* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Wednesday, 27 June 2012

Kenapa Susu Saya Sikit Walaupun Masih Dalam Pantang?


 


Oklah, kali ni saya nak tepek kat blog kesayangan saya ni tentang masalah penyusuan yang sering di utarakan terutamanya bagi ibu - ibu yang pertama kali melahirkan bayi. Perlu diingatkan..lebih kerap kita menyusukan anak kita..lebih banyak susu kita dapat dihasilkan. Kenapa jadi macam tu??
Contoh : Masalah seorang ibu.
"saya masih dalam pantang, tapi susu saya tak banyak..anak pula asyik nak mengempeng je..hampir setiap jam nak susu, siang malam pagi petang. Bila saya bagi susu formula waktu malam, baru dia tidur lena" 

Persoalannye..adakah betul tindakan ibu tersebut??
SOALAN :
1. KENAPA BAYI ASYIK NAK MENGEMPENG?
2. KENAPA BILA BAGI SUSU FORMULA BARU TIDUR LENA?
3. KENAPA SUSU SIKIT?

JAWAPAN :
1. Adalah biasa bagi bayi yang baru lahir kerap menghisap susu. Kadar purata bagi bayi baru lahir, terutama yang masih dalam pantang atau 3 bulan pertama ialah setiap 2 jam sekali
2. Ini terjadi kerana, susu ibu sangat mudah hadam dan ia akan membuat bayi cepat lapar dan tidak akan menyebabkan masalah sembelit dan lain - lain penyakit. Susu formula tidak mudah hadam..ia memerlukan masa yang lama untuk dihadam dalam perut bayi. 
3. Susu dihasilakn daripada hormon dan otak memainkan peranan penting dalam penghasilan susu tersebut. Bila ibu tersebut kurang menyusukan bayi, maka otak akan menghantar isyarat dan mengatakan bahawa tiada permintaan.
Selain itu cuba perhatikan juga.
Kencing dan najis bayi
Secara logiknya, kalau intake ada, sure output pun ada kan. So kalau bayi anda ada kencing dan berak..tentunya dia cukup minum dan susu anda cukup untuk anak anda. Lagi pun bayi baru lahir, sikit je dia minum. 
pembuangan air kencing: 6-8 kali dalam tempoh 24jam 
pembuangan air besar : 3-8 kali dalam tempoh 24jam (semakin berkurang bila usia meningkat) tidak cair, tidak berketul dan berwarna kuning keemasan
Periksa teknik lekapan (latching)
Pelekapan tidak sempurna menyebabkan bayi tidak mendapat susu yang secukupnya. Dan ini menyebabkan payudara tidak dikosongkan dengan efektif.. apabila payudara tidak dikosongkan, maka hormon FIL (feedback inhibitor of Lactation) akan bertindak dan menyebabkan kurang susu.
Pertumbuhan bayi dan fizikal bayi
Berat bayi bertambah dari minggu ke minggu dan meningkat bulan ke bulan, biasanya selepas lahir bayi akan hilang berat badan sebanyak 7% dan mula bertambah semula apabila mencecah usia 6-10 hari. 
Berat bayi akan bertambah 100-200g setiap minggu dalam 6 bulan pertama, 85-140g antara 6 bulan - 1 tahun. Berat bayi berganda pada usia 6 bulan, dan 3x ganda pada usia 1tahun.

Kalau bayi anda sihat, ceria, muka tidak pucat, kulit bersih dan sihat, InsyaAllah, susu anda cukup untuk anak anda.
Cuma mungkin ada beberapa ketika bayi anda secara tiba - tiba menangis, tiba - tiba kuat menyusu dari biasa dan kelihatan tidak selesa..itu juga normal. Mungkin bayi anda mengalami Growth Spurt. 
Paling penting ibu kena bertenang dan jangan stress. Lagi satu, biasanya kalau berpantang dengan orang tua..mereka sering menyuruh anda memberi bayi air masak kan?? Tolong jangan beri apa - apa sahaja air! melainkan susu ibu. Susu ibu mengandungi 80% air, so bayi anda tidak akan sembelit. Susu ibu juga mengandungi fore milk dan hind milk.

Jika bayi kelihatan meragam dan tidak puas hati, dia mungkin tidak menerima susu yang kaya dan berkrim dihujung penyusuan. Susu ini dipanggil 'susu akhir'. Cara terbaik untuk memperbetulkan masalah ini ialah dengan memberikan susu dengan sebelah payudara sahaja setiap kali menyusu. Cara ini dapat memastikan yang bayi menerima semua peringkat susu iibu berikut:
Susu Pertama (foremilk) 
kelihatan seperti air biasa bertujuan untuk menghilangkan dahaga.
Susu Pertengahan
mengandungi lebih khasiat protein.
Susu Akhir (hind milk) 
kelihatan lebih pekat dan berkrim kerana kaya dengan khasiat lemak. Bayi memerlukan susu ini untuk membolehkan berat badannya meningkat. Cara ini baik untuk membantu bayi yang kurang berat badan menambah berat badannya.



Info ini saya ambil dari sini..credit to mamaqaireen


Tuesday, 26 June 2012

Tripple Gem Rahsia Kekal Bertenaga Sepanjang Hari

Pagi ini berkongsi tentang pentingnya bersarapan. Terutamanya bagi ibu bapa yang bekerja dan tidak sempat untuk sediakan makanan yang sempurna di waktu pagi. Juga bagi mereka yang sibuk bekerja, perlu pergi kerja awal pagi dan balik pula lewat malam. Badan tentu letih hingga kadang kala tidak sempat untuk sediakan sarapan untuk diri sendiri.

Tahukah anda? Sarapan merupakan hidangan yang paling penting untuk memulakan hari. Banyak penyakit kronik berlaku disebabkan oleh kegagalan seseorang individu untuk mengambil sarapan. Otak menjadi cepat letih, begitu juga badan akan cepat merasa lesu.

Mari kita tengok apa kepentingan sarapan dengan lebih lanjut:

1) Sumber tenaga
Menurut pakar pemakanan, sarapan pagi adalah sumber tenaga utama untuk memulakan hari yang sihat. Kajian pakar menunjukkan, remaja yang bersarapan setiap hari mempunyai kehidupan yang berkualiti dan daya tumpuan yang lebih baik.

2) Vitamin untuk badan
Remaja tidak seharusnya menikmati sarapan pagi tanpa mengambil kira kandungannya. Adalah disarankan supaya remaja mengambil sarapan yang kaya dengan karbohidrat untuk membekalkan tenaga, protein dan juga sayur-sayuran. Antaranya, roti, susu dan telur
- untuk mereka yg always on the go dan menjalani lifestyle yg super-busy dan hectic, boleh mencuba salah satu produk dalam Tripple Gem set ni. Sarapan yang ringkas namun padat dengan khasiat, jadi kawan-kawan tetap rasa sihat dan bertenaga walau makan secara ringkas.

3) Rangsang fungsi otak
Sarapan yang mengandungi karbohidrat pada waktu pagi boleh merangsang paras glukos dan mikro nutrien

4) Kekal langsing
Kajian yang dijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas remaja berusia antara 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan sarapan mendapati mereka jauh lebih langsing dan kurang berdepan masalah berat badan berlebihan. Ini kerana mereka mengamalkan pemakanan yang teratur dan ikut peraturan.siapa yang tak ambil sarapan akan makan dua kali ganda daripada biasa masa lunch. namun demikian, sarapan yang lengkap sempurna akan memungkinkan kita skip lunch meal tanpa rasa lapar, atau cuma perlukan sandwich bun yang penuh dengan khasiat untuk alas perut waktu lunch.

5) Masa Berkualiti
Ada ketikanya, remaja sukar mencari waktu yang berkualiti untuk diluangkan bersama keluarga namun dengan amalan sarapan pagi bersama, ibu bapa dan anak-anak boleh mewujudkan suasana harmoni dan masa kualiti yang berkesan.

Dan supplemen terbaik untuk sarapan adalah Triple Gem, Ianya sesuai untuk seisi keluarga lebih-lebih lagi bagi ibu yang menyusu yang seringkali memerlukan tenaga yang banyak berbanding ibu yang tidak menyusu.


Sarapan yang sempurna untuk bertenaga sehari. Ramai tidak sedar bahawa sarapan adalah rahsia untuk kekal sihat. Ia menjadikan anda bertenaga sepanjang hari. Jika tidak mengambil sarapan. Anda mungkin kurang tumpuan,kurang peka,rendah produktiviti kerja,kandungan gula dalam darah rendah. Jadi tripple gem shaklee ini menawarkan anda memulakan hari dengan sarapan yg lazat dan berkhasiat. Kebaikkannya? Ia memberi tenaga sepanjang hari,membantu meningkatkan tahap kepekaan dan penumpuan,memelihara kesihatan secara menyeluruh.

Antara mereka yang sesuai untuk ambil triple gem ialah:
  1. anak-anak yang dah bersekolah supaya bertenaga , sihat dan tidak mudah dehidrasi
  2. mereka yang bekerja luar dan terdedah dengan panas terik matahari
  3. mereka yang kurang gemar/tak boleh telan pil tetapi perlukan supplement
  4. mereka yang sibuk dan tidak sempat untuk menyediakan sarapan.
  5. wanita hamil
  6. ibu yang menyusukan anak
Triple Gem ni terdiri daripada ESP (energizing soy protein, MealShake (MS) dan Performance Drink(PD). Ketiga-tiga ini dalam bentuk serbuk yang perlu dibancuh menjadi minuman. Sangat sesuai kepada mereka yang tidak suka makan pil. Pengambilan supplemen dalam bentuk cecair adalah lebih bagus kerana kadar penyerapan zat lebih cepat.

Energizing Soy Protein (ESP)

  • Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel.
  • Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada janin dan bayi yang sedang membesar,
  • Membekalkan tenaga,
  • Memberikan rasa kenyang
  • Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat
  • Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit
  • Membanyakkan susu badan (milkbooster)
  • Membantu mengekalkan kepejalan otot
  • Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal
  • mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat

Meal Shake

  • Ianya multivitamin a.k.a pemakanan lengkap. Rasanya sangat sedap seperti rasa ice cream vanila tapi dalam bentuk serbuk.
  • Meal Shakes Shaklee adalah salah satu pilihan pemakanan yang diberi jolokan ‘easy-on-the-go meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah, dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrient keperluan harian.
  • Meal Shakes sesuai untuk kanak-kanak yang aktif dan tak boleh duduk diam. Sesuai juga buat mereka yang tidak sempat mengambil sarapan dan hidangan yang seimbang. Juga membekalkan nutrisi kepada mereka yang sukar untuk menelan supplemen dalam bentuk pil terutama warga tua.
  • Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
  • Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
  • Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik.
  •  Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.

**Meal Shakes Shaklee boleh diberikan kepada bayi bermula 1 tahun (jika tidak menyusu ibu) dengan dos 1/2 sudu kecil sahaja. Bagi kanak-kanak di bawah usia 4 tahun, Meal Shakes Shaklee boleh diberi dalam kuantiti yang sedikit untuk membenarkan tubuh mereka membina ketahanannya secara independent.

- Meal Shakes Shaklee juga boleh diambil sekiranya anda mahu menguruskan badan (selain rangkaian produk dalam program Weight Loss Shaklee iaitu Cinch) kerana kandungan protein dan seratnya memberi rasa kenyang untuk tempoh yang lama. Bezanya dengan Cinch, antaranya ialah Cinch mengandungi Leucine untuk menjaga otot semasa program turun berat dijalankan.
Siapa yang sesuai mengambil Meal Shakes Shaklee?
* Kanak-kanak
* Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan
* Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang
* Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil
* Warga tua
Selain itu, Meal Shakes Shaklee boleh digunakan untuk menggantikan minuman berkafein.

Performance Drink : Lebih Bagus Daripada 100 Plus

  • Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
  • Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
  • Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
  • Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
  • Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.
  • Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak-budak demam pun elok ambil ni sebab biasa la budak-budak bila dah demam tak selera makan minum. Ia boleh mencegah dehidrasi.
  • Penghidratan lebih cepat berbanding air (Oren)
  • Bekerja atau bersukan menyebabkan kekurangan nutrisi penting dalam tubuh. Shaklee Performance merupakan pilihan paling ideal yang berupaya menghidrat lebih cepat berbanding air dan mebekalkan tenaga untuk kegiatan harian anda.
  • OptiCarb® pilihan eksklusif untuk tenaga yang berpanjangan.
  • Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga, otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar.

Rasa dan Cara Bancuh

Gabungan 3 serbuk supplement ini memberikan rasa ala-ala vitagen ditambah jika diminum dengan air yang sedikit sejuk. Sangat sedap.
Cara bancuhan
Dewasa
segelas air (500ml), masukkan 1 setengah sudu besar ESP, 1 sudu besar meal shake dan 1 sudu besar Performance drink.
Kanak-kanak
Air (250ml). kurangkan sukatan setiap satu vitamin kepada 1/2 hingga 1 sudu kecil.

Rujukan: www.mamafaiz.com

*******************************************
Untuk konsultasi dan segala pertanyaan, anda boleh:

1. LIKE facebook fanpage Cantik & Sihat (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)
2. PM saya di fb, Kikin Nazri
3. Emel syikin.nazri@yahoo.com
4. SMS saya di 019-5257274. 

Monday, 25 June 2012

Vitamin E Bukan Sekadar Untuk Kecantikan Tau! :)

Bulan ni memang HOT HOT HOT sebab ape?
Sebenarnya Vitamin E ini bukan sahaja mencantikkan tapi juga 'menghangatkan cinta' anda bersama pasangan anda..hahaha..tak caya? Jom kita baca fakta mengapa Vitamin E ini dikenali sebagai 'Vitamin Cinta'.




Kebanyakan lelaki yang mengambil Vitamin E sekurang-kurangnya seminggu sekali akan mempunyai lebih tenaga dan menikmati hubungan suami isteri berbanding yang tidak mengambilnya.Manakala wanita pula yang mengambil sekurang-kurang nya selama tiga bulan, akan membantu meningkatkan “sexual desires dan menikmati hubungan CINTA dengan lebih baik.

Antioksidan yang seimbang dalam VITAMIN E bertindak menghalang penghasilan radikal bebas akibat tekanan. Nitrik oksida membantu pelancaran darah di alat sulit lelaki dan membantu ereksi yang lebih baik. Maka VITAMIN-E memang terbukti membantu lelaki terutama yang mengalami tekanan akibat kerja atau masalah kesihatan.

Pengambilan VITAMIN-E berdosage tinggi iaitu 600-800 IU setiap hari membantu badan wanita menghasilkan estrol dan progesterone untuk mengimbangi lebihan estrogen dalam badan. Kondisi di mana “estrogen berlebihan” akan menyebabkan symptom PMS, seperti risau, kembung perut, sakit kepala, sengugut dan “mood swings”, yang sememangnya akan menganggu keadaan diri seorang wanita.

Tahukah anda.. di samping berikan pada suami tersayang.. anda juga kena mkn vitamin E ni.. Kenapa?Kerana pengambilan vitamin E dikatakan membantu wajah kita kelihatan muda. Ini kerana vitamin E membantu melambatkan proses penuaan.

Carilah vitamin E yang asli ,cuba cek labelnya pada botol - alpha tocopherol dan pastikan vitamin E itu beserta sekali unsur selenium agar penyerapan berlaku dengan lebih baik.

Apa pula kebaikan Alfalfa? Alfalfa ni mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti kacip Fatimah, maka, membantu dalam “hubungan” suami isteri (enhance libido). Malah, ada juga yang mengaitkannya dengan membantu pembesaran payudara.

Haa..best tak? Kepada para isteri, Jom dapatkan VITAMIN CINTA sekarang! ;-)


*******************************************
Untuk konsultasi dan segala pertanyaan, anda boleh:

1. LIKE facebook fanpage Cantik & Sihat (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)
2. PM saya di fb, Kikin Nazri
3. Emel syikin.nazri@yahoo.com
4. SMS saya di 019-5257274. 

...Saya Suka Cantik & Sihat...