* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Sunday 17 April 2011

Awas! Hati-hati Dengan Telur Ayam Palsu


Saya sarankan anda ambil langkah berjaga-jaga ketika membeli makanan diluar ertikata produk datang dari Negara China. Sebab terlalu banyak lambakan produk China yang cuba dipalsukan mereka. Bukan tak boleh membeli produk China langsung. Terpulang. Murah memang murah. Pilihan masing-masing.


Semua orang tahu, China terkenal dengan produk-produk yang berjaya dipalsukan oleh mereka termasuk Telur Ayam pun berjaya dipalsukan Mereka.. Pihak berkuasa telah berjaya menyita sebahagian besar telur ayam palsu di gedung pasaraya kota Guangzhou, ibu negeri wilayah Guangdong, China. Harganya pula murah, mestilah ramai yang terpedaya dan terus membelinya (terutama para perniaga Makanan ). Manakan tidak, sebiji telur ayam palsu dijual serendah 0.15 yuan bersamaan RM0.074 iaitu separuh daripada harga sebenar.


Tahukah anda Bagaimana Telur Palsu tersebut diproses?



Di sana, kalau hendak belajar membuat telur ayam palsu ada caranya. Masuk kursus. Kursus cara-cara membuat telur ayam palsu diadakan selama 3 hari dengan bayaran serendah 30 yuan. Itulah harga yang perlu dibayar untuk belajar dan memulakan bisnes haram lagi menipu ini.

Berbagai macam bahan seperti agar-agar, bubuk yang tidak diketahui, asam benzoat, bahan coagulating dan bahkan tawas, yang biasanya digunakan untuk membuat telur ayam palsu ini. 



Untuk kuning telur itu, beberapa berwarna kuning jeruk dicampur bubuk menjadi cair dan ramuan bergerak. Cairan itu kemudian dituangkan ke dalam plastik yang berbentuk bulat cetakan dan dicampur dengan apa yang disebut ‘air ajaib,’ yang mengandung kalsium khlorida. Ini membolehkan ‘kuning telur’ keluar selaput luar yang nipis. Telur kemudian dibentuk dengan sebuah cetakan.



 

Parafin lilin dan cecair putih yang tak dikenali dicurahkan ke telur palsu, yang kemudian dibiarkan mengering.



Telur buatan boleh digoreng cerah-sisi atau dikukus. Sehinggakan orang-orang yang mencipta mampu membuatkan gelembung-gelembung muncul pada telur putih. 

Seorang profesor Universitas China Hong Kong memperingatkan akan bahaya makan telur palsu kerana tidak mengandungi sebarang nutrisi Dan anda boleh mengalami demensia.(penyakit mental yang serius yang dapat mempengaruhi kemampuan berpikir, mengingat dan bertingkah laku normal). 

Ciri-ciri telur palsu

Ketika Telur Mentah

- Tekstur kulit telur agak kasar, bentuknya kadang-kadang ada beberapa benjolan pada kulit telur. (bukan kotoran ayam)
- Ada beberapa telur yang lekukannya tidak serata
- Kalau diadun tidak ada bunyi rongga udara
- Kulit telur mudah dikupas tanpa mengoyakkan lapisan seliput telur (tidak sesukar Telur Ayam Asli.)

Ketika Telur Dipecahkan

- cairan kuning dan putih telur tidak berbau hanyir, ( yang asli biasanya ada bau Hanyir Sedikit )
- Di salah satu sisi telur tidak ada rongga udara
- Kuning telur agak kenyal dan sukar dipecahkan

Selepas proses perebusan

- Kuning telor tidak berbentuk bulat, bentuknya agak lonjong seperti cetakan
- Kuning telor berada dekat dinding Kulit telur , ( telor asli biasanya agak ke tengah Sedikit
- Rasa putih telur seperti jelly agak kenyal (bagi anda yang jarang makan telur ayam mungkin tidak akan tau)

P/S : Haih! Sampai Telur Pun Nak Dipalsukan! 
Mana Manusia Sekarang Tak Dapat Macam Penyakit!
Tapi, Kebaikan Dia Ada Satu Jer!
Kalau Nak Sambut Besday Bolehlah Guna Telur Nih!
Tak Lah Membazir

No comments:

Post a Comment

...Saya Suka Cantik & Sihat...