* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*
Showing posts with label Tips Penyusuan Susuibu. Show all posts
Showing posts with label Tips Penyusuan Susuibu. Show all posts

Friday, 23 August 2013

Rahsia Susu Ibu Meriah Memancut2

Rahsia cara banyakkan susu ibu sampai memancut-mancut. Pastilah ramai ibu-ibu yang tercari-cari rahsia ini. Ibu mana yang tak mahukan susunya memancut-mancut, banyak dan anak puas menyusukan? Ada cara dan rahsianya, yang pastinya ibu sanggup buat semua cara rahsia ini.
Tak susah pun, cuma perlukan komitmen ibu-ibu semua. Jangan tangkap muat penyusuan susu ibu nie. Bakal ibu dan ibu yang berniat nak susukan anak perlu cari ilmu banyak-banyak. Bila ilmu dah banyak. Barulah mudah nak laksanakan aktiviti menyusukan anak. Tapi cara terbaik nak tahu liku-liku menyusukan anak, adalah melalui pengalaman. Ibu kene berani try & error. Mencuba posisi terbaik menyusukan, makanan apa yang menganggu pengeluaran susu, waktu terbaik mengepam dan lain-lain lagi.
Jadi dah bersedia nak tahu rahsia cara banyakkan susu ibu? Jom kita bongkar.

  1. Pasang niat mahu menyusukan anak hingga 2 tahun. Niatkan menyusukan anak kerana nak penuhi syariat Islam. Bukan sebab sayangkan anak. Ibu yang bagi susu formula juga sayangkan anak mereka.
  2. Letak target jangka masa panjang (2 tahun).
  3. Buat juga target 6 bulan (sepanjang 2 tahun). Bagi memotivasikan diri ibu.
  4. Belajar, belajar, belajar. Pergi kelas asas penyusuan atau kelas 'internet'. Ajak suami belajar sekali.
  5. Cari kawan-kawan seangkatan. Join kumpulan sokongan.
  6. Dapatkan alat kelengkapan menegpam susu.
  7. Rooming-in dengan bayi lepas melahirkan.
  8. Susukan bayi sejurus selepas bayi lahir. (Jangan expect susu memancut waktu nie, masa nie yang ada hanya kolostrum. Dan bayi tak perlu sangat susu ibu, yang dia perlu dakapan hangat ibu ke dada. Nak lagi best biarkan bayi membuat 'breast crawl').
  9. Susukan bayi sekerap mungkin. Tak perlu tunggu 2 jam sekali. Susukan saja bila bayi nak. (Jika bayi jenis yang gemar tidur. Kejutkan bayi untuk menyusu. Jangan pula ibu bantai tido sekali).
  10. Makan makanan yang berkhasiat. Piramid makanan yang lengkap. Nak lebih bagus ambil Set Penyusuan Shaklee. Insyallah semua vitamin dan mineral ibu dapat, bayi juga menikmati melalui susu ibu. 
  11. Minum air kosong, sekurang-kurangnya 3 liter. Barulah berkesan rahsia cara banyakkan susu ibu nie.
  12. Bila dan mula berkerja. Buat jadual mengepam (3 jam sekali). Jangan buat je, pastu ke laut. Cuba berdisiplin ikut jadual.
  13. Elakkan stress di tempat kerja (B Complex Shaklee bantu elak stress).
  14. Cari perkara yang menyeronokkan waktu mengepam. Tengok video atau gambar anak. Baca buku. Atau bacalah Al-Quran atau berzikir.
  15. Jangan harap tidur nyenyak 8 jam di waktu malam. Ibu perlu bangun sekali waktu ini. Waktu ini hormon prolaktin (hormon pengeluaran susu) sangat tinggi. Tak perlu lama, 15 minit pun cukup. (Psst jangan bagi alasan, anak saya memang menyusu sepanjang malam. Tapi tahukah ibu bahawa masih banyak lebihan susu yang si manja tak hisap. Jika tak dipam, makanya tiadalah signal dihantar ke otak untuk menghasilkan lebih susu. 
  16. Tak usah bandingkan susu ibu lain yang sekali pam 30oz. Bersyukur, jika susu yang ada tak disyukuri malah dirunguti, macam mana Allah mahu hadirkan lebih banyak susu. Jadi bersyukur.
  17. Berdoa Allah berikan rezeki susu yang banyak dan cukup. Jangan pula takbur, 'aku hebat boleh produce susu banyak sampai 2 deep freezer penuh'. Tiadalah daya dan kekuatan kita melainkan dengan bantuan Allah. Susu ibu kan rezeki dari Allah.
Jangan cari alasan. Tengah menjungjung besen ibu ini masih mampu menyusukan.

Dua tahun perjalanan menyusukan anak adalah jalan yang panjang. Pasti ada masanya ibu akan diuji. Kan Allah dah kata, takkan beriman setiap hamba itu jika tidak diuji. Contoh ujian, ibu tak sihat, ibu datang bulan, anak sakit, masalah besar. Apa yang perlu dilakukan? 
Sandarkan pada Allah kerana Dialah sebaik-baik penolong dan pelindung. Berusahalah lapangkan dada, terimalah ujian dan cari jalan penyelesaian. Jangan kerna ujian-ujian ini ibu jadi lemah dan terus berhenti menyusukan anak. Cari jalan mudah, ganti dengan susu formula. Teruskan usaha, lakukukan satu demi satu rahsia cara banyakkan susu ibu.
Benar penyusuan ibu bukan jalan mudah. Bukan jalan senang. Banyak yang ibu perlu korban, masa, keseronokan tidur, duit dan pelbagai lagi. Sebab itu Allah janjikan yang baik bagi ibu-ibu yang menyusukan anak. Jadi marilah kita berusaha sebaik mungkin untuk berikan hak anak kita. Jalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu, patuhi tuntutan Ilahi. Insyaallah setiap titik susu yang mengalir pasti memberikan kebaikan dan mendapat keredhaan Allah s.w.t.
Jika mahu mengambil Set Penyusuan Shaklee, pastikan sudah melaksana semua yang diatas. Set Penyusuan bukan pil magic. Makan je terus memancut-mancut susu. 
Tujuan utama Set Penyusuan Shaklee adalah membantu ibu mendapatkan zat, vitamin dan mineral yang lengkap. Jadi badan ibu pun sihat, dan bertenaga. Boleh melaksanakan aktiviti menyusukan dan mengepam dengan lebih baik. Walaupun tidur tak cukup. 
 Sebagai bonus, susu ibu akan menjadi lebih pekat (bayi cepat kenyang, tak payah menempel lama-lama), juga susu akan bertambah. Lagi sekali jangan harap makan Set Penyusuan baru sehari, susu dah melambak-lambak. Namanya juga usaha, jangan lupa mohon Allah berikan yang terbaik bagi ibu dan anak.
Ada beberapa set penyusuan yang kami tawarkan..sila klik sini untuk lebih lanjut.. 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.






*******************************************




Untuk konsultasi dan segala pertanyaan, anda boleh:

1. LIKE facebook fanpage  Cantik & Sihat (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)
2. PM saya di fb,  Kikin Nazri
3. Emel  syikin.nazri@yahoo.com
4. SMS/ WhatsApp saya di 019-5257274.  

Wednesday, 19 October 2011

Tips Asas Untuk Tambah Susu bersama Shaklee

Saya tau ada di kalangan kawan-kawan yang telag mengambil Set B SHAKLEE tapi masih tidak mendapat hasil yang diharap-harapkan...Sabar ye kawan-kawan..Rezeki tu tak dtg bergolek cetu jer...Meh kita check tip-tips asas untuk tambah susu....Ingin saya ingatkan kawan-kawan dan diri saya sendiri jugak, supplement itu adalah salah satu usaha untuk menambah susu..Bukannya factor utama susu jadi bnyk yer...Salah Satu yer kawan-kawan...Kalau dah consume Set B, jgn lupe lakukan lakukan tips-tips basic di bawah :)
  1. Susukan bayi dengan kerap dan perah dengan konsisten
  2. Susu ibu terhasil berdasarkan konsep SUPPLY BY DEMAND. semakin banyak demand semakin banyak susu ibu yang terhasil. Jadi, semakin banyak kali bayi disusukan, otak mendapat signal bahawa lebih banyak susu yang diperlukan. Maka, insyaAllah susu pun bertambah banyak.
    Satu lagi, pastikan B sentiasa dikosongkan pada setiap kali sesi penyusuan/perahan. Walaupun bayi adalah pam yang terbaik di dunia tetapi kadang-kala bayi tidak minum sehingga kosong atau mungkin mengosongkan sebelah sahaja payudara, jadi ibu masih perlu mengepam keluar susu supaya otak dapat menerima signal yang betul. Susu yang diperah boleh dijadikan stok sekiranya berlaku kurang susu di suatu hari ini.
    Elakkan menunggu sehingga bengkak susu, baru perah. Hasilnya memang lumayan, namun untuk jangka masa panjang susu akan makin lama makin berkurangan. Tentunya ibu-ibu mahu menyusukan anak sekurang-kurangnya sehingga 2 tahun, bukan?
    Untuk ibu yang bekerja, perah/pam sekurang-kurangnya 3 jam sekali. Perah pada masa yang sama setiap hari supaya otak dapat menerima dan menghantar signal yang betul. ibu akan dapati pada masa yang sama setiap hari B akan penuh dengan susu dan sekiranya lewat pam akan mengalami bengkak susu.
  3. Minum banyak air
  4. Manusia perlu minum sekurang-kurangnya 2 liter air sehari untuk memenuhi keperluan tubuh dan melancarkan peredaran darah. Tetapi untuk ibu yang menyusu, air yang diperlukan adalah sekurang-kurangnya 3 liter sehari. ini kerana air yang keluar bukan sahaja melalui sistem perkumuhan tetapi juga dari penyusuan.
    Banyakkan, 3 liter sehari. boleh muntah air dibuatnya. sedikit tips untuk memastikan ibu minum air yang mencukupi. Sediakan bekas air yang besar iaitu 1 atau 1.5 liter sebagai indicator untuk memudahkan ibu tahu berapa banyak air yang telah diminum untuk sehari. Setiap kali lepas buang air atau menyusu, minum sekurang-kurangnya secawan air.
    Untuk mengelakkan ke tandas terlalu kerap, minum dengan sedikit tetapi kerap. ini memudahkan badan menyerap air dan meng’optimum’kan fungsi air dalam tubuh. minum juga air semasa sedang menyusu.
    Sediakan sebotol air masak di tepi katil. sekiranya ibu bangun malam, boleh la melegakan tekak sedikit.
    pengambilan vitamin juga menyebabkan darah pekat, oleh itu, air diperlukan untuk melarutkan vitamin ke seluruh tubuh.
  5. Doa
  6. Senjata utama orang Islam adalah doa. Walau pun telah pelbagai usaha yang dilakukan tetapi jika Allah kata tiada rezeki untuk kita tentu rezeki itu tidak datang. Jadi, janganlah sombong dengan Allah. Banyakkan berdoa, berzikir dan mengingati Allah.
    Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Lagi banyak kita berdoa, lagi suka Allah mendengarnya. Mintalah dengan Allah, kerana hanya Dia yang berkuasa memenuhi permintaan setiap manusia.
    Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (Surah Al-Mu’min:60)
    Di dalam satu hadith qudsi, Allah SWt berfirman: “Sesungguhnya apa-apa yang akan Aku lakukan terhadap hambaKu adalah mengikut sangkaan hambaKu terhadap-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia mengingatiKu. Jika dia mengingatiKu di dalam hatinya maka Aku mengingati dia di dalam hati-Ku, dan jika dia mengingati-Ku dalam perhimpunan maka Aku ingati dia dalam perhimpunan yang lebih baik (yakni jemaah para malaikat). Apabila hamba-Ku mendekati-Ku sejengkal, maka Aku dekati dia sehasta. Apabila dia mendekati Aku sehasta, maka Aku dekati dia sedepa. Dan apabila dia datang mendekati Aku dengan berjalan, maka Aku dekati dia dengan berlari” (Hadith Riwayat Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan lain-lain)
*******************************
Sila email saya di syikin.nazri@yahoo.com untuk dapatkan tawaran hebat daripada saya!! Atau PM saya di FB Kikin Nazri dan boleh juga sms kepada saya di 019-5257274 untuk mendapatkannya.
 

Wednesday, 12 October 2011

Kesan Sampingan Yang Perlu Kita Tahu Bila Consume Vitamin Shaklee

Salam bahagia buat semua yang sudi membaca blog ibu. Walaupun tidak lagi menyusu, namun ibu sangat seronok untuk berkongsi pengalaman ibu menyusukan anak2 ibu selama lebih 2 tahun. Pada ibu tidak salah kita berkongsi perkara yang membawa kebaikan pada seluruh manusia sejagat. Saban hari permintaan ke atas Shaklee sangat menggalakkan. Pada perkiraan ibu, sebulan melebihi 500 pack yang kami kongsikan bersama kenalan baru.

Buat yang masih baru mengenali vitamin Shaklee, berbesar hati ingin ibu nyatakan kelebihan Shaklee ialah kerana ianya telah lebih 50 tahun berada dalam pasaran Malaysia. Apakah beza sebenar produk Shaklee dengan vitamin lain yang boleh di dapati dari klinik kerajaan dan farmasi? Pertama sekali yang buat ibu sangat puashati ialah kerana tiadanya silika gel seperti dalam rata2 botol vitamin. Ini menandakan ianya asli dan bukan sintetik (tiruan). Vitamin Shaklee tidak mempunyai perasa tambahan, pengawet tambahan malah tiada bahan tambahan yang tidak diperlukan oleh badan.

Permintaan set B (Euphoria Breastfeeding Set) yang kami sediakan dalam bentuk pakej adalah sangat sesuai buat ibu yang sedang menjayakan penyusuan susuibu. Apakah vitamin yang terkandung dalam  set B sebenarnya? Dalam pakej ini mengandungi:

Multivitamin @ Vitalea,
B complex,
Vitamin c dan
Alfalfa.

Namun ramai yang tidak tahu kepentingan utama pengambilan vitamin ini. Hakikatnya pengambilan vitamin ini membantu tubuh ibu sihat dan sustained iaitu kekal bertenaga walaupun bekerja. Macam ibu walau tidak bekerja namun vitamin sangat membantu agar ibu kekal bertenaga dan sihat untuk menguruskan 2 anak bujang ibu terutama bila abah tiada di sisi. Bukan mudah nak uruskan semuanya jika kita sakit atau mudah jatuh sakit kan?

KESAN UTAMA setelah mengambil vitamin Shaklee ini ialah :

  1. Badan rasa lebih bertenaga kecuali mereka yang kurang air maka badan akan menjadi semakin letih.
  2. Perasaan yang gembira dan mood yang lebih stabil.
  3. Badan tidak mudah rasa lesu dan letih.
  4. Sentiasa rasa bersemangat.
  5. Fikiran lebih positif.
  6. Tidak mudah stress dan mudah menangani masalah dengan baik dan tenang.
  7. Kita tidak akan mengalami kurang darah dan tekanan darah lebih stabil.
  8. Membantu melancarkan sistem perkumuhan dengan lebih lancar terutama apabila consume cukup air dalam sehari.
  9. Badan mempunyai sistem imun yang tinggi dan mudah recover jika sakit.
Maka kerana kesan utama inilah ramai wanita yang dulunya makan Shaklee hanya untuk tujuan penyusuan kini masih meneruskan makan vitamin Shaklee kerana merasa kelebihan dan kebaikkan walau sudah tidak menyusu lagi.

Namun sesuatu yang telah buat ibu sedar, rupa-rupanya terdapat KESAN SAMPINGAN bila makan vitamin ini terutama bagi ibu yang menyusu kerana ramai TESTIMONI yang menulis dan ianya diakui oleh ramai ibu yang mengamalkan set Breastfeeding Shaklee ini antaranya ialah :
  1. Susuibu menjadi lebih pekat.
  2. Susu berubah menjadi lebih kekuningan atau sedikit kehijauan
  3. Penghasilan susu mula menampakkan peningkatan terutama apabila kerap menyusukan bayi mahupun sesi perahan yang konsisten sehingga payudara kosong.
  4. Payudara mudah rasa bengkak terutama apabila si ibu tidak skip makan dan membuat perahan @ direct feeding sehingga payudara benar2 kosong SECARA KONSISTEN.

Ada yang bertanya, penting ke SUSUIBU PEKAT atau CAIR?

Susu pekat atau tidak : ia balik kepada kepuasan individu (si ibu). Khasiat susu ibu mmg terbaik. Cuma nasi kalau makan berlauk lagi sedap dari di makan begitu sahaja. Jika mampu then amik supplement, jika ada kekangan dan rasa tak perlu, tak perlu amik pun tiada masalah.
setiap individu punya taste yang berbeza. Ada org suka minum sbg cth milo yang cair, tetapi tidak kurang juga ada yg suka minum milo yg pekat. Hakikatnya ia tetap milo dan tidak berubah menjadi air sirap..... Sama dengan susuibu.


Pemakanan atau fokus pengambilan supplement bukanlah utk memekatkan susu tetapi membantu tubuh ibu... untuk sustained iaitu kekal bertenaga, ceria, mood yang stabil namun secara tidak langsung kesan vit membuatkan susu menjadi lebih pekat. sekali lagi dimaklumkan susu pekat bukan fokus utama pengambilan vit tetapi kesan lain selain membantu si ibu sustained. Bagi working mom yang punyai jadual makanan tak teratur mmg digalakkan amik supplement supaya badan tak mudah penat, tak mudah stress and etc. Supplement ada byk, tidak semestinya Shaklee namun dapatkan yang tiada pewarna, tiada perasa tambahan supaya badan menyerap vit dengan sepenuhnya dan lebih baik. Walau bagaimanapun yg punyai kekangan cuba dptkan dr klinik kerajaan.

Namun bagi yang TIDAK menyusukan anaknya ,mereka tidak akan mempunyai kesan sampingan ini sekiranya mereka consume semua vitamin dalam set B.


Sekadar maklumat tambahan

Apakah kepentingan setiap vitamin ini sebenarnya?
a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin
Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

b) B Complex
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.
Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

c) Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

d) Alfalfa
Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bby..susah nak kena kembung.
Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink.

Shaklee tidak membanyakkan susu. Shaklee Alfalfa membantu penghasilan susu dengan lebih cepat namun ibu yang menyusu perlu tahu, untuk meningkatkan penghasilan susuibu...3 perkara utama iniiaitu perah dengan konsisten sehingga payudara benar2 kosong, minum 3 L air sehari (biar sedikit2 tetapi berterusan) dan doa yang berterusan.

credit


*******************************
Sila email saya di syikin.nazri@yahoo.com untuk dapatkan tawaran hebat daripada saya!! Atau PM saya di FB Kikin Nazri dan boleh juga sms kepada saya di 019-5257274 untuk mendapatkannya.

Tuesday, 13 September 2011

Hanya Makan Alfalfa Untuk Tambahkan Susu..Boleh Ke??

Entry bonus kepada kawan-kawan yang mahukan alfalfa sahaja. 

Boleh tambah susu tak kalau makan alfalfa aje?

Of course boleh. Kalau kawan-kawan rajin membuat research dan rajin membaca, at least baca kat website kellymom, tak silap saya ada dinyatakan alfalfa adalah milk booster. Ye, alfalfa adalah penggalak susu. Susu memang cepat terhasil jika kawan-kawan konsisten makan alfalfa. Kalau ambil alfalfa SHAKLEE, makan 6 biji, 3 kali sehari memang penghasilan susu bertambah, provided kawan-kawan amalkan TIGA AMALAN PENTING YANG SELALU SAYA TEKANKAN DALAM BLOG NI.

Namun demikian, ada risikonya sekiranya kawan-kawan makan alfalfa sahaja. Antaranya
  1. merasa keletihan yang melampau
  2. moody
  3. mudah mengantuk
  4. dingin seks
Kenapa? Kerana kawan-kawan telah memaksa tubuh kawan-kawan untuk bekerja menghasilkan susu dengan sebanyak-banyaknya, tanpa mengira keadaan tubuh samada mampu ataupun tidak. Kesannya adalah seperti di atas, malah lebih teruk, bila susu dan banyak, kawan-kawan sendiri tidak mampu untuk mengosongkan breast seperti sepatutnya - menjurus kepada masalah clog duct/ susu tersumbat.

Letih, penat, mengantuk, moody sebab badan bekerja dengan teruk. Melainkan kawan-kawan memang mengamalkan diet sihat dan seimbang. Makan cukup 3 kali sehari minima (sebab ibu menyusu ni banyak guna tenaga ye.. so, jangan nak skip makan or nak diet teruk-teruk).

Sebab itulah kami mencadangkan pengambilan milk booster ini bersama-sama dengan vitamin-vitamin asas supaya tubuh kita dapat maintain sihat dan cergas, dan dapat menghasilkan susu dengan lebih mudah. Kesan makan set yang lengkap ini ialah susu mudah terhasil, badan rasa cergas sihat, kurang moody - lebih ceria, kurang mengantuk (ramai customer saya claim diorang dah okey stayup malam since makan suplemen ni) dan yang penting, kita mampu menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri (jangan lupa kat en hubby tu!)

Kepentingan vitamin-vitamin ni semua (walaupun saya dah buat banyak entry tapi takpelah, copy balik kat sini bagi melekat dalam fikiran kan?)
1) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin


Dilengkapi dengan kesemua vitamin beserta zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.


b) B Complex


Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.


Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantikberseri dan tidak kusam.


c) Vitamin C


Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit ibu dan bayi makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.


d) Alfalfa


Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat. Ianya bergantung kepada keperluan badan si ibu.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bayi..susah nak kena kembung.


Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink. Walaupun alfalfa dikenali sebagai tumbuhan yang kaya dengan micro nutrient namun ia tidak mempunyai sukatan khas yang memenuhi keperluan badan kita.


Jadi, saya harap kawan-kawan dah boleh buat keputusan. Oh ye! Alfalfa tidak dibenarkan kepada pesakit SLE. Boleh ganti dengan pengambilan ESP sebagai milk booster.

credit to Yoursupermom.com

Jangan ketinggalan untuk mengetahui September Special Offer, boleh emailkan kepada syikin.nazri@yahoo.com kerana ada hadiah menarik yang disediakan!

Thursday, 30 June 2011

MILKBOOSTER Semulajadi

Menjadi lumrah bagi ibu-ibu yang menyusukan anaknya untuk mendapatkan susu perahan yang banyak, terutama bagi yang bekerja. Lebih-lebih lagi sekarang ni kita makin menghampiri Ramadhan. Jadi makin giatlah aktiviti pengumpulan susu ini di kalangan ibu-ibu.

9 Jenis Makanan Penambah Susu Yang Boleh Didapati Secara Semulajadi 

(1) Daun Alfalfa

alfalfa

Meskipun dalam set penyusuan tu ada pil alfalfa, tapi tak salah kalo nak makan daun alfalfa. Tapi kat Malaysia ni saya biasa jumpa orang jual daun alfalfa untuk haiwan ternakan (alfalfa sangat bagus untuk binatang ternakan!). Kalau kat supermarket yang ada ‘alfalfa sprout’ atau yang jenis cambah tu.

(2) Halba @ Fenugreek

fenugreek

Halba atau juga dikenali sebagai fenugreek merupakan milk booster yang agak terkenal di kalangan ibu2 di negara kita. Halba biasanya digunakan dalam masakan. Ada juga halba dihasilkan dalam bentuk pil.


(3) Jintan

jintan

Jintan ni sama dengan halba di atas, biasanya digunakan dalam masakan. Jadi tak hairanlah kalau lepas makan kari, kilang susu rasa penuh saja :)

(4) Kurma

kurma

Kurma membekalkan kalori segera, amat sesuai untuk ibu menyusu kerana ibu menyusu memerluka extra kalori.
(5) Susu

susu

Khasiat susu tidak dapat dinafikan lagi. Ibu perlu minum susu untuk menghasilkan susu. Mungkin ideal kerana bukan sahaja memberi kebaikan kepada susu ibu, malah juga menjaga tubuh ibu dengan membekalkan protin, kalsium dan berbagai jenis vitamin dan galian perlu.

(6) Keju

mozzarella cheese

Keju yang tinggi kandungan zat, sama seperti susu membekalkan protein, kalsium dan vitamin serta mineral perlu. Keju seperti juga susu dan produk tenusu lain, ia mudah diserap oleh tubuh. Jadi tak hairan kalau lepas makan keju, terasa ‘berat’ saja kilang susunya ;)

(7) Tempe

tempe

Tempe yang dibuat dari kacang soya adalah tinggi kandungan protein. Ia bukan saja membantu membanyakkan, malah memekatkan susu.



(8) Sayuran Hijau

sayur

Sayuran hijau seperti kucai, sawi, dan sebagainya membekalkan vitamin B perlu terutama asid folik yang penting dalam penyusuan susu ibu.


(9) Lobak Putih

lobak putih
Lobak putih mengandungi vitamin C melebihi buah-buahan, serta serat yang tinggi. Kedua-duanya membantu dalam penghasilan susu ibu, dan juga memperbaiki sistem imuniti tubuh ibu.

Dan banyak lagi makanan yang boleh membantu dalam menambah susu ibu. Walau bagaimana pun, semua usaha harus disertai dengan ilmu pengetahun dalam bidang penyusuan.

AMALAN WAJIB - KOSONGKAN PAYUDARA! KERAP MENGEPAM – setiap hari sekurang-kurangnya 2-3 jam sekali, terutama ketika bayi tiada bersama.

DOA

Doa menbanyakkan susu ibu:


Zikir-zikir untuk membanyakkan susu ibu seperti YA MATIIN, Selawat dan sebagainya. Dan ibu-ibu hendaklah selalu bertaubat, bersedekah, membersihkan hati dan berbaik sangka dengan si pemberi rezeki.

*Kredit kepada Vitamin Semulajadi.

Jika anda merasakan sukar untuk mendapatkan kesembilan-sembilan makanan semulajadi di atas, bolehlah mencuba makanan tambahan semulajadi daripda Shaklee.

* Lengkap dengan Protein soya, 12 kumpulan vitamin B, Kalsium-Magnesium dengan Vitamin D, Multivitamin dengan Zat Besi, 500mg Vitamin C serta Alfalfa (milk booster semula jadi yang digunakan sejak dahulu kala lagi) *


Jumlah harga jualan untuk set ini: 

(1) RM509.75 (termasuk kos penghantaran ke Semenanjung).
(2) RM543.75 (termasuk kos penghantaran ke Sabah & Sarawak).
* Untuk dapatkan harga istimewa, sila sms ke 019-5257274 atau email kepada saya di syikin.nazri@yahoo.com atau boleh juga pm saya di facebook Kikin Nazri.

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Saturday, 18 June 2011

Kenapa Perlu Kesabaran Makan Vitamin Shaklee?Testimoni Selepas 5 bulan..

Sekilas fakta:Shaklee adalah antara vitamin yang terawal dalam sejarah supplement. Ianya diperkenalkan oleh doctor yang bernama Dr. Forest C. Shaklee. Beliau mengkaji kepentingan tumbuh2an dan kebaikannya ke atas manusia.

1. Forest C. Shaklee is the founder of vitamin in year 1951- vitamin mineralized
2. Shaklee melakukan klinikal test untuk setiap produknya...
3. Telah lebih 50 tahun dalam pasaran dan ianya diyakini selamat.
4. Ianya murah setanding dengan kualiti...
5. Amalan istiqamah akan membuahkan hasil dan kesan yang ketara.
Supplemen Shaklee adalah vitamin.. yang bertindak secara natural..





1. Penyerapan vitamin oleh sel akan menjadikan sel itu perlu masa untuk stimulate dan menghasilkan sel yang kuat dan membentuk antibodi.

2. Supplement akan mengisi ruang kekosongan yang tidak dapat dipenuhi melalui pengambilan makanan harian.

3. Tindakbalas yang berlaku dalam badan untuk proses penyembuhan adalah secara semulajadi oleh sistem antibodi badan yang secara perlahan2 dibentuk dari pemakanan dan yang dilengkapi melalui makanan tambahan.
kalau ubat pula?..efeknye cepat…(mcm telan panadol tu..cepat surut panas and sakit kepala…kenapa saya kata ubat ade kelemahannya walaupun efeknye cepat?
1. Proses penyembuhan berlaku adalah secara paksaan melalui suntikan ubat kedalam sistem antibodi tubuh.
2. Saraf akan menjadi lemah kerana terlalu bergantung dengan ubat.
3.dalam jangka panjang, antibodi dan saraf kita akan mula lali dengan ubat tersebut maka dos yang lebih tinggi diperlukan oleh memastikan penyembuhan dapat berlaku dengan cepat.
4. Boleh memberikesan dan impak yang besar kepada buah pinggang serta hati.
.Sebab tu saya kata Shaklee ni best..dan yang penting kene consistent mkn berterusan.. yelahkan ..kita bukan nak sihat sehari dua jer..jadi pastikan anda sabar di awal2 pengambilannya.dan teruskan lah setia bersama Shaklee...Hasilnya?..berbaloi baloi..tak perlu saya hurai panjang lebar.. hanya yang dah rasa pasti akan over2 excited.....hihi..bak kata Pn Fida ni..selepas 5 bulan sabar mengambil Shaklee..
...... Pn Fida,kenalan cyber saya...... besar jugak ujian dan cabaran beliau dlm penyusuan susu ibu.. tak tercerita kat sini.. tapi saya yakin beliau seorang yang tabah... supplemen ni hanya sebahagian dari checklist ..selebihnya terserah kat sendiri.. dan yang pasti rezeki susu ibu itu dari Allah SWT jua..beliau bermula dengan SET B ..kemudian sedikit demi sedikit add on ESP, Omega, Vitamin E, Nutriferon..dan sekarang baru nampak kesannya.. kesannya yang amat mengujakan si ibu dan si anak.....


Mari baca SMS,Puan Fida..(belum sempat upload gbr baby beliau yg comel)

"hi kak..sihat alhamdulillah.. baby pun sihat..fida punya eczema getting better..susu hari2 dpt 150z..alhamdulillah tak pernah kurang dari tu...tulah kak...rasanya dah dekat 5bulan mkn shaklee..baru rasa kesannya..lega sangat.memang tak menyesal pun beli shaklee nih..hihi..dan fida akan teruskan guna sampai bila2...




...Saya Suka Cantik & Sihat...