* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Monday 31 October 2011

Vivix Untuk Ibubapa Dan Penawar 1001 Penyakit

Hari nak sambung lagi berkenaan produk Shaklee yg umpama "magic potion" iaitu vivix...Teterlebih dahulu credit buat fiza nur, iffa dan kak nadiah. Mmg membaca kebaikan vivix seolah2 satu harapan baru buat mereka yg memerlukan di luar sana...jom kita lihat apa itu vivix
Vivix adalah produk terbaru Shaklee:

Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.


Apakah fungsi dan kelebihan Vivix

1. Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal

2. Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

3. Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.



"Terdapat empat mekanisma yang membuktikan kebaikan Vivix iaitu ia mengandungi resveratrol yang kebaikannya sama dengan 3,000 gelas wine merah tapi Vivix ni HALAL ya. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan. Vivix mendapat sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya. Menurut Carsten, Vivix berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA serta memberi kesan positif kepada genetik sekali gus mengurangkan sel penuaan. Katanya, Vivix kini menjadi perhatian pengguna di seluruh dunia disebabkan kebaikan kandungan selain melawan pelbagai jenis penyakit. Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain. Dengan hanya minum sesudu sehari, pengguna akan merasai perbezaannya. Minuman yang sesuai untuk lelaki dan wanita berusia 18 tahun ke atas itu juga boleh dijadikan masker pada wajah iaitu caranya dengan menyapu dan biarkan beberapa minit untuk dilihat hasilnya.” Mari kita lihat pula apa kata mereka yang telah mencuba vivix.

Testimonial Pengguna Vivix

Testimoni 1 dari Puan Fiza

Hujung minggu yang lalu, kami sekeluarga pulang ke rumah mertua. Setibanya kami, hari sudah menginjak ke waktu sahur. Semasa di meja makan sambil menikmati juadah sahur, emak dengan nada gembira memberitahu bibirnya kemerah-merahan. Macam pakai lipstik. hehehe. Katanya sakit sendinya sudah semakin berkurangan. Rasa kebas tangan pun sudah berkurangan. Alhamdulillah…Sebenarnya sudah 2 minggu kot saya bagi mak mertua saya mencuba VIVIX. Memang betullah sepertimana testimoni yang saya baca dan fakta2 berkenaan VIVIX. Saya memang tunggu feedback begini dari mertua. Sebabnya, emak mertua selalu bercerita mengenai keadaan kesihatannya yang selalu rasa kebas tangan, sakit pinggang, sakit sendi, demam lambat baik, emak juga ada lelah. Nafasnya berbunyi agak kuat. Tapi sepanjang 2 hari lepas, memang ada perubahan, nafasnya tidak berbunyi seperti lelah. Alhamdulillah. Saya tahu Shaklee memang bagus. Harganya mahal, tapi setanding kualiti. Sekiranya berkemampuan memang saya pun nak beli VIVIX gak. Senang, hanya sesudu teh, sudah cukup. Ianya untuk kesihatan keseluruhan malahan juga anti penuaan.

Oh ya, sewaktu pulang ke rumah emak di Kedah, emak juga komen kulitnya rasa licin, berseri sikit. Tak tahula penangan VIVIX ke B Complex ke Vitamin C. Saya tak kisah sangat kalau mereka nampak muda, yang penting saya harap mereka lebih sihat, jarang sakit, mudah nak beribadat dan lebih seronok melayan kerenah kami anak-beranak. Tak puas lagi merasa kasih sayang emak dan abah. Saya tak senang hati kalau ibu bapa mengadu sakit sana sakit sini. Saya masih perlukan mereka dalam hidup saya. Takkanlah saya nak sihat seorang sahaja. Ibu bapa dibiarkan masuk hospital, makan ubat-ubatan, cucuk sana, cucuk sini, sedangkan saya tahu ada penawar yang baik seperti supplement Shaklee.
Semua orang sayang ibu dan ayah kan. Jangan berkira untuk membeli vitamin untuk mereka. Pendapatan yang kita peroleh setiap bulan bukan hak kita seorang, harus dikongsi dengan yang tersayang.

Testimoni 2 dari Pn. Norimah


Nama saya Norimah, saya seorang surirumah sepenuh masa dan saya berumur 58 tahun apa yang menjadi masalah kepada saya ialah apabila saya membuat kerja rumah atau pun memasak tangan saya akan merasa kebas dan bila berjalan lebih sedikit maka betis saya pula yang sakit. Untuk ini sudah bermacam produk yang saya cuba contohnya. supplement calsium, glucosamine dan yg lain2 yang ada di farmasi. saya juga telah berjumpa dengan doktor pakar ataupun tidak pakar. Mereka kata biasalah ni untuk orang dah berusia.

Setelah lama berusaha maka saya diperkenalkan dengan shaklee pada 2 tahun lepas dan semenjak itu saya mula makan kalsium, gla, vita- c serta omega 3 dari shaklee. Alhamdullilah saya merasa kekurangannya dari setiap hari kepada 3 kali seminggu tetapi saya tetap merasa kebas di tangan itu dan sakit di betis setiap kali bekerja kuat terutamanya bila kenduri kendara.

Pada awal januari 2010 saya diperkenalkan pula dengan produk baru dari shaklee iaitu vivix, dan apa yang menarik perhatian saya ialah produk ini boleh mengembalikan badan saya menjadi muda 25 tahun....bab ni saya rasa mungkin ramai yang tak percaya!. saya pun sama juga...dalam hati berkata betul ke ni?, tetapi saya telah kenal Shaklee 2 tahun lepas dan selalunya apa yang di claim oleh shaklee adalah dijamin berkesan.jadi saya pun membeli produk ini. dan mencubanya. Hari pertama dan kedua saya tidak merasa apa-apa perubahan yang ketara cuma saya rasa saya tidak mudah penat walaupun seharian buat kerja di rumah.

Hari ketiga saya ada majlis yaasin ( majlis baca yasin beramai2 di rumah) dan saya seperti biasa akan memasak utk menjamu mereka yang datang......pada kebiasaannya apabila saya membuat majlis begini tangan saya akan merasa kebas dan betis saya mula sakit...Tetapi amat menakjubkan kerana satu hari tu saya tidak merasa sakit walau sedikitpun...adakah ini disebabkan vivix! setelah selesai majlis dan sampai waktu tidur malam saya masih tidak merasa apa2 malah badan saya tidak rasa penat sedikit pun. keesokkannya saya telefon Jess dan memberitahunya. baguslah katanya badan dah jadi muda latu. Betul ke badan saya dah jadi muda?? kalau betul saya merasa amat berterima kasih kepada vivix kerana dengannya saya tidak lagi mengalami sakit2 seperti dahulu. malah badan saya sentiasa rasa segar.



Testimonial 3

Baru2 ni makcik ibu, mamaNoy telah memberitahu bahawa wife kepada Uncle Bob di suspect mengidap lung cancer memandangkan doc telah mengesahkan beliau tidak mengidap Tibi. Untie Liza dikatakan mempunyai nanah di dalam paru2nya dan ini telah menyebabkan auntie Liza mengalami batuk selama hampir satu tahun lebih. Keadaan autie Liza kian lemah , tidak bermaya dan tidak berselera. Pada mulanya ibu mencadangkan auntie Liza mengambil vitamin antioksidan seperti ACE namun setelah mempertimbangkan keadaan di mana ibu merasakan bahawa pasti beliau sudah tidak larat hendak menelan pil2 termasuklah ubat doc. Maka ibu mencadangkan beliau mengambil Vivix untuk rawatan dirinya. Alhamdulillah kini auntie Liza tidak kelihatan pucat seperti dulu(sumber dari uncle Bob semasa ibu telefon petang tadi). Auntie Liza juga mengatakan beliau merasakan badannya sedikit ringan dan bertenaga. Suaranya juga sudah sedikit ceria berbanding semasa awal2 ibu menghubungi beliau. Syukur alhamdulillah. Semoga kesihatannya bertambah baik. Ibu akan update lagi setelah sebulan beliau mengambil Vivix sebagai makanan tambahan harian beliau.

Testimonial 4

Iffa telah amalkan Vivix selama hampir 5 bulan untuk merawat/mengubati masalah SLE/MCTD/RA atau lebih mudah Iffa katakan, sakit autoimmune yang masih menjadi misteri puncanya.. Tentu ramai yang telah tahu tentang masalah kesihatan Iffa ini..mungkin ramai juga yang tidak mengetahuinya kerana jika anda bertemu Iffa secara face to face, pasti anda semua tidak akan percaya, tubuh yang comel dan ceria ini menanggung derita sakit yang tiada penawarnya(itu kata doktor sains).

Sedikit latar belakang tentang Iffa dan sakit iffa:

Sejak zaman kanak-kanak selalu mengalami sakit dada, muka n kulit pucat - anemia
1998 - Warded kerana alahan kepada ubat tahan muntah setelah demam yang tak kebah2
1998 - 2002 : Sepanjang sesi persekolahan di asrama, selalu sakit, anemic yang berpanjangan tetapi masih aktif bersukan, beraktiviti di sekolah.. Collapse in 2000 ketika saat hampir menduduki PMR, mengalami gangguan memory dan focus (Even soalan math yang mudah pun tidak boleh nk buat - sampai Iffa nangis2 dengan En Khalid minta kelas extra - Terima Kasih Cikgu..Jasamu tidakkan kulupakan..)
2003 - 2007 : Mula mengalami radang sendi, demam panas tiba-tiba and mmg tidak mampu utk bangun n ke kuliah. Disahkan mengidap RA.. menjalani pelbagai rawatan utk RA - modern, homeo, alternatif, syifaa dll... tetapi usaha tidak berjaya...
Oct 2006 : Collapse sekali lagi, Liver damaged, nerve attack, severe bleeding on skin internal and external due to steven johnson sindrom.. Was critical and warded for 10 days at PUTRA, Malacca.. (According to Doctor, peluang hidup sangat tipis - berserah & tawakal pada Allah..) Alhamdulillah Allah masih berikan Iffa peluang untuk hidup.. berbakti dan berkongsi tentang cara hidup sihat bersama anda semua hingga hari ini.

Ok, cukup setakat itu ttg sakit iffa.. if nak cerita detail, Iffa boleh terbitkan buku ..(^__^). Ramai yang tidak tahu tentang sakit autoimmune, bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang mengalaminya barulah ada kesedaran untuk mengetahui ttg sakit ini wujud.. Alhamdulillah di Malaysia, Persatuan SLE Malaysia (PSLEM) sudah mula giat memberikan kesedaran ttg sakit ini.

Baiklah, jika anda semua ingin tahu.. rawatan yang ada untuk pesakit SLE ini ialah dengan pengambilan steroid.. tinggi atau rendah dosenya bergantung kepada activity cell yang menyerang pesakit.. terdapat juga ubat tambahan yang diberikan .. spt plaquenil utk MCTD dll..(hampir lupa sbb sudah hampir setahun Iffa x ambil ubat-ubat ini - jangan marah ye doctor, ubat-ubat itu terlalu byk kesan sampingan, i'd like to stay healthy but with natural ways).

Alhamdulillah, setelah mencari-cari supplement yang boleh membantu Iffa kekal cergas, tidak demam berpanjangan dan dijauhi dari jangkitan penyakit (orang SLE ni senang dpt infection tau)..dan yang penting, Iffa mampu berdiri, berjalan, melakukan kerja-kerja harian tanpa rasa seperti dililit atau berjalan diatas kawat2 duri.. Iffa bertemu Shaklee.. mula-mula makan untuk tambah susu, tapi tergerak hati untuk cuba VIVIX, potion ajaib..kuasa Allah SWT..



Bestkan vivix ni...anda ingin mencuba???Ianya cuma RM 475.00 (semanjung malaysia) sebotol dan penghantaran adalah percuma...Hanya sesudu teh sehari dan anda sendiri rasai perbezaannya...Jika di bandingkan dengan rawatan atau special treatment di luar sana yang berharga beribu2 (of course bila dah terdesak duit bukan satu masalahkan)...apakata anda cuba sesuatu yang bersifat semulajadi dan mudah2an anda juga turut mendapat manfaatnya...

Thats all tentang kebaikkan dan testimonial Vivix for now. Vivix tak boleh diambil oleh ibu yang menyusu dan pregnant moms. Kalau berkemampuan, sulalah dapatkan untuk ibu bapa sulaya mereka juga boleh sihat sejahtera. Doa saya semoga kita diberi kelebihan untuk
memilikinya dan menghadiahkan kepada yang tersayang.

*********************************
Mahukan VIVIX dengan harga yang istemewa? Sila email saya di syikin.nazri@yahoo.com untuk dapatkan tawaran hebat daripada saya!! Atau PM saya di FB Kikin Nazri dan boleh juga sms kepada saya di 019-5257274 untuk mendapatkannya.

Saturday 29 October 2011

Kekal Sihat Cara Tun Dr. Mahathir

Credit to sususejat.com & Mommy Lyna


5 cara mengekalkan kesihatan sehingga ke usia emas cara Tun Dr. Mahathir
1 – Tidak menghisap rokok
Siapa bersetuju rokok itu menyihatkan? Terdapat pendapat mengatakan rokok menyihatkan/menyegarkan tubuh badan jika diambil dalam kadar yang betul. Rokok juga berkait rapat dengan peningkatan kadar metabolisma dan sesuai diambil sebagai pemanas badan jika anda menetap di negara beriklim sejuk.
Namun bagi aku, info ini hanya kelihatan “sahih” dan boleh diterima-pakai jika tembakau yang digunakan datang 100% daripada daun tembakau, dan bukan seperti rokok-rokok komersial yang telah diperkayakan dengan bahan-bahan kimia yang entah dari mana dikutip, juga pengambilannya haruslah bersebab (akal) dan bukannya kerana ketagihan (nafsu).
2 – Tidak minum arak
Selain daripada keburukan yang dimiliki, terdapat juga yang bersetuju arak itu bermanfaat kepada tubuh badan jika diambil dalam kuantiti dan cara yang betul. Kajian terkini menunjukkan wine merah mengandungi phenol yang bertindak sebagai antioksidan untuk kesihatan kardiovaskular. Fakta ini mungkin ada benarnya, namun tidak bermaksud aku menggalakkan anda semua untuk meminum arak, kerana arak itu sudah jelas haram di sisi Islam.
3 – Makan secara bersederhana
Masihkah anda ingat pada pesan Nabi “berhenti makan sebelum kenyang”? Makan secara bersederhana tidak terhad kepada kuantiti makanan yang diambil, tetapi juga kualiti makanan yang masuk kedalam mulut anda.
4 – Makan Multivitamin
Terdapat beberapa sebab mengapa anda harus ambil sebiji pil Multivitamin setiap hari. Salah satu rahsia mengapa Tun Dr. Mahathir berjaya mengekalkan kesihatan hingga ke usianya sekarang ialah beliau mengamalkan pengambilan 1 pil multivitamin jenama “Shaklee” setiap hari.
Tidur secara mencukupi
Tidur ini seakan-akan butang reset manusia. Cuma konsepnya tidaklah semudah menekan butang reset sesuatu mesin yang hanya mengambil tempoh beberapa saat, tetapi memakan masa sekitar 7-10 jam sehari (pada waktu malam), bergantung kepada gaya hidup individu tersebut (mereka yang aktif seperti atlit sukan memerlukan tidur yang lebih lama berbanding individu biasa).
Pendek kata kalau kita amalkan cara hidup yang sihat.. tidak mengguna rokok, terutama rokoklah dan arak, kita boleh sedikit sebanyak (mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik), yang lain semua (penyakit) kurniaan Tuhanlah.. kita tak tahu..” – Tun Dr. Mahathir Mohamad
Itu tips daripada Tun Dr. Mahathir yang disiarkan dalam rancangan “Segar” yang diterbitkan oleh TV3 13 tahun yang lalu (1997). Video untuk temuramah ini boleh ditonton di sini.

Friday 28 October 2011

Eu-Four Pack Boleh Dikongsi Seisi Keluarga

Alhamdulillah semenjak Eu-Four Pack dilancarkan semalam, ramai membuat pesanan terutama kerana ada freegift menarik yang disediakan. Namun tidak kurang ibu2 muda yang bertanya, " Mana satu paling baik set B yang ada Alfalfa atau Set Eu-Four Pack?"

Jawab saya jujurnya, Eu-Four Pack lebih baik dan ianya selamat untuk ibu dan anak. Ini kerana ibu yang menyusu memerlukan tambahan 1000mg kalsium setiap hari dan ini telah lengkap dalam Eu-Four Pack.

Dengan Eu-Four Pack, ibu yang menyusu tidak perlu risau jika mereka mengandung dan mahu meneruskan penyusuan kerana ia selamat untuk bayi juga. Jika set B, alfalfa tidak sesuai dimakan oleh ibu yang menyusu kerana berisiko untuk keguguran.

Namun sekiranya anda seorang yang memang berdisiplin mengamalkan pengambilan kalsium seperti yang disarankan seperti meminum 500ml susu setiap hari maka anda masih boleh teruskan dengan pengambilan alfalfa.


Tidak dinafikan bukan semua ibu atau bayi yang alah dengan alfalfa. Walaubagaimanapun bagi mereka yang alah [ yang mengalami cirit birit selepas pengambilan alfalfa] disarankan mengambil Eu-Four Pack sebagai supplement terbaik untuk terus menjayakan penyusuan.

Eu-Four Pack sesuai untuk :

  1.  ibu yang mengandung
  2. ibu yang menyusukan anak mereka
  3. ibu yang sering stress dan keletihan
  4. suami yang sering keletihan dan sukar mendapat tidur yang berkualiti
  5. sesuai ibu mak dan ayah kita.
  6. mereka yang ada masalah sakit pinggang, tumit kaki pecah dan sukar bangun tidur.

Apa kata mereka tentang Ostematrix?






  



Maka kiranya anda ibu yang menyusu , Eu-Four Pack adalah paling selamat untuk ibu dan anak. Jangan risau jika anda mengandung ketika menyusukan si kecil, insyaALLAH anda masih mampu meneruskan perjuangan.


Sekiranya Alfalfa tidak menjejaskan kesihatan ibu dan anak, anda masih boleh teruskan pengambilan Set Penyusuan iaitu set B. 

Credit


**************************************
Sila email saya di syikin.nazri@yahoo.com untuk dapatkan tawaran hebat daripada saya!! Atau PM saya di FB Kikin Nazri dan boleh juga sms kepada saya di 019-5257274 untuk mendapatkannya.

Thursday 27 October 2011

Hilangkan Parut Lama...with ESP dan Mealshake

Selalu kita memang cukup bimbang bila muka berjerawat dan berparut, tetapi macam kalau kaki kita berparut dek kerana bekas-bekas kudis pada zaman-zaman dulu ? Bagi anak-anak gadis mesti rasa malukan ? Ada bermacam-macam cara yang anda boleh cuba untuk menghilangkannya. Kat bawah ni saya senaraikan cara-cara tradisional yang saya temui hasil pencarian di 'google'.
  1. Gunakan biji asam jawa dengan menggoreng tanpa minyak selepas itu digores pada batu yang kasar, bila keluar serbuk titiskan air kemudian sapu di tempat yang berparut. Biarkan semalam sebelum dibasuh
  2. Tumbuk kayu manis, setelah menjadi serbuk titiskan air bersama bedak sejuk dan sapu di tempat yang berparut dan dibiarkan semalaman sebelum dibasuh.
  3. Ramas asam jawa bersama titisan air kemudian sapu ditempat berparut, biarkan kering atau semalaman kemudian baru di basuh.
  4. Ambil sedikit beras, kunyit hidup dan bawah putih, kisar kering kemudian sampurkan beberapa titis air dan sapu ditempat berparut, biarkan seketika sehingga hampir kering, kemudian gosok perlahan-lahan seperti skrub kemudian barulah dicuci.
Ada cara yang lebih mudah untuk menyelesaikan parut-parut hodoh ni. Pertama kita perlu tahu bahawa sel-sel lama perlu disingkir dan  diganti dengan sel baru yang mencukupi baru parut-parut itu hilang. Bagi memastikan parut-parut itu hilang kena pastikan pengambilan protein yang berkualiti, contohnya sumber protein daripada Shaklee yang diberi nama Energining Soy protein (ESP).


Kebaikan ESP ini ialah :-
  • Energizing Soy Protein merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semula jadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.
  • Tumbuhan berprotein yang berkualiti tertinggi dengan kandungan 14 gram protein soya sihat dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan
  • Membantu mengekalkan kepejalan otot
  • Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal
  • Membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolestrol normal 


Shaklee Meal Shakes pula diperlukan untuk melengkapi keperluan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan kulit yang sihat. Meal Shakes ini adalah multivitamin yang mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan dalam bentuk seperti susu dan berperisa vanila. Jika anda penggemar ais krim vanila, anda akan sukakan Meal Shakes. Keistimewaan Meal Shakes
  • Sesuai di ambil untuk kanak-kanak
  • Mempunyai Glimik Indeks yang rendah
  • Sesuai di ambil untuk ibu yang hamil atau menyusukan
  • Jika anda menghidap ekzema
Namun semua ini harus diambil secara konsisten. Bukan sekali consume terus elok k..
 
**************************************
Sila email saya di syikin.nazri@yahoo.com untuk dapatkan tawaran hebat daripada saya!! Atau PM saya di FB Kikin Nazri dan boleh juga sms kepada saya di 019-5257274 untuk mendapatkannya.

Sunday 23 October 2011

Jika Alfalfa Bukan Milk Booster Terbaik untuk Anda....

Ramai ibu yang bertukar milk booster halba a.k.a fenugreek terutama apabila en suami mula menegur bau badan isterinya kurang enak. Ditambah apabila si ibu mendapati anaknya tidak serasi dengan susubadan setelah si ibu mula consume  halba. Ramai yang memilih jalan singkat dengan menukar kepada Alfalfa dan Energizing Soy protien untuk dapatkan hasil yang lumayan dan segera namun akhirnya ibu itu mengalah kerana tidak mampu mengatasi masalah tekanan dari luar disebabkan faktor bebanan kerja serta keletihan yang melampau.

Mengapa alfalfa dikatakan milk booster sebenarnya?
Ini kerana alfalfa mengandungi sumber protien dan kalsium serta galian lain yang diperlukan oleh tubuh si ibu untuk menghasilkan susuibu. Namun kandungan protien dan kalsium yang terdapat di dalam alfalfa adalah pada takat minima sedangkan ibu yang menyusu memerlukan protien dan kalsium yang lebih memandangkan ia diperlukan oleh tubuh ibu sendiri untuk membina darah dan memastikan ketumpatan tulang disamping keperluan penghasilan susuibu demi perkembangan dan pembesaran anak yang dikandung ataupun disusukan.

Namun tidak dinafikan, pengambilan Alfalfa adalah tidak digalakkan untuk diteruskan oleh ibu menyusu sekiranya ia memberi mudarat pada bayi terutama apabila mendapati bayi cirit birit serta ibu mempunyai masalah tidak lawas membuang air besar. Maka option lain bagi ibu yang tidak mengambil alfalfa adalah pengambilan kalsium yang mencukupi disamping pemakanan  harian diet yang kaya dengan protien.

Tahukah anda?

Protien

Tahukah anda komposisi utama dalam susuibu adalah protien diikuti oleh kalsium serta vitamin dan zat galian yang lain? semasa menyusu keperluan protien meningkat. Jika anda kurang mengambil makanan daripada jenis protien, ini akan menjejaskan penghasilan susuibu. Protien tambahan boleh didapati dari susu, produk tenusu, telur, daging, ikan, ayam , kacang dan bijiran serta kekacang. Bagi yang mahu mengambil supplement, pastikan anda mengambil protien yang ditulis sebagai non GMO soy kerana struktur genetik soya tidak diubah dan ianya selamat untuk jangka panjang.


Kalsium

Ramai yang memendang remeh tentang pengambilan kalsium. Kalsium hakikatnya bukan sahaja penting ketika hamil malah snagat diperlukan ketika menyusukan bayi. Hal ini kerana pada 3 bulan yang pertama, bayi bergantung sepenuhnya pada susuibu. Kalsium diperlukan untuk menghasilkan susu. Oleh yang demikian, tambahan 1000mg kalsium diperlukan. Jadi sangat digalakkan jika si ibu meminum sekurang-kurangnya 500ml  susu [ kaedah paling senang sukat] atau apa-apa produk tenusu bagi memenuhi keperluan kalsium. sekiranya anda mengambil supplement kalsium, pastikan ianya mengandungi magnesium serta vitamin D agar penyerapan yang baik berlaku dalam badan. Kalsium tablet yang tidak mengandungi kandungan magnesium mahupun vitamin D boleh memberi risiko batu karang di dalam buah pinggang.
Cubalah Ostematrix Shaklee! anda akan rasa perbezaannya!!!!

Vitamin

Disamping itu, ibu yang menyusu memerlukan penjagaan makanan yang seimbang yang mana pengambilan vitamin dan garam mineral lain turut perlu dititikberatkan sebagai contoh vitamin A [ biasa terdapat dalam beta carotene], zat besi, folik asid, vitamin C , B complex demi memastikan keseimbangan kesihatan si ibu, susuibu yang dihasilkan dan ia turut membantu dalam penghasilan susuibu.
Air

Elemen ini sangat penting dalam diet ibu yang menyusukan anaknya. Badan memerlukan cecair yang secukupnya. Oleh kerana itu ibu menyusu perlu minum air secukupnya. Minumlah berkadaran agar tidak menjejaskan tugas harian. Kita mempunyai 24 jam sehari...maka minumlah dengan istiqamah. Air sangat penting untuk penyerapan vitamin oleh tubuh.

Berita baik!!!!!!!!!!

Bermula 24 haribulan, Euphoria menyediakan pack menyusu yang baru iaitu yang mengandungi :

Multivitamin, B kompleks, Vitamin C serta Kalsium [ Ostematrix]. Set ini diberi nama sebagai " Eu - Four  Pack ". Ini kerana ia mengandungi 4 vitamin yang penting untuk tubuh.
Harga untuk set ini ialah RM296* . Untuk promo pelancaran, ada tawaran istimewa.*

Hubungi saya untuk makluman lanjut!


Apa yang menarik dengan  Eu-Four Pack ini?

Ia boleh dimakan oleh suami isteri malah ibu dan ayah kita juga! Selamat dan sesuai diambil oleh ibu menyusu dan ibu yang mengandung. Ia sangat baik untuk keperluan tubuh ibu dan pembesaran anak yang dikandung mahupun yang disusukan. Ia juga sesuai untuk ibu atau wanita yang mempunyai masalah tumit kaki berbisa, sejuk2 badan, mereka yang sering keletihan dan sukar bangun tidur.


**************************************
Sila email saya di syikin.nazri@yahoo.com untuk dapatkan tawaran hebat daripada saya!! Atau PM saya di FB Kikin Nazri dan boleh juga sms kepada saya di 019-5257274 untuk mendapatkannya.

Saturday 22 October 2011

Susah Bangun Tidur? Susu Merudum? Ostematrix La Jawapannya..!

Beberapa kenalan alam siber saya menegur di laman web sosial facebook bertanyakan apakah vitamin yang sangat bagus untuk diambil untuk masalah sakit belakang dan keletihan. Maka saya hanya teringatkan  vitamin favourite saya iaitu Ostematrix. Bila diberitahu, mereka terus bertanya, adakah satu telah mencukupi? Saya menjawab jika berkemampuan, dapatkan set optimum. Jika tak berkemampuan nak beli original pack, dapatkan Shaklee dengan harga yang sangat berpatutan.


Ramai yang mengambil remeh tentang keperluan kalsium dalam diet harian ditambah ramai yang alah dengan minuman tenusu terutamanya susu. Apatah lagi kalsium banyak terdapat dalam keju, sayuran hijau sepert brokoli, kekacang, soya , ikan bilis dan sardin. Namun cara pengamalan kita memasak makanan tersebut hakikatnya telah sedikit sebanyak mengganggu khasiat kandungan bahan tersebut. Ini antara sebab saya memilih Ostematrix Shaklee.

Bagaimana untuk anda ketahui adakah anda perlu mencuba Ostematrix Shaklee? Cuba muhasabah diri anda dengan keadaan ini ;



  1. sering keletihan
  2. sering mengalami sakit belakang
  3. anggota badan sering cramp
  4. sakit bahagian leher dan tengkuk
  5. tumit kaki pecah dan kasar
  6. susah bangun tidur
  7. sakit kepala yang kerap @ migraine
  8. sering sakit gigi
  9. Ibu yang menyusu : anak yang disusukan sepenuhnya dengan susuibu lambat tumbuh gigi.
  10. Ibu yang menyusu : perlukan kalsium, susu berkurang terutama semasa PMS atau mula menurun


Jika anda mengalami mana-mana simptom yang dinyatakan, adalah sangat baik anda memberi peluang diri anda mendapatkan Ostematrix Shaklee. Saya boleh beri jaminan anda akan berpuashati dengan hasil yang anda lalui dengan pengambilan Ostematrix.


**************************************
Sila email saya di syikin.nazri@yahoo.com untuk dapatkan tawaran hebat daripada saya!! Atau PM saya di FB Kikin Nazri dan boleh juga sms kepada saya di 019-5257274 untuk mendapatkannya.

Friday 21 October 2011

Testimonial~Jari Hampir Putus?? Tak Sampai Sebulan Dah Cover Dan Tidak Perlu Implan..

Ngeri saya tengok gambar jari kawan Adaa ni...Kalau jari tersepit pintu pun dah rasa sakit yang amat, apa lagi yang hampir terputus...Jum baca bagaimana jari Sarah boleh sembuh dengan supplement Shaklee..Syukur...


Ya Allah..mula2 Adaa dapat gambar jari Sarah, naik bulu roma ni, meremang! Sarah ni junior Adaa masa di Sekolah Tun Fatimah (nama penuh tau hehe) dulu..bulan lepas dia ada msg Adaa tanye tentang supplement yang sesuai untuk ibu jari tngan kiri dia yang hampir putus dek kes memotong ayam..(rajin masak nih). Ini gambar selepas 3 jam accident..ngerriiii



after 3 hrs
Disebabkan teruk kecederaan tu, so Dr buang lah kuku tu n sambung balik jari yang hampir putus tuh..dan disbbkan terbalut kuat sangat, maka jadilah mcm ni..


selepas balutan dibuka
Mengikut kata Sarah, doctor pun tak sure jari tuh boleh hidup ke tak dan kene consider untuk buat implant lah kalo gagal berfungsi semula kan..sian dia..n doctor cuma bg ubat tahan sakit dan antibiotik..so apa yang Adaa suggest? Adaa bagi Sarah try ESP+VIT E+VIT C+ZINC+VITALEA untuk mempercepatkan process baik luka, pertumbuhan sel baru then add lagi basic H untuk cuci2 luka  semua..dan after about 2 weeks gitu Sarah MMS gambar terbaru..


dah elok!
Percaya tak, belum pun sampai sebulan, jari cik adik ni dah jadi mcm ni..dan yang paling best..tak perlu buat implant!! Doctor sendiri pun terkejut tgk healing process yang sgt cepat ni hihi Sekarang Sarah masih meneruskan pengambilan Shaklee dan harapnya jari tu akan cantek seperti sebelum accident ye cik Sarah =)


**********************************
Berminat dengan Shaklee? Sila email saya di syikin.nazri@yahoo.com untuk dapatkan tawaran hebat daripada saya!! Atau PM saya di FB Kikin Nazri dan boleh juga sms kepada saya di 019-5257274 untuk mendapatkannya.

Wednesday 19 October 2011

Tips Asas Untuk Tambah Susu bersama Shaklee

Saya tau ada di kalangan kawan-kawan yang telag mengambil Set B SHAKLEE tapi masih tidak mendapat hasil yang diharap-harapkan...Sabar ye kawan-kawan..Rezeki tu tak dtg bergolek cetu jer...Meh kita check tip-tips asas untuk tambah susu....Ingin saya ingatkan kawan-kawan dan diri saya sendiri jugak, supplement itu adalah salah satu usaha untuk menambah susu..Bukannya factor utama susu jadi bnyk yer...Salah Satu yer kawan-kawan...Kalau dah consume Set B, jgn lupe lakukan lakukan tips-tips basic di bawah :)
  1. Susukan bayi dengan kerap dan perah dengan konsisten
  2. Susu ibu terhasil berdasarkan konsep SUPPLY BY DEMAND. semakin banyak demand semakin banyak susu ibu yang terhasil. Jadi, semakin banyak kali bayi disusukan, otak mendapat signal bahawa lebih banyak susu yang diperlukan. Maka, insyaAllah susu pun bertambah banyak.
    Satu lagi, pastikan B sentiasa dikosongkan pada setiap kali sesi penyusuan/perahan. Walaupun bayi adalah pam yang terbaik di dunia tetapi kadang-kala bayi tidak minum sehingga kosong atau mungkin mengosongkan sebelah sahaja payudara, jadi ibu masih perlu mengepam keluar susu supaya otak dapat menerima signal yang betul. Susu yang diperah boleh dijadikan stok sekiranya berlaku kurang susu di suatu hari ini.
    Elakkan menunggu sehingga bengkak susu, baru perah. Hasilnya memang lumayan, namun untuk jangka masa panjang susu akan makin lama makin berkurangan. Tentunya ibu-ibu mahu menyusukan anak sekurang-kurangnya sehingga 2 tahun, bukan?
    Untuk ibu yang bekerja, perah/pam sekurang-kurangnya 3 jam sekali. Perah pada masa yang sama setiap hari supaya otak dapat menerima dan menghantar signal yang betul. ibu akan dapati pada masa yang sama setiap hari B akan penuh dengan susu dan sekiranya lewat pam akan mengalami bengkak susu.
  3. Minum banyak air
  4. Manusia perlu minum sekurang-kurangnya 2 liter air sehari untuk memenuhi keperluan tubuh dan melancarkan peredaran darah. Tetapi untuk ibu yang menyusu, air yang diperlukan adalah sekurang-kurangnya 3 liter sehari. ini kerana air yang keluar bukan sahaja melalui sistem perkumuhan tetapi juga dari penyusuan.
    Banyakkan, 3 liter sehari. boleh muntah air dibuatnya. sedikit tips untuk memastikan ibu minum air yang mencukupi. Sediakan bekas air yang besar iaitu 1 atau 1.5 liter sebagai indicator untuk memudahkan ibu tahu berapa banyak air yang telah diminum untuk sehari. Setiap kali lepas buang air atau menyusu, minum sekurang-kurangnya secawan air.
    Untuk mengelakkan ke tandas terlalu kerap, minum dengan sedikit tetapi kerap. ini memudahkan badan menyerap air dan meng’optimum’kan fungsi air dalam tubuh. minum juga air semasa sedang menyusu.
    Sediakan sebotol air masak di tepi katil. sekiranya ibu bangun malam, boleh la melegakan tekak sedikit.
    pengambilan vitamin juga menyebabkan darah pekat, oleh itu, air diperlukan untuk melarutkan vitamin ke seluruh tubuh.
  5. Doa
  6. Senjata utama orang Islam adalah doa. Walau pun telah pelbagai usaha yang dilakukan tetapi jika Allah kata tiada rezeki untuk kita tentu rezeki itu tidak datang. Jadi, janganlah sombong dengan Allah. Banyakkan berdoa, berzikir dan mengingati Allah.
    Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Lagi banyak kita berdoa, lagi suka Allah mendengarnya. Mintalah dengan Allah, kerana hanya Dia yang berkuasa memenuhi permintaan setiap manusia.
    Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (Surah Al-Mu’min:60)
    Di dalam satu hadith qudsi, Allah SWt berfirman: “Sesungguhnya apa-apa yang akan Aku lakukan terhadap hambaKu adalah mengikut sangkaan hambaKu terhadap-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia mengingatiKu. Jika dia mengingatiKu di dalam hatinya maka Aku mengingati dia di dalam hati-Ku, dan jika dia mengingati-Ku dalam perhimpunan maka Aku ingati dia dalam perhimpunan yang lebih baik (yakni jemaah para malaikat). Apabila hamba-Ku mendekati-Ku sejengkal, maka Aku dekati dia sehasta. Apabila dia mendekati Aku sehasta, maka Aku dekati dia sedepa. Dan apabila dia datang mendekati Aku dengan berjalan, maka Aku dekati dia dengan berlari” (Hadith Riwayat Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan lain-lain)
*******************************
Sila email saya di syikin.nazri@yahoo.com untuk dapatkan tawaran hebat daripada saya!! Atau PM saya di FB Kikin Nazri dan boleh juga sms kepada saya di 019-5257274 untuk mendapatkannya.
 

...Saya Suka Cantik & Sihat...