* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Thursday 29 March 2012

Omega 3 Bagus Untuk Minda, Jantung Dan Kesihatan Kita

Khasiat Omega-3 kepada Kesihatan

 



Pada tahun 1970an, para saintis mendapati orang Eskimo di Greenland adalah antara manusia yang paling sihat di dunia. Walaupun diet mereka mengandungi kandungan lemak yang tinggi yang diperolehi daripada ikan paus, salmon dan seal, tetapi mereka jarang mendapat penyakit kronik seperti sakit jantung, arthritis, kencing manis dan sebagainya. Para saintis membuat kesimpulan bahawa Omega-3 lah yang menjadi punca utama kepada kesihatan orang Eskimo ini.

Kajian membuktikan bahawa Omega-3 mempunya banyak khasiat kepada kesihatan, dari fungsi otak sehinggalah kesihatan jantung.

FUNGI OTAK


Mengapa Omega-3 dikatakan 'Brain-booster'?

Sebahagian besar otak manusia terdiri daripada lemak 'baik' atau dikenali sebagai asid lemak. Dan kebanyakan lemak baik adalah Omega-3. Kajian telah membuktikan yang diet yang kaya dengan Omega-3 dapat meningkatkan  keupayan belajar, kemahiran menyelesaikan masalah, daya tumpuan, daya ingatan dan kemahiran berkomunikasi. Omega-3 juga terbukti mampu memberikan mood positif dan keseimbangan emosi, dan dapat mengekalkan kesihatan mental semakin kita berumur.



Bagaimana Omega-3 Membantu Fungsi Otak?

Di dalam otak kita terdapat banyak neuron (sel yang menghantar mesej dari otak ke bahagian tubuh lain). Dinding neuron inilah yang terdiri daripada lemak 'baik' ini. Bagi memastikan neuron-neuron ini dapat berkomunikasi dengan baik, dinding neuron mestilah cukup fleksibel untuk membenarkan molekul-molekul penting menembusinya. Faktor-faktor seperti penuaan, diet yang tinggi kolestrol dan lemak tepu akan menjadikan dinding neuron ini mengeras. Ini mengakibatkan molekul-molekul penting tidak dapat menembusi dinding neuron dengan baik dan akibatnya berlakulah ketidakseimbangan emosi, kesukaran untuk belajar, daya ingatan menjadi tumpul, dan pelbagai kemerunduman fungsi otak.

Dengan menambah Omega-3 dalam diet harian, kita dapat memulihkan sifat lentur dan fleksibel dinding neuron dalam otak, seterusnya meningkatkan komunikasi sel dan fungsi otak.

Selain itu, khasiat Omega-3 juga adalah mencairkan darah di mana lebih banyak oksigen dapat disalurkan kepada otak dengan lebih baik, seterusnya meningkatkan fungsi otak itu sendiri.


KESIHATAN JANTUNG


Pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa Omega-3 mempunyai kesan positif 
terhadap kesihatan jantung. Pengambilan EPA dan DHA asid lemak Omega-3 membantu mengurangkan risiko penyakit koronari jantung

Omega-3 menggalak sistem kardiovaskular yang sihat, termasuk arteri yang sihat. Ia juga membantu sel darah merah mengekalkan keanjalannya, seterusnya dapat mengalir dengan lebih lancar.

KEBAIKAN LAIN OMEGA-3

Omega-3 membantu memperbaiki:
  • Sendi dan pergerakan
  • Kesihatan kulit
  • Sistem imun
  • Penglihatan
  • Pernafasan
  • Tingkahlaku positif di kalangan kanak-kanak
  • Fungsi sistem saraf
  • Spatial function dan spatial memory
  • Komunikasi Selular
  • Pengurusan berat badan
 
*******************************************
Untuk konsultasi dan segala pertanyaan, anda boleh:

1. LIKE facebook fanpage Cantik & Sihat (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)
2. PM saya di fb, Kikin Nazri
3. Emel syikin.nazri@yahoo.com
4. SMS saya di 019-5257274. 
 

No comments:

Post a Comment

...Saya Suka Cantik & Sihat...