* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Tuesday 21 June 2011

Pengalaman Saya Berpantang Dengan Set Berpantang Shaklee!

Berpantang dengan Euphoria Confinement Set @ Set C dari Shaklee je? Biar betik? Boleh ke? Boleh!! Saya sendiri adalah salah seorang pengguna set C ni tau..Kalau difikir2kan macam tak percaya lak..tapi percayalah memang tu la hakikatnya..memang boleh berpantang cara moden..tiada jamu2 sepanjang berpantang..sebabnye saya bersalin secara caeser..takut nak makan jamu2 ni..bertungku, bertangas, berbengkung semua terpaksa ditangguhkan..cuma berurut je sy buat..itu pun tak usik bahagian perut..tambahan pulak baby sy jaundice masa baru lahir..segala jamu2 ni kena hold dulu..

Sejak saya mula pregnant..saya memang banyak baca info2 tentang alam kehamilan dan keibuan..masa kandungan dalam 6 bulan ke atas saya dah cari pelbagai info..salah satunya info untuk banyakkan susu badan..saya berazam nak bf anak sehingga umur 2 tahun kalau boleh..masa kandungan dah cecah 36 weeks, saya sudah order Euphoria Breasfeeding Set @ Set B + Set C (bepantang)..awal-awal lagi rasa dah ready..hehe..bukan tu sahaja ,1 lagi set bersalin yang glamer kat pasaran pun saya dah standby gak..2 set bersalin saya ade.. :) tapi sayangnya set bersalin yang lagi satu tu..saya tak sentuh sangat..tak abis pun..dah la agak mahal..jamu pun saya start makan lepas abis berpantang..



Ok sekarang jom kita tengok satu per satu apa yang ada dalam Euphoria Confinement Set @ Set C Shaklee sambil saya kongsi pengalaman saya..

40 tabs of Vita-Lea - Multivitamin lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan). Iron pula penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin.
Sepanjang berpantang saya memang jaga makan..tak makan makanan yang gatal2, berangin, sejuk..yelah risau dah la berpantang bersalin..caeser pulak tu..risau kot2 luka kat perut bernanah lak..semuanya hidangan saya setiap hari mak saya yang sediakan..(terima kasih mak.. :))..lauk berasaskan halia dan lada hitam adalah wajib bagi saya..pengambilan vitalea shaklee membantu saya mendapat nutrien penting yang saya tak dapat dalam pemakanan saya masa berpantang..sampai adik saya kata  '..Yong ni tak macam orang berpantang pun..muka tak macam orang berpantang...' hehe..mak saya suruh minum air kunyit hidup seminggu sekali untuk kecutkan rahim..terpaksa la minum gak..

40 tabs of B Complex - sebagai penenang (anti-stress), elak kemurungan (meroyan) & menstabilkan hormon.
B-complex sangat membantu sepanjang berpantang..saya rasa segar dan kurang rasa letih..memang saya dapat rasa perbezaannya tau..walaupun saya kurang tidur pada waktu malam sebab baby menangis nak menyusu, saya rasa kurang letih dan kurang rasa mengantuk waktu siang..rasa happy jer dapat melayan tetamu yang datang ke rumah melawat baby saya Harith Hakim..

40 tabs of Vita-C - penting untuk pembentukan kolagen, mempercepatkan penyembuhan luka, serta memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.
Luka kat  perut saya cepat kering..walaubagaimanapun masa baru2 kuar hospital saya mandi pastikan tak kena air kat perut tu..risau saya kalau2 bernanah lak..lepas tu dah boleh mandi macam biasa..takde pun masalah rasa sakit kat tempat luka sebab saya pasti luka kat perut sudah benar2 kering..

40 tabs of Zinc - membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman (rahim). Selain itu, turut mengurangkan masalah rambut gugur. Bagi anda yang tidak makan ikan haruan, mahupun pati ikan haruan, Zinc supplements adalah yang terbaik untuk anda. Zinc turut membantu masalah 'kedinginan' selepas bersalin.
Masa berpantang hari2 saya makan ikan haruan..buat sup la, panggang la..rasa jemu pun ada..tapi nak cepat baik luka punya pasal, saya telan jugak..hehe..yang penting luka yang tak nampak dalam perut cepat bercantum..pengambilan zinc buat luka saya lagi la cepat baik..masa mula lepas kuar wad, bongkok jugak la saya masa berjalan.. yela nak menahan sakit kat perut..kalau berjalan tegak kang risau terbukak lak jahitan kat perut..tapi dalam masa 2 minggu saya dah boleh berjalan cam bese..dah tak bongkok lagi..saya sendiri tak perasan saya dah berjalan tegak..mak saya yang tegur..' dah tak sakit ke perut tu? jalan tegak je..?'..masa tu baru perasan..dah rasa kurang sakit..nak tidur mengiring pun dah kurang rasa sakit..zinc shaklee memang bagus sangat..tak perlu minum pati ikan haruan yang baunyerr..errr..ataupun telan ikan haruan hidup2..sebenarnya kat badan ikan haruan mengandungi zinc..tula sebab kenapa kita selalu disuruh makan ikan haruan setiap kali berpantang..

Satu lagi yang paling best saya ambil Alfalfa untuk membanyakkan susu badan..
Add on 60 tabs of Alfalfa - Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pada bayi..susah nak kena kembung..
Saya bersyukur sangat sebab dipertemukan dengan shaklee..sampai sekarang Harith Hakim dah 5 bulan masih fully bf..alhamdulillah..masa berpantang susu saya meriah..selalu bengkak susu..kalau tak dipam boleh demam jadinya..stok ebm saya penuh dalam peti ais..makin kerap saya pam makin meriah susu saya..dan baby saya juga lawas..ari2 poo poo..tak pernah skip..hehe..Harith saya cepat rasa kenyang sebab susu saya jadi pekat berkrim..sekarang dah 5 bulan mencapai berat 8.5kg..
Anda tak perlu pening-pening memikirkan set bersalin yang sesuai dan ekonomi, dan menilai antara jamu itu jamu ini. Dapatkan set bersalin/dalam pantang Shaklee, dengan harga yang cukup murah dan cukup bagus untuk memastikan anda sentiasa bertenaga dalam menguruskan orang baru.

Untuk (Euphoria  Confinement Set) @ Set C ni harganya cuma RM100. Ni dah termasuk pos penghantaran ye kawan2..Di mana anda berada harga nya cuma RM100 :) murahkan? cuma perlu tambah RM10 untuk mendapatkan 60 biji alfalfa..dapatkan set C anda sekarang! 


Macam mana nak makan?

cuma makan sebiji sehari untuk setiap jenis. ambillah selepas makan. tapi, saya prefer if kawan-kawan bahagikan suplemen ni kepada 2 atau 3 session. tujuannya supaya mendapat kadar penyerapan lebih maksimum. lagi-lagi kalau kawan-kawan ada mengambil alfalfa.  bukan apa, ada orang memang kurang minum air. makan suplemen ke jamu ke perlukan bekalan air yang banyak kepada tubuh.

SET C ni juga tak semestinya kawan-kawan start makan rite after deliver. kalau kawan-kawan order awal, boleh mula makan Vita-Lea sebiji selang sehari sebelum bersalin as a preps to our body. begitu juga dengan B Complex dan Vita-C. Zinc dan Alfalfa boleh mula makan lepas bersalin.

tapi, sebagai ingatan, masa tiga hari pertama tu, jarang orang yang kolostrum nya banyak tau. saya tak nafikan saya pernah tengok orang yang susu terus banyak (kolostrum), tapi kebanyakan orang, hari ke-4 tu baru mula bengkak susu. so, jangan panik. baby pun besar mana je perutnya kan? ;-)
Berminat untuk mencuba Euphoria Pek Mini Confinement Set @ Set C (berpantang) dari Shaklee?
Boleh sms kan kepada saya 019-5257274 atau email syikin.nazri@yahoo.com

3 comments:

  1. pm harga utk alfalfa,set c dan osteomatrik...sertakan wape bji skali ye...

    ReplyDelete
  2. Salam, kak bagi saya best price untuk:

    1. Vitalea Iron Formula
    2. Zinc 120 tabs
    3. Vit B Complex 120 tabs
    4. Vita C Sustained Released 500mg 180 tabs
    5. Ostematrix 120 tabs
    6. Alfafa 330 tabs
    7. Lecithin 180 tabs

    Emel saya busymonkey07@gmail.com. TQ.

    ReplyDelete
  3. Saya dah lepas pantang 40 days.. pm details supliment yg sesuai yg bole kembalikan tenaga. k_ryee@yahoo.com

    ReplyDelete

...Saya Suka Cantik & Sihat...