* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Friday 29 April 2011

Kepentingan B Complex Kepada Tubuh Manusia



B Complex adalah vitamin wajib saya setiap hari. dalam pillbox SHAKLEE tu, bekalan B Complex mesti ada. kalau nak tahu kenapa, mari kita baca artikel kat bawah ni betul-betul ye... seronok saya baca, sangat bermanfaat, padat informasi. rasa macam nak highlight each and every word aje. harap-harapnya lepas baca ni, kawan-kawan pun dah tak ngelat makan B Complex k?

credit to Along Azrinna~*
Salah satu fungsi B-Compleks yang kita kena tahu ialah menukarkan gula (makanan) menjadi tenaga (energy). Sekiranya kita tidak bergerak banyak, maklumlah duk dalam pejabat je kan, tenaga ini akan menghasilkan tenaga haba (ingat tak belajar fizik dulu, tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan tetapi akan bertukar dari satu bentuk tenaga lain ke bentuk yang lain). Jadi tenaga kinetik yang tidak digunakan ni (maklumlah duduk diam2 je) akan ditukar kepada tenaga haba, lalu menjadikan badan kita panas dan berpeluh.

Vitamin B-compleks juga melancarkan pengedaran oksigen ke seluruh tubuh, lalu menstabilkan hormon, sekaligus membaik pulih sistem pencernaan kita. Bila sistem pencernaan kita lancar, kita akan cepat rasa lapar. Ia juga mengandungi niasin yang membantu menaikkan selera makan. Akan tetapi seperti yang saya katakan tadi, B complex berfungsi menukarkan makanan menjadi tenaga, jadi kita takkan obes walaupun makan banyak kerana makanan tu tak tersimpan macam tu je.. tapi berpada2 lah. Makan ikut keperluan, bukan ikut nafsu. Kalau main hantam saja, makanla vitamin apa pun kan?

Ibu mengandung dan menyusu amat2 lah di'tuntut' untuk mengambil B compleks. Selain dari ia mengandungi asid folik, B complex yang boleh mengalir ke dalam susu badan ini juga membantu anak2 yang menyusu menambahkan daya fokus mereka, kerana pengaliran oksigen dalam badan mereka disokong dengan pengambilan B-compleks oleh ibu.

Bagi mereka yang sering berhadapan dengan tekanan, B-compleks adalah penyelesaian terbaik, kerana selain dari melancarkan pengaliran oksigen, ia juga membantu merendahkan kadar asid amino di dalam darah yang boleh menyebabkan perasaan gementar dan tertekan.

Pengambilan B-compleks akan menyebabkan urin menjadi kekuningan, sebagai indikasi bahawa badan memerlukan lebih banyak air, dan memekatkan warna susu badan.
Fungsi B Compleks ialah:-
- menukarkan gula dalam makanan kepada tenaga
- meningkatkan fokus dan tumpuan berfikir
- mengelakkan penyakit beri2 akibat kekurangan vitamin B
- menggalakkan pertumbuhan
- penting untuk sistem saraf
- anti stress dan tekanan
- meningkatkan antibodi tubuh
- penting untuk sintesis dan aktiviti sel
- diperlukan untuk penghasilan hemoglobin (sel darah merah)
- mencegah anemia
- memberikan tenaga
- penting untuk metabolisma lemak,protin dan karbohidrat
- amat2 penting untuk pengidap kencing manis/diabetes untuk membantu penukaran gula kepada tenaga
- mengelakkan kecacatan pada bayi dalam kandungan (terutama spina bifida)
- mengurangkan kolesterol
- meningkatkan selera makan

Sumber semulajadi vitamin B-complex ialah sayuran hijau, kekacang.
credit to kak hadha



No comments:

Post a Comment

...Saya Suka Cantik & Sihat...