* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Monday 18 April 2011

Kidal @ Lefthanded

Saya g jalan2 aritu..terjumpe lak blog ni MumMY DaNny.. hmm saya nak ceduk dan tempek kat sini..saya tumpang share erkk MummMy DaNny.. :)

Definisi
Kidal bermaksud individu yang lebih cenderung menggunakan tangan kiri untuk. melakukan berbagai tugasan. 10 peratus dari 6.7 billion populasi di dunia ini adalah manusia yang kidal ( lefthanded ). 

Hubungan kidal dengan otak 
Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kiri. Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains. Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangn kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan.
 brainorg

Kelebihan
  1. Mudah dalam menulis bahasa arab, karena bahasa arab di tulis dari kanan ke kiri.
  2. Bisa melakukan 2 pekerjaan sekaligus (menurut hasil penelitian).
  3. Lebih kreatif dan pemikir, sehingga cocok di bidang seni, musik, dan menulis.
  4. Lebih cepat dalam berpikir baik dalam bidang olahraga, permainan komputer dan sebagainya
  5. Memiliki keuntungan lebih di bidang olahraga.Bidang olahraga tersebut seperti Baseball, Tenis,Badminton dan sebagainya.Kerana  kalu kidal lawan akan menjadi lebih kesulitan dalam bermain, karena posisi memegang alatnya yang berbeza dari yang lain. Contohnya Lindan di bidang badminton dan Ted Williams di bidang Baseball. Mereka berdua merupakan orang kidal yang menjadi salah satu pemain terbaik di bidangnya.

TOKOH-TOKOH KIDAL

1. Presiden Amerika Syarikat
I. James A. Garfield (1831-1881) 20th
II. Herbert Hoover (1874-1964) 31st
III. Harry S. Truman (1884-1972) 33rd
IV. Gerald Ford (1913- ) 38th
V. Ronald Reagan (1911 – ) 40th
VI. George H.W. Bush (1924- ) 41st
VII. Bill Clinton (1946- ) 42nd
VIII. Barrack Obama 44th ( Mccain juga seorang kidal )

2. Tokoh ternama

v Aristotle (Ahli falsafah)
v Mahatma Gandhi (tokoh keamanan),
v Isaac Newton (saintis)
v Albert Einstein (saintis)
v Henry Ford Jr., (automobil)

Orang kidal pintar?

Memang ramai individu kidal yang tersohor tetapi kepintaran mereka bukan kerana kidal tetapi kerana mereka menggunakan 80%-90% otak. Mengikut pendapat mummy, individu kidal bukan sahaja menggunakan otak kanan secara maksima,tetapi juga menggunakan otak kiri lebih banyak dari orang biasa yang menggunakan otak kanannya. Orang kidal menggunakan lebih banyak bahagian otak kerana secara ringkasnya mereka juga melakukan beberapa kerja menggunakan tangan kanan selain menggunakan tangan kiri mereka dan secara automatik mereka menggunakan kedua-dua belah bahagian otak lebih dari orang kebiasaan. Bukan semua kidal tu pandai tapi yang pasti, tak kira kidal atau tidak, kalau malas buat kerja macam mana nak pandai.

Makan tangan kiri

Rasulullah saw bersabda, “Wahai anak, bacalah nama Allah dan makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah seterusnya dengan tangan kananmu.” (HR. Bukhori Muslim)
Pasal isu makan guna tangan kiri. Mummy rasa ramai kidal pun makan dengan tangan kanan kecuali kalau guna sudu kan? Orang kidal ni selalu kena tegur kalau makan guna sudu. So, bagi orang kidal, makan la guna tangan je. Ikut sunah Nabi, dapat pahala lagi.
“only left-handed are in their right minds”

Kekurangannya pulak..lemah dalam aspek:-

* Pengurusan
* Kesihatan
* Pendidikan
* Kerjarumah/surirumah
* Pelajar

No comments:

Post a Comment

...Saya Suka Cantik & Sihat...