Alhamdulillah. Saya paling bahagia apabila kawan-kawan yang mencuba Set B buat pertama kalinya terus mendapat hasil yang positif. Syukur sangat-sangat! Pada saya, sebenarnya keberkesanan tu adalah hasil penat lelah mereka, bukan kerana Shaklee semata-mata. Setuju?
Tapi, tak kurang juga yang tidak mendapat hasil yang mereka mahu, lebih-lebih lagi jika kawan-kawan saya ni sedang mengalami zaman kemelesetan hasil tenusu. Saya faham, semua orang kalau boleh mahu hasil yang cepat. Tapi, perlu diingat, vitamin bukan ubat, bukan dadah .. secepat mana hasil yang kawan-kawan mahu lihat depends pada kondisi tubuh dan usaha masing-masing.
Bagi yang mengambil Set Penyusuan Shaklee, ada TIGA PERKARA PENTING harus anda lakukan.
1.Minum 3 liter air masak sehari : air merupakan indicator yang sangat penting bagi mereka yang mengambil natural supplement kerana air membantu untuk mengatasi masalah healing crisis, sebagai contoh ibu mengalami pening kepala jika kurang air dalam badan.
2. Pam 3 jam sekali/ min 6 kali sehari : lagi kerap anda kosongkan breast lagi banyak susu boleh dihasilkan (supply on demand). Power pumping juga sangat membantu buat jika perlu.
Notes : Bagi yang mahu relaktasi, anda harus pam setiap 2 jam dengan kekerapan 8-12 kali sehari sebelum mendapat rhythem yang anda mahukan.
3. Niat IKHLAS, DOA dan TAWAKAL : mintaklah dengan Allah S.W.T kerana rezeki susu ibu itu datangnya dari Dia, Ikhlaskan hati untuk menyusukan anak bukan sebab ikut-ikutan atau ingin bersaing dengan kawan-kawan, dan seterusnya Tawakal..banyakkan berzikir sewaktu menyusukan dan mengepam. Sabar dengan usaha yang telah dilakukan jangan cepat mengalah bila hasil tidak seperti yang diharapkan.
Ingat tau TIGA PERKARA PENTING ni.
Sekarang mari kita lihat kenapa anda tidak mendapat hasil sebagaimana yang didapati dalam testimoni-testimoni customers kami yang berjaya :
1. Tidak amalkan 3 langkah diatas : makan supplement dalam Set Breastfeeding Shaklee tapi minum air tak cukup, pam pun jarang-jarang hanya pam bila breast bengkak je..katanya kalau breast tak bengkak susu tak de..kalau macam tu lah caranya memang tak de maknalah perhabis duit beli supplement. Silap hari bulan dapat pening kepala je sebab bahana healing crisis (badan kurang air).
2. Tidak tahu fungsi vitamin : senang cerita main makan je, bila kawan-kawan kata set ni bagus ibu ni pun beli dan tak tahu pun apa yang dia beli dan apa yang dia makan. Vitamin ni bukan ubat, ia tiada dadah seperti yang tedapat dalam pil hormon untuk tambah susu. Vitamin bertindak secara perlahan dan lembut di dalam badan dan mungkin mengambil masa untuk serasi dengan badan kita. Janganlah mengharap bila makan Set Breastfeeding ni terus susu memancut-mancut keluar sedangkan baru je sehari makan, terus nak salahkan vitamin.
3. Tidak sabar dan tamak : seperti yang saya katakan tadi Natural Supplement Shaklee tiada mengandungi dadah dan mengambil masa untuk menampakkan hasil. Ibu-ibu kene sabar dan jangan cepat mengalah. Natural Supplement Shaklee bertindak mengikut badan kita jika badan kita banyak sel yang rosak maka lambatlah untuk menampakkan hasil. Ibu-ibu jangan tamak, bila dah mengambil satu jenis milk booster jangan pula dalam masa yang sama mengambil milk booster lain..atas alasan untuk memeriahkan susu, tapi apa yang ibu-ibu dapati anak yang akan cirit-birit. Makan dulu satu jenis jangan setiap jenis milk booster anda ingin cuba.
4. Berniat tidak baik : dalam apa jua perkara yang kita buat mestilah dengan niat yang baik "Lillah hi Taala". Jangan kita pesongkan niat kita, mintaklah dengan Allah supaya usaha kita ini membuahkan hasil seperti yang kita inginkan.
5. Tidak merujuk kepada pengedar yang sah : "niat bukan nak berniaga semata-mata" saya agak kecewa bila ada ibu-ibu yang mengambil Set Breastfeeding Shaklee ini tidak merujuk kepada pengedar apabila menghadapi masalah berkaitan pemakanan vitamin ini. Terus salahkan vitamin katanya tidak bagus tapi baru je makan 2 hari sebab pening kepala, itulah yang dinamakan healing crisis. Jika rujuk kepada saya, InsyaAllah saya cuba jawab bagi penyelesaian masalah anda.
So, dah tahu puncanya, sekarang saya kongsikan tips yang saya harap dapat membantu kawan-kawan yang belum berjaya.
1. Buat checklist : pastikan ibu-ibu telah buat 3 langkah di atas, wajib.
2. Belajar tentang vitamin@supplement : ibu-ibu boleh menggali di blog saya berkaitan vitamin@supplement, tidak perlu membeli buku yang mahal mengenai vitamin @ supplement. Mesti tahu tentang vitamin@supplement apa yang anda makan, jangan jadi buta dan terus mendengar kata-kata mereka yang tidak pro-vitamin. Sangat sedih bila ibu-ibu tidak tahu apa yang di makan dan terus salahkan vitamin.
3. Bersabar : bukan setiap usaha kita terus membuahkan hasil, kesabaran itu sangat penting untuk mengatasi sesuatu masalah. Jangan terburu-buru.
4. Betulkan niat : berniatlah untuk berubat, bukan berniat untuk cari kesalahan penjual semata-mata. "Lillah hi Taala" dalam apa jua yang anda buat.
5. Dapatkan nasihat pengedar anda : dapatkan dulu nasihat dari pengedar anda, kerana kebiasaannya pengedar akan merujuk kepada Pakar Nutrisi Shaklee, bukan memberi maklumat tanpa asas yang betul. Bukan semua Doktor pro-supplement (sama juga bukan semua Doktor pro-breastfeeding) kalau tidak masakan ibu yang tidak cukup susu disuruhnya tambah dengan Susu Formula. Tepuk dada tanyalah IMAN
*** rujukan : Mommy Lyna
InshaALLAH. Sekiranya kawan-kawan ada masalah, kami sedia membantu. Kalau yang beli dengan saya mahu merujuk kepada mana-mana geng Shaklee yang lain, silakan. Kami semua sedia membantu, jangan risau. Mungkin anda selesa beli dengan saya tapi suka consultations dengan kawan saya. Ye tak? :)
Boleh hubungi saya di syikin.nazri@yahoo.com atau sms 019-525 7274 untuk keterangan lanjut atau membuat pesanan.
No comments:
Post a Comment