* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*
Showing posts with label Susu Ibu. Show all posts
Showing posts with label Susu Ibu. Show all posts

Friday, 23 August 2013

Rahsia Susu Ibu Meriah Memancut2

Rahsia cara banyakkan susu ibu sampai memancut-mancut. Pastilah ramai ibu-ibu yang tercari-cari rahsia ini. Ibu mana yang tak mahukan susunya memancut-mancut, banyak dan anak puas menyusukan? Ada cara dan rahsianya, yang pastinya ibu sanggup buat semua cara rahsia ini.
Tak susah pun, cuma perlukan komitmen ibu-ibu semua. Jangan tangkap muat penyusuan susu ibu nie. Bakal ibu dan ibu yang berniat nak susukan anak perlu cari ilmu banyak-banyak. Bila ilmu dah banyak. Barulah mudah nak laksanakan aktiviti menyusukan anak. Tapi cara terbaik nak tahu liku-liku menyusukan anak, adalah melalui pengalaman. Ibu kene berani try & error. Mencuba posisi terbaik menyusukan, makanan apa yang menganggu pengeluaran susu, waktu terbaik mengepam dan lain-lain lagi.
Jadi dah bersedia nak tahu rahsia cara banyakkan susu ibu? Jom kita bongkar.

  1. Pasang niat mahu menyusukan anak hingga 2 tahun. Niatkan menyusukan anak kerana nak penuhi syariat Islam. Bukan sebab sayangkan anak. Ibu yang bagi susu formula juga sayangkan anak mereka.
  2. Letak target jangka masa panjang (2 tahun).
  3. Buat juga target 6 bulan (sepanjang 2 tahun). Bagi memotivasikan diri ibu.
  4. Belajar, belajar, belajar. Pergi kelas asas penyusuan atau kelas 'internet'. Ajak suami belajar sekali.
  5. Cari kawan-kawan seangkatan. Join kumpulan sokongan.
  6. Dapatkan alat kelengkapan menegpam susu.
  7. Rooming-in dengan bayi lepas melahirkan.
  8. Susukan bayi sejurus selepas bayi lahir. (Jangan expect susu memancut waktu nie, masa nie yang ada hanya kolostrum. Dan bayi tak perlu sangat susu ibu, yang dia perlu dakapan hangat ibu ke dada. Nak lagi best biarkan bayi membuat 'breast crawl').
  9. Susukan bayi sekerap mungkin. Tak perlu tunggu 2 jam sekali. Susukan saja bila bayi nak. (Jika bayi jenis yang gemar tidur. Kejutkan bayi untuk menyusu. Jangan pula ibu bantai tido sekali).
  10. Makan makanan yang berkhasiat. Piramid makanan yang lengkap. Nak lebih bagus ambil Set Penyusuan Shaklee. Insyallah semua vitamin dan mineral ibu dapat, bayi juga menikmati melalui susu ibu. 
  11. Minum air kosong, sekurang-kurangnya 3 liter. Barulah berkesan rahsia cara banyakkan susu ibu nie.
  12. Bila dan mula berkerja. Buat jadual mengepam (3 jam sekali). Jangan buat je, pastu ke laut. Cuba berdisiplin ikut jadual.
  13. Elakkan stress di tempat kerja (B Complex Shaklee bantu elak stress).
  14. Cari perkara yang menyeronokkan waktu mengepam. Tengok video atau gambar anak. Baca buku. Atau bacalah Al-Quran atau berzikir.
  15. Jangan harap tidur nyenyak 8 jam di waktu malam. Ibu perlu bangun sekali waktu ini. Waktu ini hormon prolaktin (hormon pengeluaran susu) sangat tinggi. Tak perlu lama, 15 minit pun cukup. (Psst jangan bagi alasan, anak saya memang menyusu sepanjang malam. Tapi tahukah ibu bahawa masih banyak lebihan susu yang si manja tak hisap. Jika tak dipam, makanya tiadalah signal dihantar ke otak untuk menghasilkan lebih susu. 
  16. Tak usah bandingkan susu ibu lain yang sekali pam 30oz. Bersyukur, jika susu yang ada tak disyukuri malah dirunguti, macam mana Allah mahu hadirkan lebih banyak susu. Jadi bersyukur.
  17. Berdoa Allah berikan rezeki susu yang banyak dan cukup. Jangan pula takbur, 'aku hebat boleh produce susu banyak sampai 2 deep freezer penuh'. Tiadalah daya dan kekuatan kita melainkan dengan bantuan Allah. Susu ibu kan rezeki dari Allah.
Jangan cari alasan. Tengah menjungjung besen ibu ini masih mampu menyusukan.

Dua tahun perjalanan menyusukan anak adalah jalan yang panjang. Pasti ada masanya ibu akan diuji. Kan Allah dah kata, takkan beriman setiap hamba itu jika tidak diuji. Contoh ujian, ibu tak sihat, ibu datang bulan, anak sakit, masalah besar. Apa yang perlu dilakukan? 
Sandarkan pada Allah kerana Dialah sebaik-baik penolong dan pelindung. Berusahalah lapangkan dada, terimalah ujian dan cari jalan penyelesaian. Jangan kerna ujian-ujian ini ibu jadi lemah dan terus berhenti menyusukan anak. Cari jalan mudah, ganti dengan susu formula. Teruskan usaha, lakukukan satu demi satu rahsia cara banyakkan susu ibu.
Benar penyusuan ibu bukan jalan mudah. Bukan jalan senang. Banyak yang ibu perlu korban, masa, keseronokan tidur, duit dan pelbagai lagi. Sebab itu Allah janjikan yang baik bagi ibu-ibu yang menyusukan anak. Jadi marilah kita berusaha sebaik mungkin untuk berikan hak anak kita. Jalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu, patuhi tuntutan Ilahi. Insyaallah setiap titik susu yang mengalir pasti memberikan kebaikan dan mendapat keredhaan Allah s.w.t.
Jika mahu mengambil Set Penyusuan Shaklee, pastikan sudah melaksana semua yang diatas. Set Penyusuan bukan pil magic. Makan je terus memancut-mancut susu. 
Tujuan utama Set Penyusuan Shaklee adalah membantu ibu mendapatkan zat, vitamin dan mineral yang lengkap. Jadi badan ibu pun sihat, dan bertenaga. Boleh melaksanakan aktiviti menyusukan dan mengepam dengan lebih baik. Walaupun tidur tak cukup. 
 Sebagai bonus, susu ibu akan menjadi lebih pekat (bayi cepat kenyang, tak payah menempel lama-lama), juga susu akan bertambah. Lagi sekali jangan harap makan Set Penyusuan baru sehari, susu dah melambak-lambak. Namanya juga usaha, jangan lupa mohon Allah berikan yang terbaik bagi ibu dan anak.
Ada beberapa set penyusuan yang kami tawarkan..sila klik sini untuk lebih lanjut.. 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.






*******************************************




Untuk konsultasi dan segala pertanyaan, anda boleh:

1. LIKE facebook fanpage  Cantik & Sihat (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)
2. PM saya di fb,  Kikin Nazri
3. Emel  syikin.nazri@yahoo.com
4. SMS/ WhatsApp saya di 019-5257274.  

Wednesday, 27 June 2012

Kenapa Susu Saya Sikit Walaupun Masih Dalam Pantang?


 


Oklah, kali ni saya nak tepek kat blog kesayangan saya ni tentang masalah penyusuan yang sering di utarakan terutamanya bagi ibu - ibu yang pertama kali melahirkan bayi. Perlu diingatkan..lebih kerap kita menyusukan anak kita..lebih banyak susu kita dapat dihasilkan. Kenapa jadi macam tu??
Contoh : Masalah seorang ibu.
"saya masih dalam pantang, tapi susu saya tak banyak..anak pula asyik nak mengempeng je..hampir setiap jam nak susu, siang malam pagi petang. Bila saya bagi susu formula waktu malam, baru dia tidur lena" 

Persoalannye..adakah betul tindakan ibu tersebut??
SOALAN :
1. KENAPA BAYI ASYIK NAK MENGEMPENG?
2. KENAPA BILA BAGI SUSU FORMULA BARU TIDUR LENA?
3. KENAPA SUSU SIKIT?

JAWAPAN :
1. Adalah biasa bagi bayi yang baru lahir kerap menghisap susu. Kadar purata bagi bayi baru lahir, terutama yang masih dalam pantang atau 3 bulan pertama ialah setiap 2 jam sekali
2. Ini terjadi kerana, susu ibu sangat mudah hadam dan ia akan membuat bayi cepat lapar dan tidak akan menyebabkan masalah sembelit dan lain - lain penyakit. Susu formula tidak mudah hadam..ia memerlukan masa yang lama untuk dihadam dalam perut bayi. 
3. Susu dihasilakn daripada hormon dan otak memainkan peranan penting dalam penghasilan susu tersebut. Bila ibu tersebut kurang menyusukan bayi, maka otak akan menghantar isyarat dan mengatakan bahawa tiada permintaan.
Selain itu cuba perhatikan juga.
Kencing dan najis bayi
Secara logiknya, kalau intake ada, sure output pun ada kan. So kalau bayi anda ada kencing dan berak..tentunya dia cukup minum dan susu anda cukup untuk anak anda. Lagi pun bayi baru lahir, sikit je dia minum. 
pembuangan air kencing: 6-8 kali dalam tempoh 24jam 
pembuangan air besar : 3-8 kali dalam tempoh 24jam (semakin berkurang bila usia meningkat) tidak cair, tidak berketul dan berwarna kuning keemasan
Periksa teknik lekapan (latching)
Pelekapan tidak sempurna menyebabkan bayi tidak mendapat susu yang secukupnya. Dan ini menyebabkan payudara tidak dikosongkan dengan efektif.. apabila payudara tidak dikosongkan, maka hormon FIL (feedback inhibitor of Lactation) akan bertindak dan menyebabkan kurang susu.
Pertumbuhan bayi dan fizikal bayi
Berat bayi bertambah dari minggu ke minggu dan meningkat bulan ke bulan, biasanya selepas lahir bayi akan hilang berat badan sebanyak 7% dan mula bertambah semula apabila mencecah usia 6-10 hari. 
Berat bayi akan bertambah 100-200g setiap minggu dalam 6 bulan pertama, 85-140g antara 6 bulan - 1 tahun. Berat bayi berganda pada usia 6 bulan, dan 3x ganda pada usia 1tahun.

Kalau bayi anda sihat, ceria, muka tidak pucat, kulit bersih dan sihat, InsyaAllah, susu anda cukup untuk anak anda.
Cuma mungkin ada beberapa ketika bayi anda secara tiba - tiba menangis, tiba - tiba kuat menyusu dari biasa dan kelihatan tidak selesa..itu juga normal. Mungkin bayi anda mengalami Growth Spurt. 
Paling penting ibu kena bertenang dan jangan stress. Lagi satu, biasanya kalau berpantang dengan orang tua..mereka sering menyuruh anda memberi bayi air masak kan?? Tolong jangan beri apa - apa sahaja air! melainkan susu ibu. Susu ibu mengandungi 80% air, so bayi anda tidak akan sembelit. Susu ibu juga mengandungi fore milk dan hind milk.

Jika bayi kelihatan meragam dan tidak puas hati, dia mungkin tidak menerima susu yang kaya dan berkrim dihujung penyusuan. Susu ini dipanggil 'susu akhir'. Cara terbaik untuk memperbetulkan masalah ini ialah dengan memberikan susu dengan sebelah payudara sahaja setiap kali menyusu. Cara ini dapat memastikan yang bayi menerima semua peringkat susu iibu berikut:
Susu Pertama (foremilk) 
kelihatan seperti air biasa bertujuan untuk menghilangkan dahaga.
Susu Pertengahan
mengandungi lebih khasiat protein.
Susu Akhir (hind milk) 
kelihatan lebih pekat dan berkrim kerana kaya dengan khasiat lemak. Bayi memerlukan susu ini untuk membolehkan berat badannya meningkat. Cara ini baik untuk membantu bayi yang kurang berat badan menambah berat badannya.



Info ini saya ambil dari sini..credit to mamaqaireen


Wednesday, 9 November 2011

Posisi Penyusuan Ibu

Ada beberapa posisi mendukung bayi ketika penyusuan ibu. Secara asasnya apa saja posisi yang dipilih, ibu dan anak haruslah dalam keadaan selesa, tenang dan tidak menyakitkan mana-mana bahagian badan.

feeding-position

1. Posisi Mendukung (Cradle Hold)
Ibu duduk dalam keadaan tegak dengan bahagian belakang disokong dengan bantal. Bayi diletakkan betul-betul di hadapan ibu dalam keadaan perut bayi bertemu perut ibu. Jika bayi menyusu pada payudara kiri ibu, maka kepala, belakang badan dan punggung bayi diampu oleh lengan kiri ibu.  Begitulah juga jika bertukar ke bahagian kanan. Badan bayi juga boleh disokong dengan bantal untuk meninggikannya. Ibu perlu duduk dalam keadaan tegak, jangan membongkok kerana ia akan menyebabkan ibu tidak selesa dan boleh mengakibatkan sakit belakang.

2. Posisi Mendukung Bersilang (Cross-Cradle Hold)
Posisi ini hampir sama seperti posisi mendukung (cradle hold) di atas. Cuma bezanya ialah dalam posisi ini bayi diampu oleh tangan yang satu lagi. Jika bayi menyusu pada payudara kiri ibu, bahagian badan, belakang dan kepala bayi diampu oleh lengan kanan ibu. Tapak tangan ibu mengampu kepala bayi. Badan bayi juga boleh disokong dengan bantal untuk meninggikannya. Ibu perlu duduk dalam keadaan tegak, jangan membongkok kerana ia akan menyebabkan ibu tidak selesa dan boleh mengakibatkan sakit belakang.

3. Posisi Mendakap (Football Hold)
Posisi ini sesuai untuk ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan ceaserean kerana badan bayi tidak menekan abdomen ibu yang boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian pembedahan. Dalam posisi ini bayi diletakkan di sisi (kiri atau kanan) ibu. Badan bayi disokong oleh bantal dan juga lengan ibu. Juga ibu perlu duduk dalam keadaan tegak, jangan membongkok kerana ia akan menyebabkan ibu tidak selesa dan boleh mengakibatkan sakit belakang.

4. Posisi Berbaring (Lying Down)
Posisi ini juga sesuai untuk ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan ceaserean dan juga ibu-ibu yang bersalin normal yang tidak selesa untuk duduk tegak dan mungkin sakit di bahagian bawah.  Ibu-ibu perlu berbaring mengiring ke kiri atau ke kanan. Belakang badan ibu dan kepala disokong dengan bantal dalam keadaan selesa. Bayi juga diletakkan dalam keadaan mengiring menghadap ibu. Belakang bayi juga disokong dengan bantal.
Secara amnya:
  1. Kepala, tengkok dan badan bayi haruslah dalam keadaan selari
  2. Muka bayi menghadap payudara, hidung bayi bertentangan puting payudara ibu
  3. Bayi rapat dengan ibu, perut bertemu perut
  4. Kepala, bahu dan punggung bayi diampu
  5. Ibu dalam keadaan selesa dan tidak membongkok

Adaptasi daripada Booklet Penyusuan Susu Ibu, PPUM
Sumber gambar: med.umich.edu

...Saya Suka Cantik & Sihat...