* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Saturday, 16 April 2011

Awet Muda Dengan Air Kosong?

Boleh awet muda dengan minum air kosong jer? biar betik?? tak percaya ke? saya percaya..sebab pernah tengok sendiri orang yang amalkan..ade kenalan saya, kire pangkat kakak la..dah 30an pun still nampak cam muda remaja walaupun dah anak 3 orang..memang nampak cam student je..! bila saya tanya ape rahsianye? dia cakap minum air kosong tiap2 pagi lepas bagun tido tanpa gosok gigi..tu la rahsianye..ia menjadi amalannya sejak remaja lagi..dah lama la dia amalkan..
saya masih ingat lagi masa saya belajar kat UiTM dulu..ade salah seorang roommate saya selalu buat amalan yang sama..masa tu saya tak boleh terima tau!! tiap hari dia bangun dari tido mesti dia minum dulu..memang botol air sentiasa ade atas meja stadinya..saya yang menengok ni rasa nak termuntah!! hehe..yela baru bangun tido dengan air liur yang masam dalam mulut..tiba2 minum lak..eee ntah la..tapi tu dulu..sekarang tak lagi..sekarang saya pun dah minum air kosong lepas bangun dari tido..tapi kadang2 jer..nak awet muda gak? hahaha..kalau minum air kosong ni amalan yang baik untuk kesihatan, pesalahnye saya buatkan..bukan sebab nak awet muda tau..sebab saya still muda..hihi..lagipun bukan kena bayar pun..free je minum kat rumah..
ade sedikit info tentang amalan minum air kosong selepas bangun dari tidur..


credit to sihat dan cergas


Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat. 

Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius. 

Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing. 


Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapaperaturan untuk memastikan keberkesanannya. 


• Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi. 

• Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit. 

• Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa. 

• Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam. 

• Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari. 

• Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu. 


1. Tekanan darah tinggi – 30 hari 
2. Gastrik - 10 hari 
3. Diabetes – 30 hari 
4. Sembelit – 10 hari 
5. Kanser – 180 hari 
6. Tibi – 90 hari. 


Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil. 


so, tak salah kita cuba sesuatu yang baikkan..cubalah!! :) mana la tau..nampak muda cam budak umur 10 tahun lak..hahaha..gurau jer..

2 comments:

  1. nak kena cuba ni...
    maklumlah penyakit pun dh start jd kawan baik...hehe!!


    p/s:sy dh folo..jmpot singgh!!

    ReplyDelete
  2. kena cuba benda yang bagus ni.. :)

    ReplyDelete

...Saya Suka Cantik & Sihat...