* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Saturday 29 September 2012

Jadual pengambilan Shaklee dan pantang larang

Bilakah waktu pengambilan vitamin yang sesuai?
Bagi setiap pelanggan saya, saya akan sediakan jadual pengambilan vitamin bersesuaian dengan jenis-jenis vitamin yang diambil. Oleh itu, jadual bagi setiap pelanggan mungkin berbeza tetapi asasnya tetap sama.
Terdapat rule of thumb yang boleh dijadikan panduan:
Vitamin larut air ( B-complex dan Vitamin C) :
Seelok-eloknya diambil dengan segelas air untuk penyerapan yang efektif dan elakkan diambil bersama-sama makanan berlemak/berminyak.
Vitamin Larut Lemak ( A, D,E K) :
Diambil selepas mengambil makanan berlemak / berminyak kerana vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan.
OsteMatrix@Calcium :
Diambil bersama produk tenusu seperti susu. Selain itu, pastikan calcium anda mempunyai magnesium kerana magnesium membantu calcium lebih mudah diserap.
Iron:
Diambil bersama dengan vitamin C kerana iron memerlukan vitamin C untuk lebih mudah diserap
Bagi mereka yang baru mengambil supplement, anda boleh gunakan jadual di bawah sebagai panduan. Ini secara umum yea.
Selepas sarapan : 1x Vitalea, 1x B-complex
Antara sarapan dan makan tengahari : secawan ESP
Selepas makan tengahari : 1x Vitamin C, 2x Alfalfa
Antara makan tengahari dan makan malam : Secawan ESP
Selepas makan malam : 1x Omega, 1x Vitamin E
Sebelum tidur : 2@4x OsteMatrix
Bagi anda yang mengamalkan lecithin untuk berdiet atau merendahkan kolestrol, ambil 2 caps selepas sarapan, makan tengahari dan makan malam berserta dengan 2 biji alfalfa.
Pantang Larang pengambilan vitamin yang perlu dipatuhi
  1. Alfalfa bersama Vitamin E -  Vitamin E akan menghalang penyerapan Alfalfa
  2. OsteMatrix bersama Iron  - Kalsium akan menghalang penyerapan iron. Vitalea mempunyai Iron jadi elakkan pengambilan bersama ostematrix atau produk tenusu. Produk tenusu=kalsium kan?
  3. Alfalfa bersama GLA complex – GLA complex mempunyai vitamin E jadi berbalik kepada pantang no. 1
  4. Pengambilan vitamin bersama kafein seperti kopi dan teh kerana kedua-dua minuman ini mengurangkan keberkesanan penyerapan vitamin.
  5. Pesakit thalasemia tidak boleh mengambil vitalea kerana vitalea mengandungi iron.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



*******************************************
Untuk konsultasi dan segala pertanyaan, anda boleh:

1. LIKE facebook fanpage  Cantik & Sihat (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)
2. PM saya di fb,  Kikin Nazri
3. Emel  syikin.nazri@yahoo.com
4. SMS saya di 019-5257274.     

Friday 28 September 2012

Betul ke GLA Complex Shaklee lebih bagus daripada Evening Primrose Oil?

Umum mengetahui EPO adalah sangat sinonim dengan wanita yang sentiasa  mahu mengekalkan kecantikan dan kesihatan yang baik. Tetapi tahukah anda, di Shaklee juga terdapat satu produk yang mampu menandingi kehebatan EPO?

Perbezaan Shaklee

Kebanyakkan GLA (gamma-linolenic acid) tersedia di pasaran dihasilkan daripada Evening Primrose Oil (EPO), manakala GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO! 

*Borage*

Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan daripada EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan, Canada.

Keistimewaan GLA Shaklee



1- Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6
2- Ianya digabungkan dengan minyak sunflower dan Vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya
3- Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard - iaitu antioksidan semulajadi yang telah dipatenkan
4- Bioavailabitinya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap ke dalam sel dan tisu dengan  lebih baik

Manfaat Utama

Herba Tradisi Yang Dipercayai - Borage adalah herba kegemaran orang Barat. Iainya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, mengeluarkan kahak, melegakan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina

Mengawal Selia Estrogen dan Testosteron - GLA membentuk prostaglandin  untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS

Melambatkan Menopaus - Memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus

Memperbaiki Prostatomegaly - GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing

Menentang Kanser - GLA adalah anti oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser

Memperbaiki Inflamasi Kulit - Iainya mengurangkan inflamasi kulit, ekzema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan dan kurap. Iainya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma dan artritis

Menghalang Komplikasi Diabetes - Merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan ndisebabkan oleh gula darah yang tinggi

Pelangsingan dan Menghalang Penambahan Berat Badan - Merendahkan kolesterol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi ton pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan yang cantik.

Menghalang Tekanan Darah Tinggi - Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung

Memperbaiki Tekstur Rambut - Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur

FAKTA YANG ANDA PERLU TAHU

GLA bukan hanya untuk wanita. Sebenarnya suplemen GLA asid linoleik juga sama pentingnya seperti asid amino tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia, ianya hanya boleh diperolehi melalui makanan. Ianya sangat penting untuk kanak-kanak (potong gel dan campurkan bersama makanan), remaja yang membesar, orang dewasa dan juga bagi wanita yang telah menopaus dan lelaki yang telah andropaus (menopaus bagi lelaki)

credit to http://vitamins2u.blogspot.com/


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.   


*******************************************
Untuk konsultasi dan segala pertanyaan, anda boleh:

1. LIKE facebook fanpage  Cantik & Sihat (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)
2. PM saya di fb,  Kikin Nazri
3. Emel  syikin.nazri@yahoo.com
4. SMS saya di 019-5257274.    


Pentingnya pengambilan vitamin bagi wanita hamil

Bagi wanita hamil amatlah penting untuk anda mengambil vitamin kerana tubuh badan kita sendiri sangat kritikal pada waktu itu kerana kita memerlukan banyak makanan tambahan (vitamin) untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan bayi di dalam kandungan di samping memberikan nutrisi kepada ibu yang mengandung. Pada zaman yang serba moden ini teramatlah sukar untuk memenuhi atau mendapatkan pemakanan yang seimbang dan pengambilan vitamin boleh mengurangkan kecacatan kepada bayi, mengurangkan risiko kelahiran pramatang, risiko bayi dilahirkan terlalu kecil disamping ia membantu menjaga kesihatan si ibu.

Di antara fungsi vitamin ialah:
B Complex - mengandung asid folic di mana ia sangat penting untuk perkembangan fizikal dan saraf bayi. Kesan kekurangan asid folic boleh menyebabkan kecacatan spina bifida, bayi dilahirkan tanpa tempurung otak (anencephaly) ataupun bibir sumbing 

 

Vitamin C - meninggikan antibodi si ibu. Ketika hamil antibodi ibu menjadi rendah. Bila ibu sering sakit ditakuti memberi kesan kepada janin. Ibu hamil juga harus berhati-hati dengan kandungan ibu yang diberi kerana ditakuti boleh menyebabkan keguguran janin terutama di awal kehamilan


Vitalea (Iron Formula) - ia kaya dengan zat besi di mana ia membantu ibu hamil yang kerap mengalami bacaan HB yang rendah dan juga membantu di dalam tumbesaran bayi di dalam kandungan 


Ostematrix (kalsium magnesium) - sangat penting di dalam pembentukan tulang dan gigi. Ramai ibu hamil mudah merasa loya dan mual dengan pengambilan susu maka Ostematrix adalah alternatifnya. Ia juga membantu mengurangkan preeclampsia ataupun darah tinggi ketika hamil. Lagi satu, ramai yang tidak tahu bahawa morning sickness berlaku kerana kita kekurangan kalsium dan Insyaallah jika ibu mengamalkannya konsisten, masalah morning sickness akan berkurangan 


Omega Guard - ibu boleh mulakan ketika kandungan berusia 6 bulan. Ia sangat bagus perkembangan otak, perkembangan saraf dan juga penglihatan yang baik bagi bayi 


Energizing Soy Protein -  Sangat bagus untuk diamalkan bukan sahaja semasa kehamilan bahkan teruskan semasa berpantang, menyusu dan seterusnya. Protein adalah makanan SEL, jika SEL rosak/mati dan tidak dirawat maka ia akan terserlah dari wajah atau tubuh badan kita yang lesu dan kusam. Protein akan memperbaharui/memperbaiki sel-sel di dalam tubuh badan kita. Ia juga sangat bagus diambil untuk perkembangan fizikal bayi dan Insyaallah anda akan perasan yang wajah anda juga tidak kusam sewaktu kehamilan. Oh iya, ibu hamil tidak boleh mengambil vitamin E so boleh digantikan dengan ESP ya.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.   



*******************************************
Untuk konsultasi dan segala pertanyaan, anda boleh:

1. LIKE facebook fanpage  Cantik & Sihat (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)
2. PM saya di fb,  Kikin Nazri
3. Emel  syikin.nazri@yahoo.com
4. SMS saya di 019-5257274.    

Thursday 27 September 2012

Vitamin Untuk Pelajar

Hari ni saya nak share sikit mengenai beberapa vitamin yang bagus untuk adik2 yang sedang belajar di sekolah mahupun di universiti, kolej dan sebagainya. Saya ada 2 orang adik yang masih menuntut di pengajian tinggi di UiTM dan UPM..seorang sedang mengambil diploma dan seorang lagi ijazah. 

Sebagai seorang kakak yang concern pasal adik2, saya bekalkan mereka beberapa jenis vitamin yang bagus untuk mereka yang sedang belajar. So far alhamdulillah ianya memang membantu. Saya faham sebagai student kadang2 rasa stress dengan assignment yang berlambak, study lewat malam, nak mengadap test lagi..pastinya letih badan, letih otak..sebab saya pun dulu student jugak kat UiTM..tapi masa tu saya tak jumpa lagi Shaklee ni..hihi

Jom kita kenali apa jenis vitaminnya.. :)

 
Omega Guard

Fungsi:

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

Shaklee OmegaGuard
TM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.  Satu hidangan OmegaGuardTM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA. 
Dalam bahasa yang mudah pengambilan Omega Guard dapat membantu kita untuk meningkatkan kecerdasan otak, mudah mengingati dan lebih fokus.

Lecithin

Fungsi:

Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf.  Soya lecithin merupakan sumber utama kolina.
Lecitin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine.Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dan lain-lain. Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat.30% otak adalah terdiri daripada lecitin, manakala 70% lemak di hati adalah lecitin.

Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi  daripada kacang soya. Setiap kapsul gel lembut menyumbang 530mg lecithin.  Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

B Complex

Fungsi:

Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu pelajar berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik pemikiran & daya menumpuan akan lebih baik. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah yang cantik berseri dan tidak kusam.

Kredit : Sis Laila
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.   


*******************************************
Untuk konsultasi dan segala pertanyaan, anda boleh:

1. LIKE facebook fanpage  Cantik & Sihat (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)
2. PM saya di fb,  Kikin Nazri
3. Emel  syikin.nazri@yahoo.com
4. SMS saya di 019-5257274.    



Set Family Wellness Shaklee ~ Untuk Semua

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.   



Set Family Wellness Shaklee ~ yea memang sesuai utk seisi keluarga.. semua org bleh ambil.. 

Apa kandungan vitamin dalam set Family Wellness ni?


# B complex



B yang Lengkap dan Seimbang


B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi  membantu memelihara kesihatan yang baik.

•    B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.*
•    Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.*


Sustained Release Vita-CTM500 mg Vitamin C



Sumber Vitamin C Semulajadi yang Disalurkan Jam demi Jam

Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.  Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh.  Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.*


# Vitalea





Multi vitamin & Multi mineral

Multi yang Hebat.. Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli.  Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. 






ESP - Soy Protein Isolate Powder



Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.


Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.




Anda ibu yang menyusukan anak.. set ini sesuai untuk anda.. hanya perlu tambahan alfalfa dan ostematrix

Anda sedang hamil.. set ini juga untuk anda.. tambahan ostematrix dan omega guard.. * (mengikut usia kandungan anda)

Anda sedang berpantang.. ini setnya.. tambahan zinc utk mengubati luka bersalin.. juga sesuai untuk mereka yang baru lepas pembdahan

Anda mencari set untuk kulit yang sihat, penjagaan muka.. mmg inilah setnya.. tambahan vitamin lain mengikut keadaan anda.. seperti gla complex / vitamin e / zinc

siapa pun anda.. ape pun keperluan anda.. set family wellness adalah set yg sesuai untuk semua.. anda boleh memilih untuk membuat tambahan vitamin lain mengikut keperluan anda.. 

credit to nur salwa









*******************************************
Untuk konsultasi dan segala pertanyaan, anda boleh:

1. LIKE facebook fanpage Cantik & Sihat (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)
2. PM saya di fb, Kikin Nazri
3. Emel syikin.nazri@yahoo.com
4. SMS saya di 019-5257274.   

...Saya Suka Cantik & Sihat...