* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*
Showing posts with label B-Complex. Show all posts
Showing posts with label B-Complex. Show all posts

Friday, 28 September 2012

Pentingnya pengambilan vitamin bagi wanita hamil

Bagi wanita hamil amatlah penting untuk anda mengambil vitamin kerana tubuh badan kita sendiri sangat kritikal pada waktu itu kerana kita memerlukan banyak makanan tambahan (vitamin) untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan bayi di dalam kandungan di samping memberikan nutrisi kepada ibu yang mengandung. Pada zaman yang serba moden ini teramatlah sukar untuk memenuhi atau mendapatkan pemakanan yang seimbang dan pengambilan vitamin boleh mengurangkan kecacatan kepada bayi, mengurangkan risiko kelahiran pramatang, risiko bayi dilahirkan terlalu kecil disamping ia membantu menjaga kesihatan si ibu.

Di antara fungsi vitamin ialah:
B Complex - mengandung asid folic di mana ia sangat penting untuk perkembangan fizikal dan saraf bayi. Kesan kekurangan asid folic boleh menyebabkan kecacatan spina bifida, bayi dilahirkan tanpa tempurung otak (anencephaly) ataupun bibir sumbing 

 

Vitamin C - meninggikan antibodi si ibu. Ketika hamil antibodi ibu menjadi rendah. Bila ibu sering sakit ditakuti memberi kesan kepada janin. Ibu hamil juga harus berhati-hati dengan kandungan ibu yang diberi kerana ditakuti boleh menyebabkan keguguran janin terutama di awal kehamilan


Vitalea (Iron Formula) - ia kaya dengan zat besi di mana ia membantu ibu hamil yang kerap mengalami bacaan HB yang rendah dan juga membantu di dalam tumbesaran bayi di dalam kandungan 


Ostematrix (kalsium magnesium) - sangat penting di dalam pembentukan tulang dan gigi. Ramai ibu hamil mudah merasa loya dan mual dengan pengambilan susu maka Ostematrix adalah alternatifnya. Ia juga membantu mengurangkan preeclampsia ataupun darah tinggi ketika hamil. Lagi satu, ramai yang tidak tahu bahawa morning sickness berlaku kerana kita kekurangan kalsium dan Insyaallah jika ibu mengamalkannya konsisten, masalah morning sickness akan berkurangan 


Omega Guard - ibu boleh mulakan ketika kandungan berusia 6 bulan. Ia sangat bagus perkembangan otak, perkembangan saraf dan juga penglihatan yang baik bagi bayi 


Energizing Soy Protein -  Sangat bagus untuk diamalkan bukan sahaja semasa kehamilan bahkan teruskan semasa berpantang, menyusu dan seterusnya. Protein adalah makanan SEL, jika SEL rosak/mati dan tidak dirawat maka ia akan terserlah dari wajah atau tubuh badan kita yang lesu dan kusam. Protein akan memperbaharui/memperbaiki sel-sel di dalam tubuh badan kita. Ia juga sangat bagus diambil untuk perkembangan fizikal bayi dan Insyaallah anda akan perasan yang wajah anda juga tidak kusam sewaktu kehamilan. Oh iya, ibu hamil tidak boleh mengambil vitamin E so boleh digantikan dengan ESP ya.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.   



*******************************************
Untuk konsultasi dan segala pertanyaan, anda boleh:

1. LIKE facebook fanpage  Cantik & Sihat (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)
2. PM saya di fb,  Kikin Nazri
3. Emel  syikin.nazri@yahoo.com
4. SMS saya di 019-5257274.    

Thursday, 27 September 2012

Vitamin Untuk Pelajar

Hari ni saya nak share sikit mengenai beberapa vitamin yang bagus untuk adik2 yang sedang belajar di sekolah mahupun di universiti, kolej dan sebagainya. Saya ada 2 orang adik yang masih menuntut di pengajian tinggi di UiTM dan UPM..seorang sedang mengambil diploma dan seorang lagi ijazah. 

Sebagai seorang kakak yang concern pasal adik2, saya bekalkan mereka beberapa jenis vitamin yang bagus untuk mereka yang sedang belajar. So far alhamdulillah ianya memang membantu. Saya faham sebagai student kadang2 rasa stress dengan assignment yang berlambak, study lewat malam, nak mengadap test lagi..pastinya letih badan, letih otak..sebab saya pun dulu student jugak kat UiTM..tapi masa tu saya tak jumpa lagi Shaklee ni..hihi

Jom kita kenali apa jenis vitaminnya.. :)

 
Omega Guard

Fungsi:

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

Shaklee OmegaGuard
TM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.  Satu hidangan OmegaGuardTM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA. 
Dalam bahasa yang mudah pengambilan Omega Guard dapat membantu kita untuk meningkatkan kecerdasan otak, mudah mengingati dan lebih fokus.

Lecithin

Fungsi:

Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf.  Soya lecithin merupakan sumber utama kolina.
Lecitin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine.Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dan lain-lain. Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat.30% otak adalah terdiri daripada lecitin, manakala 70% lemak di hati adalah lecitin.

Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi  daripada kacang soya. Setiap kapsul gel lembut menyumbang 530mg lecithin.  Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

B Complex

Fungsi:

Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu pelajar berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik pemikiran & daya menumpuan akan lebih baik. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah yang cantik berseri dan tidak kusam.

Kredit : Sis Laila
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.   


*******************************************
Untuk konsultasi dan segala pertanyaan, anda boleh:

1. LIKE facebook fanpage  Cantik & Sihat (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)
2. PM saya di fb,  Kikin Nazri
3. Emel  syikin.nazri@yahoo.com
4. SMS saya di 019-5257274.    



Set Family Wellness Shaklee ~ Untuk Semua

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.   



Set Family Wellness Shaklee ~ yea memang sesuai utk seisi keluarga.. semua org bleh ambil.. 

Apa kandungan vitamin dalam set Family Wellness ni?


# B complex



B yang Lengkap dan Seimbang


B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi  membantu memelihara kesihatan yang baik.

•    B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.*
•    Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.*


Sustained Release Vita-CTM500 mg Vitamin C



Sumber Vitamin C Semulajadi yang Disalurkan Jam demi Jam

Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.  Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh.  Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.*


# Vitalea





Multi vitamin & Multi mineral

Multi yang Hebat.. Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli.  Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. 






ESP - Soy Protein Isolate Powder



Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.


Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.




Anda ibu yang menyusukan anak.. set ini sesuai untuk anda.. hanya perlu tambahan alfalfa dan ostematrix

Anda sedang hamil.. set ini juga untuk anda.. tambahan ostematrix dan omega guard.. * (mengikut usia kandungan anda)

Anda sedang berpantang.. ini setnya.. tambahan zinc utk mengubati luka bersalin.. juga sesuai untuk mereka yang baru lepas pembdahan

Anda mencari set untuk kulit yang sihat, penjagaan muka.. mmg inilah setnya.. tambahan vitamin lain mengikut keadaan anda.. seperti gla complex / vitamin e / zinc

siapa pun anda.. ape pun keperluan anda.. set family wellness adalah set yg sesuai untuk semua.. anda boleh memilih untuk membuat tambahan vitamin lain mengikut keperluan anda.. 

credit to nur salwa









*******************************************
Untuk konsultasi dan segala pertanyaan, anda boleh:

1. LIKE facebook fanpage Cantik & Sihat (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)
2. PM saya di fb, Kikin Nazri
3. Emel syikin.nazri@yahoo.com
4. SMS saya di 019-5257274.   

Friday, 29 June 2012

Kaitan Diabetes (Kencing Manis) dengan Sakit Jantung & Darah Tinggi

Kita biasa degar tentang penyakit 3 serangkai ni kan terutama kepada golongan berusia. Kalau ada kencing manis biasanya didatangkan sekali pakej dengan darah tinggi dan sakit jantung.
Tahukah anda bahawa kencing manis sebenarnya tak menjadikan seseorang menghidap darah tinggi dan sakit jantung, sebaliknya ia adalah kesan sampingan daripada ubat kencing manis.
Ini kerana ubat adalah jenis drug (dadah) yang bukan komponen tubuh. Ia mengurangkan simptom sesuatu penyakit tapi mempunyai kesan sampingan.

Antaranya ubat jenis metformin yang digunakan untuk meningkatkan fungsi insulin sekaligus menurunkan paras gula. Namun kesan sampingan ubat ini adalah ia menjadikan tubuh kehilangan/kekurangan vitamin B dan antioksidan serta perlindungan kardiovaskular semulajadi tubuh iitu Co-Q10.
Kehilangan antioksidan dan pelindung kardiovaskular menjadikan seseorang pesakit diabetes terdedah kepada sakit jantung. Begitu juga ubat jenis Sulfonylures yang memberi kesan sama.
Pesakit kencing manis yang mengambil ubat jenis Thiazolidinediones terdedah kepada masalah yang lebih besar, iaitu masalah jantung.

Diabetes atau kencing manis adalah penyakit berkaitan diet yang agak popular. Malah zaman sekarang budak2 muda pun dah kena diabetes. Jadi untuk mencegahnya ialah dengan mengamalkan cara hidup sihat, pemakanan seimbang, aktiviti yang menyihatkan dan sebagainya.

Untuk pesakit diabetes pula bagaimana? Ya, jika baru kena diabetes sebaiknya bermulalah dengan penukaran cara hidup terlebih dahulu sebelum mengambil ubat.
Pengambilan vitamin? Ya, tentu terutama bagi mereka yang mengambil ubat kencing manis kerana ia merosakkan vitamin dalam badan.

Vitamin untk diabetes:
B COMPLEX
VITA-C
VITALEA
VITA – E (antikoksida)
Bulan ini(Jun 2012) ada tawaran istimewa untuk Vitamin E, jadi jom dapatkan sekarang sebelum tawara berakhir!
PERHATIAN : Sekiranya doktor telah pun memberikan ubat, sila teruskan pengambilan ubat dan jangan berhenti sehingga diminta berbuat demikian. Walau bagaimanapun, pengambilan supplemen mungkin dapat membantu menangani masalah yang timbul akibat kesan sampingan ubat.

sumber


*******************************************
Untuk konsultasi dan segala pertanyaan, anda boleh:

1. LIKE facebook fanpage Cantik & Sihat (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)
2. PM saya di fb, Kikin Nazri
3. Emel syikin.nazri@yahoo.com
4. SMS saya di 019-5257274.  



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Tuesday, 14 February 2012

Alzheimer Cegah Melalui Supplement



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*
 
Alzheimer atau nyanyuk sudah tidak lagi dikaitkan dengan proses penuaan. Tambahan pula sejak munculnya formula-formula anti-penuaan (anti-aging) yang menyifatkan penuaan bukan sebab usia, tapi kerana wujudnya radikal2 bebas dalam tubuh kita. Sejajar dengan itu, Alzheimer kini dikenali sebagai penyakit progresif yang berlaku akibat kehilangan sel saraf otak. Ia disebabkan oleh ‘kehilangan’ sel otak secara sedikit demi sedikit, yang menyebabkan pesakit mengalami kekurangan fungsi mental dan akhirnya fungsi fizikal.

Ia adalah kerana fiber-fiber saraf di sekitar hippocampus, yakni pusat ingatan dalam otak menjadi ‘tersimpul’. Kekusutan yang berlaku terhadap saraf2 itu menyebabkan ia tidak dapat menyimpan dan menterjemah sebarang maklumat. Dengan kata lain, mereka ni mengalami ‘litar pintas’ dalam otaknya.
Alzheimer sebenarnya bukan perkara normal pada orang tua. Ini kerana ia telah dikelaskan sebagai sejenis penyakit, bukan sebahagian dari peningkatan usia. Ada sesuatu yang tidak kena pada pengidap Alzheimer. Ramai orang yang menghampiri usia 90 tahun masih lagi dapat berfikir dengan sihat dan bijak, contohnya Tun Mahathir.
Menurut kajian, otak penghidap Alzheimer didapati mengandungi kandungan kalsium, silikon, sulfur dan aluminium yang tinggi. Protein dalam darah juga boleh menyumbang kepada terjadinya penyakit ini.
Setakat ini tiada rawatan untuk pesakit Alzheimer, oleh kerana ia adalah penyakit progresif. Namun, terdapat terapi bagi meringankan masalah yang dihidapi oleh pesakit Alzheimer.

Bagaimana mengawal diri agar jauh dari Alzheimer?
Menurut orang-orang tua, cara untuk mengelakkn dari terkena penyakit Alzheimer ialah dengan memperbanyakkan membaca & mengkali al-Quran, zikrullah serta banyak membaca buku. Nabi SAW juga ada memberi petua bahawa untuk menjauhi nyanyuk ialah dengan melazimkan istighfar 70 kali sehari.
Selain dari itu, penyakit Alzheimer boleh dihindari dengan penjagaan kesihatan, termasuk pemakanan.Berikut adalah cadangan yang boleh diamalkan bagi mengelakkan penyakit Alzheimer:

Vita-E Complex – Vitamin E membantu dalam pengangkutan oksigen kepada sel-sel otak.
B Complex – Vitamin B12 mengelakkan ‘hilang ingatan’ dalam diri kita.
Lecithin – meningkatkan fungsi dan potensi otak.
Omega Guard - dengan DHA untuk meningkatkan daya ingatan.
Supplement bagi membantu pesakit Alzheimer:
Energizing Soy Protein - Mengandungi asid amino yang membekalkan tenaga kepada otak, jantung dan otot rangka dengan menyalurkan asid lemak kepada sel-sel tersebut. Cartinine (sejenis asid amino) membantu melambatkan proses ‘penurunan’ mental pada pesakit Alzheimer.
Garlic Complex -membantu melambatkan proses penyusutan otak.
Omega Guard - memperbaikkan fungsi kognitif.
Sekiranya anda mendapati ahli keluarga mengalami masalah seperti mudah lupa, cepat moody, short-tem memory loss, bingung, dan sebagainya – segeralah berjumpa doktor. Pesakit yang melibatkan perkara sebegini perlu mendapat pengesahan doktor kerana dikhuatiri simptom2 tersebut bukan sekadar nyanyuk, tapi ada masalah otak yang lain.
Credit 

*******************************************
Untuk konsultasi dan segala pertanyaan, anda boleh:

1. LIKE facebook fanpage Cantik & Sihat (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)
2. PM saya di fb, Kikin Nazri
3. Emel syikin.nazri@yahoo.com
4. SMS saya di 019-5257274.

Sunday, 12 February 2012

Period Pain..No More Pain Killer..Only Supplement

Period pain atau sakit perut ketika haid biasanya disebabkan jumlah hormon estrogen dan progestron yang tidak seimbang di dalam badan. Ketika datang haid biasanya hormon estrogen akan menjadi lebih banyak daripada hormon progestron.

Fungsi 2 hormon kat atas adalah dalam sistem reproduksi wanita.

Apabila 2 hormon ini tidak seimbang jumlahnya, berlaku lah cramp perut atau period pain. Ada yang cramp saje..Ada yang sampai berguling-guling…Ada juga yang sampai pengsan! Tapi ada juga yang rilek-rilek sajer….

Di bawah adalah cara-cara yang boleh mengurangkan period pain.

1) Ambil satu botol yang panas/suam, letak di bahagian yang kram(perut, pinggang atau bahagian belakang).

2) Gunakan air yang panas/suam ketika mandi.

3) Minum susu suam (sebab susu mengandungi kalsium yang tinggi dan boleh menggantikan plasma darah yang hilang ketika haid). Kalau malas nak buat susu, minum je air suam.

4) Urut atau gosok di bahagian yang kram dengan minyak angin.

5) Kalau sakit sangat, duduk dalam posisi menungging supaya rahim tergantung ke bawah (seperti kedudukan ketika sujud dalam solat).

6) Ambil supplement B-Complex dan Ostematrix
Kenapa B-Complex & OsteMatrix membantu mengurangkan sakit semasa haid (period pain)?
  • B-Complex - membantu mengurangkan tekanan emosi dan kelesuan, bertindak seperti ‘spark plug’ untuk memberi tenaga.
  • OsteMatrix (CalciumMagnesium) - berfungsi untuk melancarkan sistem jantung dan aliran darah. Jantung adalah nadi kehidupan manusia. Otot jantung bergerak apabila menerima arahan daripada kalsium. Dikatakan kalsium mengaktifkan sejenis protein yang bertindak menggerakkan otot jantung dan mengalirkan darah. Apabila darah dapat mengalir dengan lancar, maka period pain pun hilanglah.

Apa kata yang telah mencubanya?


Jum, NO MORE PAIN KILLER! CHOOSE SUPPLEMENT!!!
 
credit to Dazzlingmoms.com
*******************************************
Untuk konsultasi dan segala pertanyaan, anda boleh:

1. LIKE facebook fanpage Cantik & Sihat (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)
2. PM saya di fb, Kikin Nazri
3. Emel syikin.nazri@yahoo.com
4. SMS saya di 019-5257274.

Saturday, 17 December 2011

Supplement Untuk Perokok

Kali ni saya nak share pasal vitamin untuk para perokok di luar sana tu ye..

credit to http://www.dazzlingmoms.com/

Jika anda seorang perokok, adalah PERLU untuk melindungi badan anda sebanyak mungkin daripada kesan-kesan negative akibat merokok. Vitamin-vitamin penting seperti vitamin B, vitamin C, D dan E akan ’hilang’ dengan merokok. Vitamin ini mengawal fungsi badan yang penting dan membantu mencegah perkembangan penyakit.

 

Kenapa perlunya Vitamin C untuk perokok?
 
Oksida di dalam asap rokok mempercepatkan metabolisme vitamin C, menyebabkan bekalan vitamin ini menjadi berkurangan. Pengambilan tambahan Vitamin C boleh mengembalikan tahap Vitamin C pada darah perokok kepada normal. Penyelidik di Hospital Veterans Pentadbiran di Pennsylvania mendapati bahawa tahap normal vitamin C boleh melindungi perokok tegar dari keracunan darah. Kerana vitamin C juga membantu mengawal jumlah kolesterol  di dalam darah, kekurangan Vitamin C boleh merosakkan keupayaan badan untuk menukar kolesterol ke hempedu. Kolesterol kemudian berkumpul dalam aliran darah, ’berkumpul’ di dalam arteri dan boleh menyebabkan aterosklerosis. Pengambilan tambahan Vitamin C juga membantu melindungi tahap plasma darah dan fungsi vitamin E, antioksidan kepada badan. Bruce Ames, Ph.D., pengarah Institut Alam Sekitar Pusat Sains Kesihatan Kebangsaan di Universiti California, Berkeley mendapati bahawa perokok tidak makan makanan yang cukup kaya dengan vitamin C. Menurut Dr. Ames, perokok perlu menelan dua atau tiga kali dos harian vitamin C yang disyorkan untuk bukan perokok.

Kenapa perlunya Vitamin E untuk perokok?
Pada tahun 2005, kajian oleh Institut Linus Pauling yang disiarkan dalam "American Journal of Clinical Nutrition," menunjukkan bahawa tahap Vitamin E pada plasma darah  berkurangan dan hilang dengan lebih cepat dalam perokok berbanding bukan perokok. Kerana tahap vitamin E yang rendah, ia tidak memberi perlindungan yang mencukupi terhadap radikal bebas, ini mungkin salah satu sebab-sebab mengapa orang yang merokok boleh  mendapat kanser.

Kenapa perlunya Vitamin D untuk perokok?
Kajian menunjukkan bahawa orang yang merokok boleh menjejaskan metabolisme vitamin D dan kalsium seterusnya meningkatkan risiko osteoporosis.Vitamin D membantu untuk mengawal kalsium dalam badan anda dan membantu mengekalkan kepadatan tulang. Vitamin D boleh membantu perokok melambatkan kadar kehilangan kepadatan tulang.

Kenapa perlunya Vitamin B untuk perokok?
Perokok mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapat kanser paru-paru dan pankreas berbanding dengan bukan perokok, namun risiko ini boleh dikurangkan dengan mendapat vitamin B yang mencukupi. Rachael Stolzenberg-Solomon, Ph.D., di Institut Kanser Kebangsaan di Bethesda, Maryland, mendapati bahawa tahap vitamin B folat adalah lebih rendah pada pesakit yang menghidap barah pankreas. Asid folik, amat penting untuk paru-paru, juga boleh membantu mengurangkan simptom bronkitis pada perokok.  
Jadi, jika anda seorang perokok tegar, apa kata anda ambil vitamin? Sekurang-kurangnya dapat jugak lindungi diri dari kesan negatif dan penyakit akibat merokok. 
Dapatkan promosi Disember dari saya sekarang!

*********************************
Berminat mendapatkannya? Sila email saya di syikin.nazri@yahoo.com untuk dapatkan tawaran hebat daripada saya!! Atau PM saya di FB Kikin Nazri dan boleh juga sms kepada saya di 019-5257274 untuk mendapatkannya.
 

Monday, 30 May 2011

Badan Penat dan Lesu? Shaklee Ada Penyelesaiannya..

Credit to MommyLyna
Badan lemah, letih dan lesu adalah perkara yang normal terutama apabila kita menjalani hari yang panjang dengan kerja yang banyak. Kelesuan yang biasa boleh diatasi dengan meminum air suam dan berehat, misalnya tidur. Namun, bagaimana untuk menghadapi badan lemah dan lesu yang masih tidak hilang-hilang meskipun sudah tidur dan berehat?
Sebelum itu kita lihat dulu apakah penyebab badan lemah dan lesu:
  • Pemakanan yang tidak sihat
  • Tekanan dan stress
  • Kegemukan
  • Pekerjaan yang memenatkan
  • Insomnia
  • Darah rendah/anemia
  • Perokok tegar
  • Mengambil kafein secara berlebihan
  • Pengambilan makanan segera dan makanan rapu yang berlebihan
  • Tidak melakukan senaman
  • Pengambilan ubat-ubatan
  • Kekurangan air
  • Kehamilan
Sekiranya penyebab kelesuan ialah bukan sebab-sebab kesihatan atau pengambilan ubat-ubatan, faktor penyebab ialah kemungkinan besar kekurangan nutrisi. Maklum sajalah, tidak semua antara kita yang makan untuk sihat, kebanyakan kita makan untuk sedap atau sekadar makan untuk hidup.

Vitamin Untuk Badan Lemah dan Lesu

Vitamin A
Melindungi tubuh dari serangan virus dan bakteria yang menyebabkan jangkitan minor yang mungkin mengakibatkan kelesuan. Vitamin A menjaga membran dan mengawalnya dari diserang oleh patogen2 yang boleh menyebabkan badan kita jadi lemah dan lesu.
Vitamin A juga berguna untuk imuniti.
Vitamin B Complex
Vitamin B complex adalah vitamin yang paling utama dalam mengatasi kelesuan dan tekanan. Vitamin B Complex yang lengkap mengandungi 11 jenis vitamin B yang memberi sokongan kepada badan, dari segi kesihatan fizikal dan juga mental. Vitamin B complex mempunyai elemen yang meningkatkan metabolisma, tenaga dan kesihatan otak.
Vitamin C
Menguatkan imuniti tubuh dan menghalang jangkitan. Ia menghindarkan tubuh daripada kelesuan yang diakibatkan oleh tindakan virus dan bakteria terhadap sel tubuh.
Vitamin D
Vitamin D berkaitan dengan mood dan tahap tenaga. Kerana itu bagi penduduk di negara sejuk, mereka cenderung menghidapi sindrom SAD (seasonal affective disorder) ketika musim sejuk kerana kurang mendapat cahaya mtahari (sumber semulajadi vitamin D).
Vitamin E
Selain antioksidan yang hebat, vitamin E juga penting untuk mengatasi kesan psikologi semasa haid, menopause, termasuk kesan kelesuan dan lemah badan.
Apakah vitamin Shaklee yang anda boleh ambil untuk mengatasi badan lemah dan lesu?
vita lea
Vita Lea 
b complex
B Complex 
vita c
Vita C
soy protein
Soy Protein 
performance drink
Performance Drink 

Mahu mencuba vitamin Shaklee? Boleh sms kan kepada saya 019-5257274 atau email syikin.nazri@yahoo.com

Wednesday, 25 May 2011

B-Complex Oh B-Complex

Adakah kita sedari apabila memakan pil perancang secara automatiknya ia mengubah kitaran yang sepatutnya berlaku dalam tubuh kita. Secara peribadi pada saya,sebab itu disarankan bagi wanita yang mengambil pil perancang perlu ambil B complex sebagai supplement harian untuk membantu menstabilkan semula hormon.

Yang peliknya bagi orang yang kurang membaca mereka pasti akan mengeluarkan kata-kata sumbang:
1. B complex buat saya berselera la
2. B complex buat badan saya gemuk la
3. B complex buat saya cepat lapar

Apa yang orang tak faham?
Sebenarnya B complex merupakan spark plug dalam badan. Ia akan membakar gula (daripada makanan ) untuk menghasilkan tenaga. Orang yang mendapat diabetes adalah mereka yang kurang B complex dalam badan sebab itu gula itu tidak dapat ditukarkan kepada tenaga. Rasa lapar atau berselera adalah satu tanda tubuh kita memerlukan gula untuk ditukarka kepada tenaga. Saya sendiri tidak gemuk walau kuat makan, salah satunya faktor menyusukan anak namun ada juga teman saya berisi walau menyusukan anak kerana kebanyakkan makanannya tidak dapat ditukarkan kepada tenaga.


TANDA-TANDA KEKURANGAN B-COMPLEX

• Mental & Emotion – Depression, Anxeity, Moodiness, Difficulty concentration.
• Keletihan / tidak bermaya.
• Tidak dapat duduk diam (resah-gelisah).
• Panik (Mengelabah / buntu).
• Sedih tanpa punca (termenung).
• Kekurangan selara makan.
• Sembelit.
• Water retention
• Sensitivity to light
• Dandruff
• Pre-menstrual tension

SEVERE DEFICIENCY

- Boleh lihat ‘crack mouth corners, mata
- Sore lips
- Sore tounge
- Digestion – showing of excessive gas

SEBAB-SEBAB KEMUSNAHAN B COMPLEX

• jenis larut air - perlu sentiasa di ganti
• Boleh musnah oleh matahari/ heat/haba – process memasak.
• Memakan banyak gula boleh menghabiskan B complex. Eg satu botol Coca-cola perlu 5 kali vitamin B untuk menukarkan Coca-Cola ke bentuk tenaga.
• Alkohol boleh memusnahkan simpanan B Complex.
• Stress - tekanan mental dan fizikal musnahkan B Complex.
• Kegunaan anti-biotik, pil penenang perasaan, pil tidur dan racun serangga memusnahkan vitamin B Complex.
• Pil perancang meningkatkan keperluan Vitamin B.

FUNGSI B-COMPLEX

• Peranan Utama – membantu dalam pengeluaran Tenaga.
• Membantu memetabolismekan
- karbohidrat
- Lemak
- Protein
• Anti stress
• Mengurangkan risiko kecacatan kelahiran seperti kecacatan otak dan kecacatan saraf tunjang.
• Asid Folik, B6 dan B12 membantu merendahkan paras homosisteina dalam darah
• “B” for beauty – True beauty radiates from within.
• Perlu bagi urat saraf (essential to initiate nerve transmission).
• Membantu meninggikan sistem pertahanan badan

UNTUK SIAPA?

• Orang demam
• Stress
• Kaki Arak
• Mereka yang terlibat dengan aktiviti yang meletihkan
• Pengguna pil perancang
• Jerawat (acne)
• Alahan dari perasa MSG
• Gementar (nervous)
• Membantu dalam masalah berkaitan PMS, Mengandung dan masalah Menopause – terutama B6 , Awas B6 tidak boleh diambil secara tersendiri ia mesti di gabungi dengan ke lapan-lapan keluarga B

Vitamin B yang baik ialah :

• The only yang lengkap (Complete B) - Mengandungi 8 keluarga B.- Jika salah satu daripadanya kurang Vitamin B berkenaan tidak berkesan. Keluarga B yang di maksudkan adalah: B1(Thiamin), B2(Riboflavin), B3 (Niacin), B5(Pantothenic acid), B6 (Pyridoxine), B12 (Cyanocobalamin), Biotin, dan Asid Folic. Bacalah label pada bottle dengan terliti agar tidak menanggung kerugian.
• Biotin dan Folic Asid di beri dalam kadar 100% .






Betapa pentingnya B-Complex pada tubuh manusia tau..
B-Complex Shaklee ada 120 tablets di dalamnya..
Berbaloikan? boleh consume sehingga 4 bulan!
Berminat? Hubungi saya yea..

...Saya Suka Cantik & Sihat...