* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Tuesday, 12 April 2011

6 Kelebihan Susu Ibu Kepada Bayi

Saya baru saja menjadi seorang ibu..alhamdulillah kerana dikurniakan seorang anak yang sihat dan comey..baby Harith baru saja berusia 3 bulan..sejak dilahirkan saya berikan Harith hanya susu badan saya..
saya mahu menyusukan Harith secara eksklusif sekurang2nya umurnya 6 bulan dan meneruskan penyusuan sehingga umur Harith 2 tahun..
itu memang azam saya sejak saya pregnant lagi..
Selama saya pregnant, saya memang selalu surf internet mencari pelbagai maklumat terutamanya tentang info keibuan..antaranya info mengenai penyusuan secara ekslusif..hospital rakan bayi..kolostrum..
cara penyimpanan susu..posisi penyusuan..segala jenis breastpump..cooler bag..storage bottle..
cara membanyakkan susu badan..(haa yang ni saya akan cerita kemudian ye mengenai pengalaman saya mendapat susu badan yang banyakk)..
saya banyak baca kat blog2 oranglen..alhamdulillah..segala info2 yang saya dapat itu banyak membantu saya..
Harith pulak sehari lepas dilahirkan kena kuning pulak..kena tahan wad sehari..
saya pulak tak melepaskan peluang untuk menyusukan Harith secukupnye dan memberikan kolostrum kerana ia hanya datang sekali itu saja sepanjang hayat anak..
saya juga berpeluang bersalin di hospital rakan bayi di mana baby dan ibu rooming in (24 jam setiap masa ibu dan bayi diletakkan bersama2 sepanjang masa).
saya dibantu memulakan penyusuan susu ibu dalam masa ½ – 1 jam selepas bersalin..
saya pula bersalin secara caeser..lepas jer keluar dari OT..baby saya terus dibawa kepada saya untuk disusukan walaupun keadaan saya terbaring.. :)
hairan laa..nape tiada kempen penyusuan ibu sebagai susu terbaik tidak disiarkan di tv?
kebanyakkannye iklan2 di tv berlumba2 mempromosikan susu formula dan mengwar2kan mengenai khasiat
yang terkandung di dalamnye..hmmm..





Susu ibu merupakan nutrisi yang terbaik dalam membentuk tumbesaran dan perkembangan bayi. Terlalu banyak kebaikan yang tidak dapat dihuraikan dalam satu entri sahaja. Susu ibu jika digunakan sepenuhnya, ia membantu mengurangkan kadar kematian bayi yang tinggi terutama di negara-negara yang membangun. Walaubagaimanapun anda ataupun ibu-ibu di luar sana mungkin masih lagi tidak menyedari kelebihan susu ibu anugerah tuhan.
Mengapa ingin mencari susu formula sedangkan susu ibu adalah percuma? Terdapat banyak sebab yang melanda terutama kepada ibu-ibu yang berkerjaya. Antara sebab utama ialah kekangan masa dengan kerja. Terlalu sibuk sehingga tidak dapat meluangkan masa bersama anak-anak. Walhal sebagai ibu, anda patut melihat setiap inci perkembangan anak anda.

1. Kandungan protein yang tinggi.
Susu ibu mempunyai kandungan protein ‘whey’ iaitu sejenis protein yang mudah diserap oleh usus badan. Nisbahnya adalah 70(whey):30(kasein). Tidak seperti susu formula, nisbah protein ‘whey’ dan kasein adalah rendah. Protein yang mudah diserap, akan digunakan sepenuhnya di dalam pembesaran bayi.

2. Mempunyai antibodi dalam memerangi jangkitan.
Susu ibu juga mempunyai antibodi yang bertindak sebagai ‘pertahanan pertama’ di dalam badan. Apabila terdapat jangkitan, badan kita mempunyai 3 lapisan pertahanan dalam memerangi jangkitan tersebut. Bolehkah susu formula melakukannya? Sudah tentu tidak. Belum ada susu formula yang memberikan antibodi yang terbaik seperti yang dapat diberikan oleh susu ibu.

3. Mengurangkan jangkitan usus.
Terdapat banyak kajian yang menunjukkan bayi yang didedahkan dengan susu formula lebih awal berisiko untuk mendapat jangkitan usus seperti cirit-birit dan sebagainya. Susu ibu terbukti di dalam kajian mencegah jangkitan usus ini diperingkat bayi.

4. Menguatkan hubungan antara ibu dan bayi.
Di sini, kasih sayang antara ibu dan anak akan terbentuk akibat hormon yang dihasilkan di dalam badan. Bayi yang menggunakan susu formula, mungkin agak sukar untuk ibu membentuk ikatan bersama anaknya. Ia bagaikan satu bentuk semulajadi yang sangat kita perlukan dan tidak memerlukan teknologi untuk mencapainya.

5. Meningkatkan perkembangan mental kanak-kanak.
Terdapat kajian yang menunjukkan IQ kanak-kanak yang berumur 7 hingga 8 tahun yang mempunyai sejarah menyusu badan lebih dari 6 bulan adalah lebih tinggi daripada kanak-kanak yang menyusu kurang daripada 6 bulan. Semestinya kita mahukan yang terbaik untuk anak kita bukan? Lebih-lebih lagi ibu-bapa sekarang sangat mementingkan pendidikan untuk anak-anak mereka.

6. Kurang berisiko untuk mendapat alahan.
Ramai kanak-kanak di zaman moden ini mempunyai alahan seperti asma, alahan makanan, yang menyebabkan kulit gatal-gatal dan kemerah-merahan. Dengan penyusuan badan lebih daripada 12 minggu di dalam keluarga yang mempunyai sejarah alahan kadar berlakunya alahan terhadap bayi adalah lebih rendah daripada menggunakan susu formula.

Maka apa yang perlu anda lakukan?
Sebaiknya, anda harus memberikan susu badan secara eksklusif tanpa campuran susu formula sekurang-kurangnya 6 bulan. Dan itu yang terbaik dan kemudian, anda digalakkan untuk menggunakan susu formula kerana terdapat nutrisi-nutrisi yang diperlukan tidak ada pada susu ibu. Susu ibu merupakan makanan ajaib yang tuhan berikan kepada kita untuk digunakan sebaiknya dan kenapa kita di zaman kini mengabaikannya? Fikir-fikirkan.

No comments:

Post a Comment

...Saya Suka Cantik & Sihat...