* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*
Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Friday, 27 January 2012

Susu Makin Sikit..Macam Mana Nak Banyakkan Susu?

Ramai yang mengadu :
“Susu saya makin sikit. Macam mana saya nak banyakkan balik susu saya? Saya dah pam setiap 3jam sekali di pejabat."
Sebelum kita mencari jawapan untuk memperbanyakan semula susu kita. Kira cari dulu punca - punca yang menyebabkan susu kita kurang. Kenapa dan bagaimana susu kita boleh jadi kurang?


Ada beberapa sebab yang menjadikan susu kita mula kurang atau merudum. Antaranya ialah :
- Haid
- Pengambilan pil perancang (ibu menyusu hanya boleh ambil Noriday sahaja)
- Stress
- Puasa 
- Sakit
- Mengandung
- Kurang minum air masak tetapi kuat minum ais dan berkafin)
- Letih dan kurang tidur
- Anak dah mula menigkat usia (hampir 2 tahun)

Sekiranya senarai di atas memang ada dengan anda, so apa yang perlu anda lakukan?

1) POWER PUMPING
Power pumping adalah salah satu kaedah sangat membantu untuk meningkatkan lagi pengeluaran susu ibu dengan meniru gaya ‘cluster feeder’ di kalangan bayi menyusu. Boleh buat dalam 2 atau 3 kali sehari, InsyaAllah. 
Cara membuat power pumping ialah: (dalam masa 1 jam)
(double pumping)
10 minit pam, 10 minit rehat, 
10 minit pam, 10 minit rehat
(single pumping)
5 minit pam kanan, 5 minit pam kiri, 5 minit rehat
5 minit pam kanan, 5 minit pam kiri, 5 minit rehat

2) KERAPKAN PAM DI WAKTU MALAM
Hormon prolaktin meningkat secara natural pada waktu malam. Jadi anda digalakkan untuk mengepam pada waktu malam agar penghasilan susu dapat dihasilkan dengan lebih banyak.

3) KERAPKAN LAGI SESI MENGEPAM DI PEJABAT / RUMAH
Kalau sebelum ni hanya 2 kali sahaja pam di pejabat, cuba lebihkan menjadi 3 kali pula. Jangan biar susu "tinggal lama" dalam payudara. Ini kerana susu mengandungi FIL – feedback inhibitor of lactation (faktor menghalang penyusuan). 
- Bila payudara dipenuhi susu, FIL akan memperlahankan pengeluaran susu. 
- Bila payudara kosong, FIL berkurangan – penghasilan susu lebih cepat. 
So jangan biar lama - lama atau biar betul - betul bengkak baru nak pam. Kesimpulannya bila payudara kosong, maka lebih cepatlah susu dapat dihasilkan.

4) PAM DENGAN LEBIH LAMA
Kalau biasa pam 10 minit, cuba tambah lagi 10 minit. Mungkin dalam tempoh mengepam yang extra tu boleh dapat letdown berkali-kali. Biar je corong pam tersebut berada di payudara walaupun susu masih belum keluar. Nanti bila "letdown sudah datang" jeng..jeng..banyaklah susu tu akan keluar. 

5) RANSANG PUTING PAYUDARA
Sebelum pam, cuba anda gentel - gentel puting selama 5 minit. Bila susu dah mula nak keluar baru letakkan corong pam. Sambil - sambil tu anda juga boleh mengurut payudara iaitu dengan cara dari dada ke puting, cuba bayangkan anda menolak susu tu keluar.Kadang - kadang minda bawah sedar sangatlah powerful InsyaAllah.

6) AMBIL MAKANAN BERKHASIAT
Untuk membantu bagi meningkatkan lagi penghasilan susu ibu, anda bolehlah mengambil apa - apa milk booster atau galactagogue sebagai conton makanan yang tinggi protin, serat dan kalsium.
 

Dapatkan promosi Januari dari saya sekarang!

*********************************
Berminat mendapatkannya? Sila email saya di syikin.nazri@yahoo.com untuk dapatkan tawaran hebat daripada saya!! Atau PM saya di FB Kikin Nazri dan boleh juga sms kepada saya di 019-5257274 untuk mendapatkannya.

Sunday, 8 January 2012

Tak Berkesan Pun Makan Vitamin.. Apa Sebabnya??

Ada segelintir pengamal vitamin merasakan tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan dari vitamin atau supplement mereka. Ini kerana ada beberapa sebab..Jom kita baca satu per satu..

1. Pengambilan air kosong dipandang remeh.

Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan. Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.

2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.

Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.

3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.

Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

4. Kurangkan pengambilan kafien dalam diet harian
.

Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.

5. Pantang larang makan vitamin.

Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri.

Tahukah anda vitamin E tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia. Ada beberapa lagi yang perlu kita ketahui seperti pengambilan Alfalfa tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.
 
TIPS UNTUK IBU MENYUSU.

Makanlah vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan. Utamakan niat yang utama. Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda amalkan dan dikhuatiri pengambilan air tidak sekata. Sekiranya anda membeli, maka dapatkan jadual makan yang betul dan pastikan anda tahu fungsi kebaikan vitamin yang anda beli!

Makanlah dengan ilmu. Jangan beli vitamin jika anda tidak tahu apa kebaikan vitamin yang anda amalkan. Hubungi pengedar jika anda inginkan jadual panduan makan dan bagi ibu menyusu panduan pengambilan vitamin yang betul untuk mempercepatkan penghasilan susuibu. 

credit to AnakkuWiraku.com

Dapatkan promosi Januari dari saya sekarang!

*********************************
Berminat mendapatkannya? Sila email saya di syikin.nazri@yahoo.com untuk dapatkan tawaran hebat daripada saya!! Atau PM saya di FB Kikin Nazri dan boleh juga sms kepada saya di 019-5257274 untuk mendapatkannya.

Friday, 16 September 2011

Checklist Penyusuan Yang Berjaya

credit to Yoursupermom.com

Alhamdulillah.. sambutan menggalakkan saya terima daripada mommies semua tentang kepentingan pengambilan suplemen untuk meningkatkan kualiti susu badan. ramai yang bertanya, meminta pendapat dsb, dan ramai juga yang telah mengambil Set B ( dan disyorkan dengan pengambilan ESP)

alhamdulillah juga, hampir 100% daripada mommies yang membeli Set B + ESP memberikan testimoni yang positif. malahan, meneruskan pengambilan suplemen dengan mengambil Full Set ( pada harga member). saya sangat seronok berkongsi pengalaman dan ilmu dengan mommies semua, lebih2 lagi saya baru aje berkecimpung dalam dunia BF ini secara praktikal.

antara feedback yang saya terima:-

  1. warna susu dan urin berubah kekuningan/ kehijauan
  2. susu jadi lebih pekat
  3. baby tidur lebih lena dan lebih lama
  4. kurang letih, lebih bertenaga
ni antara feedback paling popular yang saya dapat. dan saya sendiri mengalaminya. alhamdulillah...namun demikian, tak kurang juga yang memberi pengakuan susu makin kurang (tapi dia masih berpuas hati sebab matlamat utama untuk kurangkan kelesuan badan berjaya - syukur). saya dah pun advise beberapa tips, dan mommy ini berjanji akan beri feedback lagi dalam masa seminggu. ketabahan macam nilah para BF mommies perlu ada.

buat mommies yang rasa mengalami masalah yang sama, jom kita semak checklist yang saya sediakan kat bawah ni sama2 - checklist untuk berjaya dalam penyusuan
  • kekerapan mengosongkan breast melalui direct feeding atau pumping - ini saya usahakan utk share jadual mengosongkan breast nanti
  • tidak meninggalkan solat + amalan2 sunat (untuk yg Muslimah) - tanda syukur dan terima kasih pada ALLAH
  • mengamalkan pemakanan seimbang dan berkhasiat - sgt penting! kalau tak makan mana nak datang susu?
  • mengamalkan suplemen yang bersesuaian dengan keperluan tubuh/ bayi - suplemen berfungsi utk melengkapkan kekurangan nutrisi dalam tubuh, seterusnya membantu melancarkan sistem tubuh, yang mana akan menghasilkan susu yg byk dan berkualiti (yg sgt2 diperlukan oleh bayi kita) - cadangan ambil SET B + ESP
  • sentiasa positif dan yakin akan kemampuan utk menyusukan anak - ini juga crucial. badan berfungsi mengikut signal otak dan kekuatan sub-concious mind kita
  • pengambilan air yg mencukupi - susu badan tu dalam bentuk cecair kan? dan air juga penting untuk membantu kelancaran sistem dalam tubuh.
  • stress management - tips penting :  susu banyak bila ibu happy (mood stabil)
selain drpd tu, saya juga nak share a few 'larangan'/ DON'T yang mommies semua perlu alert sepanjang tempoh BF baby.
  1. tidak mengepam atas alasan breast tidak bengkak -  tolonglah jangan! ingat konsep penyusuan - supply on demand. seboleh-bolehnya mommies semua perlu ada sessi mengosongkan breast yang konsisten.
  2. pengambilan minuman bergas dan berais - minuman bergas tinggi kandungan gula dan kalori, which is dalam jangkamasa panjang boleh memudaratkan tubuh badan. apabila mommies sakit, mampukan hasilkan susu yang berkualiti? apatah lagi nak hasilkan susu tu sendiri? minuman berais dikatakan boleh buat urat badan mengecut. kalau urat badan mengecut, dah tentulah susu susah nak keluar kan? lagipun, banyak minum ais boleh membawa kepada sakit sendi, dan gigi pun cepat jatuh/ reput.
  3. pengambilan minuman berkafein - utk info mommies semua, kafein memusnahkan vitamin B dan C dalam badan. bg BF mommies, vitamin B sangat penting untuk membantu mommies lebih bertenaga, serta membantu mood yg stabil.
  4. pengambilan suplemen khas untuk diet - please bear in mind, susu ibu kaya dgn nutrisi melalui pengambilan makanan ibu. so, kalau dah mommies semua berdiet (bila diet biasanya orang ambil suplemen diet dan kurang makan), mana datangnya nutrisi untuk badan? bila kurang nutrisi, penghasilan susu badan turut terganggu.
  5. banyak merungut - walau macam mana payah nak susukan anak kerana banyak constraints, janganlah merungut. sebaliknya bersyukurlah kerana diberi peluang untuk susukan anak. sikit ke, banyak ke, pekat ke, cair ke ... bersyukurlah. tapi jangan salah faham konsep bersyukur ye? makna bersyukur ialah kita redha dgn apa yg ALLAH bagi, dan dalam masa yg sama berusaha nak memperbaiki kekurangan.
jadi, apa yang saya mahu mommies semua (dan saya) buat, semak checklist ni setiap hari. kadang2 kita tak sedar yang kita ada tertinggal atau terlanggar pantang yang menyebabkan penghasilan susu badan merudum. JANGAN PANIK. (baca dgn relax ye ayat ni)


~* credit to kak cery dan kak N

Jangan ketinggalan untuk mengetahui September Special Offer, boleh emailkan kepada syikin.nazri@yahoo.com kerana ada hadiah menarik yang disediakan!
 

Thursday, 4 August 2011

Khas Untuk Ibu2 Menyusu, 11 Tips Rahsia Dalam Meneruskan Cabaran Penyusuan di Bulan Ramadhan


1. Kerapkan Menyusu / Mengepam
  • Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.
  • Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu.
  • Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.
  • Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini. 
2. Jangan Tunggu Payudara Penuh 

  • Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah!
  • Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu.
  • Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.
3. Minum banyak Air
Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.

4. Fikir Bayi Fikir Susu 
  • Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.
  • Masa nak mengepam lihat ler gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin...
5. Berdisiplin
Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila Hujung minggu jangan ponteng mengepam... masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip no#6 dan no#7.

6. Tendum Pumping
Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik. 
 
7. Teknik Marmet

Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalo dengan menggunakan pump dpr 3.5oz sebelah payudara, buat marmet bleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampk sikit, tapi ada beza tuh... Ni based on pengalaman mommaMia yer...

8. Menyusu / mengepam Lebih Lama 
  • Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.
  • Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar.
  • Mengepam lebih lama juga bleh buat letdown 2-3x tau!! Tak percaya buat. Konsisten + disiplin + istiqamah
9. Penyusuan Malam 
Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.

10. Urutan
Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com.
 
11. Pengambilan suplemen
dibolehkan.. Antaranya...ESP (Energizing Protin Shaklee)


credit to MommaMia, beliau salah seorang dari puluhan jutaan ribu ibu menyusu diluar sana yg sedang berjuang di bulan penuh mulia ni.
 
Sekarang ada promosi HEBAT Vitamin C Shaklee tau.Anda boleh emel saya di syikin.nazri@yahoo.com, sms di 019-5257274

Sunday, 31 July 2011

Tips Jika Anda Terlambat Bangun Sahur

Alhamdulillh..bulan Ramadhan sudah pun tiba, so, saya nak kongsikan tips penting untuk kita semua seandanya terlewat bangun sahur.
First of all, pastikan anda telah pun mempunyai stok-stok di bawah :

 
ESP

PERFORMANCE DRINK
 
kurma(dates)
BUAH KURMA


Cerita Salwa yang terlewat bangun sahur Winking smile
 
Macamaner plak saya ketika tidak sempat bersahur :

hehehe sebelum tdo saya da layan ESP dulu.. mmg menjadi kebiasaan / habit saya sebelum tdo mesti nak minum ESP + freshmilk + biskut².. (^_^)..

status di fb saya pada jam 12.27 am.. hehe


arghhhh terlajak plak untuk bangunan sahur.. huhuhu




status di fb pada jam 11.57 am ~ da setengah hari berpuasa..


alhamdulillah dapat gak berpuasa sunat.. xsempat update status kat fb.. smpai umah, trus ke dapur siapkan juadah buka puasa.. hehehe walaupun 'bersahur' pada tengah malam, alhamdulillah masih bertenaga sehingga masuk waktu berbuka..
credit : SALWA

Tips Kak N bagi mereka yang suka bangun sahur di hujung waktu Smile with tongue out
ikuti rahsia keluarga Kak N berpuasa bersama ESP & Performance drink...
Selain kurma, kami memastikan rumah kami lengkap dengan beberapa supplement terutamanya Energizing Soy Protien (ESP) dan Performance Drink. Sudah menjadi amalan kami sekeluarga , sebelum tidur saya akan membancuhkan satu tumbler ESP bersama Performance Drink untuk di minum seisi keluarga. Ini untuk mengelakkan anak-anak mengalami hidrasi dan bagus untuk kelembapan kulit. Selama bertahun juga kami menjadikan amalan, menyediakan segelas ESP dan Performance Drink bersama kurma sebagai pelengkap sahur dan berbuka.

Apa sebenarnya rasa ESP dan Performance bila dicampurkan? Rasa seperti air lasi (ala-ala vitagen) dan Addin & Nasa menggelarkan air ini ialah air aiskrim.

Boleh juga diamalkan bersama kurma diblend dan dicampurkan sekali dan ia menjadi rasa yang sangat lemak.

Benarkah kenyang dan bertenaga ? Alhamdulillah memang rasa perbezaan yang ketara bila kami terlepas langsung waktu sahur yang mana bangun sahaja sudah azan subuh :( sudah pasti tidak sempat untuk bersahur.

Jika bangun di saat akhir waktu imsak, kami hanya amalkan makan kurma 5-7 biji beserta segelas campuran ESP dan Performance. Ia juga sangat bagus untuk diamalkan oleh ibu yang mengandung dan ibu yang menyusukan anaknya.

credit : momma mia
 
Berminat mahu mencuba Shaklee? Boleh sms di 019-5257274 atau emailkan saya di syikin.nazri@yahoo.com atau pm saya di Facebook Kikin Nazri untuk mendapatkannya!
 

Friday, 29 July 2011

Benarkah Susuibu Tercemar?? ~ WANITA HARI INI

Salam Jumaat semua...
Perkongsian hari ni, semoga kita mendapat keberkatan ilmu dari info ini... InsyaAllah

Tajuk WHI hari ini adalah : 
Benarkah susu ibu boleh tercemar?
Panel jemputan: 
Dr. Norashikin Muhd Fuad- Pakar O&G Hospital Sungai Buloh
Pn. Kamariah bt Mohd Alwi - lactation Consultant (also my sifu)
 Dynaz - celebrity dan owner DNA


antara soalan yang dikemukakan..

Adakah susu ibu boleh tercemar?
Susu ibu kalau tercemar pun sangat minima.
Ini kerana susu ibu adalah susu HIDUP, manakala susu formula adalah susu mati. Maknanya dalam susu ibu ada antiviral, antifungal dan antibakteria yang akan melawan viral, bakteria dan fungal dari luar. Even susu ibu kalau dibiarkan tidak bertutup pun, boleh bertahan lama..


Ubat-ubat yang boleh menyebabkan susu tercemar..
Dr. Norashikin menyatakan bahawa ubatan dalam kemoterapi sahaja boleh memberi kesan kepada susu ibu.. ubatan yang lain tidak memberi kesan kepada susu ibu. Ini kerana setiap apa yang dimakan untuk ibu akan ditapis sebelum disalurkan kepada susu ibu. So, kalau demam, selesema, takde masalah untuk ambil ubat-ubatan.

Payudara adalah steril
Pn Kamariah menjelaskan bahawa payudara adalah tempat paling steril. Disebabkan itu semua ibu digalakkan untuk menyusu secara terus dari payudara setaip kali bersama bayi. Ini kerana, 'askar-askar' dalam susu ibu aktif jika keluar dari payudara.. so askar-askar itu akan memberi pertahanan kepada sistem tubuh bayi.

Ini berbeza bila susu yang disimpan. Askar2 tersebut akan tidur dalam suhu yang rendah, bila dipanaskan, mereka perlu berlawan dengan bakteria2 yang telah muncul dalam susu ibu. Namun begitu bakteria itu tidaklah memberi kesan kepada bayi kerana askar2 dalam susu ibu sedang berperang dengan bakteria tersebut (yang ni ibu qouote kata2 Pn Kamariah time kursus MBfPC hari tu)


Susu ibu basi?
Susu ibu tidak akan basi. Susu ibu tidak akan bertukar jadi keju (kata puan Kamariah lagi).. Susu ibu hanya akan tercemar jika semasa memerah ibu tidak mencuci tangan dengan sempurna, bekas yang digunakan adalah tercemar. maka, tercemarlah susu tersebut.

Susu ibu pelbagai rasa..
Susu ibu mempunyai rasa yang berbeza-beza. Ia mengikut menu ibu pada hari tersebut. Kalau ibu makan durian, baby pun akan merasa susu durian,. kalau ibu makan petai, susu pun akan berperisa petai.

Sebenarnya itulah uniknya susu ibu, kerana bayi yang menyusu susu ibu telah bersedia dengan pelbagai rasa sebelum memulakan solid food. Maka bayi yang menyusu selalunya tidak memilih makan sebab dari baby lagi telah diperkenalkan dengan pelbagai perisa. Kenyataan ini disahkan oleh Dyna kerana anaknya Khyra, tidak memilih makanan. Dia makan apa yang orang lain makan.


Susu ibu boleh bertukar warna
Betul! Ikut apa yang ibu makan. Kalau hari tu ibu banyak makan sayur hijau. warna susu pun berwarna kehijauan gitu. ( buat yang makan supplement set B... harap maklum yer...)


Nak kuruskan badan.. BF saja
Pengakuan dari Dynaz.. Sebab setiap kali kawan dia tnaya macam mana dia boleh kuruskan badan dengan cepat.. jawapan dia 1 jer : menyusulah anak anda. Dan suka sangat dengar Dynaz bercerita tentang dunia BF dia, macam mana Khayra appreciate susunya, bonding yang diceritakan sangat jujur.

Majikan perlu bagi sokongan
Sebelum menutup tirai Dr. Norashikin menyeru kepada semua majikan agar menyokong penyusuan susu ibu.. Ini kerana ia boleh meningkatkan mutu kerja pekerja kerana kurang mengambil cuti disebabkan anak jarang sakit. Selain itu beliau juga menyeru agar para majikan boleh menyediakan tempat khas dan juga 2nd hand fridge untuk pekerja yang menyusukan anak.


Selain daripada itu Dynaz juga ada bercerita tentang cara-cara untuk handle EBM.. Dia menggunakan cooler bag dan icepack yang tahan sehingga 16jam. Dan dia juga menyatakan sebagai seorang selebriti dia rasa amat bertanggungjawab untuk sebarkan maklumat tentang Bf. Dia juga berharap agar BF akan menjadi satu trend kepada ibu-ibu. Bila dah jadi trend, semua orang akan memilih untuk BF.

Ibu - ibu boleh tengok dekat tonton ye ^_^

Credit to Hana, Zainab, Alin

Monday, 20 June 2011

Shaklee Vivix - Rahsia Sihat dan Cantik Pelakon Ayu Raudhah

Bagi peminat-peminat drama bersiri hebat yang kini telah pun difilemkan dan sedang berlangsung di pawagam, pasti sangat familiar dengan watak Aliya, isteri kepada Ustaz Aidil. Gadis lemah lembut berhemah tinggi, yang lahir dari kalangan orang berada dan pernah seketika cemburukan Nur
Winking smile
ayu-raudhah-bertudung

Ayu Raudhah, pelakon jelita adik kepada Rozita Che Wan ini, dalam salah satu tipsnya, mengambil minuman VIVIX daripada Shaklee sebagai suplemen harian beliau. 
 
yoursupermom_vivix

Antara lain tips-tips yang diamalkan oleh Ayu Raudhah sendiri:
Tips kecantikan wajah
- Membersihkan dan menjaga muka dengan kerap
- menyapu ais pada muka untuk merawat kulit bermasalah
- Menjalani rawatan muka dari produk2 yang dipercayai

Tips kesihatan rambut
- menggunakan daun bunga raya

Tips kesihatan tubuh badan
- menjaga pemakanan
- melakukan senaman (bangkit tubi 50 kali sebelum tidur)
- mengamalkan sirap Shaklee (Vivix)
VIVIX merupakan tonik anti-penuaan pelbagai manfaat yang sesuai untuk mereka yang menghidapi diabetes, arthritis, gout, dan macam-macam lagi. Mengandungi resveratrol yang dipercayai mampu memperbaiki DNA seterusnya mencegah penuaan berlaku dengan pantas.
Walaubagaimanapun, pengambilan VIVIX adalah tidak dibenarkan untuk kanak-kanak, wanita hamil dan yang sedang menyusukan bayi.

Boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut tentang VIVIX dan membuat pesanan.

Friday, 10 June 2011

Persediaan Berpuasa Bersama Shaklee Untuk Ibu Menyusu

Ramai kawan-kawan yang sudah mula merisik apakah persediaan yang harus mereka lakukan untuk menyambut Ramadhan. Bagi pelanggan Shaklee sedia ada, memang telah maklum akan kepentingan Performance Drink sebagai energy drink yang sangat penting bagi mereka, selain daripada vitamin-vitamin asas yang lain.

Kali ini, saya akan kongsikan secara ringkas persediaan untuk ibu-ibu yang menyusukan anak perlu lakukan supaya kekal cergas bertenaga dan mengekalkan penghasilan susu badan seperti biasa, meskipun berpuasa. InshaALLAH. Tak salah mencuba kerana saya yakin anda mahukan yang terbaik untuk anak anda (^_^)

PERSEDIAAN FIZIKAL

Anda seorang ibu yang menyusukan anak, samada seorang surirumah yang mampu direct-feed sepanjang masa, mahupun seorang work-and-pump-mom ; persediaannya adalah sama. Anda harus berada dalam tahap kesihatan yang optimum. Makan secara teratur dan mengamalkan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang harus diamalkan sedari kini. Jangan sesekali skip makan dan pastikan tubuh anda cukup air. Pengambilan suplemen sangat membantu bagi memenuhi keperluan vitamin yang tubuh anda tidak mampu perolehi daripada pengambilan makanan harian.

Cadangan suplemen semasa berpuasa :-
  1. Protein - cadangan SHAKLEE ESP : untuk tenaga dan membantu mempercepatkan penghasilan susu badan
  2. Multivitamins - cadangan SHAKLEE Vita-Lea with Iron Formula : memastikan tubuh kita tetap mendapat kesemua vitamin dan mineral yang diperlukan meskipun sedang berpuasa
  3. Vitamin C - cadangan SHAKLEE Sustain-Release Vita-C 500mg : membantu kita kekal sihat sepanjang berpuasa
  4. B Complex - cadangan SHAKLEE B Complex : vitamin ini menukarkan gula kepada tenaga sekaligus membuatkan kita kekal bertenaga, memberi mood yang stabil di samping membantu keseimbangan aktiviti sel tubuh
  5. Fiber - cadangan SHAKLEE Fiber Plan Unflavoured : memberi rasa kenyang dan bagus untuk penghadaman
  6. Energy Drinks - cadangan SHAKLEE Performance Drink : membantu mengekalkan keseimbangan gula dalam darah supaya ibu tidak mudah letih (ataupun pengsan) dan juga mengelakkan dehidrasi.
  7. Alfalfa - pilihan lain bagi ibu-ibu yang ada kekangan budget membeli ESP.
Walaubagaimanapun, perlu saya tekankan di sini, bahawa ini adalah cadangan dan pengambilan suplemen adalah bergantung kepada keperluan tubuh anda. Untuk jadual pengambilan suplemen-suplemen ini, sila hubungi saya secara personal.

PERSEDIAAN MENTAL

Persediaan mental juga penting kerana ia membantu anda untuk lebih bersemangat dan ceria berpuasa sambil menyusukan anak (malah mungkin juga ada yang sedang hamil! tripple happiness during ramadhan kan?)
  1. Menjaga solat yang wajib
  2. Mengamalkan solat-solat sunat
  3. Membaca dan mentafsir Al Quran
  4. Mengamalkan zikir-zikir dan doa-doa
credit
Mahu mencuba vitamin Shaklee? Boleh sms kan kepada saya 019-5257274 atau email syikin.nazri@yahoo.com 

Wednesday, 1 June 2011

Kalsium Bantu Kurangkan Komplikasi Semasa Meneran

Ada seorang ibu bertanyakan samada tidak mengapakah sekiranya dia tidak minum susu sepanjang kehamilan kerana dia tidak suka minum susu (atau mungkin alahan). Jawapannya ialah TIDAK MENGAPA @ BOLEH. Namun demikian, adalah wajib bagi ibu tersebut untuk menggantikan sumber kalsium yang dia tidak mampu perolehi daripada susu dengan cara lain. Samada dia kerap mengambil makanan yang kaya dengan kalsium atau melalui pengambilan pil kalsium (yang seharusnya perlu lengkap magnesium dan vitamin D untuk penyerapan optimum).
Apapun, ibu-ibu sekelian, kehamilan bukanlah tentang diri anda seorang, tetapi juga bayi yang anda kandungkan. Fikirkan tentang si kecil. Kemungkinan sikap ‘tidak mahu’ kita kini akan membawa kesan negatif kepada si kecil dewasa kelak.
(credit to mamafaiz.com atas perkongsian ini)

Kurangkan komplikasi semasa meneran


APABILA bercakap mengenai kepentingan kalsium, kebanyakan daripada kita sering kali merujuk zat itu hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang.
Bagi orang tua pula, ia penting bagi mengelakkan pereputan tulang. Jarang sekali orang muda atau yang berada di usia pertengahan mengambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam struktur diet harian mereka.
Selain diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah anda bahawa kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil? Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.
“Saya terkejut apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan. Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain,” kata pembuka Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad.
Beliau yang mahu semua ibu hamil tidak memandang remeh keperluan kalsium juga berharap agar golongan suami turut mengambil peranan mengingatkan pasangannya.
Apabila berjumpa doktor dalam sesi pemeriksaan, pasangan dinasihatkan agar jangan segan untuk meminta pil kalsium di samping mengamalkan diet tinggi zat kalsium.
“Sebanyak 75 peratus ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat melahirkan anak,” kata beliau.
Jelas Delilah, ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa.

IBU hamil perlu sentiasa memastikan kesihatan tulang.

Ia bermakna seseorang itu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak satu liter setiap hari. Delilah yakin, ibu-ibu sekarang kurang mengamalkan pengambilan susu, sama ada tidak meminatinya atau ada pula yang mempunyai masalah tidak boleh bertoleransi dengan laktosa.
“Jika ibu-ibu hamil ini tidak suka mengambil susu, saya percaya terdapat banyak susu berperisa di pasaran khas untuk mereka. Pengambilan keju, dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga boleh diamalkan bagi menggantikan susu.
“Selain produk tenusu, ibu-ibu hamil boleh mengambil makanan pejal yang tinggi zat kalsium termasuk sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis, salah satu makanan yang mempunyai kandungan kalsium paling tinggi,” katanya.
Diet sumber asli
Kata Delilah, walaupun ibu-ibu itu dibekalkan dengan pil kalsium, mereka tetap perlu mengamalkan diet sumber asli seperti yang di senaraikan itu.
Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal.
Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.
“Banyak penyelidikan dan kajian, atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi,” terang Delilah.

PARA ibu yang tidak boleh bertoleransi dengan laktosa disaran mengambil suplemen kalsium sebagai ganti.

Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan juga pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi.
Secara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan.
Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis.
“Mereka yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar mengidap osteoporosis dan pada kadar lebih cepat.
Untuk mengesan jisim dan densiti tulang, mereka boleh membuat pemeriksaan di hampir semua klinik umum,” katanya yang turut mencadangkan agar pemeriksaan itu dilakukan sebagai langkah memahami lebih lanjut keadaan tulang badan.
Kehilangan kalsium
Kehilangan kalsium dalam kalangan ibu hamil secara relatif lebih banyak iaitu sekitar tiga hingga 10 peratus berbanding wanita menopaus yang kehilangan satu hingga tiga peratus.
“Itupun sudah dikira banyak. Bayangkan dengan kehilangan lebih tujuh peratus? Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi,” terang Delilah.
Jika ada orang yang berpendapat pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas beranak, itu juga satu tindakan yang salah.

IKAN bilis adalah sumber kalsium paling utama, mudah didapatkan dan senang diintegrasi dalam sajian seharian.

Sebenarnya, ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid.
“Selian itu, pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.
“Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kak. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri,” kata beliau merujuk kepada komplikasi yang paling digeruni ibu-ibu hamil.
Oleh yang demikian, Delilah menasihati ibu-ibu yang merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah melahirkan anak supaya mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk suplemen mahupun daripada sumber semula jadi.




Sekiranya anda adalah daripada kalangan mereka yang alah dengan susu, saya sarankan pengambilan Ostematrix daripada SHAKLEE, gabungan lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D, serta mudah larut. Harga sebotol Ostematrix (120 biji) cumalah RM49 (Semenanjung)/ RM52 (Sabah dan Sarawak) tidak termasuk cas penghantaran.
Sila hubungi saya di syikin.nazri@yahoo.com atau sms 019-5257274 untuk info dan pesanan.

Monday, 9 May 2011

Kuasa Seorang Ibu~Mesti Baca!!

oleh Ustaz Abdullah Mahmud.

Assalamualaikum Semua,

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu
* Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik

*Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah

*** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak
 
* Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya

* Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka
Ø Melihat kaabah sehingga menitis air mata
Ø Membaca quran sehingga menitis air mata
Ø Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata
 
* 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!
Ø Anak
Ø Ibu
Ø Suami

Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk laa muka bila dia tidor kalau masih terbit perasan kasih, saying, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah J
 
* Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira tak menangis teruk laa..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu

* Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu pada ibu

* Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan takut

* Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai
 
*** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kitadi tempat yang terbaik

* Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal”
Ø “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”
Ø *** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita
Ø Tapi geng kalau sedekah RM1 takkan nak tuntutkan J

*Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah
 
* Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, then cakap dengan Allah
Ø “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini”
Ø “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini”
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.

*** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhakawalaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

* Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita telah tiada!

*** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup
Ø Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia engok cucu mak kawinkan” atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana.

* Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam next time

* Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan

* Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

* Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untukkita dapatkan pahala!

*** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana.

* Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah

*** Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyukuntuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

* Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita

Selalu Bergaduh Dengan Ibu

* Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka
Ø Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar
Ø Saka dipindahkan melalui Kasih saying/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan
Ø Symptom dah terkena saka
v Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena
v Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar
v Susah nak dapat anak, senang gugur
v Ada rasa kelibat orang lalu
v Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak berintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam
Ø Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan

* Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.

* 3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia. Kalau dapat ni pi laa perawatan cara islam jugak.

* Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan

* Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari
Anak Lari Dari Rumah
* Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari

* Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya

Anak Degil
*** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
Ø Ni seram sket masa nak buat hehehe..mula2 je lepas tu ok..e.g. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia
Nasha dah try buat kat anak and Kak Has pun dah try ngan anak dia, setakat ni alhamdullilah menjadi. You can ask anything! Nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.

P/s: So info dah disampaikan, marilah kita sama2 praktikan mana yang bolehkan. 


SAYA SAYANG MAK SAYA!! TERIMA KASIH KERANA MENJADI MAK YANG TERBAIK UNTUK SAYA..

...Saya Suka Cantik & Sihat...