* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Friday, 9 December 2011

Testimonial~Alhamdulillah..36oz sehari dengan Set B

Baru-baru ini, ex-ofismate (senior) masa saya kerja di TM dulu telah mencuba Set B..Alhamdulillah nampaknya ada impak yang positif dalam masa yang singkat sejak kak Ima consume set ini. Gembira rasanya bila dapat tahu hasil yang diperolehi setelah konsisten mengambil vitamin ni selama 5 hari.

Jom kita baca apa kata kak Ima.. :)


Nak tahu apa rahsianya? Beliau patuhi dan konsisten membuat 3 rules, alhamdulillah membuahkan hasil. Set vitamin yang kami cadangkan untuk ibu menyusu ni, bukan sekadar untuk memperbanyakkan susu sahaja. Malah, ianya tergolong dalam kumpulan pemakanan tambahan, dan mempunyai banyak lagi khasiat lain terutama kepada kesihatan si ibu secara menyeluruh.


Anda perlu patuhi konsep SUPPLY Vs DEMAND ini dengan sesempurna yang mungkin. Bagi yang mula rasa susu mula merudum, cepat2 amalkan Power Pumping di samping mematuhi 3 perkara penting ini.

1. Pam/ perah susu setiap 2, 3 jam sekali semasa di ofis. Atau diringkaskan minimum 6 kali sehari tidak termasuk sessi direct feeding bersama bayi. Bagi ibu2 EP (Exclusive Pumping), pastikan anda pam dalam jumlah 8 - 12 kali sehari.

2. Minum air tidak kurang 3 liter sehari.

3. Doa yang berterusan. Samada anda Muslim atau Non-Muslim, yakinlah dan positif selalu dengan diri sendiri.

Apa yang ada dalam set B ni ya?

Vita-lea Iron Formula (lengkap dengan Iron)  
Multivitamin dan multimineral bagi membekalkan keperluan vitamin dan mineral keperluan harian tubuh.

Vita-C (500mg)
Penting untuk kesegahan sel, mempertingkatkan imuniti tubuh, mencantikkan kulit dan antioksidan.

B Complex (lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B)
Mengurangkan stress, mengimbangi hormon, membakar makanan menjadi tenaga, asid folik penting dalam penyusuan ibu.

Alfalfa (1001 khasiat)
Digunakan zaman-berzaman sebagai penambah susu di negara Barat. Malah, Alfalfa turut mempunyai 1001 kelebihan seperti melancarkan haid bulanan, merawat athma & alergik, resdung, keputihan di kalangan wanita, melawaskan sistem perkumuhan, dan banyak lagi. Boleh baca lanjut di "Alfalfa". 

Dapatkan promosi Disember dari saya sekarang!

*********************************
Berminat mendapatkannya? Sila email saya di syikin.nazri@yahoo.com untuk dapatkan tawaran hebat daripada saya!! Atau PM saya di FB Kikin Nazri dan boleh juga sms kepada saya di 019-5257274 untuk mendapatkannya.

Thursday, 8 December 2011

Atasi Masalah Anak Sering Demam

Anak sering demam? Sakit demam lumrah kehidupan, tapi menjadi masalah untuk ibu bapa berkerjaya bila anak sering demam dan tak sihat.
Salah satu penyebab anak sering demam ialah berkait dengan sistem imunitinya.
Sistem imun merupakan salah satu sistem paling sensitif dan kompleks dalam tubuh badan kita. Ia bekerja untuk menghapuskan bahan asing dan merbahaya dalam tubuh kita.


Senang kata, sistem imun akan mengenalpasti bahan yang sememangnya ada dalam tubuh badan secara semula jadi dan bahan-bahan asing atau memudaratkan…. kemudian menghapuskan atau meneutralkan bahan asing itu. Semua perkara daripada pemulihan kepada kemerosotan yang disebabkan proses penuaan, hinggalah proses pemulihan daripada sesuatu penyakit, (walaupun cuma luka kecil), adalah bergantung kepada kecekapan sistem imun.
Sistem imun ni umpama tentera yang menjaga tubuh kita dari dirosakkan oleh elemen luar yang boleh menjadikan kita sakit.

Apakah vitamin untuk tingkatkan imuniti terutama untuk atasi masalah anak sering demam ni?

UNTUK KANAK-KANAK 1-3 TAHUN -> Mealshake & Omega Guard
UNTUK KANAK-KANAK 4-12 TAHUN -> Vita C Chewable, Vitalea for Children, Mealshake, Omega, Nutriferon
12 TAHUN KE ATAS -> Nutriferon, B-Complex, Carotomax, Vita-C, Vita-E, Vitalea

Set nutrisi ini memastikan anak-anak kita menerima jumlah vitamin yang mencukupi untuk memelihara kesihatan selular, fungsi organ utama yang normal dan pengeluaran tenaga yang mencukupi agar tubuh badan dapat mengekalkan kesihatan optimum.

Ia juga untuk menguatkan lagi mekanisma pertahanan tubuh badan terhadap bakteria, virus dan kulat, dengan kombinasi minyak ikan, b complex, dan antioksidan seperti Beta-Karotena, Vitamin C, Vitamin E serta juga selenium bagi membantu menguatkan lagi sistem imun tubuh badan anda dengan mengawal aktiviti radikal bebas yang merosakkan tubuh.
Bagi anak-anak yang kurang selera makan, mengalami sembelit, sering mengantuk juga sesuai untuk mengambil set ini.

Ibu bapa yang prihatin tentunya mahukan yang terbaik untuk anak-anak.
Jangan sembarangan memberikan mereka makanan tambahan. Pastikan ianya dari sumber semulajadi yang tidak memberi kesan jangka panjang kepada kesihatan mereka.


Dapatkan promosi Disember dari saya sekarang!

*********************************
Berminat mendapatkannya? Sila email saya di syikin.nazri@yahoo.com untuk dapatkan tawaran hebat daripada saya!! Atau PM saya di FB Kikin Nazri dan boleh juga sms kepada saya di 019-5257274 untuk mendapatkannya.

Tuesday, 6 December 2011

Jangan Bimbang Sebab Shaklee (M) Adalah Halal




Memandangkan masih ada customer saya yang masih ragu-ragu dengan kehalalan produk Shaklee..Ok lah entry kali ini saya ambil dari sini cerita mengenai kehalalan Shaklee.. Jom kita baca kaji selidik oleh salah seorang yang bernama Hanis Amin..Cayalah!

_______________________________________________


Baru-baru ni bila saya baca tulisan pada botol OmegaGuard, dan perasan ianya ditulis
Manufactured by : Banner Pharmacaps (Canada) Ltd., 5807 47th Ave, Olds, Alberta, T4H1S7,Canada.
Manufactured for : Shaklee Corporation, Pleasonton, CA 9588 USA

Lantas saya terus teringat, suatu ketika dulu timbul isu tentang Halal-Haram bovine gelatine Shaklee bila ada seorang sahabat menjumpai satu blog yg mengandungi surat ditulis kepada Shaklee Canada tentang kehalalan bovine gelatine Shaklee. Pada masa tu, saya terfikir ‘Kenapa la orang itu pergi jauh-jauh bertanya pada Shaklee Canda sedangkan dia boleh bertanya pada Shaklee Malaysia’. Bila nampak tulisan di atas terus terfikir, mungkin ini penyebabnya, kerana tulisan di botol Shaklee bahawa ianya dibuat di Kanada. Kandungan blog tersebut menyatakan, Shaklee Canada tidak menjamin bovine gelatinenya halal tanpa mengetahui penghasilan vitamin Shaklee bagi setiap negara adalah berbeza.
Ketika itu, saya benar-benar yakin dengan kehalalan Shaklee kerana salah seorang upline saya pernah pergi ke kilang Shaklee di US dan melihat sendiri cara penghasilannya. Tetapi bila menjumpai OmegaGuard dihasilkan di Kanada, terus saya tersentak. Saya periksa kembali semua produk Shaklee saya. Semua produk yang dari softgel seperti Lecithin, OmegaGuard dan Vitamin E dihasilkan dari Kanada. Manakala, produk yang lain dihasilkan dari US. Walau bagaimanapun, capsul dari bovine gelatine ini tidak dihasilkan oleh Shaklee Canada tetapi oleh Banner Pharmacaps (Canada) Ltd.
Lalu, saya pun terus mencari tentang syarikat Banner Pharmacaps. Rupanya ia adalah syarikat penghasilan barangan pharmaceutical dan nutrition terbesar di dunia. Masih tidak berpuas hati, saya mencari lagi dan menjumpai no telefon Banner Pharmacaps Canada. Saya cuba telefon tetapi talian ditutup. Bila check waktu dunia, rupanya di Kanada jam menunjukkan pukul 6 pagi. Manalah ada customer service yang nak layan.
Pencarian diteruskan dan menemukan saya dengan Halal Consumer Magazine, A Publication of Islamic Food and Nutritional Council of America (IFANCA). Dan menemui hasil di bawah.
Alhamdulillah, Banner Pharmacaps, Canada disahkan halal oleh IFANCA. Saya tak pasti tentang cawangan Banner Pharmacaps yang lain, yang penting Banner Pharmacaps Canada yang menghasilkan Shaklee disahkan HALAL. Pencarian diteruskan dengan hasil di bawah
Apa pula kata Presiden Banner Pharmacaps US, Dr. Roger Gordon?
Manufacturers are also becoming more sensitive to consumer needs by providing a wider selection of capsule choices that meet specific dietary requirements. Due to the global nature of the marketplace it has become increasingly important to understand the special needs of consumers. For example, the Halal two-piece capsules made by Capsugel meet the specific dietary needs of its Muslim customers and the capsules are certified as Halal by the Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA). Further, capsules meeting Kosher needs are also available.
* source


_____________________________________________________



Itu dia hasil penyelidikan rakan saya.

Sekarang saya lebih yakin bahawa yang produk Shaklee Malaysia adalah HALAL. Seperti saya nyatakan di atas, produk untuk setiap negara adalah berbeza. Mari lihat contoh-contoh produk Shaklee yang dipasarkan di beberapa negara. Kita lihat untuk SOY LECITHIN.

Inilah bukti walaupun di bawah satu jenama SHAKLEE tapi produk yang dipasarkan berbeza mengikut negara itu. Contohnya, Shaklee Malaysia tidak tahu produk yang dipasarkan di Jepun, begitu juga Shaklee Jepun tidak tahu pasaran Shaklee Malaysia.
Jika anda berkesempatan melawati laman web Shaklee bagi setiap Negara di atas, senarai produk yang dipasarkan juga berbeza. Tidak semua produk di US akan dipasarkan di Malaysia. Ini menunjukkan Shaklee hanya memastikan barang yang halal untuk pasaran Malaysia.
Oleh itu, janganlah berasa was-was dengan status produk Shaklee ya..Jika anda ingin melihat sijil Halal Shaklee yang dikeluarkan oleh JAKIM..klik sini ya.. :) Mulai sekarang..Enjoy with Shaklee..yeayy!!

...Saya Suka Cantik & Sihat...