Alhamdulillah.. sambutan menggalakkan saya terima daripada mommies semua tentang kepentingan pengambilan suplemen untuk meningkatkan kualiti susu badan. ramai yang bertanya, meminta pendapat dsb, dan ramai juga yang telah mengambil Set B ( dan disyorkan dengan pengambilan ESP)
alhamdulillah juga, hampir 100% daripada mommies yang membeli Set B + ESP memberikan testimoni yang positif. malahan, meneruskan pengambilan suplemen dengan mengambil Full Set ( pada harga member). saya sangat seronok berkongsi pengalaman dan ilmu dengan mommies semua, lebih2 lagi saya baru aje berkecimpung dalam dunia BF ini secara praktikal.
antara feedback yang saya terima:-
- warna susu dan urin berubah kekuningan/ kehijauan
- susu jadi lebih pekat
- baby tidur lebih lena dan lebih lama
- kurang letih, lebih bertenaga
buat mommies yang rasa mengalami masalah yang sama, jom kita semak checklist yang saya sediakan kat bawah ni sama2 - checklist untuk berjaya dalam penyusuan
selain drpd tu, saya juga nak share a few 'larangan'/ DON'T yang mommies semua perlu alert sepanjang tempoh BF baby.
- kekerapan mengosongkan breast melalui direct feeding atau pumping - ini saya usahakan utk share jadual mengosongkan breast nanti
- tidak meninggalkan solat + amalan2 sunat (untuk yg Muslimah) - tanda syukur dan terima kasih pada ALLAH
- mengamalkan pemakanan seimbang dan berkhasiat - sgt penting! kalau tak makan mana nak datang susu?
- mengamalkan suplemen yang bersesuaian dengan keperluan tubuh/ bayi - suplemen berfungsi utk melengkapkan kekurangan nutrisi dalam tubuh, seterusnya membantu melancarkan sistem tubuh, yang mana akan menghasilkan susu yg byk dan berkualiti (yg sgt2 diperlukan oleh bayi kita) - cadangan ambil SET B + ESP
- sentiasa positif dan yakin akan kemampuan utk menyusukan anak - ini juga crucial. badan berfungsi mengikut signal otak dan kekuatan sub-concious mind kita
- pengambilan air yg mencukupi - susu badan tu dalam bentuk cecair kan? dan air juga penting untuk membantu kelancaran sistem dalam tubuh.
- stress management - tips penting : susu banyak bila ibu happy (mood stabil)
jadi, apa yang saya mahu mommies semua (dan saya) buat, semak checklist ni setiap hari. kadang2 kita tak sedar yang kita ada tertinggal atau terlanggar pantang yang menyebabkan penghasilan susu badan merudum. JANGAN PANIK. (baca dgn relax ye ayat ni)
- tidak mengepam atas alasan breast tidak bengkak - tolonglah jangan! ingat konsep penyusuan - supply on demand. seboleh-bolehnya mommies semua perlu ada sessi mengosongkan breast yang konsisten.
- pengambilan minuman bergas dan berais - minuman bergas tinggi kandungan gula dan kalori, which is dalam jangkamasa panjang boleh memudaratkan tubuh badan. apabila mommies sakit, mampukan hasilkan susu yang berkualiti? apatah lagi nak hasilkan susu tu sendiri? minuman berais dikatakan boleh buat urat badan mengecut. kalau urat badan mengecut, dah tentulah susu susah nak keluar kan? lagipun, banyak minum ais boleh membawa kepada sakit sendi, dan gigi pun cepat jatuh/ reput.
- pengambilan minuman berkafein - utk info mommies semua, kafein memusnahkan vitamin B dan C dalam badan. bg BF mommies, vitamin B sangat penting untuk membantu mommies lebih bertenaga, serta membantu mood yg stabil.
- pengambilan suplemen khas untuk diet - please bear in mind, susu ibu kaya dgn nutrisi melalui pengambilan makanan ibu. so, kalau dah mommies semua berdiet (bila diet biasanya orang ambil suplemen diet dan kurang makan), mana datangnya nutrisi untuk badan? bila kurang nutrisi, penghasilan susu badan turut terganggu.
- banyak merungut - walau macam mana payah nak susukan anak kerana banyak constraints, janganlah merungut. sebaliknya bersyukurlah kerana diberi peluang untuk susukan anak. sikit ke, banyak ke, pekat ke, cair ke ... bersyukurlah. tapi jangan salah faham konsep bersyukur ye? makna bersyukur ialah kita redha dgn apa yg ALLAH bagi, dan dalam masa yg sama berusaha nak memperbaiki kekurangan.
~* credit to kak cery dan kak N
Jangan ketinggalan untuk mengetahui , boleh emailkan kepada syikin.nazri@yahoo.com kerana ada hadiah menarik yang disediakan!
No comments:
Post a Comment