* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Wednesday 30 January 2013

Omega Guard Shaklee dari Minyak Ikan Terbaik Di Dunia!

OMEGA GUARD
 ~ Merupakan MiNyaK IkAn Terbaik di Dunia ~


TAHUKAH ANDA??

Asid lemak Omega-3 tidak boleh dihasilkan oleh badan kita maka kita perlu mengambilnya dalam diet seharian kita. Walaubagaimanapun, Omega-3 dari tumbuhan tidak boleh ditukarkan kpd EPA dan DHA secara berkesan dalam badan. 


APAKAH MANFAAT UTAMA ASID LEMAK OMEGA-3 PADA KITA?

  1. Asid Lemak Omega-3 mengimbangi perubahan hormon wanita yg menyebabkan PMS sekaligus menjadikan kulit licin dan kemerah-merahan.
  2. DHA dan EPA penting bagi menentang thrombosis, tekanan darah tinggi, melincirkan saluran darah dan berkemampuan untuk mencairkan darah sekaligus melancarkan peredaran darah dan melambatkan kepekatan darah. Oleh itu, pesakit yg akan melakukan pembedahan dan wanita hamil yg sudah hampir bersalin tidak digalakkan untuk mengambil minyak ikan.
  3. Mencegah penyakit saluran darah dan strok.
  4. Merendahkan kolesterol, mengawal obesiti, mencegah arteriosklerosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
  5. Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan sangat membantu perkembangan memori:

     DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. SANGAT PENTING terutamanya di peringkat 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa dalam kandungan. Susu ibu juga mengandungi paras DHA yg tinggi dan disebabkan itu jugalah yg menyumbang kepada tingginya IQ bayi yg menyusu susu ibu sepenuhnya. DHA juga penting untuk meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran dan mencegah migrain. 
  6.  Dapat tingkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru ~ membaiki alahan kulit psoriasis,demam hay,bronkitis,penyakit lelah,hepatitis,SLE dan penyakit buah pinggang. 
  7. Menentang Kanser ~ Kajian menunjukkan Omega-3 boleh cegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon.
  8. Memelihara fungsi sendi (arthritis).
  9. Mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan ~ EPA dan DHA diperakui dapat membantu dalam perkembangan kesihatan mental, kemurungan, tekanan, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit skizorfrenia.
APAKAH KELEBIHAN MINYAK IKAN DARI SHAKLEE INI??
  • Diesktrak dari ikan laut air sejuk )sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. 
  • Merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yg mengandungi rangkaian 7 JENIS Asid Lemak Omega 3 semulajadi : EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.
  • Dihasilkan melalui proses penyulingan proprietari 3 molekul utk mengekstrak asid lemak omega-3 yg paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan berbahaya dan bertoksik seperti : Plumbum, merkuri,arsenik,kadmium,dioksin,dan PCB.
1 Sajian OMEGA GUARD (3 kapsul x 330mg) => 1000mg asid lemak Omega-3 EPA dan DHA.

Di sini saya sertakan jadual perbandingan Omega Guard Shaklee dengan suplemen minyak ikan dari jenama yg lain untuk rujukan dan penilaian anda....Tepuk dada tanyalah selera...



Jadi Omega Guard sangat dicadangkan :
  • Bagi wanita hamil (trimester 2&3)
  • Bagi kanak-kanak yang sedang membesar
  • Bagi meningkatkan kesihatan dan kecergasan lelaki
  • Bagi kesihatan menyeluruh wanita
  • Bagi mereka yg mengalami masalah jantung.
  • Bagi para pelajar untuk meningkatkan kepekaan, ingatan dan kecekapan kerja.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.






*******************************************



Untuk konsultasi dan segala pertanyaan, anda boleh:

1. LIKE facebook fanpage  Cantik & Sihat (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)
2. PM saya di fb,  Kikin Nazri
3. Emel  syikin.nazri@yahoo.com
4. SMS/ WhatsApp saya di 019-5257274.  

Tuesday 29 January 2013

Multivitamin pertama di dunia ialah Vita-Lea!

Inilah dia rupa mutivitamin pertama dunia
 
 
PERCAYA ATAU TIDAK??

♥ VITALEA adalah multivitamin pertama yang wujud di dunia iaitu pada tahun 1915. Dan pada waktu tu, ia dalam bentuk cecair dan namanya "vitalize-mineral" bila disingkatkan jadi vitamin...   
 
♥ Dan....perkataan VITAMIN yang kita selalu sebut sekarang ni, bermula daripada Shaklee tau.... 
 
♥ Setiap tablet VITALEA mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting! 
 
♥ Tablet VITALEA ni disalut dengan serbuk spirulina dan ia merupakan tablet multi-vitamin yang PALING PANTAS larut dalam air & dalam tubuh manusia....Dan ianya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas dalam USUS KECIL. 
 
♥ Ujian klinikal membuktikan pengambilan VITALEA Shaklee selama setahun, boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.
Dan....
 
 
♥ Inilah rupa "THE BEST MULTI-VITAMIN" yang telah dipilih oleh Centre of Science di US pada tahun 2000.
 
Multivitamin ni antara suplemen penting untuk kesihatan dalaman, multivitamin Shaklee adalah multivitamin yang pertama di dunia. Nak tahu serba sedikit tentang multivitamin ni jom baca artikel di bawah...
 
 
 
Vitalea - Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli.  Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:
  • Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.* 
  • Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.
  • Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.
  • Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
  • Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.*
***Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik (SLE) perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
Tiada tambahan perasa tiruan, pemanis, bahan pewarna atau pengawet.
 
Tak hairanlah Tun Dr. M dan Misz Nina kekal mengamalkan pengambilan vitalea utk kekal sihat dan cergas sepanjang hari! :)
 
 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.






*******************************************



Untuk konsultasi dan segala pertanyaan, anda boleh:

1. LIKE facebook fanpage  Cantik & Sihat (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)
2. PM saya di fb,  Kikin Nazri
3. Emel  syikin.nazri@yahoo.com
4. SMS/ WhatsApp saya di 019-5257274.  
 

20 Amalan Murah Rezeki

Semua orang kalau boleh nak jadi  orang yang ada duit ada harta , kaya raya, nak jadi millionaire , hartawan , betul tak?

Paling tidak pun hidup sentiasa dilimpahi dengan rezeki yang datang dalam pelbagai rupa dan sumber. Even pisang sesikat pemberian dari jiran juga adalah rezeki. Sedikit atau banyak , tidak kira dalam bentuk wang ringgit , makanan atau peluang itu semua adalah rezeki.

Kekadang kita minta, berdoa dengan Allah agar dikurniakan dengan kerja yang bergaji banyak di bandar besar, tapi Allah aturkan kita mendapat pekerjaan di kawasan luar bandar dengan gaji yang sedikit.

Kita kecewa!

TAPI...

Tanpa kita sedari ada rezeki lain yang Allah nak kita merasa, mungkin di tempat itu ada kejiranan yang baik yang rajin membantu bila kita kesusahan, peniaga makanan di situ  ikhlas dalam berniaga pendek kata nasi lemak RM1.00 bila dimakan kenyang sampai ke tengah hari, nak menggambarkan banyaknya nasi yg diletak untuk nilai RM1.00 plus sedapnya sambal dan cukup rasa nasi lemak yang dimasak oleh peniaga tersebut.

Dengan tiadanya kesesakan jalan kita bebas dan sentiasa tenang untuk ke tempat kerje. Itu juga rezeki bukan?

Tidak semestinya bergaji banyak, menang hadiah berupa wang ratusan atau ribuan ringgit baru kita merasa bahawa Allah telah memberi rezeki. Definasi rezeki itu luas. Buka mata buka hati pasti kita akan nampak betapa banyaknya nikmat dan rezeki yang ada di atas muka bumi ini.

20 amalan untuk dipraktikkan agar di murahkan rezeki

Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Allah SWT juga memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antara amalan yang boleh dipraktikkan agar di murahkan rezeki ialah:

1. Beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyakkan Istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.

Sabda Nabi s.a.w.:

"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad,Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Menjauhi Dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki.

Sabda Nabi s.a.w.:

"... dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)

4. Mengingati Allah

Mengingati Allah membuatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd: 28)

5. Berbakti Dan Mendoakan Ibu Bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.

6. Berbuat Baik Dan Menolong Orang Yang Lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:

"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan Hajat Orang Lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya..." (Riwayat Muslim)

8. Berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.

9. Amal Kebajikan

Ibnu Abbas berkata:

"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."

10. Bangun seawal Pagi

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Mengeratkan Silaturrahim

Nabi s.a.w. bersabda:

"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi Kekal Berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:

"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi Solat Malam (Tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah

15. Melazimi Solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:

"... dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 145)

17. Zikir Dan Bacaan Ayat Quran Tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan fahaman tentang agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu,bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim." Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan.

18. Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar

Siapa berusaha, dia akan berjaya. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

20. Bertawakal


Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Nabi s.a.w. bersabda:

"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattabr.a.)

Dengan takwa, Allah akan beri "jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
Sumber : jais

Thursday 10 January 2013

Testimoni ~ Alhamdulillah Dengan Izin-NYA Mereka Berjaya Hamil

Saya nak kongsikan beberapa pengalaman manis pengguna yang berjaya hamil setelah berikhtiar dan berusaha dengan mengamalkan beberapa supplement shaklee. Ianya membantu meningkatkan tahap kesuburan suami isteri dan ingin cuba hamil. Bukan isteri saja tau yang perlu makan vitamin, suami juga. Sama-sama mahukan anak, sama-samalah kena berusaha..kan sweet tuuu.. :)

 Jom kita baca apa yang mereka lalui









Kesimpulannya, supplement perlu untuk diamalkan oleh kedua-dua SUAMI & ISTERI bagi memastikan kedua-duanya dapat menghasilkan sperma dan ovum yang baik serta sihat bagi memudahkan proses persenyawaan. 

Apakah supplement yang perlu diambil untuk kesuburan?

1) Zinc - Zinc memberi kesan terhadap berbagai hormon termasuklah hormone sex, hormone thyroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostate, thyroid yang tidak aktif . Kekurangan zinc juga dikatakan antara sebab kemandulan – Istilah yang di gunakan adalah “Below the level of technical sterility” bermaksud di bawah paras kesuburan. Ia mempengaruhi bilangan sperm (sperm count) dan pergerakannya (sperm motility). So, zinc ni mmg penting untuk kesuburan...

2) Vitalea / Multivitamin - untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian dipenuhi. Rata2 pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak sebab dan kekangan.Dan uniknya multivitamin shaklee kerana ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh.

3) B Complex
- paling penting untuk elak kemurungan (anti-stress) & menstabilkan hormon. Uniknya vitamin b shaklee kerana ianya turut mengandungi Folic acid dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.

4) Vitamin E - membantu meningkatkan hormon seks baik lelaki mahupun wanita..Uniknya vitamin E shaklee kerana turut mengandungi silenium manakala vitamin E kebanyakkan di pasaran adalah dijual berasingan dengan silenium. Ia juga sangat bagus untuk jantung tetapi waktu yang sama ia boleh meningkatkan pengeluaran hormon seks testosteron.
 

5) GLA Complex - GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Ia membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum.Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari.Ia juga menurunkan kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. 

Namun harus diingat, soal rezeki ini semuanya dari Allah, tiada jaminan. Kita sebagai manusia harus berusaha, berdoa dan bertawakal kepadaNya. InsyaAllah..





* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


*******************************************



Untuk konsultasi dan segala pertanyaan, anda boleh:

1. LIKE facebook fanpage  Cantik & Sihat (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)
2. PM saya di fb,  Kikin Nazri
3. Emel  syikin.nazri@yahoo.com
4. SMS/ WhatsApp saya di 019-5257274.  

Wednesday 9 January 2013

Testimoni ~ Advanced Joint Health Tablet

Oleh kerana bulan ni bulan promosi JHT, entry kali ni, saya nak share beberapa testimoni atau pengalaman pengamal Advanced Joint Health Tablet.

Jom kita baca apa yang bestnye bila dah makan JHT ni..








* Sila klik pada gambar untuk view yang lebih jelas

Haa..bestkan baca pengalaman diorang..
Bukan itu saja, Shaklee juga claim yang pengguna dah boleh rasa kesan seawal 5 hari selepas mengambil Joint Health Tablet ni tau.. so berbaloi beli anda samada untuk diri sendiri atau untuk parents yang selalu mengadu sakit2 sendi, sakit lutut, tak boleh bengkok lutut masa solat atau nak berjalan..Hadiahkanlah pada diorang mesti senyum je sepanjang hari..huhu..
Kesannya nanti takde dah bunyi krekk krokk pada sendi terutama semasa solat.

Bagaimana Ia Berkesan?
Shaklee Advanced Joint Health Tablet memberikan manfaat kepada sendi - sendi sihat dalam 3 cara :
1) Menyokong Keselesaan Sendi
2) Bertindak Sebagai Kusyen
3) Memelihara Tisu Penyambung Yang Sihat


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


*******************************************



Untuk konsultasi dan segala pertanyaan, anda boleh:

1. LIKE facebook fanpage  Cantik & Sihat (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)
2. PM saya di fb,  Kikin Nazri
3. Emel  syikin.nazri@yahoo.com
4. SMS/ WhatsApp saya di 019-5257274.  



Wednesday 2 January 2013

Promosi Januari 2013 - Advanced Joint Health Tablet Shaklee

 

Khas untuk mereka-mereka yang menghadapi masalah kesihatan sendi - bulan ini Shaklee telah mengumumkan promosi hebat ADVANCED JOINT HEALTH TABLET! Jom kita baca beberapa perkara penting yang perlu kita ketahui mengenai kesihatan sendi.

KESIHATAN SENDI.
Sendi-sendi membentuk hubungan antara tulang-temulang yang memberi sokongan dan membantu anda bergerak. Ia terdiri daripada tulang rawan, ligamen, tendon dan cecair-cecair sinovia (bendalir yang melicinkan sendi-sendi) yang memberikan keselesaan antara tulang-temulang dan membantu menyerap hentakan dari impak fizikal.

SAKIT SENDI DAN KETIDAKSELESAAN
Semakin umur meningkat, tulang rawan menyusut secara semulajadi. Tekanan fizikal yang berterusan dan bebanan boleh mempercepatkan kerosakan tulang rawan dengan mencetuskan pembebasan bahan kimia yang menyerang tulang rawan dan menyebabkan ketidakselesaan sendi dan pergerakan terbatas.
Bagi jutaan orang yang mempunyai ketidakselesaan sendi, aktiviti biasa seperti membengkok, duduk dan berjalan pun terasa begitu mencabar.
Jangan biarkan sakit sendi menghalang anda dari bergiat aktif, pencegahan awal boleh menjadikan sendi anda sihat pada masa yang akan datang. Sama ada anda mengidapi sakit sendi atau tidak, adalah penting bagi anda mendapatkan nutrisi sendi seiring peningkatan usia.
ADVANCED JOINT HEALTH TABLET mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%


Pernah terasa sakit bahu? 
Rasa tegang semacam? 
Sering sakit bahu belikat apabila duduk lelama mengadap PC? 
Sakit Pinggang??
Bila pakai High heels selalu sgt, sakit pulak sendi2 kaki, pernah???
Bila tunduk atau rukuk / duduk antara 2 sujud (masa solat), maka berkumandanglah keriok-keriok kat sendi. Pernah???


Selalunya, semua ni kita anggap sbb pengambilan kalsium yang tak cukup kan? Tapi sedar tak anda, ia bukan sekadar tak cukup kalsium. Itu tandanya anda mengalami sakit sendi yg "mild"

Puncanya?? Tahukah anda kekerapan melakukan aktiviti seperti kedudukan poster yg tak betul yg terlalu lama, sering dukung anak, tidur yang salah posisi dan juga sering mengangkat benda-benda berat, boleh mengundang sakit bila kekerapan aktiviti-aktiviti ni secara longterm... maka terjadi la :-


1. sakit sendi lutut
2. sakit sendi tangan
3. sakit sendi kaki
4. sakit sendi bahu
5. sakit sendi siku



credit

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.






*******************************************



Untuk konsultasi dan segala pertanyaan, anda boleh:

1. LIKE facebook fanpage  Cantik & Sihat (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)
2. PM saya di fb,  Kikin Nazri
3. Emel  syikin.nazri@yahoo.com
4. SMS/ WhatsApp saya di 019-5257274.  

Tuesday 1 January 2013

Selamat Tahun Baru 2013!!




Selamat Tahun Baru 2013! 
Cepat betul masa berlalukan..macam2 yang kita dah lalui suka duka pahit manis sepanjang tahun 2012..
Umur saya juga sudah masuk 3 series tahun ni..huhu..
Tahun lepas pun ada azam jugak, ada yang tercapai, ada jugak tak capai ..kuikui..;p
Tapi takpe biarlah yang lepas berlalu..yang tak tercapai tahun lepas saya carry forward tahun ni..aci tak??hehe
 Sekarang kita tumpuankan 2013..segala planning, impian perlu diatur dengan strategi yang mantap supaya azam dan impian tahun ini akan tercapai juga..
InsyaAllah..Semoga Allah S.W.T. mempermudahkan segalanya urusan..

Diharapkan pada tahun ini akan  membawa rezeki yang melimpah-limpah dari Illahi dan diberi kesihatan yang baik dan ceria selalu, lebih banyak rahmat dan sejahtera dalam hidup kita dan keluarga kita.Amin.

Alhamdulillah..tahun 2013 adalah ulangtahun tahun kedua saya bersama Shaklee..syukur kerana masih lagi dipanjangkan nyawa dan diberi kesihatan yang baik..Seluruh famili saya dan famili mertua tak lupa jiran tetangga sudah berjaya saya 'shakleekan'..hehe..Saya juga akan kongsikan segala kebaikan supplement Shaklee ini bersama anda semua.
Jom kawan-kawan kita pastikan tahun 2013 kita mendapat tubuh yang sihat, hidup yang lebih ceria disamping keluarga tersayang! peace! ;)
 

...Saya Suka Cantik & Sihat...