* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Tuesday 31 May 2011

Shaklee VIVIX Dalam Harian Metro!!

Hari ni saya nak kongsikan tentang satu produk Shaklee yang paling power!!! Shaklee VIVIX..


Jika suami, ibu ataupun ayah anda kurang suka menelan vitamin, VIVIX adalah jawapan bagi anda untuk menggalakkan pengambilan suplemen kepada mereka! HANYA SATU SUDU TEH SEHARI DEMI MELESTARIKAN KESIHATAN MEREKA.
Ramai wanita bimbang dengan proses penuaan yang berlaku pada wajah. Namun penuaan adalah proses semula jadi yang tidak dapat dielakkan. Penuaan membabitkan kemerosotan fungsi organ dan sel dalam sistem tubuh yang berlaku secara berperingkat ketika usia meningkat. Proses itu menyebabkan berlaku perubahan fizikal dan fisiologi yang tentunya menakutkan wanita. Namun proses berkenaan berbeza antara individu, bergantung kepada genetik, diet, gaya hidup dan persekitaran.

Perubahan fizikal disebabkan proses penuaan ini termasuk rambut menipis dan mula beruban, kulit menipis dan kurang anjal serta muncul garis halus. Tenaga semakin berkurangan malah lemak mula terkumpul sehingga menyukarkan seseorang mendapatkan berat badan yang ideal. Malah proses penuaan juga akan menyebabkan muncul pelbagai penyakit termasuk kemerosotan sistem daya tahan melawan penyakit, kerapuhan tulang serta kurang daya penglihatan.
Bercerita tentang Shaklee VIVIX, apa itu VIVIX?
In general :-

  • VIVIX adalah suplemen SHAKLEE paling mahal. RM380 untuk harga ahli dan untuk kegunaan sebulan. (Ini fakta yang saya taknak tipu.)
  • VIVIX adalah suplemen anti-penuaan terhebat, buat semua yang anda sayangi. 

    #Peringatan: VIVIX TIDAK BOLEH ambil oleh kanak-kanak, ibu hamil dan ibu menyusukan anak.

Haa....VIVIX keluar di Metro tau!
Jenama produk kesihatan terkenal Shaklee memperkenalkan minuman kesihatan Vivix Botanical Beverage Mix yang menghimpunkan semua kebaikan tumbuhan berkenaan. Malah ia adalah produk terlaris dengan jualan sejuta botol sejak tahun pertama diperkenalkan di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.

Menurut Ketua Pegawai Saintis Shaklee Corporation Amerika Syarikat, Dr Carsten R Smidt, Vivix adalah kuasa baru menghalang proses penuaan wajah.

Kandungan anggur muskat, elderberi, lobak ungu dan polygonum cuspidatum terbukti membantu untuk melawan penyakit serta melambatkan proses penuaan. "Kajian yang dijalankan membuktikan kandungan dalam tumbuh-tumbuhan terutama anggur muskat memberi tindak balas melawan agen penuaan."

"Terdapat empat mekanisma yang membuktikan kebaikan Vivix iaitu ia mengandungi resveratrol yang kebaikannya sama dengan 3,000 gelas arak merah. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan. Vivix mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya. Menurut Carsten, Vivix berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA serta memberi kesan positif kepada genetik sekali gus mengurangkan sel penuaan.

Katanya, Vivix kini menjadi perhatian pengguna di seluruh dunia disebabkan kebaikan kandungan selain melawan pelbagai jenis penyakit. Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain. Dengan hanya minum sesudu sehari, pengguna akan merasai perbezaannya. Minuman yang sesuai untuk lelaki dan wanita berusia 18 tahun ke atas itu juga boleh dijadikan masker pada wajah iaitu caranya dengan menyapu dan biarkan beberapa minit untuk dilihat hasilnya.

*Credit To Shaklee, Harian Metro, GenkiMomma, Fizanur.

Mari kita lihat apa yang terkandung dalam sebotol VIVIX.


1. Anggur Muskat

Anggur muskat yang juga dikenali sebagai anggur nombor satu di Amerika menimbulkan kekecohan di kalangan masyarakat kerana kebaikannya yang boleh membuatkan kulit bertambah muda serta memberi kesihatan berpanjangan.

Anggur muskat dan bijinya adalah satu daripada sumber terbaik antioksidan dan mempunyai ciri antiradang. Ini kerana sebatian phenolik tertumpu pada bahagian biji. Jika dibandingkan anggur lain, ia mempunyai 40 kali ganda lebih polifenol yang terdapat dalam arak merah yang terbukti berfaedah bagi kesihatan kardiovaskular, menurunkan tahap gula dalam darah selain melambatkan proses penuaan.

2. Elderberi

Selain anggur muskat, tumbuh-tumbuhan lain yang baik untuk kesihatan serta agen penuaan ialah elderberi. Ia adalah tumbuhan lasak tanah lembap di sepanjang tepi jalan dan sungai hanya di Eropah dan Amerika Utara.

Elderberi sudah digunakan sekian lama dalam perubatan tradisional bagi mengubati asma, sembelit, artritis dan selesema. Tumbuhan ini adalah antioksidan yang kuat dan melindungi sel daripada kerosakan disebabkan toksin alam sekitar, diet tidak seimbang serta tekanan.

3. Polygonum Cuspidatum

Polygonum cuspidatum sejenis pokok saka terbesar di Asia adalah sumber semula jadi resveratrol sama seperti yang terdapat pada kulit anggur merah dan biji anggur merah. Tumbuhan ini mempunyai banyak faedah kesihatan dan sering terdapat dalam produk antipenuaan. Ini kerana kandungan resveratrol membantu memperlahankan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah dan mengurangkan lebihan lemak yang tidak diperlukan tubuh.

4.Lobak Ungu


Akhir sekali lobak ungu adalah sumber vitamin A terbaik, mengandungi fitokimia yang mengandungi antioksidan, antibakteria, antiradang penyakit serta mengurangkan risiko penyakit jantung.

*Polifenol:
Polifenol adalah kelompok zat kimia yang ditemukan pada tumbuhan. Zat ini memiliki tanda khas yakni memiliki banyak gugus fenol dalam molekulnya. Polifenol berperan dalam memberi warna pada suatu tumbuhan seperti warna daun saat musim gugur.
Pada beberapa penelitian disebutkan bahwa kelompok polifenol memiliki peran sebagai antioksidan yang baik untuk kesehatan. Antioksidan polifenol dapat mengurangi risiko penyakit jantung dan pembuluh darah dan kanker. [1]. Terdapat penelitian yang menyimpulkan polifenol dapat mengurangi risiko penyakit Alzheimer.[2]
Polifenol dapat ditemukan pada kacang-kacangan, teh hijau, teh putih, anggur merah, anggur putih, minyak zaitun dan turunannya, cokelat hitam, dan delima.
Kadar polifenol yang lebih tinggi dapat ditemukan pada kulit buah seperti pada anggur, apel, dan jeruk.

*Kardiovaskular:
Sistem peredaran darah dalam tubuh manusia yang terdiri daripada jantung, paru-paru, salur darah, darah dan otot. more info di sini.
sumber rujukan:
Harian Metro 22/1/2010
image by google


Berminat untuk mencuba Shaklee VIVIX?
Boleh sms kan kepada saya 019-5257274 atau email syikin.nazri@yahoo.com

Monday 30 May 2011

Berapa Sukatan Air Yang Diperlukan Setiap Hari?


"Berapa sukatan air yang anda perlukan setiap hari?"

Soalan yang mudah namun agak sukar untuk mencari jawapannya. Semua orang tahu bahawa air sangat penting untuk kesihatan namun keperluannya berbeza-beza bergantung kepada tahap kesihatan, tahap kecergasan dan kawasan tempat tinggal masing-masing. Sebagai contohnya mereka yang tinggal di kawasan yang beriklim panas (seperti Malaysia) sudah tentu memerlukan lebih banyak air sehari berbanding mereka yang di kawasan beriklim sejuk. Ini adalah kerana air dalam badan mereka lebih banyak hilang melalui peluh selain dari pernafasan.

Jadi bagaimana kita nak tau berapakah sukatan sebenar yang badan kita perlukan demi memastikan badan sentiasa dapat bekalan air yang secukupnya. Terutamanya bagi ibu-ibu yang menyusukan anak. Untuk mendapatkan hasil 'susu' yang banyak, maka kita perlulah minum air yang banyak untuk menghasilkan dan menggantikan susu yang keluar.


Adakah 2 liter air mencukupi untuk saya?

Secara umumnya kita perlu minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas atau 2 liter sehari. Namun, berapa ramaikah individu yang benar-benar mengamalkan pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari?

Namun, bukan setakat kurang minum air akan memudaratkan badan (dehidrasi dan lain-lain), terlebih minum air (over-hydrated) juga tidak elok untuk sistem dalaman kita. Jadi, bagi anda yang ingin mengetahui secara tepat berapakah jumlah air yang patut kita minum seharian, kami ada jawapannya.

Formulanya ialah: 

2/3 daripada berat badan anda dalam unit Pounds (lb) = berapa jumlah air yang perlu di minum, dalam unit Ounce (oz)

Di Malaysia, kita biasa guna unit kilogram (kg) dan Liter (L). Maka, saya buatkan contoh seperti di bawah. Andaikan berat anda ialah 55kg.

(1) Tukarkan unit kg kepada pounds → 55kg = 121.25 lb
(2) Darabkan jumlah pounds tersebut dengan 2/3 → 121.25 x 2/3 = 80.83 oz
(3) Tukarkan unit oz tersebut kepada liter → 80.83 oz = 2.3 L

Jadi, buat anda yang mempunyai berat badan 55kg, anda perlu minum sekurang-kurangnya 2.3L air sehari, ya!


Bagaimana nak sukat jumlah pengambilan air harian?

(1) Di rumah :
- Bagi yang berada di rumah (surirumah ke WAHM ke...), bolehlah guna bekas air yang ada sukatan. Saya guna bekas air yang saya beli di kedai 100 yen..:D..sukatan bekas ni ialah 2 liter..jadi senanglah saya nak monitor berapa banyak air kosong yang saya dah minum setiap hari. (Ini bekas air saya. Untuk anak-anak dan suami, saya isi air dalam bekas lain.) Saya akan pastikan tiap-tiap hari air dalam bekas tu habis...esok pagi saya akan isi dengan air yang baru. Beginilah cara saya!!

(2) Di pejabat/tempat kerja :
- Bagi yang bekerja, bolehlah bawa air kosong dalam bekas air..tak perlulah bawak bekas gedabak 2 liter ke pejabat..memadai bawa bekas 1 liter..pastikan air dalam bekas dihabiskan sebelum waktu tengahari. Kemudian isilah air yang baru untuk sesi petang pula...

Sebaiknya letak bekas air tu di tempat yang senang nampaklah..contohnya sebelah laptop ker..so memang kita akan selalu nampak bekas tu dan takde alasan untuk tidak minum..haa...sebelum habis waktu kerja dah boleh habis 2 liter air!!!

Credit image to : En. Gugle

Kadang-kadang alasan utama yang membuatkan seseorang individu tu MALAS nak minum air banyak ialah MALAS nak berulang alik ke toilet. Bila banyak air yang kita minum, dah tentulah akan banyak juga urin yang akan keluar. Saya selalu dengar alasan sebegini. "Malaslah nak minum air banyak2 ni..nanti asyik nak ke toilet jer..."

Memang secara fizikalnya nampak agak menyusahkan untuk kita asyik berulang-alik ke toilet jer. Tapi bukankah semua ni untuk kesihatan badan kita juga. Betul tak? Biar kita berulang alik ke toilet untuk buang air daripada berulang-alik ke hospital bila dah jatuh sakit.


Bagaimana Nak Tahu Pengambilan Air Sudah Mencukupi?

(1) Jarang merasa dahaga.
(2) Hasilkan 1.5 liter (6.3 gelas) atau lebih urin sehari.
(3) Warna urin ialah jernih, hampir tiada warna (colourless).

Awas jika warna urin anda ialah keruh dan kuning pekat!!!


* Source : GenkiMomma, ehow , Mayo Clinic.&PetiteShop

Badan Penat dan Lesu? Shaklee Ada Penyelesaiannya..

Credit to MommyLyna
Badan lemah, letih dan lesu adalah perkara yang normal terutama apabila kita menjalani hari yang panjang dengan kerja yang banyak. Kelesuan yang biasa boleh diatasi dengan meminum air suam dan berehat, misalnya tidur. Namun, bagaimana untuk menghadapi badan lemah dan lesu yang masih tidak hilang-hilang meskipun sudah tidur dan berehat?
Sebelum itu kita lihat dulu apakah penyebab badan lemah dan lesu:
  • Pemakanan yang tidak sihat
  • Tekanan dan stress
  • Kegemukan
  • Pekerjaan yang memenatkan
  • Insomnia
  • Darah rendah/anemia
  • Perokok tegar
  • Mengambil kafein secara berlebihan
  • Pengambilan makanan segera dan makanan rapu yang berlebihan
  • Tidak melakukan senaman
  • Pengambilan ubat-ubatan
  • Kekurangan air
  • Kehamilan
Sekiranya penyebab kelesuan ialah bukan sebab-sebab kesihatan atau pengambilan ubat-ubatan, faktor penyebab ialah kemungkinan besar kekurangan nutrisi. Maklum sajalah, tidak semua antara kita yang makan untuk sihat, kebanyakan kita makan untuk sedap atau sekadar makan untuk hidup.

Vitamin Untuk Badan Lemah dan Lesu

Vitamin A
Melindungi tubuh dari serangan virus dan bakteria yang menyebabkan jangkitan minor yang mungkin mengakibatkan kelesuan. Vitamin A menjaga membran dan mengawalnya dari diserang oleh patogen2 yang boleh menyebabkan badan kita jadi lemah dan lesu.
Vitamin A juga berguna untuk imuniti.
Vitamin B Complex
Vitamin B complex adalah vitamin yang paling utama dalam mengatasi kelesuan dan tekanan. Vitamin B Complex yang lengkap mengandungi 11 jenis vitamin B yang memberi sokongan kepada badan, dari segi kesihatan fizikal dan juga mental. Vitamin B complex mempunyai elemen yang meningkatkan metabolisma, tenaga dan kesihatan otak.
Vitamin C
Menguatkan imuniti tubuh dan menghalang jangkitan. Ia menghindarkan tubuh daripada kelesuan yang diakibatkan oleh tindakan virus dan bakteria terhadap sel tubuh.
Vitamin D
Vitamin D berkaitan dengan mood dan tahap tenaga. Kerana itu bagi penduduk di negara sejuk, mereka cenderung menghidapi sindrom SAD (seasonal affective disorder) ketika musim sejuk kerana kurang mendapat cahaya mtahari (sumber semulajadi vitamin D).
Vitamin E
Selain antioksidan yang hebat, vitamin E juga penting untuk mengatasi kesan psikologi semasa haid, menopause, termasuk kesan kelesuan dan lemah badan.
Apakah vitamin Shaklee yang anda boleh ambil untuk mengatasi badan lemah dan lesu?
vita lea
Vita Lea 
b complex
B Complex 
vita c
Vita C
soy protein
Soy Protein 
performance drink
Performance Drink 

Mahu mencuba vitamin Shaklee? Boleh sms kan kepada saya 019-5257274 atau email syikin.nazri@yahoo.com

Berpantang Cara Moden Dengan Shaklee

Sebelum ni banyak saya bercerita tentang set bersalin Shaklee untuk ibu - ibu yang bersalin secara cesarean kan, so hari ni saya nak kongsikan bersama pengalaman ibu yang bersalin secara normal pula. Kebetulan rakan saya yang dah nak bersalin bertanya tentang set bersalin Shaklee. Jom baca testimoni seorang ibu ni, yang pastinya set bersalin Shaklee ini selamat dan menjimatkan! 



Sepanjang berpantang sejak hari pertama, Tuty terus mengamalkan pengambilan supplements Shaklee. Jom kita ikuti pengalaman Tuty seperti yang dicoretkan di blog nya.



Alhamdulillah..sudah hari ke 15 berpantang... Masa 7 hari pertama tu, mak ngan ma mmg ade sama..amni-chan banyak diuruskan oleh ma especially masa nak mandi sbb sgt tak berani nak mandikan lagi...bole dikatakan sy ni berpantang cara moden la jugak...



kesinambungan daripada 3rd trimester ari tu, aku continue amik shaklee masa confinement ni sbb mmg tak bercadang utk amik ape2 jamu..nampak mcm banyakkan..so utk elakkan terlupa makan, so aku susun kat dinding meja tu..B-complex,Vita-C lepas breakfast, Omega,VIta-lea lepas lunch, alfafa n zinc lepas dinner..alhamdulillah, badan mmg tak penat n lagi penting luka jahitan cepat sembuh..boleh je nak duduk2 atas kerusi mcm biase..n dalam hari ke-7 tu sudah tidak sakit lagi tp masih jalan slow2..tdo lak mmg slalu tak cukup sbb amni slalu berjaga malam tp alhamdulillah..tak sampai demam n bengkak susu pun tarak..
lg satu kan, lepas bersalin ari tu slalu baca org akan kepenatan gile tp aku rilek je..badan tetap segar n tak tdo langsung lepas deliver sampai la pkl 1130 malam...hehehe.

*Credit To Tuty.

Apa yang ada dalam SET C (berpantang) ni ya? Ianya terdiri daripada :-
  • Vita-Leaperlu kerana ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh, terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin.


  • B Complex - penting untuk elak kemurungan (meroyan, sebagai penenang (anti-stress) & menstabilkan hormon. 
  • Vita-C - penting untuk pembentukan kolagen, mempercepatkan penyembuhan luka, memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.

  • Zinc - membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka di dalam (untuk rahim). Zinc juga bantu atasi masalah kedinginan selepas bersalin. Mengapa orang Melayu suka makan ikan haruan selepas bersalin? Kerana ikan haruan mengandungi zinc, namun pengambilan yang mencukupi dapat diukur dengan tepat melalui pengambilan tablet zinc.. DAN
Berminat berpantang cara moden?? Ingin mencuba?? Sila hubungi saya di 019-5257274 atau email ke syikin.nazri@yahoo.com. 

Sunday 29 May 2011

Maharaja Lawak Episod Kesembilan




Pengacara:
AC Mizal

Juri:
Mamat Khalid, Ahmad Idham & Saiful Apek

Peserta - Peserta:
Rujuk Sini

Penyingkiran:
Balas

Ulasan Hans:
Pada episod kali ini, tema yang diberi adalah persembahan bersama pelawak terkenal yang dipilih oleh juri sendiri untuk dipadankan dengan setiap peserta. Persembahan kebanyakan para peserta pada minggu kesembilan ini bagi aku lebih menarik dan menghiburkan kerana masing - masing kini bersaing hebat sesama sendiri untuk mendapatkan undian sms daripada penonton. Jadi, aku akan memberi komen ringkas kepada semua aksi peserta maharaja lawak mengikut urutan persembahan mereka pada episod ke-9 ini.


Kumpulan R2


Persembahan pembukaan pada kali ini dimulakan oleh kumpulan R2 yang berpasangan dengan pelawak terkenal iaitu Sathiya atau Baby Face dengan mempertaruhkan lawak persis program Bang Bang Boom atau Wakenabeb dan persembahan mereka malam ini banyak diselamatkan oleh Sathiya yang menggunakan sepenuhnya pengalaman yang beliau ada untuk membantu memantapkan persembahan kumpulan ini. Menarik dan lucu cuma unsur humor itu lebih banyak disumbangkan oleh si abang berbanding si adik. Apa - apapun, satu persembahan yang masih menarik dengan idea yang lucu. Tahniah kumpulan R2 atas persembahan kalian yang menghiburkan dan tahniah juga kepada Sathiya atas lawaknya yang begitu selamba.

Kumpulan Balas

Persembahan kumpulan Balas pada minggu ini pula sangat mengecewakan tidak seperti minggu - minggu yang lain. Dibantu oleh pelakon yang juga terkenal dengan aksi komedinya iaitu Ngasrizal Ngasri namun tidak ada banyak yang dapat dibantu olehnya. Permulaan persembahan mereka teramatlah mendatar dan tepukan daripada penonton itu mungkin disebabkan 'paksaan' oleh floor manager untuk memeriahkan suasana. Kemasukan Syukri membawa sedikit jenaka tetapi ia tidak lama kerana kemudiannya persembahan mereka kembali suram seperti permulaan sehingga membawa ke akhir persembahan mereka. Jalan cerita untuk persembahan mereka kali ini sangat kosong hingga menyebabkan aku berkata,"Apa sebenarnya mereka cuba buat nih?". Tidak ada rehearsal kah? Kebuntuan idea? Bertahan selama 9 minggu dengan hampir 2 atau 3 persembahan sebelum ini mempertaruhkan kekuatan kisah Makcik Karipap tetapi akhirnya 'kekuatan' ini jugalah yang memusnahkan persembahan mereka pada minggu ini.

Kumpulan Sepah

Persembahan kumpulan Sepah pada minggu ini yang bertemakan tentang adat merisik sangat menarik dan terbaik dengan nilai - nilai kemelayuan yang ditonjolkan serta mesej yang pelbagai dan sememangnya bijak disampaikan oleh mereka di dalam versi komedi. Dibantu oleh pelawak veteran yang terkenal iaitu A.R. Badul memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa ini merupakan satu kombinasi yang bijak dan cukup mantap. Gandingan mereka berempat membuatkan aku ketawa seorang diri dan kelihatannya mereka memang membantu antara satu sama lain dan cukup serasi. Tahniah kumpulan Sepah. Persembahan kalian tidak pernah mengecewakan. Semoga mampu menjadi juara Maharaja Lawak. Tahniah sekali lagi dan tidak lupa juga kepada A.R Badul kerana masih mampu memberi yang terbaik sekali gus menjadikan persembahan kumpulan Sepah tidak jemu untuk ditonton berulang kali.


 Nabil
 
Persembahan Nabil pada minggu kesembilan ini bagi aku seperti suam - suam sahaja. Bukannya maksud aku tidak wujud rasa lucu itu tetapi lawak beliau kali ini yang dibantu oleh pelakon wanita komedi tanah air iaitu Sharifah Shahira lambat panas dan apabila panas cepat pula menjadi suam dan kemudian sejuk sebelum kembali semula ke tahap yang 'suam' sahaja. Mungkin Nabil terlalu paranoid pada penyingkiran minggu lepas sehingga terlalu kerap menjadikan isu itu sebagai 'bahan penyelamat' dalam persembahannya pada kali ini namun jenakanya minggu ini kurang menyengat. Sesekali melawak dengan mengambil isu pada minggu lepas iaitu tentang penyingkiran tidak ada masalah tetapi apabila terlalu kerap digunakan ia akan mengundang kebosanan pada yang menonton. Diharap Nabil kembali dengan persembahan yang memukau seperti sebelum ini pada minggu hadapan.

Kumpulan Jambu

Persembahan kumpulan Jambu pada minggu ini bagi aku sangat unik dan begitu lucu. Senang cakap bahasa bukanlah ukuran untuk membuatkan orang ketawa. Memang menarik dan menghiburkan untuk ditonton. Aku suka mendengar bahasa rekaan mereka ini kerana walaupun aku tahu mereka pun sebenarnya tak tahu pun apa yang mereka cakap(maksud aku disini bahasa perantaraan yang kononnya berasal dari Sungai Amazon) tetapi ia kelihatan seperti betul - betul wujud. Dibantu oleh Acong Sweetchild yang selain dari menyanyi juga terkenal sebagai pelakon komedi sememangnya amat mengagumkan aku kerana beliau mampu berlakon seperti biasa tanpa ketawa walaupun Yus banyak kali juga tidak mampu menahan tawa akibat bahasa - bahasa yang terhasil dari mulut mereka beliau dan Acong. Tahniah kumpulan Jambu! Sangat menghiburkan!


Kumpulan Jozan


Persembahan terakhir pada minggu ini berjaya dipersembahkan dengan begitu jayanya oleh kumpulan Jozan yang bergandingan dengan pelakon Kenchana Dewi. Johan yang memang hebat di dalam meniru gaya sebahagian artis atau insan popular nampaknya sekali lagi berjaya meniru perwatakan Mamat Khalid dengan begitu bagus sekali dan Zizan sekali lagi tampil dengan karakter paling terkenal dan menjadi kekuatan Zizan di dalam Maharaja Lawak iaitu Mail Lambung yang memang cukup menyakinkan. Sungguh menarik melihat aksi mereka bertiga cuma aku sedikit terganggu dengan aksi Kenchana Dewi yang kadang - kadang membuatkan Johan kelihatan kurang selesa sewaktu berlawak. Apa - apapun, memang menarik dan menghiburkan. Tahniah kumpulan Jozan!

Peserta Pilihan Untuk Minggu Kesembilan :
  1. Sepah, Jambu & Jozan


  2. R2
  3. Nabil
  4. Balas
P/S : Masing - Masing Ada Citarasa Tersendiri.

Sakit lutut, sakit pinggang, sakit belakang, sakit tumit kaki

Bila seseorang itu tidak menjaga pengambilan makanannya atau kata lain tak amik pusing pun tentang piramid makanan dan yang seangkatan dengannya..secara tidak langsung segala kepentingan khasiat vitamin terhadap tubuh badan juga tidak dihiraukan.

Pernah ada yang bertanya, jika kita tak ambil kalsium apa akan jadi sebenarnya? Kita mungkin akan kena osteoporosis ker?

Sebenarnya kalsium merupakan satu vitamin yang sangat penting terutamanya kepada kaum wanita. Sebab itulah iklan susu pon lebih fokus kepada kaum wanita je kan. Kenapa yer?
Wanita memerlukan kalsium kerana wanita mengandung dan menyusukan anak.

Kalsium diperlukan untuk
membina darah, menstabilkan tekanan darah, saraf, untuk bina tulang dan gigi.

Kalau kita
memang minum susu setiap hari atau amik apa jua sumber kalsium sebagai contoh:-

1. Keju dan makanan yang terbuat dari keju.

2. Yogurt.
3. Susu dan makanan yang terbuat dari susu.
4. Ikan Sarden dan ikan lainnya yang dimakan bersama tulangnya.
5. Sayuran yang berwarna hijau gelap seperti bayam, kangkung dan lain lain.
6. Sereal.
7. Jus jeruk.
8. Kacang kedelai dan makanan yang terbuat dari kedelai.
9. Susu kedelai.
10. Roti, makanan yang berasal dari biji bijian, wafel.

Maka kita tidak perlu risau tentang kekurangan kalsium mahupun risiko yang bakal dihadapi apabila kekurangan kalsium.


Namun katakanlah jika kita
tidak minum susu atau apa-apa jua sumber makanan yang mengandungi kalsium maka badan kita akan menggunakan kalsium yang sedia ada dalam badan kita iaitu dari tulang dan gigi sedikit demi sedikit untuk keperluan pembentukan darah , kestabilan darah dan saraf serta sebagai bekalan kalsium untuk disalurkan kepada anak yang dikandung atau anak yang disusukan.

Apabila diet yang tidak seimbang ini
berterusan, maka tulang dan gigi tidak akan padat lagi sebaliknya akan mempunyai rongga di dalamnya akibat digunakan oleh tubuh untuk pembinaan darah dan kestabilan darah.

Bermula dari situ, tulang dan gigi kita akan rapuh...dan kita akan senang rasa
sakit pinggang, sakit kaki terutama bahagian lutut dan tumit kaki dan tumit akan kelihatan pecah-pecah, gigi akan sakit dan ini yang paling teruk.....
Risiko osteoporosis

Walaubagaimanapun, ianya tidak berlaku dalam sehari dua. Ia berlaku apabila pengambilan menu yang tidak seimbang secara berterusan. PENYAKIT itu hakikatnya tidak datang secara mengejut...ianya adalah akibat sifat kita yang menangguh2 perkara yang penting dan perlu.

Ramai customer yang mengakui tidak mengambil susu semasa mengandung namun tidak pula menggantikan dengan sumber kalsium yang lain dimana akhirnya mereka mengadu sakit pinggang, sakit lutut dan tumit berbisa bila pijak, paling teruk ialah sakit gigi.


Kalsium sangat penting ya.... jangan abaikan kerana bila dah sakit kita yang merana. Terutama ibu-ibu yang mengandung dan menyusukan anak... kalau tidak menggantikan kalsium yang disalurkan kepada anak semasa mengandung dan menyusu, risiko osteoporosis sangat tinggi.


Bagi ibu yang menyusu dan jika kehadiran
Menstrual mengganggu penghasilan susu anda...dapatkan segera 2-4 gelas susu sehari insyaAllah penghasilan susu akan meningkat semula.

Kekurangan
kalsium boleh membuatkan kita cepat letih ditambah apabila kurang tidur dan akhirnya akan membuatkan muka pucat tidak bermaya dan lebih teruk lagi kulit nampak kusam.

Jika mak anda mempunyai tanda sakit kaki, sakit tulang belakang mahupun sakit gigi...dapatkan kalsium segera!

Berminat?
Hanya RM59 (WM)/ RM72 (Sabah & Sarawak) termasuk kos penghantaran untuk sebotol Shaklee OsteMatrix (Calcium Magnesium) yang mengandungi 120 tablets Calcium. Sila emailkan pesanan anda ke syikin.nazri@yahoo.com atau sms ke 019-5257274.

Friday 27 May 2011

Testimoni ~ Susu Bertambah dengan Set Penyusuan Shaklee

Set Penyusuan Shaklee bukanlah semata-mata untuk menambah susu, atau dalam erti kata lain, semata-mata milk booster. Pengambilan suplemen secara amnya membantu tubuh si ibu lebih bertenaga, lebih cergas, lebih bersemangat, lebih sihat dan semua ini menjurus kepada kejayaan dalam penyusuan susu ibu (insyaALLAH).
Susu badan pula akan bertambah banyak dengan pengambilan set penyusuan Shaklee ini sekiranya si ibu tadi mempraktikkan asas ‘supply on demand’. Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu yang terhasil!
Jom baca testimoni mereka
Winking smile


Anda pula bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Boleh sms kan kepada saya 019-5257274 atau email syikin.nazri@yahoo.com 

Thursday 26 May 2011

Performance Drink Penyelamat Ibu Menyusu Yang Berpuasa

Ber'group-walking' di Facebook, saya lihat ramai ibu-ibu yang menyusukan bertanyakan mengenai persediaan berpuasa kelak. Malah, bagi yang sedang sibuk berpuasa sunat dan qadha pun masing-masing meng'update' status EBM dan keletihan di Facebook.

Nah baca testimoni ini. Kekal bertenaga walaupun sedang berpuasa.





Mari saya perkenalkan anda semua dengan Performance Drink, minuman tenaga dengan formula opticarb iaitu membantu badan kita cergas sepanjang hari walau berpuasa, memastikan kandungan gula dalam darah dan bendalir dalam badan adalah seimbang. Ia membantu si ibu tidak dahaga sepanjang seharian berpuasa disamping melaksanakan perahan buat si manja tersayang.


Ini pula testimoni Muzz semasa (bulan Ramadhan tahun lepas)

Okeh..berbalik cite tadi..bila da rasa dehydrated semacam je..so kebetulan dapat rezeki..ada orang nk beli bag hari tu..dapat la beli PD. Sekali cuba..campur ESP ngan PD..aku rasa ni la combination yg selesa bagi aku. Ringan..tak heavy..n bleh abiskan segelas dengan cepat..hehe..Hari kedua aku consume PD ni + ESP + alfalfa…baru aku pam sbb baru naik keje hari isnin..dan Alhamdulillah..pagi dapat 40z..tgh ari 4oz..petang 3oz..tu time puasa…even sblm ni tak puasa pn..dpt sikit gile(time monteng le..hehe.)So..dengan jadual aku yg tak menentu untuk last week..dari 2 -3 oz…tiba2 leh dapat 4 oz..wow !! satu keajaiban untuk diri aku. Badan aku cukup makan masa untuk back to normal…tapi dengan PD..aku yakin…even fungsi dia bukan sebagai milk booster..tp untuk kekalkan keseimbangan cecair dalam badan..so that’s why susu still maintain..malah bleh dapat lebih dari biasa..dan aku percaya..kalau tak puasa..laaaaagi dapat lebih. PD ni aku minum ngan hubby aku…huhu.cepatla kot abisnye..komen hubby aku..sedaaaappp.. (erk..tu je!) sabor je la.. ;p tapi bagi aku..memang tak dinafikan..tak rasa haus…lapor tu ye la..sbb aku ni mmg cepat lapar..hehe..baru pas sahur kul 4.30 pagi..kul 8 pagi..da berkeroncong..padahal da telan nasi sepinggan..macam makan malam..huhu..Dan..perhatian untuk orang2 yang anti susu macam aku ni..ye la..susu tak suka..soya tak suka..soya kat pasar malam ngan soya kotak tu aku minum gak le..tapi soya melilea sume tu..tak lalu nak telan..jadi..Insya Allah..combination PD ngan ESP adalah yang terbaik..Okeh..nak tahu lebih lanjut?? Anda bleh refer Mommy Icha. Korang rajin2 kanlah diri baca entri yg penuh ngan informasi tu..hhehe..
Sedikit info tentang Performance Drinks:
  1. Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonic
  2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina: matodextrin, fructose & glucose
  3. Ia membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
  4. Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
  5. Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas.dan utk elak rasa kering/haus yang amat. bukan je time berpuasa. tapi sesuai bila2 masa.



 ************************************************************

Mahu mencuba vitamin Shaklee? Boleh sms kan kepada saya 019-5257274 atau email syikin.nazri@yahoo.com 

Wednesday 25 May 2011

Mitos Pemakanan Sihat


Seperti yang anda sudah ketahui, kekurangan nutrien boleh menjejaskan kesihatan dan kecergasan badan. Walaupun amalan pemakanan sihat sangat penting, terdapat mitos yang boleh menjejaskan kesihatan anda jika anda mempercayainya.

Berikut adalah mitos mengenai pemakanan sihat:

1. Bersenam dengan perut kosong.

Jika perut anda berkeroncong, ia cuba memberitahu anda sesuatu. Jika anda tidak menghiraukannya, anda memaksa badan anda bekerja tanpa bahan bakar. Sebelum bersenam atau melakukan apa-apa aktiviti fizikal, pastikan anda mengambil makanan ringan terlebih dahulu seperti sebiji epal.

2. Bergantung kepada biskut dan minuman tenaga.

Walaupun elok mengambilnya sekali sekala, ia tidak membekalkan antioksidan yang anda perlukan untuk menghalang penyakit. Lebih baik anda bergantung kepada buah-buahan dan sayur-sayuran memandangkan ia penuh dengan vitamin, mineral, cecair dan serat.

3. Tidak mengambil sarapan pagi.

Tidak mengambil sarapan bukan idea yang bagus memandangkan sarapan
pagi memulakan hari anda. Badan anda memerlukan bahan bakar secepat
mungkin, dan tanpanya, anda akan berlapar hingga ke tengahari.

4. Diet rendah karbohidrat.

Badan anda memerlukan karbohidrat untuk otot dan juga penyimpanan tenaga.

5. Makan apa saja yang anda mahu.

Pemakanan sihat dan bersenam tidak memberi anda lesen untuk memakan
apa saja yang anda mahu. Kita semua memerlukan nutrien yang sama, sama ada kita bersenam atau tidak.

6. Kalori tidak mencukupi

Walaupun menurunkan berat badan melibatkan kalori, kehilangan secara mendadak adalah merbahaya. Apa yang perlu dilakukan adalah mensasarkan untuk menurunkan 1 – 2 paun seminggu. Pastikan anda mendapat kalori yang cukup untuk membolehkan badan anda berfungsi dengan sempurna.

7. Kurang minum.

Air, susu dan jus adalah minuman terbaik untuk mereka yang aktif. Anda perlu kerap minum dan tidak menunggu dahaga. Apabila anda merasa dahaga, badan anda sudah merasa kesan kekurangan air.

Menukar cara anda makan adalah langkah penting ke arah pemakanan sihat dan ia akan memberi kesan ke atas kesihatan anda. Semakin sihat pemakanan anda, semakin sihat badan anda. Tidak kira berapa umur anda, pemakanan sihat merupakan sesuatu yang perlu anda utamakan. Jika anda memberi peluang kepada pemakanan sihat, anda segera akan melihat bagaimana ia mengubah kehidupan anda – kepada yang lebih baik. 


 

B-Complex Oh B-Complex

Adakah kita sedari apabila memakan pil perancang secara automatiknya ia mengubah kitaran yang sepatutnya berlaku dalam tubuh kita. Secara peribadi pada saya,sebab itu disarankan bagi wanita yang mengambil pil perancang perlu ambil B complex sebagai supplement harian untuk membantu menstabilkan semula hormon.

Yang peliknya bagi orang yang kurang membaca mereka pasti akan mengeluarkan kata-kata sumbang:
1. B complex buat saya berselera la
2. B complex buat badan saya gemuk la
3. B complex buat saya cepat lapar

Apa yang orang tak faham?
Sebenarnya B complex merupakan spark plug dalam badan. Ia akan membakar gula (daripada makanan ) untuk menghasilkan tenaga. Orang yang mendapat diabetes adalah mereka yang kurang B complex dalam badan sebab itu gula itu tidak dapat ditukarkan kepada tenaga. Rasa lapar atau berselera adalah satu tanda tubuh kita memerlukan gula untuk ditukarka kepada tenaga. Saya sendiri tidak gemuk walau kuat makan, salah satunya faktor menyusukan anak namun ada juga teman saya berisi walau menyusukan anak kerana kebanyakkan makanannya tidak dapat ditukarkan kepada tenaga.


TANDA-TANDA KEKURANGAN B-COMPLEX

• Mental & Emotion – Depression, Anxeity, Moodiness, Difficulty concentration.
• Keletihan / tidak bermaya.
• Tidak dapat duduk diam (resah-gelisah).
• Panik (Mengelabah / buntu).
• Sedih tanpa punca (termenung).
• Kekurangan selara makan.
• Sembelit.
• Water retention
• Sensitivity to light
• Dandruff
• Pre-menstrual tension

SEVERE DEFICIENCY

- Boleh lihat ‘crack mouth corners, mata
- Sore lips
- Sore tounge
- Digestion – showing of excessive gas

SEBAB-SEBAB KEMUSNAHAN B COMPLEX

• jenis larut air - perlu sentiasa di ganti
• Boleh musnah oleh matahari/ heat/haba – process memasak.
• Memakan banyak gula boleh menghabiskan B complex. Eg satu botol Coca-cola perlu 5 kali vitamin B untuk menukarkan Coca-Cola ke bentuk tenaga.
• Alkohol boleh memusnahkan simpanan B Complex.
• Stress - tekanan mental dan fizikal musnahkan B Complex.
• Kegunaan anti-biotik, pil penenang perasaan, pil tidur dan racun serangga memusnahkan vitamin B Complex.
• Pil perancang meningkatkan keperluan Vitamin B.

FUNGSI B-COMPLEX

• Peranan Utama – membantu dalam pengeluaran Tenaga.
• Membantu memetabolismekan
- karbohidrat
- Lemak
- Protein
• Anti stress
• Mengurangkan risiko kecacatan kelahiran seperti kecacatan otak dan kecacatan saraf tunjang.
• Asid Folik, B6 dan B12 membantu merendahkan paras homosisteina dalam darah
• “B” for beauty – True beauty radiates from within.
• Perlu bagi urat saraf (essential to initiate nerve transmission).
• Membantu meninggikan sistem pertahanan badan

UNTUK SIAPA?

• Orang demam
• Stress
• Kaki Arak
• Mereka yang terlibat dengan aktiviti yang meletihkan
• Pengguna pil perancang
• Jerawat (acne)
• Alahan dari perasa MSG
• Gementar (nervous)
• Membantu dalam masalah berkaitan PMS, Mengandung dan masalah Menopause – terutama B6 , Awas B6 tidak boleh diambil secara tersendiri ia mesti di gabungi dengan ke lapan-lapan keluarga B

Vitamin B yang baik ialah :

• The only yang lengkap (Complete B) - Mengandungi 8 keluarga B.- Jika salah satu daripadanya kurang Vitamin B berkenaan tidak berkesan. Keluarga B yang di maksudkan adalah: B1(Thiamin), B2(Riboflavin), B3 (Niacin), B5(Pantothenic acid), B6 (Pyridoxine), B12 (Cyanocobalamin), Biotin, dan Asid Folic. Bacalah label pada bottle dengan terliti agar tidak menanggung kerugian.
• Biotin dan Folic Asid di beri dalam kadar 100% .






Betapa pentingnya B-Complex pada tubuh manusia tau..
B-Complex Shaklee ada 120 tablets di dalamnya..
Berbaloikan? boleh consume sehingga 4 bulan!
Berminat? Hubungi saya yea..

Monday 23 May 2011

Kesan Pemulihan @ Healing Crisis (Tindakbalas)

Anda baru mula mengamalkan pemakanan tambahan bagi menjaga kesihatan atau merawat penyakit yang anda alami. Walaubagaimanapun, pada peringkat permulaan, anda merasakan letih atau mengalami ruam seluruh badan. Anda pasti berfikiran, "Keadaan saya semakin teruk..... Apa dah jadi?" Oleh itu ada baiknya jika anda mengetahui dan memahami perkara dan perubahan yang mungkin berlaku apabila anda memulakan pengambilan pemakanan kesihatan.


Menurut 'Hering's Law of Cure', semua proses penyembuhan bermula dari dalam ke luar, dari kepala ke badan yakni pada keadaan bertentangan sepertimana sesuatu penyakit itu menampakkan tanda-tandanya. Antara tanda yang mungkin dialami pada peringkat permulaan termasuklah :
  • sakit atau pening kepala
  • ruam kulit
  • bisul atau kudis
  • sembelit
  • cirit birit
  • perut berangin
  • letih atau kepenatan
  • berdebar
  • cepat marah
  • selsema atau batuk (kahak yang banyak)
  • demam
  • ataupun mengalami gejala penyakit yang sedia ada menjadi semakin ketara.
Sebenarnya tanda-tanda tersebut adalah perubahan yang di alami oleh badan di dalam proses penyembuhan yang di kenali sebagai krisis pemulihan ataupun kesan tindakbalas.
Ia lebih merupakan satu proses di mana segala kekotoran dan toksid dari usus dan organ penting dikeluarkan dari badan.
Sebenarnya, bahan toksid yang terhasil dari tindakbalas kimia dan metabolisme badan berkumpul di bahagian tisu konektif yang wujud di serata badan.
Tisu konektif merupakan seolah gam yang mengukuhkan sel-sel di dalam badan. Kebanyakan manusia dilahirkan dengan bahagian atau organ yang lemah dan mempunyai tahap pertahanan yang rendah. Di sinilah merupakan sasaran yang pertama bagi bahan toksid tadi berkumpul.
Ini juga menjelaskan mengapa sesetengah orang mengalami simptom yang ketara di bahagian yang lemah tersebut (samada di bahagian dada, usus, perut ataupun di bahagian otot dan sendi) yang mengandungi kebanyakan dari toksid yang terkumpul.
Dan kesan pemulihan juga semakin ketara apabila bahan bahan toksid yang dibebaskan itu mengalir secara rawak di dalam tubuh badan manusia.
Simptom kesan pemulihan ini selalunya muncul sebaik selepas mengamalkan permakanan kesihatan yang membantu mengeluarkan toksid daripada badan. Ia akan bertahan selalunya selama 3 ke 4 hari.
Walaubagaimanapun bagi badan yang mempunyai tahap toksid yang serius, kesan pemulihan ini mungkin berlaku berulang-ulang sehinggalah kesemua toksid dibersihkan dari badan. Proses ini amatlah diperlukan oleh badan untuk mengelak dari penyakit degeneratif yang mungkin akan di idapi di masa akan datang.
Apabila berlakunya simptom-simptom dari kesan pemulihan, janganlah sesekali mengambil ubat untuk meringankannya kerana ini bakal akan mengganggu proses pemulihan. Ubat-ubatan hanya akan membuat badan kita merasakan lega sementara tetapi ini juga akan membuatkan toksid tadi mendap kembali di bahagian tisu konektif.
Dan yang paling penting, janganlah memberhentikan pengambilan pemakanan kesihatan tersebut. Untuk membantu anda mengatasi simptom-simptom kesan pemulihan adalah dinasihatkan agar :
  1. Mendapat rehat yang mencukupi. Badan kita berada dalam keadaan tertekan di kala pembersihan toksid maka rehat yang mencukupi adalah amat penting untuk membantu badan mengeluarkan toksid tersebut.
  2. Minum air dengan banyak. Ini kerana air merupakan bendalir yang akan membawa toksid-toksid keluar dari badan melalui perpeluhan, air kencing atau pun najis.
  3. Elakkan makanan yang mempunyai protein dan lemak yang tinggi. Ini kerana ketika proses pembersihan toksid, ianya memerlukan paras tenaga badan yang optima. Protein dan lemak pula memerlukan tenaga yang lebih bagi menghadamkannya dan secara tidak langsung akan mengganggu keperluan tenaga yang digunakan untuk pengeluaran toksid.
  4. Makan makanan yang segar, berzat dan mudah hadam. Ini membantu badan bagi keperluan terhadap nutrisi untuk membantu memproses bahan toksid dan mengeluarkannya.
  5. Lebihkan juga memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mempunyai nutriens yang amat di perlukan badan.
  6. Elakkan dari memakan makanan yang mempunyai bahan kimia spt bahan pengawet, pewarna dan perisa tiruan.
  7. Kekalkan kebersihan kulit yang sempurna. Ini akan memudahkan toksid keluar dari liang perpeluhan.
  8. Berus kulit badan dengan berus badan yang lembut. Ini sebenarnya merangsang sistem limfatik dan pengaliran darah di bahagian kulit.
  9. Mandi dengan air suam. Ini menggalakkan pembukaan pori-pori kulit bagi mengeluarkan toksid yang perlu di bebaskan.
Sebagai kesimpulan, bolehlah kita rumuskan bahawa krisis pemulihan sebenarnya merupakan suatu fenomena yang berfaedah kepada badan kerana ianya merupakan petanda pembersihan badan dari toksid yang terkumpul. 
Jangan sesekali menghentikan pemakanan tambahan yang di ambil atau mengambil ubat-ubatan kimia bagi meringankan kesan tindakbalas ini. Badan yang bersih dari toksid akan berfungsi dengan lebih optima dan seterusnya akan menjurus kepada keadaan kesihatan yang kita impikan.
 
credit

...Saya Suka Cantik & Sihat...