh badan ibu seterusnya badan sihat dan dapat menghasilkan susu dengan lebih baik. Pada  dasarnya vitamin ini ibarat minyak pelincir kepada kereta. Jika sesebuah kereta itu dijaga penyelenggaraannya (maintainance), minyak hitam berganti, minyak sentiasa banyak...maka sudah pasti kereta itu dapat dipandu dengan lancar, tanpa ada hembusan asap hitam dan tiada tersengguk-sengguk macam orang yang sakit. Sama dengan keadaan si ibu yang menjaga pemakanannya maka jika badannya sihat, moodnya ceria, sentiasa bertenaga , bersemangat dan membuat sesi perahan yang konsisten...sudah pasti dengan izin ALLAH susu akan terhasil dengan baik mengikut keperluan bayi tadi.

Apa fungsinya setiap vitamin dalam set B sebenarnya ?




a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin
Dilengkapi dengan kesemua vitamin beserta zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

b) B Complex
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.
Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantikberseri dan tidak kusam.

c) Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit ibu dan bayi makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

d) Alfalfa
Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat. Ianya bergantung kepada keperluan badan si ibu.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bayi..susah nak kena kembung.
Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink. Walaupun alfalfa dikenali sebagai tumbuhan yang kaya dengan micro nutrient namun ia tidak mempunyai sukatan khas yang memenuhi keperluan badan kita.


Maka si ibu punya pilihan iaitu
1. Hanya memastikan susu terhasil dengan banyak tanpa mengira kepentingan kesihatan di si ibu itu sendiri
Si ibu hanya concern on quantity....

ATAU

2. Mengambil vitamin yang seimbang dengan keperluan ibu supaya ceria dan bertenaga disamping menghasilkan susu dengan lebih baik dan  mengkayakan nutrisi dalam susuibu. Si ibu concern on quality and later thought about quantity.


Jika masih ada yang bertanya, do i need supplement? Jawapannya terletak pada diri kita kerana hanya kita sahaja yang tahu our own life style.
Mungkin ada orang kata dia tak perlu sebab belakang rumahnya adalah kebun sayur-sayuran, ada kebun buah-buahan yang bersih dari semburan racun, ada reban ternak ayam dan itik maka tak makan ayam injectdan dapat makan telur ayam kampung bila-bila masa...so tak perlu supplement memang betul :)

Sunday, 1 May 2011

Tingkatkan Tenaga Dengan Pengambilan Vitamin!

Kepada yang telah mencuba suplemen SHAKLEE, saya yakin anda pasti tidak akan menafikan keberkesanan vitamin SHAKLEE dalam meningkatkan taraf kesihatan anda dari aspek tenaga dan imuniti terhadap penyakit.
Rata-rata pengguna SHAKLEE pasti akan memberi testimoni yang badan jadi lebih bertenaga dengan pengambilan vitamin SHAKLEE, walaupun tujuan asal adalah untuk menambah susu. Benar, suplemen yang baik harus membuat kita rasa sihat dan positif. Dan susu badan secara tidak langsung akan bertambah dengan syarat..

~ Kekerapan mengosongkan breast (setiap 3 jam/ minimum 6 kali sehari tidak termasuk sessi direct-feed) ;  atau 8 – 12 kali bagi pengepam tegar.
~ Minum air tidak kurang 3 liter sehari
~ Doa yang berterusan kerana sesungguhnya rezeki itu datangnya daripada ALLAH swt.

Apapun, bukan ini yang saya mahu timbulkan dalam entry ini. saya mahu berkongsi dengan anda semua tentang vitamin2 yang membantu peningkatan tenaga anda. amalkan dengan konsisten dan anda pasti berpuas hati.

credit to Mommy Lyna


Sebelum itu kita lihat dulu apakah penyebab badan lemah dan lesu:
  • Pemakanan yang tidak sihat
  • Tekanan dan stress
  • Kegemukan
  • Pekerjaan yang memenatkan
  • Insomnia
  • Darah rendah/anemia
  • Perokok tegar
  • Mengambil kafein secara berlebihan
  • Pengambilan makanan segera dan makanan rapu yang berlebihan
  • Tidak melakukan senaman
  • Pengambilan ubat-ubatan
  • Kekurangan air
  • Kehamilan
Sekiranya penyebab kelesuan ialah bukan sebab-sebab kesihatan atau pengambilan ubat-ubatan, faktor penyebab ialah kemungkinan besar kekurangan nutrisi. Maklum sajalah, tidak semua antara kita yang makan untuk sihat, kebanyakan kita makan untuk sedap atau sekadar makan untuk hidup.

Vitamin Untuk Badan Lemah dan Lesu

Vitamin A
Melindungi tubuh dari serangan virus dan bakteria yang menyebabkan jangkitan minor yang mungkin mengakibatkan kelesuan. Vitamin A menjaga membran dan mengawalnya dari diserang oleh patogen2 yang boleh menyebabkan badan kita jadi lemah dan lesu.
Vitamin A juga berguna untuk imuniti.
Vitamin B Complex
Vitamin B complex adalah vitamin yang paling utama dalam mengatasi kelesuan dan tekanan. Vitamin B Complex yang lengkap mengandungi 11 jenis vitamin B yang memberi sokongan kepada badan, dari segi kesihatan fizikal dan juga mental. Vitamin B complex mempunyai elemen yang meningkatkan metabolisma, tenaga dan kesihatan otak.
Vitamin C
Menguatkan imuniti tubuh dan menghalang jangkitan. Ia menghindarkan tubuh daripada kelesuan yang diakibatkan oleh tindakan virus dan bakteria terhadap sel tubuh.
Vitamin D
Vitamin D berkaitan dengan mood dan tahap tenaga. Kerana itu bagi penduduk di negara sejuk, mereka cenderung menghidapi sindrom SAD (seasonal affective disorder) ketika musim sejuk kerana kurang mendapat cahaya mtahari (sumber semulajadi vitamin D).
Vitamin E
Selain antioksidan yang hebat, vitamin E juga penting untuk mengatasi kesan psikologi semasa haid, menopause, termasuk kesan kelesuan dan lemah badan.
Apakah vitamin Shaklee yang anda boleh ambil untuk mengatasi badan lemah dan lesu?
vita lea
Vita Lea
b complex
B Complex
vita c
Vita C
soy protein
Soy Protein
performance drink
Performance Drin
Untuk permulaan, anda boleh mendapatkan SET A (SET OPTIMUM) yang terdiri daripada Vitalea, B Complex dan Vitamin C. Sekiranya anda punya budget lebih, saya menggalakkan pengambilan Vitamin E, ESP dan Performance. Ini adalah cadangan FULLPACK. Yang best anda dapat beli dengan harga ahli tau!

credit to kak Hadha
Berminat nak cuba? Boleh hubungi saya melalui email syikin.nazri@yahoo.com atau sms 019-5257274, ok!
 

...Saya Suka Cantik & Sihat...