* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*
Showing posts with label Set Tripple M. Show all posts
Showing posts with label Set Tripple M. Show all posts

Thursday, 26 January 2012

4 Set Penyusuan Yang Sangat POPULAR!!

Ramai yang bertanya dan masih lagi tidak tahu akan Set Penyusuan yang di sediakan oleh pengasas Euphoria GBS ShakleeIngin saya kongsikan bersama 4 set penyusuan yang benar-benar mempunyai permintaan yang sangat tinggi.

Empat set itu ialah :

 

1. Set B


  • Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Alfalfa
  • Sesuai untuk ibu yang TIDAK  mempunyai masalah penyusuan
  • Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nurisi dalam susu ibu
  • Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
  • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema,  set ini dapat membantu
  • Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa. 



2. Set Eu Four Pack


  • Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Kalsium
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
  • Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat.
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu dan alah kepada laktose.
  • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
  • Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk saraf, pembentukan tulang dan gigi.



3. Set E


  • Mengandungi  Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, Kalsium dan Alfalfa
  • Set ini memberi kesan yang lebih yang tidak kurang bagusnya kerana kandungan Alfalfa yang mempunyai khasiat protien di dalamnya.



4. Set 3M



  • Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa dan ESP.
  • Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan.
  • Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari… maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak
  • Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan stok ini adalah pilihan yang tepat
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu, bersama2 tips yang saya bagi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha. 

Perjalanan penyusuan dua tahun ini menuntut ibu menyusu secara kerap atau pam secara konsisten dan melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi yang boleh diperolehi melalui pemakanan yang sihat. Namun berapa ramai ibu-ibu hari ni yang betul-betul menjaga pemakanan yang berkhasiat? Apa yang ibu makan, itulah yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Supplement sangat membantu mengisi ruang kosong dalam tubuh ibu terutama bagi yang mempunyai kekangan untuk amalkan pemakanan mengikut piramid makanan yang disarankan.


Buat renungan bersama....
” Syarikat susu formula saling berlumba untuk menghasilkan susu yang kaya dengan pelbagai formula namun sedarkah kita ianya tidak mampu untuk menandingi susuibu, anugerah terbaik buat si manja? Tidakkah kita juga mahu berikan yang terbaik buat si manja kita?”. 


Dapatkan promosi Januari dari saya sekarang!

*********************************
Berminat mendapatkannya? Sila email saya di syikin.nazri@yahoo.com untuk dapatkan tawaran hebat daripada saya!! Atau PM saya di FB Kikin Nazri dan boleh juga sms kepada saya di 019-5257274 untuk mendapatkannya.

Thursday, 10 November 2011

Milk Booster~~Fakta yang Anda Harus Tahu

Milk booster sinonim dengan longan kering, sayur kucai, lobak putih, peria,halba,alfalfa,fenugreek,sayur sawi….dan sebagainya.Tahu tak kenapa semua2 ni jatuh kategori milk booster (penggalak susu)?...Well…basically….kandungan utama susu ibu adalah protein…diulang sekalilagi PROTEIN…dan yang2 lain yang melengkapkannya adalah liquid(air),kalori,kalsium…dan satu lagi fakta.. Ibu menyusu memerlukan minimum 1800 kalori sehari sekiranyamenyusukan seorang bayi….

Alfalfa mengandungi protein dan kalsium yang tinggi..tak hairan ada yang terasa susu bertambah bila mkn alfalfa.
Asid folik (sejenis vitamin B) adalah pentinguntuk tindakan biosintetikprotein. Jadi ia juga diperlukan untuk menambah susu.Asid folik ni terdapat dalam sayuran hijau. Jadi, memang benar memakan sayur-sayur hijau seperti kucai akan membanyakkan susu kerana kehadiran vitamin B ni memudahkan lagi proses yang melibatkan penghasilan protein dalam badan kita.Longan kering yang direbus mengandungi kalori dan air yang tinggi jadi dah tentunye menyumbang kepada faktor pertambahan susu.
...........Nahh..anda dah tahukan rahsia kenapa supplemen ni semua menjadimilk booster..TETAPI anda tak boleh bergantung sepenuh pada semua ini untukmenjadi....saya tertarik dgn analogi yg ditulisoleh mommylyna... katanya.. tak salah beli milkbooster..alfalfa..kucai..sayur2 hijau..lobak putih,longan kering halba fenugreek...hanya badan anda yg tahu ia perlu atau tidak.Tetapi ibu2 still perlu teruskan pam/direct baby suck secara konsisten.. analoginyebegini...milk booster umpama lauk2 mentah di dapur..bawang tepung ikan bilis halia beras.... pump/baby hisap pula umpama kita menggaul sume bende2 tu...yelah..mana boleh bende tu termasak sendiri..maknaye kalo brg2 mentah kat dapur banyak pun.tp kalau kita tak masak..takkan terjadinya masakan dgn sendiri.. same gak mcm production susu..kalau kita beli milk booster bergunung2..tapi tak pam,tak minum air,takberdoa..tak cukup checklist ..manakan terhasil susu yang mencukupi...

Dan lagi satu..sekiranya hanya bergantung pada milk booster..ianya mungkin tidakberkesan bagi sesetangah ibu..ini disebabkan ketidakseimbangan dalam diet yang diambil oleh ibu itu. Kalau kata hari2 makan minum rebusan longan kering, tapi sayur tak makan, protein tak ambil, jadi macamamana nak tambah susu kerana berharap kepada kalori dan air semata2...
Tambahan lagi ibu menyusu amat memerlukan tambahan vitamin B complex dan kalsium, untuk menggantikan kalsium dan asid folik yang hilang. Kalsium berperanan bukan sahaja untuk membina tulang malah juga membina sel2 darahbaru yang diperlukan dalam penghasilan susu badan.. Oleh itu, ibu menyusu mesti meningkatkan keperluan kalsium untukmengelakkan susu berkurang semasa period.
 
Menarik analogi dan fakta2 tu untuk kire renung2kan… dan sebab itu jugak set tambah Shaklee yang kami sediakan lengkap mengandungi B complex, alfalfa, multivit dan juga vita C serta disuggest tambah kalsium dan ESP (protein)..semuanya atas sebab2 di atas….
Credit to Kak Cery
Taraaa...!! Inilah dia Set Tripple M sangat sesuai untuk anda..
 Set Tripple M

Apa yang ada dalam set Tripple M? Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini? Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.
 
Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

*********************************
Berminat mendapatkannya? Sila email saya di syikin.nazri@yahoo.com untuk dapatkan tawaran hebat daripada saya!! Atau PM saya di FB Kikin Nazri dan boleh juga sms kepada saya di 019-5257274 untuk mendapatkannya.

Friday, 14 October 2011

Relaktasi Bersama Set Breastfeeding Shaklee

Maksud relaktasi ialah proses penyambungan semula penyusuan susu ibu selepas susu berkurangan atau kering berikutan kurangnya atau tiada langsung penyusuan langsung selama beberapa minggu atau bulan.

Relaktasi biasanya melibatkan 2 inisiatif:
1. Membawa bayi supaya mahu semula minum daripada payudara ibu.
2. Meningkatkan semula produksi susu ibu supaya ibu berupaya menyusukan anaknya secara eksklusif tanpa suplemen lain (terutamanya susu formula)
Secara keseluruhannya, artikel ini ditulis bagi menjelaskan kedua dua inisiatif di atas.

Kenapa Mahu Relaktasi

Relaktasi tidak mudah.Walaubagaimanapun hampir 75% peratus ibu yang mencuba relaktasi mendapati ianyanya adalah pengalaman yang positif (samada berjaya eksklusif ataupun tidak). Secara keseluruhannya, relaktasi lebih mudah dijayakan sekiranya fokus ibu ialah kepuasan menyusukan anak sendiri dan mengetahui yang anaknya menerima khasiat susu ibu berbanding kemahuan ibu untuk menghasilkan susu yang banyak.

Umur Bayi

Semakin muda bayi itu, semakin mudah proses relaktasi berlaku. Ini adalah kerana bayi perlu menghisap secara terus daripada payudara ibu sebagai syarat utama untuk penghasilan susu.
• Bayi di bawah 3 bulan lebih mudah untuk dipujuk untuk menyambung penyusuan
• Bayi di atas 6 bulan agak sukar untuk dipujuk
• Bayi yang pernah menyusu susu ibu sebelum ini lebih mudah dipujuk berikutan applikasi penyusuan daripada susu ibu dan botol adalah berbeza

Berapa Lama Ianya Akan Berhasil?

Sebaik baiknya luangkan masa 2 minggu bersama bayi sepanjang proses relaktasi.  Sebagai anggaran, jumlah masa yang akan diambil untuk memulakan semula penyusuan secara eksklusif ialah sama dengan masa yang telah diambil semasa penyusuan terhenti. Ramai daripada ibu yang relaktasi mengambil masa kurang daripada sebulan untuk mengembalikan bekalan susu mereka.

Dalam kes saya, saya mengambil masa 2 minggu untuk memastikan saya menyediakan susu yang cukup untuk bekal bayi selama saya bekerja(18 oz untuk 10 jam) tanpa perlu ‘backup’ dengan susu formula.

Bagaimana Harus Saya Memulakannya?

• Dapatkan panduan daripada Kaunselor Laktasi yang bertauliah untuk sebarang konsultasi samada ibu dan bayi mengalami masalah lain (seperti keliru puting) bagi membantu proses relaktasi yang lancar
• Dapatkan pam elektrik yang berstandard hospital yang membolehkan pengepaman serentak untuk ibu mengepam 8 ke 12 kali sehari. Ianya penting untuk mengelakkan kes seperti puting luka.
• Banyakkan sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi
• Tawarkan (offer) payudara dengan cara menggeselkan puting di pipi bayi selang 2 jam sekali
• Beri bayi menghisap secara terus selama 20 minit atau lebih pada satu payudara
• Tawarkan (offer)payudara sebelah lagi sekiranya bayi masih mahu menyusu
• Pam kedua dua belah payudara selama 20 minit selepas menyusukan bayi
(Nota: Prinsip penyusuan susu ibu ialah susu akan makin bertambah sekiranya payudara dikosongkan dengan berkesan)
• Ibu digalakkan mengepam 20 minit pada waktu malam (12 pagi – 6 pagi) selepas menyusukan bayi dimana produksi susu agak tinggi pada waktu itu
• Sekiranya bayi terlalu marah dengan pengeluaran susu yang lambat, berikannya 1 oz susu formula di dalam cawan kecil (untuk alas perut), dan cuba sambung dengan menawarkan payudara semula.
• Elakkan penggunaan puting palsu(pacifier) mahupun botol. Kerana payudara ibu memerlukan stimulasi yang secukupnya daripada bayi.
• Panduan : Sepanjang 2 minggu bersama bayi, susukannya secara terus di samping mengepam dimana susu yang dipam akan dibekukan sebagai stok semasa ibu memulakan bekerja nanti.
• Anggaran susu perahan yang perlu ditinggalkan : 10 jam = 12 oz – 18 oz (kuantiti mungkin berubah mengikut usia bayi dan masa meninggalkan bayi)

Pengamalan Kangaroo Care semasa proses relaktasi
 
• Bayi hanya dipakaikan lampin untuk memperbanyakkan sentuhan kulit ke kulit dengan ibu di mana ibu juga berkeadaan bare chest
• Ibu mendukung bayi sebanyak mungkin (semasa menonton televisyen, membaca majalah mahupun tidur)
• Bagi membantu, bayi boleh dibawa didalam sehelai kain seperti pouch atau kain batik
• Tiada had waktu maksima untuk kangaroo care
• Selain daripada kebaikan kangaroo care seperti menstabilkan pernafasan, denyutan jantung dan suhu bayi, cara ini juga dapat menserasikan bayi dengan bau ibunya.
• Kangaroo care adalah ‘easy-access’ bayi kepada susu ibu dimana secara tidak langsung akan meningkatkan produksi susu ibu.

Bagaimana Ibu Mengekalkan Produksi Susu Selepas Mula Bekerja?
 
• Pam 3 jam sekali (20 minit setiap sesi) semasa di ofis
• Sentiasa bertenang
• Mengamalkan cara pemakanan yang sihat
• Minum 8 gelas air sehari

Indikasi Cukupkah Susu Ibu?

Susu yang terhasil akan bergantung kepada :
• Keberkesanan penyusuan bayi tersebut seperti lekapan (latch-on) yang betul, masa yang diluangkan untuk setiap sesi, dan adakah bayi menolak mana mana sesi penyusuan
• Kekerapan stimulasi terhadap payudara ibu. Stimulasi dari pam membantu dalam peningkatan penghasilan susu walaubagaimanapun penyusuan terus daripada bayi lebih berkesan.
• Respon fizikal ibu terhadap stimulasi. Setiap ibu mempunyai kadar respon penghasilan susu yang berbeza beza walaubagaimanapun prinsip penghasilan susu tetap sama iaitu ‘supply and demand’
• Simpan rekod susu formula dan susu ibu yang diberikan sepanjang minggu dimana pemberian susu formula dikurangkan sedikit demi sedikit hari demi hari.
• Bayi yang mendapat cukup susu akan mempunyai sekurang kurangnya 6 lampin basah sehari.
• Najis bayi akan semakin cair, berwarna kuning cair dan semakin kurang berbau berkadaran dengan pertambahan jumlah susu ibu yang diminumnya.
• Berat dan panjang bayi stabil pada setiap kali lawatan klinik.

Alternatif lain?

Terdapat beberapa cara yang dipercayai boleh menambahkan produksi susu ibu. Walaubagaimanapun, suplemen suplemen ini hanya berkesan dengan penyusuan secara langsung dan pengepaman yang berkesan.
• Makanan penambah susu seperti pegaga, jantung pisang, lobak putih, oat, minuman horlicks.
• Suplemen herba seperti halba
• Perubatan moden seperti pil Domperidone dan Mortilium dibawah preskripsi doktor
• Penggunaan supplement nursing system (SNS) dimana susu formula dimasukkan dan tiub dilekatkan pada payudara ibu.
 
Ibu2 yang ingin relaktasi set Triple M adalah set yang terbaik untuk anda. SetTriple M fullpack mengandungi Vitamin C, B Complex, Vitalea, Alfalfa dari Set B dan tambahan Ostematrix(kalsium) dan Energizing Soy Protein. Semua kombinasi ini membantu ibu menjadi lebih sihat, cergas seterusnya mampu menghasilkan susu ibu dengan lebih mudah. Tak dilupakan prinsip kerap mengosongkan payudara, minum air 3L dan mendekatkan diri dengan Allah sebagai syarat wajib untuk berjaya. 
 
************************************
Sila email saya di syikin.nazri@yahoo.com untuk dapatkan tawaran hebat daripada saya!! Atau PM saya di FB Kikin Nazri dan boleh juga sms kepada saya di 019-5257274 untuk mendapatkannya.

Friday, 7 October 2011

Set Penyusuan Shaklee : Mana Satu Yang Sesuai Untuk Anda

Euphoria Group (nama group kami) ade menyediakan set-set yg bersesuaian mengikut keperluan individu.. Antara set paling glamer adalah Set Penyusuan Shaklee.. 

1] SET B

2] SET E

3] SET TRIPPLE M (3M)

Ringkasan setiap set :-




Set B -  untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B ? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai perangsang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.




Set E -  lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix. Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.



Set 3M - Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
** Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan 

* Si ibu yang nak mula menyimpan stok
* Si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam 
* Si ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

** Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari.. maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.




Sila email saya di syikin.nazri@yahoo.com untuk dapatkan tawaran hebat daripada saya!! Atau PM saya di FB Kikin Nazri dan boleh juga sms kepada saya di 019-5257274 untuk mendapatkannya.

Tuesday, 13 September 2011

Lagi Testimoni Set Triple M Shaklee...

Saya mengenali beliau hanya di alam maya. Namun dalam perkenalan yang singkat itu, saya mohon izin beliau untuk menjadikan beliau testimoni kerana pengalaman beliau bagus untuk dikongsi bersama.

Apa kata beliau?


Beliau mengamalkan set Tripple M. Memang kesannya cepat ditambah beliau kerap pam iaitu setiap dua jam.

Bagi kalian yang baby kerap menyusu dan yang memang kerap pam, jika kalian nak mempercepatkan penghasilan susuibu, maka set Tripple M adalah yang terbaik.




Inilah dia..Set Tripple M..

Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa set Tripple M? Ini kerana komposisi utama dalam susuibu adalah protien dan kalsium seterusnya semua zat vitamin dan garam mineral. Maka pengambilan protien dan kalsium yang mencukupi dalam diet harian membantu penghasilan susu dengan cepat provided si ibu kerap menyusukan anak atau pumping session yang konsisten.


Jangan ketinggalan untuk mengetahui September Special Offer, boleh emailkan kepada syikin.nazri@yahoo.com kerana ada hadiah menarik yang disediakan!

Tuesday, 26 July 2011

Shaklee Lebih Daripada Sekadar Milk Booster

Ni saya nak share satu testimoni menarik customer Iffah yang consume set Tripple M yang dicadangkan (Set Tripple M terdiri daripada set penyusuan asas, ESP dan Ostematrix dan diaplikasikan bersama tips ekslusif Euphoria). Jom baca!

Assalamualaikum Iffa,


First of all sorry sangat sbb x sempat nk share kemujaraban produk shaklee tu..suka ati je nk guna word 'kemujaraban' tu kn..actually nk show betapa baik n bagus nya produk shaklee.. 1st time ida jmpe produk yg dpt selesaikn masalah sy selama ni di samping membantu para ibu2 yg berpantang. ida akn story ape je yg shaklee ni dh bantu body ida:
 
Masa bpantang (BF Set) - Jaundice:

Shaklee produk yg best cz x perlu la ida nk telan produk2 bsalin tradisional cm ubat periuk or jamu..ida lak jenis yg mmg susah nk mkn ubat sket la. most important , ida dpt solution utk elak mkn jamu. my 1st baby dulu jaundice n sy x dbenarkn oleh pakar utk ambil jamu. Adam (1st baby) almost kne tukar darah n pecah rekod kt HSA (hospital sultanah aminah, JB) sbb reading jaundice plg tinggi..smpi doktor tny apa yg sy mkn msa preggy..sdih sgt ..so 4 my 2nd baby (Adeeb) , shaklee is alternative x pyh mkn jamu..Yg bestnya, even adeeb ade gak jaundice but only 1 week je..abg dia dulu 1mnth...superb kn? alhamdulillah..thx sgt Iffa sbb introduce this produk kt sy..

Migrain / Sembelit :

Ida ni mmg pesakit Migrain yg tegar since form 3 lg..this produk really help me especially msa dlm pantang..even x ckup tdo, migrain x dtg menyerang pon..alhamdulillah...body x rsa letih spnjng pantang, luka jahitan pon cepat sgt baik..tu plg best..lagi 1 psl sembelit or buasir..mmg ida ade sakit gak..so far alfalfa sgt membantu..smooth je aktiviti kt tandas..syukur sgt..klu x mmg perit n menyakitkan..
 

Milk Booster:

Shaklee is one of the best product yg i jmpe as milk bosster.. Alfalfa n ESP sgt best..susu makin meriah je..plg menakjubkn is sekali perah dpt 14oz..ida pon cm x caya..within 30 minit je tau, pkai manual pam (avent) jek..caya x?
So kt cni ade skit tips yg ida nk share bout my schedule pumping session..klu rsa sesuai leh la follow..pemakanan pon kne gak jga ..cam ida mmg x mkn ikan..so khasiat protein mmg dah ilang..so ESP help me gak to cover back my protein..
- 3 or 4 sesi pumping/day (ni kt opis je tau) ..balik umah kne pump gak + df
- consume 3M set (jgn skip makan yek)
- mkn 2 biji alfalfa every time lps sesi pumping
- mnum Susu Anmum (apa2 brand pon x pe) yg dicampur ESP : 2x/day (pagi/mlm)
- Mnum fresh soya + tempe (ari2 sy makan..sy suke sgt tempe..:) = as protein sbb sy x mkn ikn..

So Iffa, ni sedikit sebanyak tips yg dpt ida share utk all mommies ...once again tq dh perkenalkan SHAKLEE kt sy...wassalam
____________________________________


Shaklee suplement adalah satu usaha yang anda boleh lakukan untuk meningkatkan taraf kesihatan anda. Ya, betul Alfalfa dan ESP sangat membantu melancarkan penghasilan susu tetapi ia adalah tindakan yang berbentuk gabungan:
  1. Tubuh yang sihat
  2. Supply Vs Demand
  3. Pemakanan yang menepati Piramid Makanan dan diet seorang ibu yg menyusukan anak.
  4. Doa yang tidak pernah putus pada Allah SWT
  5. Istiqamah iaitu konsisten.
Apa yang Iffah suka tentang Shaklee Supplement ialah “Ia bukan sekadar Milk Booster”. Manfaat yang diperoleh terlalu banyak dan mencakupi pelbagai aspek kesihatan (sistem saraf, sistem peredaran darah, sistem perkumuhan dll) Senang cerita it repair, rejuvenate, and nourish tubuh kita dari dalam sehingga ke luaran.

Kata2 di atas dipetik dari blog Iffa ~


Friday, 6 May 2011

Testimonial Tripple M Shaklee~ Susu Bertambah Banyak


Sukanya saya dapat sms yang menggembirakan dari yang mencuba tips eksklusif dari Euphoria GBS. Syukur sangat dengan kelebihan dan rezeki yang Allah anugerahkan kepadanya. Berbunga-bunga hati baca sms dari Shima ni.



















"..Shima dah start minum esp dan oste seme tuh dalam seminggu, dah mula nampak kesan. Semalam pump kat office, senang2 je dapat 16oz.. dalam 2-3jam, B dah bengkak.. happy giler rasa macam nak nangis je.. pagi tadi pump pukul 5am je pun dapat 4oz..alhamdulillah..rezeki anak..syukur.."


"Okay, baru selesai sesi 9.30pagi..Alhamdulillah dapat 6oz..xpernah lagi dapat 6oz eachs ession..this is 1st time..each B 4oz..yang sebelah kanan, kurang sikit..but its okay.. lebih dari cukup..hehe..tq so much!"

Saya pun rasa macam nak melompat kegembiraan baca sms Shima ni. Bukan apa, bila customer down, saya pun turun susah hati dan cuba cari jalan macam mana boleh bantu. Jadi, bila dia happy, saya pun happy sama. Shima ni, pelanggan setia Shaklee.

Alhamdulillah, Shima terus positif untuk mencari jalan dan cara untuk menambah pengeluaran susu.

Sebenarnya pemakanan yang tinggi protein dan kalsium amat membantu pengeluaran susu ibu. Pemakanan yang seimbang adalah asas yang sangat penting untuk kesihatan ibu, bayi seterusnya membantu penghasilan susu. Tidak dilupakan3  syarat penting lain iaitu kerap kosongkan payudara dengan regular pump session, minum air melebihi 3L dan terus terusan berdoa pada yang Maha Berkuasa.

Kandungan Tripple M Shaklee yang terbaru ini mengandungi

Vitalea:
Menampung keperluan dan kekurangan penyerapan vitamin dari makanan. Menjaga kesihatan untuk jangka masa panjang. Mengandungi lebih 28 vitamin dan mineral dengan kompisisi yang mencukupi untuk keperluan harian termasuklah beta caratone untuk penglihatan dan pembinaan tisu juga kalsium, vitamin C dan D untuk tulang dan gigi yang sihat.

Vitamin C:
Anti oksida yang baik. Membantu tubuh melawan radikal bebas dan memelihara sel-sel badan. Menguatkan antibodi. Sebiji vitamin C Shaklee bertindak mengikut pelepasan masa jam demi jam dan bersamaan dengan 7 biji oren. Hebatkan? Vitamin C membantu kesihatan ibu supaya berupaya melawan penyakit dari menjadi lebih serius dan berpanjangan.

B Complex:
Sangat penting untuk metabolisme lemak dan membantu pembentukan sel darah merah. B Complex Shaklee yang lengkap kesemua jenis vitamin B bertindak secara bersama akan memberi kesan yang hebat dengan memberi kesegaran dan anti-stress. Ini amat penting untuk mood ibu supaya kekal ceria dan gembira untuk penghasilan susu yang mantap.

Set Tripple M juga didatangkan dengan:

Ostematrix:
Ostematrix Shaklee terdiri dari Kalsium, Magnesium, Vitamin, Zink dan Copper.
Semuanya membantu membina tulang dan gigi yang sihat. Kesan yang amat disukai ramai adalah ia turut memberi kesegaran di awal pagi dan menambah susu badan jika diambil dengan aturan dan amalan yang betul. Ibu yang menyusu sememangnya memerlukan kalsium tambahan dan Ostematrix Shaklee adalah lebih baik kerana ia mudah dan senang badan.

Energizing Soy Protein:
Susu ibu terbina dari protein. ESP Shaklee yang kaya dengan protein amat membantu dalam penghasilan susu ibu. Ia adalah soya terbaik kerana dipelihara dari peringkat awal pembenihan dan pemprosesan jadi hasilnya sangat berkualit tinggi.

Setelah mengetahui setiap fungsi dan kelebihan kandungan Tripple M ini, para ibu yang berkemampuan patutlah mencubanya.

Hubungi saya jika anda berminat untuk mencuba! :)

...Saya Suka Cantik & Sihat...