Sebenarnya, keguguran rambut selepas bersalin adalah normal. Ia tiada kaitan dengan bayi menyembur atau menyusu badan.
Rambut mengalami fasa pertumbuhan dan fasa ‘rehat’ iaitu bila rambut kekal di kulit kepala dan akan gugur untuk memberi laluan kepada pertumbuhan rambut baru. Oleh itu, keguguran rambut sebenarnya normal.
Cuma, bagi ibu yang lepas bersalin, keguguran rambut adalah lebih ketara kerana:
- Hormon semasa mengandung menyebabkan rambut mengalami fasa pertumbuhan yang ketara. Apabila bersalin, rambut mengalami fasa ‘rehat’ dan sebagai memberi laluan kepada pertumbuhan rambut baru, lebih banyak rambut asal semasa mengandung akan gugur.
- Kurang rehat, mungkin kerana menjaga bayi yang baru lahir.
- Kurang vitamin seperti zinc dan protein.
Biasanya keguguran rambut selepas bersalin ni berlaku dalam 2-3 bulan selepas bersalin, sama fasa dengan bayi mula menyembur air liur.
Apa perlu dibuat sekiranya menghadapi masalah rambut gugur selepas bersalin?
- Tukar syampu kepada yang lebih rendah kandungan bahan kimia atau yang berasaskan organik, dan gunakan perapi dari sumber yang sama.
- Tukar sikat rambut kepada yang kurang memberi tekanan kepada rambut dan kulit kepala.
- Mengambil supplement yang mengandungi multivitamin dan mineral, zinc dan protein.
- Minum air secukupnya.
- Tidur dan rehat yang cukup serta jauhi stress.
Sepatunya masalah keguguran rambut ini akan berakhir apabila bayi mula memasuki usia 1 tahun. Namun, sekiranya keadaan berterusan, sila dapatkan khidmat nasihat pakar perubatan kerana keguguran rambut selepas bersalin juga boleh jadi kerana kecelaruan hormon akibat tiroid dan juga anemia.
Credit to
Berminat nak mencuba? Boleh sms di 019-5257274 atau emailkan saya di syikin.nazri@yahoo.com atau pm saya di Facebook Kikin Nazri untuk mendapatkannya!
wah.bagus la!
ReplyDeletelagi info tentang rambut gugur di SIHAT SELALU - Botak, Keguguran Rambut Masalah Keturunan
ReplyDelete