1) Fungsi Buah Pinggang:-
- menuras toksik dan cecair berlebihan (membersih darah)
- membantu membina sel-sel darah merah
- mengawal atur tekanan darah
- memelihara kekuatan tulang
2) Faktor-faktor risiko kegagalan buah pinggang:-
- kencing manis
- tekanan darah tinggi
- batu karang
- nefritis (radang buah pinggang)
- sejarah keluarga
- ubat
3) Tanda dan simptom-simptom berkaitan jika ia wujud:-
- keletihan
- kurang selera makan
- bengkak pada bahagian kaki dan muka
- rasa loya dan muntah
- masalah kulit (pigmentasi, kegatalan)
- sesak nafas ketika menggunakan tenaga yang berlebihan
- amenia (kekurangan sel darah merah)
4) Pencegahan awal untuk melambatkan kerosakan buah pinggang dengan TERAPI NUTRISI:-
- mengawal aras urea dalam darah (ketoksikan uremik)
- mengelakkan malnutrisi
- melambatkan kerosakan buah pinggang tahap akhir
5) Apakah Terapi Nutrisi (KETO ACIDS THERAPY)?
- proses melibatkan pengawalan pengambilan protein dalam diet dengan atau tanpa KETO ACIDS
6) Kawal pengambilan protein anda:-
- akan mencegah pengumpulan bahan buangan di dalam badan
- dengan mengurangkan pengambilan protein daripada makanan, beban buah pinggang dapat dikurangkan dan dengan itu kadar kerosakan buah pinggang dapat dilambatkan
- pengurangan pengambilan yang tinggi adalah berkaitan dengan pengurangan fosfat, yang mana kemudiannya dapat membantu mengekalkan komposisi tulang
7) Tambahkan KETO ACIDS (KAs) dalam Diet Rendah Protein:-
- terdapat banyak jenis asid amino di dalam makanan kita yang diperolehi daripada protein. Sesetengah daripada asid amino ini dikenali sebagai Essential Amino Acids (EAAs)
- EAAs tersebut hanya diperolehi daripada makanan dan akan digunakan oleh badan kita dalam pembentukan protein harian. (Contoh: darah, antibodi dan otot-otot)
- dalam CKD, kita hendaklah mengurangkan pengambilan protein untuk mengelakkan pengumpulan bahan buangan yang berlebihan dalam badan.Walau bagaimanapun dengan berbuat demikian, risiko kekurangan EAAs berkemungkinan akan berlaku. Oleh itu, KETO ACIDS diberikan untuk memastikan tubuh badan kita mengambil zat makanan yang mencukupi dan bukan di dalam keadaan malnutrisi (kekurangan zat makanan)
No comments:
Post a Comment