Saya share info ini daripada sini .. TQ sis..
Puasa sebenarnya tidak memberi kesan negatif pada penyusuan. Malah terdapat teori yang mengatakan dengan berpuasa, air susu akan menjadi lebih banyak/tidak berkurang kerana kurangnya kita kehilangan air badan melaui kencing, jadi air dalam badan akan dibekalkan kepada kilang susu.
Sebenarnya, seorang ibu menyusu tetap boleh menyusukan seperti biasa, selagi dia tidak mengalami dehidrasi. Kerana itu, amatlah disarankan ibu menyusu dan mengandung agar mengambil air yang cukup pada sebelah malam (dan waktu sahur) untuk memastikan keperluan cecair badan dipenuhi, dan menggantikan air yang sudah hilang semasa berpuasa.
Amat penting untuk menjaga dan mengawal dehidrasi daripada berlaku. Tanda-tanda berlakunya dehidrasi yang teruk:-
- Berasa hendak pitam terutama selepas mengepam dan menyusukan bayi.
- Berasa sakit kepala dan seperti hendak demam.
- Air kencing menjadi pekat dan berbau kuat.
- Terasa loya dan ingin muntah.
- Rasa menggigil.
- Berasa lemah dan sakit otot.
- Mudah marah dan emosi yang tidak stabil.
- Pergerakan bayi yang tidak normal.
- Berlakunya kontraksi.
Antara langkah untuk mengelakkan dehidrasi:-
- Banyakkan pengambilan cecair.
- Makan buah-buahan, bubur, sup dan makanan yang berkuah dan mengandungi air.
- Kurangkan mengambil terlalu banyak gula dan garam kerana ia boleh menarik keluar air dari sel.
- Mengambil vitamin C.
- Berehat secukupnya.
- Mengambil minuman Isotonic seperti Performance Drink.
Walau bagaimanapun, seorang ibu yang
menyusu atau mengandung mesti sedar akan keistimewaan yang diberikan
oleh Yang Maha Esa dalam menjalani ibadah puasa, yakni rukhsah atau
keringanan sekiranya menghadapi kesulitan. Bukanlah satu benda yang baik
untuk meneruskan puasa hingga menjejaskan kesihatan terutama anak yang
disusui dan dikandung, kerana ‘hadiah’ dari-Nya sudah disediakan, dan
anak itu lebih diutamakan haknya.
- Daripada Anas bin Malik Al-Ka’bi, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT telah meringankan bagi musafir dalam ibadat puasa dan separuh dari solat dan bagi wanita hamil dan menyusui (ia meringankan) puasa”.
- Sekiranya ibu berbuka puasa kerana takut berlaku kemudaratan pada dirinya disebabkan puasanya itu, maka wajib bagi ibu untuk qadha’ puasanya sahaja.
- Sekiranya ibu berbuka puasa kerana takut susunya akan berkurangan dan membahayakan anaknya, maka wajib bagi ibu untuk qadha’ puasanya dan dikenakan fidyah iaitu bersedekah satu cupak dari makanan asasi bagi hari yang dia berbuka.
- Firman Allah: “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.” [Al-Baqarah : 184]
- Perbaharui niat untuk menyusui anak kerana Allah. YAKIN Allah yang beri susu. Bukan susu untuk ibu menyusu jenama ABC, XYZ atau sebarang produk lain.
- Berdoa : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”.
- Menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur. Nabi saw bersabda: “Umatku tetap berada di dalam kebaikan, selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur”
- Jangan skip sahur (lagipun sahur tu sunat).
- Fokus pada KUALITI, bukan KUANTITI.
- Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair.
- Banyakkan memakan kurma dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau, buah-buahan, oat, dan sebagainya.
- Minum cukup cecair. Elakkan minuman berkafein dan minuman gas.
- Makan makanan berkarbohidrat dan kaya dengan serat.
- Pastikan teknik penyusuan yang betul, kerapkan menyusui bayi.
- Pastikan teknik mengepam dan menggunakan pam yang betul.
- Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam. Pam dan menyusu terus secara serentak.
- Pam susu sebelum sahur.
- Sediakan kurma dan botol air di dalam beg tangan. Mungkin anda akan mengalami kesesakan jalan raya dan terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan. Setibanya di rumah, pastikan anda berbuka puasa dahulu sebelum menyusu bayi anda (jika keadaan mengizinkan).
- Sediakan lebih stok perahan susu ibu (EBM) sebagai persediaan menghadapi Ramadhan.
- Ambil milk booster jika perlu.
- Elakkan terlalu penat.
- Jauhi stress dengan sentiasa berfikiran positif dan sentiasa ceria
- Berjumpa dengan mereka yang pakar dalam bidang penyusuan sekiranya menghadapi masalah.
Selamat berpuasa dan berbahagia bersama anak tercinta!
No comments:
Post a Comment